Laman Webantu   KM2A1: 2843 File Size: 15.8 Kb *



TJ MGG PM Bincang Hal-Ehwal Cina Tanpa Panglima Perang
By Marhain Tua

23/9/2000 12:01 am Sat

MGG84

PM Bincang Hal-Ehwal Cina Tanpa Panglima Perang (MGG: The Prime Minister Discusses Issues Without Chinese Warlords)


Mesyuarat yang berlangsung di hujung minggu (16 September) di antara Perdana Metneri dengan Suqui (jawatankuasa rayuan pemilu organisasi Cina) telah menghakiskan bisa yang selama ini terdapat pada MCA (Malayan Chinese Associataion) dan Gerakan (Gerakan Rakyat Malaysia). Inilah bisa yang lama melekat kepada dua parti politik itu apabila mereka merundingkan isu yang berkaitan orang Cina dan menuntut hak mereka sebagai sebahagian daripada perkongsian mentadbir negara dengan UMNO. Mesyuarat yang dijalin oleh Perdana Menteri itu telah menggugat kedudukan istimewa MCA dan Gerakan di kalangan masyarakat Cina. Walaupun UMNO cuba meyakinkan bahawa parti tersebut adalah mewakili masyarakat Cina, pengiktirafan itu bolehlah disisihkan kini. Presiden MCA, Dato Seri Ling Liong Sik tidak dibenarkan oleh perdana menteri melepaskan jawatannya setelah berlaku selisih faham dengan pemimpin parti. Presiden Gerakan, Dato Seri Lim Kheng Yaik masih lagi samar dengan perananan yang perlu dimainkan oleh partinya untuk menambat hati masyarakat Cina. Ia menyangkakan peranannya hanya tertumpu kepada menentukan jawatan ketua menteri Penang agar tidak berpindah kepada MCA. Apabila ahlinya terus dirundung masalah, ia berfikir perkara itu lebih sesuai diselesaikan dengan memberikan penumpuan kepada teknologi maklumat. Kemelut kepimpinan yang lebih dibebani oleh masalah individu yang menyinggung dasar parti, kini menyerlah melalui kontroversi yang ditonjolkan oleh Suqui.

MCA dan Gerakan sebenarnya sudah menyerah kalah apabila mereka menerima tuntutan kumpulan Suqui itu sebelum pemilu November yang lalu, walaupun mereka ada menolak isu itu kemudiannya. Begitu juga halnya dengan Barisan Nasional, kerana memikirkan betapa pentingnya undi orang Cina seperti yang terserlah selepas keputusan pemilu itu diumumkan. Usaha menggatal MCA menekan UMNO agar menyokong hasrat mereka menempatkan seorang ahli MCA sebagai ketua menteri Pulau Pinang telah tersalah sasar.

Tindak balas Gerakan pula amat menyayukan. Ketegasannya agar ketua menteri di alaf yang lalu terus dikekalkan di jawtannya menyebabkan kedua-dua menjadi alat parti itu mainan politik seorang perdana menteri. Sekaligus MCA dan juga Gerakan menjadi panglima perang yang tidak lagi gagah dalam satu empayar yang semakin bergoyang untuk punah ranah. Setakat ini seperti yang difahami oleh Suqui, apa juga bentuk janji-janji yang datang daripad dua panglima perang yang tidak bergigi ini eloklah diperlekehkan sahaja.

Apa lagi yang boleh diharapkan daripada wakil orang Cina dalam kerajaan yang ada, kalau mereka tidak mampu menegah seorang rakan menteri dalam kabinet daripada mencetuskan satu demonstrasi yang ditaja oleh UMNO di hadapan Dewan Perhimpunan Cina, dan cuba menentukan apa yang boleh dituntut oleh orang Cina dalam Barisan Nasional.

Pertemuan dengan Suqui itu memang penting. Perdana Menteri terpaksa bertemu kumpulan Suqui itu setelah beliau menuduh mereka berlagak seperti komunis dan juga kumpulan Al Maunah di dalam ucapan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 00. Sememangnya Barisan Nasional dan juga perdana menteri telah tersilap langkah. Tiga belas tahun yang lalu, Barisan Nasional telah melancarkan Operasi Lalang untuk mengganyang pemimpin pembangkang. Ketika itu BN menerima sokongan padu orang Melayu. Kali ini, sokongan Melayu terhadap UMNO sudah pun lama berlalu. Mereka masih marah lagi kerana tindakan UMNO menyingkirkan mantan timbalan perdana menteri. Yang lebih menjeruk perasaan ialah ucapan perdana menteri yang sungguh mencelaru itu. Kini, orang Melayu dan Cina sudah membuatkan beliau dan dan juga pentadbirannya menggeletar di hujung pisau. Membabitkan MCA dan Gerakan tentunya akan membuatkan pisau itu terus bergegar lagi. Kerana itu dia terpaksa berhadapan sendirian dengan Suqui. Dia sedar wakil Cina yang ada, tidak mampu melakukannya.


Dua puluh lapan tahun yang lalu, mantan timbalan perdana menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman telah mengandaikan MCA sebagai parti yang laksana rumput di tepi jalan; dengan mengkiaskan Tun Ghafar Baba sebagai orang yang layak menjadi presiden parti itu. Paradoks itu telah memperkecilakn peranan utama MCA sehinggkan masyarakat Cina dalam Perikatan (gagasan parti yang mendahului Barisan Naional - penterjemah) terpaksa menerima kemasukan Gerakan Rakyat Malaysia, yang merupakan parti serpihan MCA, sebagai satu lagi parti Cina dalam perikatan itu yang sudah tentu akan menyanggah hak MCA sebagai mewakili orang Cina. Masyarakat India memang sudah lama terpinggir juga disebabkan alasan yagn sama. Tetapi, sikap sambil lewa untuk memperbaikki keadaan adalah disebabkan kepintaran Dato'Seri Samy Vellu yang lebih pandai bermuslihat kalau dibandingkan dengan pemimpin masyarakat Cina. Kemelut Suqui telah menjadikan MCA dan Gerakan sebagai parti yang tidak relevan lagi. Pemimpin mereka tidak pun berdecit apabila perdana menteri mengambil alih peranan tradisi mereka dan cuba menonjolkan satu peranan berlagak yang tidak pun ada relevannya. Hakikatnya, organisasi Cina sudah pun diberitahu agar bersemuka terus dengan UMNO dan presiden parti itu kalau ada masalah yang perlu diselesaikan. Berkaitan dengan masalah orang India pula, ia sudah menjadi satu amalan biasa sahaja. Selama ini Perdana Menteri merupakan insan yang menentukan sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat India itu dan bukannya oleh presiden MIC.

Yang lebih memeningkan, kenapakah mesyuarat itu diadakan. Suqui telah dituduh kerana mencabar hak keistimewaan orang Melayu, sedangkan perkara itu tidak pun mereka lakukan. Tetapi, oleh kerana terdesak untuk memikat semula sokongan orang Melayu yang samkin melupakan UMNO, pertubuhan itu telah mempergunakan isu Suqui ini . Perdana Menteri telah pun menuduh Suqui dengan tuduhan menderhaka dan Pemuda UMNO pun melaksanakan demonstrasi mereka. UMNO dan tentu juga Perdana Menteri tidak bersedia mengaku kalah dalam konfrontasi politik yang sengaja digembar-gemburkan itu, seandainya mereka berada di satu kedudukan politik yang selamat.

Senario berkecamuk seperti ini akan berulang lagi, kerana generasi yang lahir pada pasca kemerdekaan sudah pun mencapai usia baligh mereka. Inilah generasi yang kurang faham akan persefahaman yang terjalin dalam penubuhan Perikatan yang merangkumi UMNO-MCA-MIC itu. Generasi yang menunggang Dasar Ekonomi Baru akan memasukki ambang persaraan mereka dalam masa lima tahun lagi. Di kalangan mereka itu ada orang Melayu, India, Cina dan kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak.

Namun, kerajaan masih berdegil untuk menentukan agar hanya pendapatnya yang kerap songsang itu yang mesti dipercayai oleh rakyat. Inilah menyebabkan tuduhan perdana menteri sebagai komunis ataupun penderhaka itu tidak diterima oleh rakyat. Di belakang Suqui terdapat satu gerombolan para sukarelawan, yang dianggotai oleh muda-mudi Cina yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pandangan luas terhadap perpaduan negara sehingga mereka mampu memperlekehkan tuduhan liar perdana menteri itu. Menuduh mereka secara melulu sebagai kumpulan komunis ataupun fanatik beragama, tentunya memburukkan keadaan lagi. Dua puluh orang pemimpin Suqui yang bersemuka dengan perdana menteri itu adalah imej satu pergerakan yang mempunyai sokongan yang padu di kalangan masyarakat Cina, dan tidak seperti yang diberikan kepada pemimpin MCA dan Gerakan. Gerakan dan MCA terpaksa megeluarkan kenyataan berkaitan dengan tuduhan perdana menteri itu. Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar di pemilu yang akan datang. Apatah lagi kalau muka yang sedia ada ini masih lagi menguasai kepimpinan parti mereka dan terus bercakaran untuk menjatuhkan parti saingan mereka itu.

Pemimpin MCA dan Gerakan tidak boleh terus berselindung di sebalik sarung UMNO dan mengharapkan perdana menteri untuk mengenakan pakaian agar mereka diterima sebagai wakil masyarakat Cina. Perwakilan orang bukan Melayu bukan bererti pemimpin mereka akan melekat kepada kerusi kabinet yang ada. Inilah sindiran yang dilakukan oleh perdana menteri ketika dia berbincang dengan Suqui, sendirian.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:



THE PRIME MINISTER'S weekend meeting (16 September 00) with the Chinese organisations' elections committee, Suqui, removed the tattered figleaf of the Malaysian Chinese Association (MCA) and the Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) negotiating Chinese issues and demands as part of its political compact with UMNO. It undermined the MCA's and the Gerakan's standing within the community, with the clear signal to Chinese organisations that the two parties, which UMNO insists represents them, can be safely sidelined. The MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, was not allowed to resign from the cabinet when he wanted to after a political quarrel with his party officials because the Prime Minister would not let him. The Gerakan president, Dato' Seri Lim Kheng Yaik, cannot decide if his party is fish or fowl, its sole political activity, in the eyes of the Chinese community, to retain power in Penang by not allowing the MCA to unseat it: when more basic problems trouble its members, it believes it can best be resolved by a firm commitment to Information Technology! The leaden leadership, in which personal pique represents policy, is now confirmed in the Suqui controversy.

The MCA and the Gerakan gave up the ghost when they accepted, in front of the November elections, Suqui's 17 electoral demands, and tried to repudiate them afterwards. The National Front, too, did: the Chinese votes too important for it to remain in power, as the results proved. The MCA's ill-thought out attempt to force UMNO to back it for the chief ministership of Penang backfired, the Gerakan's response pathetic -- it ensures its demise by insisting that the chief minister of the past decade continue in office -- and both became, willy nilly, political pawns of the Prime Minister. The MCA and Gerakan have become toothless warlords in a crumbling empire. So far as Suqui is concerned, any promises from these warlords can be safely ignored. After all, they could not, as Chinese representatives in the government, persuade a fellow cabinet minister from mounting an unruly UMNO demonstration against it at the Chinese Assembly Hall, demonstrating its ability to articulate Chinese demands within the National Front.

But the meeting itself is important. The Prime Minister had to call for this meeting after likening Suqui to groups like the communists and the Al-Maunah in his contested National Day speech on 31 August 00. The National Front and the Prime Minister overreacted. The expected Malay support, which flowed to the National Front, when it cracked down on opposition figures in Operation Lallang thirteen years ago, is not there: it is still angry with UMNO for its humiliation of its former deputy prime minister. The Prime Minister's ill-judged speech made matters worse. Now both the Chinese and Malay ground forces him and his administration to tremble on the knife's edge. Bringing in the MCA and the Gerakan into this discussion would have made the knife wobbly as well. So, he had to speak to Suqui alone. His Chinese representatives, he realised, could not deliver.

Twentyeight years ago, the then deputy prime minister, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, described the Malaysian Chinese Association as "neither dead nor alive", with the future deputy prime minister, Tun Ghafar Baba, made the effective head of the party. That dispute reduced MCA's primus role of representing the Chinese community in the then Allian coalition, and had to accept the Gerakan Rakyat Malaysia, the rump a breakway from the MCA, as another Chinese party in the coalition which challenged the MCA's right to represent it. (The Indian community is marginalised for the same reasons, but the heavy cross it bears for its neglect, Dato' Seri S. Samy Vellu, is more astute than the Chinese community representatives.) The Suqui affair reduces them to political irrelevance. Its leaders raised not a whimper when the Prime Minister usurped their traditional role, and ensures their high profile role of total irrelevance. The Chinese organisations are, in effect, told that they must deal with UMNO and its president if it wants its issues settled. As for Indian issues, that is already standard practice. It is the Prime Minister who takes the decisions for the Indian community the MIC president ought to be taking.

More worrying though is why the meeting had to be held. Suqui was accused of challenging the constitutionally-entrenched Malay special position, which it did not. But UMNO, struggling to retain the Malay cultural support which slips away from it, throw its weight behind the allegations, with the Youth demonstrations and the Prime Minister's accusations of treachery against Suqui raising the ante. UMNO, and certainly the Prime Minister, would not eat humble pie in high profile political confrontations like this, if its political position was secure. There would be more of this, if only because the children of the post-independence generation now reach adulthood, with little understanding of the independence compact that led to the formation of the UMNO-MCA-MIC Alliance that remains in power to this day. The New Economic Policy generation head for retirement in less than five years. Amongst the Malays, Indians, Chinese and the native groups of Sabah and Sarawak.

But the government insists that only its views, however flawed, should be believed. The Prime Minister's characterising of Suqui as communist or traitors backfired. Behind Suqui is an army of volunteers, well-educated Chinese youths with a worldview of national unity that makes the Prime Minister's allegations laughable. Tarring them as communists and religious fanatics unnecessarily raised the ante. The 20 leaders who saw the Prime Minister is the public face of a movement that has got incredible support, one which the MCA and Gerakan ignored, but which has much support within the Chinese community. The Gerakan and MCA must explain its stand on the Prime Minister's unfortunate labelling of them. Or face more trouble when the next elections come along. Especially, if the same faces control the parties with the singular aim of destroying their political rivals. They cannot hide behind the UMNO sarong and leave it to the Prime Minister to dress them up as Chinese representatives. Non-Malay representation is not to ensure their leaders are glued to their cabinet seats. The Prime Minister reflected that when he decided to talk to Suqui himself.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my