Laman Webantu   KM2A1: 2840 File Size: 8.3 Kb *



7 Pegawai Tinggi M'sia Terbabit Dalam Penculikan Terkini ???
By Marhain Tua

22/9/2000 6:46 pm Fri

MGG82 (Rencana Dipetik daripada Manila Times)

7 Pegawai Tinggi Terbabit Dalam Penculikan Terkini ???

(7 KL Brass Linked To Latest Kidnap ???)

- Oleh Faber Concepcion


ZAMBOANGA CITY - Sekurang-kurangnya tujuh pegawai tinggi Malaysia, termasuk seorang jeneral, terlibat dalam beberapa kejadian penculikan di Sabah, yang terakhir membabitkan tiga rakyat Malaysia yang diculik daripada sebuah pusat pelancongan Pulau Pandanan, Ahad lepas.


Perkara ini telah didedahkan oleh sumber yang dipercayai yang mengatakan pegawai tinggi terbabit telah menjalin hubungan dengan penjenayah Abu Sayyaf yang kini sedang menahan rakyat Malaysia itu di sebuah hutan rimba di Patikul, Sulu.

Disebabkan hubungan mereka dengan pihak di Malaysia itu, penjenayah tersebut kini diiktiraf sebagai 'panglima perang' di beberapa pulau berdekatan Sabah. Demikian yang diberitahu oleh sumber itu kepada The Manila Times, sambil tidak mahu identitinya didedahkan.

Gabenor Nur Misuari yang mengepalai Wilayah Otonomi Mindanau (Autonomous Region in Muslim Mindanao - ARMM) telah memperakukan bahawa penenayah itu sememangnya mempunyai kaitan dengn pihak berkuasa di Malaysia. Inilah yng memudahkan mereka menculik para tebusan. Tetapi dia enggaan mengulas lanjut.

Seorang pegawai tinggi ketenteraan Malaysia yang telah dibabitkan dengan ahli politik Islam tealah disebut sebagai perancang utama penculikan pada April 23 (Ahad) yang lalu. Hari itu bertepatan dengan cuti Easter dan ia teeah memangsakan ramai pelancong asing yang datang ke Pulau Sipadan. Pegawai tinggi yang sama disebut juga terlibat dengan kegiatan penjenayah dalam penculikan tiga rakyat Malaysia di Pulau Pandanan pada Ahad, September 10.

SEKUTU SABAH

Misuari telah bekata penjenayah yang berpangkalan di Sulu itu telah melakukan lawatan ke Sabah sejak tiga tahun yang lalu menemui sekutu mereka.

"Kumpulan Abu Sayyaf itu bukannya faham akan sempadan negara, kerana mereka terlalu biasa dengan tempat tersebut. Mereka tidak tahu apakah sesuatu pulau itu adalah milik mereka. Saya tidak tahu apakah mereka faham dengan kawasan sempadan. Lagipun penculik tidak pun mengiktiraf undang-undang antarabangsa. Mereka tidak kenal kawasan antarabangsa pun. Yang mereka kenal ialah warna wang dollar sahaja. " Demikan Misuari menerangkan.

Misuari juga berpendapat, hubungan seperti itu bukannya sesuatu yang ganjil kerana terdapatnya ahli keluarga Abu Sayyaf yang bermustautin di Sabah sebagai penduduk tetap. Malahan ada juga yang sudah pun menjadi rakyat Malaysia.

Misuari telah mendedahkan Isnin lalu, betapa meningkatnya kekuatan Abu Sayyaf disebabkan kemasukan ahli Moro Liberation Front (MNLF- Front Pembebasan Nasional Moro) yang tertarik kepada wang lumayan yang baru diterima oleh para penjenayah itu.


IMBANGAN KEKUATAN

Apabila Abu Sayyaf menjadi semakin kuat ia akan menukar imbangan kuasa di Sulu, demikian amaran Misuari yang juga merupakan pengeusi MNLF itu.


Di waktu yang sama Misuari telah mengkritik cara kerajaan Filipina menangani krisis tebusan itu dengan cara berdiam diri kepada pembayaran US $15 juta sebagai wang pampasan. Inilah yang menaikkan kemarahan pemuda Islam di wilayah yang serba daif itu.


"Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini lagi, "demikian jawapan Misuari ketika menjawab lapuran mengenai kemungkinan serangan tenteera kerajaan ke atas kubu penjenayah. "Saya mahu keadaan yang aman dan saya tidak mahu rakyat saya diganggu oleh pihak kerajaan. "


DALAM PEMANTAUAN

Dua orang yang disyakki sebagai ahli Abu Sayyaf telah ditahan semalam setelah Bureau of Imigration (BI-Biro Imigresen) menyediakan satu senarai pengawasan (watch list) dan menahan mereka atas tuduhan menculik dan mengurung orang lain secara haram.

Pesuruhjaya Imigresen Rufus Rodriguez mengarahkan agar Wahab Upao dan Kadir Abdulgaffar disenaraikan dalam Senarai Pengawasan itu setelah menerima permintaan unit PAOCTF( Presidential Anti-Organized Crime Task Force) di Mindanao. Dua orang itu telah ditahan setelah pihak risikan menerima lapuran bahawa mereka dalam perjalanan ke Arab Saudi.



>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

[sangkancil] 7 KL brass linked to latest kidnap ????

As reported in the Manila Times September 16 issue.

7 KL brass linked to latest kidnap By Faber Concepcion

ZAMBOANGA CITY- At least seven top-ranking Malaysian officials, including a general, are behind the spate of kidnappings in Sabah, the latest of which was the abduction of three Malaysians from the Pandanan diving resort last Sunday.

This was revealed by an informed source who said these officials have maintained links with the Abu Sayyaf terrorists who are now holding the three Malaysians in their forested lair in Patikul, Sulu.

Because of their links with these Malaysian officials, the terrorists are now considered 'overlords' in some of the islands near Sabah, the source told THE MANILA TIMES on condition of anonymity.

Gov. Nur Misuari of the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) confirmed that the terrorists have links with some Malaysian authorities, which enabled them to kidnap hostages. But he refused to elaborate.

A top Malaysian military official identified with Islamic politicians is said to be among those who masterminded the April 23 Easter Sunday abduction of mostly foreign tourists in Sipadan Island off Sabah.

The same officer is linked with the terrorists? kidnapping of the three Malaysians in Pandanan Island Sunday, Sept 10.

Sabah allies

Misuari said the Sulu-based terrorists have been frequently visiting allies in Sabah these past years.

"The Abu Sayyaf are blind to borders, they used to stay in these places, they don?t know whether that island still belongs to them or not," Misuari noted.

"I don't know how familiar they are with the border situation. Besides, kidnappers don't recognize international law, they don't recognize international borders either. They only recognize the color of dollar" he added.

Misuari also said the possibility of such connection is not remote considering there are relatives of Abu Sayyaf rebels who are permanent residents of Sabah and some are already Malaysian citizens.

Misuari revealed Monday that the sudden increase of strength of the Abu Sayyaf could be attributed to the fact that some members of the Moro National Liberation Front (MNLF) have joined the group for the big pay they received from the terrorists.

Balance of power

A strengthened Abu Sayyaf will alter the balance of power in Sulu, the ARMM governor and also MNLF chairman warned.

Misuari likewise slammed the government's handling of the hostage crisis, saying that turning a blind eye to the $15-million ransom has encouraged Muslim youths in the impoverished Mindanao areas to take up arms.

"I don't want to get embroiled in this any more," Misuari said in response to reports of an impending military assault on terrorists. "I want to be kept in peace. I want government to ensure my people will not be touched."

Watch list

This developed as two suspected Abu Sayyaf members were placed yesterday in the watch list of the Bureau of Immigration (BI) after they were charged with kidnapping and serious illegal detention.

Immigration Commissioner Rufus Rodriguez ordered the inclusion of Wahab Upao and Kair Abdulgaffar in the watch list upon the request of the Presidential Anti-Organized Crime Task Force (PAOCTF) unit in Mindanao.

Rodriguez said the PAOCTF sought a travel ban on the two alleged rebels after authorities received intelligence reports that they were going to leave for Saudi Arabia.

--with John Anthony Concepcion