Laman Webantu   KM2A1: 2847 File Size: 11.2 Kb *



Jihad Punya Jihat - Lama2 'Mati Katak'?.Hehehe..!!
By Amin Sapiro

23/9/2000 5:55 am Sat

Amin Sapiro (tak nak konpius lagi)

JIHAD PUNYA JIHAT - LAMA-LAMA ?MATI KATAK??.Hehehe..!!

Saya betul-betul naik konpius. Di HARAKAH Daily saya terbaca sebuah berita mengani satu risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang diterbitkan oleh Urusetia Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia bertarikh 1 Ogos 2000 (ruj: Berita 1).

Khabarnya, Umno mendakwa pemimpin dan pengikut PAS sebagai penyeleweng aqidah, syariah dan akhlak, penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianat masa depan Melayu. Itu satu hal.

Satu lagi, sejak petang 21/9/2000, di FGR bukan main gamat respons netters mengenai satu berita yang hampir serupa - disampai oleh penulis yang tak asing kepada netters pro-reformasi: Dahlia. (Ruj: Berita 2).

Sebagai seorang pembaca. Secara peribadi saya akui iaitu saya sudah semacam ?bebal?..! Hehehe?.!! Berapa banyak risalah UMNO dah keluarkan? Yang mana satu yang benar, saya sendiri tak tau.

Berapa banyak ?fatwa? yang nak dikeluarkan oleh puak-puak UMNO ini - saya suka sangat untuk mendapat penerangan. Lebih-lebih lagi Setia Usha Politik Mahathir bukankah keluar Al-Azahar?

Itu belum lagi ?Fart-wa? yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir Al-Haj. Dengar khabar, ?lebai phobia janggut & kopiah putih? ini dah mula nak bagi tafsiran tentang hukum solat pulak.

Bagaimana agaknya Ulamak UMNO yang berjawatan sekarang? Tak adakah mereka nak bukak mulut? Dah tersumbat sangat kah?

Saya masih terfikir apa Datuk Dusuki Ahmad buat? Dulu bukan main hebat lagi bercerita mengenai ?tuannya? - kununnya mahukan orang Melayu mengikut ajaran Islam yang betul. Sebagai Setiausaha Politik yang memahami agama Islam secara mendalam, eloklah kira nya Dusuki Ahmad ?clear the polluted air?. Dah ramai orang yang ?berjelaga? lubang hidung dan semput naik ?athsma? ni!!

Ramai diluar sana ?ahli UMNO atas pagar? yang dah berkira nak ?lompat jauh? meninggal UMNO (untuk sekali persetua adanya).

Sebab. Jihad punya jihad nanti, lama-lama mati katak aja, siapa ?endak??.. Hahahha?!!(saya masih ketawa ni)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)

````````````````````````````````````````````````````

BERITA 1:

HARAKAH Daily

Umno mendakwa menentang perjuangan PAS adalah jihad untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya dan juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam di ngara ini

Menurut risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang diterbitkan oleh Urusetia Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia bertarikh 1 Ogos 2000, Umno mendakwa pemimpin dan pengikut PAS sebagai penyeleweng aqidah, syariah dan akhlak, penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianat masa depan Melayu.

Bahkan, menurut risalah itu, "selagi PAS menjadi juara tersebut kita wajib berjihad menentang mereka," sambil memetik hadis Rasulullah SAW mengenai kewajipan menentang kemungkaran sama ada dengan lidah, tangan atau hati.

Risalah yang diedar kepada ahli Umno itu juga menyamakan PAS dengan kaum Khawarij kerana membina pemikiran politik melampau dan mengkafirkan sesama umat Islam yang tidak sehaluan dengannya.

Risalah setebal 31 halaman itu juga memuatkan pelbagai lagi tuduhan terhadap PAS termasuk pelbagai penyelewengan membabitkan soal aqidah, akhlak dan syariat.

Menurut risalah itu lagi, PAS menyebarkan khurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang awam untuk mengukuhkan keyakinan terhadap PAS dan pemimpinnya, kononnnya PAS mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Meskipun Umno mendakwa perjuangannya menentang PAS adalah jihad, tetapi risalah itu tidak pula menyatakan sama ada mereka yang mati semasa berjuang menentang PAS itu mati syahid ataupun tidak.

``````````````````

BERITA 2

Writer: Dahlia

Subject: Buku Nik Aziz/ahli PAS ahli neraka?

Buku 'NIK AZIZ AHLI NERAKA - membawa kesesatan kepada ahli PAS' Ketika saya menerima sebuah buku dari seorang rakan (client saya), saya membelek-belek buku berkenaan . Dalam fikiran saya, saya tidak pernah dengar nama penulis buku ini. Mungkin kedaifan dan kecetekan pengetahuan saya sendiri. Saya beritahu rakan saya, saya akan baca kemudian memandangkan ketika itu saya sedang membaca sebuah buku Sejarah Melayu dan beberapa artikel berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Melaka kiriman seorang teman (terima kasih tidak terhingga kepada beliau). Saya berpendapat, untuk waktu yang terdekat ini, memadai bagi saya menurunkan kata-kata pendahuluan dari penulis berkenaan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia (bacalah... ):

TERJEMAHAN HADITH

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW berdabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi denga jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada parapemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297) Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama" Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua? Menurut hadith di atas: Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.
Oleh itu yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini bodoh? Menurut hadith di atas Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka seatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti imam Shafie, Imam Maliki , Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato' Nik aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik aziz yang mengatakan ALLAH MENCARUT?

Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak jadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Noor, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar jadi ulama. Mereka semua ini mengaji kat mana? Berapa juzuk al-Quran yang mereka hafal? Jangan-jangan mereka ini memang ORANG BODOH yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! sesuatu yang disampaikan oleh Rsulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Olehitu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagi sesat dalam hadith di atas.

Jawapannya..............................

(antara kandungan):

-Siapakah Yang Membawa Ke Neraka

-Menolak UMNO Beerti Menolak Islam

-UMNO- Matlamat& Hala Tuju Seterusnya

-16 Dalil Mengapa PAS Mesti DiTolak:


  1. Cara PAS Bukan Cara Islam
  2. Menghina Orang Islam
  3. Dilarang Ada Dua Ketua(Khalifah)
  4. Salah Guna Masjid
  5. PAS terlalu ramai ulama
  6. Mengkafirkan Orang Islam
  7. Siapakah Yang Memecah-belahkan
  8. Menyembunyikan Ayat Allah
  9. Cara Revolusi Iran
  10. Isu Allah Mencarut
  11. PAS Punca Orang Ramai Murtad
  12. PAS Berakad Dengan DAP
  13. PAS Berpolitik Di Tanah Suci Mekah
  14. Ulama PAS Buat Fatwa Ikut Sedap Mulut Mereka Sahaja
  15. Amanah Kepada Yang Berhak Menerimanya
  16. Tidak Tahu Berterima Kasih


....................***...................

Huh!! Setelah membaca pendahuluan dan juga Sepatah Kata penulis, saya rasa tidak perlulah bagi saya membaca buku berkenaan, bukanlah menganggap buku itu terlalu rendah kualitinya sebagai sebuah manuskrip ilmu yang boleh dimanfaatkan, tetapi ia penuh dengan propoganda UMNO yang jelas berat sebelah, walaupun pada masa yang sama si penulis mendakwa PAS adalah sebuah parti yang keterlaluan memesongkan Islam untuk kepentingan parti semata-mata.
Antaranya, penulis turut menganggap bahawa Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang akan membawa ahli-ahli PAS menjadi ahli neraka, di mana Nik Aziz sendiri akan menjadi ahli neraka!

Begitulah hebatnya penulis ini, sdr Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah yang akhirnya berjaya menulis sebuah buku bertajuk - UMNO atau PAS: Siapakah Yang Mebawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith? ( 20 Disember 1999).

Mungkin ramai yang boleh mengulasnya!

Dahlia/KL
21 September, 2000