Laman Webantu   KM2A1: 2839 File Size: 10.1 Kb *



TJ MGG Kenapakah Astro Menyokong Celcom?
By Marhain Tua

22/9/2000 6:53 am Fri

KENAPAKAH ASTRO MENYOKONG CELCOM ?

(MGG Why Is Astro Backing Celcom and Not Maxis?)


Dalam siri pengiklanan mempromosikan Olympics 2000 di Sydney, Astro, pengendali satellite TV tersebut menayangkan telefon bimbit kepunyaan saingannya, Celcom, dan tidak pula yang jenama bernama Maxis. Tindakan ini persis kelakuan New Straits Times memuji-muja The Star sebagai lebih unggul daripada NST. Astro dan Maxis adalah milik Mr. T. Ananda Krishnan sedangkan Celcom adalah milik Tan Sri Tajuddin Ramli. Saya tidak nampak pun jenama MAXIS disebut dalm setiap iklan. Tidak pula ada sebarang alasan kenapakah diberi ruang yang luas untuk penayangan barangan saingan.

Tentu ada sesuatu yang sulit dalam hal ini, walaupun kita cuba mendapatkan penjelasan mengenainya. Analisa pasaran tentu dapat membantu dalam hal ini. Terlalu banyak syarikat yang cuba mendominasi satu pasaran yang sengit.

Kesengitan berlaku apabila kos barangan kian meningkat sedangkan desakan pengguna mahukan harga itu diturunkan lagi.

Celcom dan Maxis menggunakan sistem GSM. Persamaan ini membuatkan mereka dapat berkawan. Sebelum ini mereka telah bersaing sengit untuk menyingkirkan satu sama lain. Inilah yang menyebabkan mereka berbelanja besar. Kalaulah mereka berdua dapat mendinginkan keadaan dan bersekongkol, tentu sekali media massa dapat menghidunya. MAS, yang merupakan pengangkutan udara negara yang didominasi oleh Tan Sri Tajuddin Ramli, sedang melayari satu ruang yang lebih getir daripada yang termampu diperakui. Harga bahan-bakar yang semakin meninggi sedang menghantuinya. Tan Sri Tajuddin perlu diselamatkan.


Cara Astro memikat Celcom memberi satu isyarat kemungkinan berlakuknya kawin tangkap basah di antara dua syarikat yang pernah bersaing itu. Tan Sri Tajuddin mungkin tidak dapat melepaskan ngapnya lagi, namun dia perlu bertindak tegas untuk menyelamatkan apa yang termampu di kalangan syarikatnya yang semakin sengkek kerana hutang yang semakin bercendawan. Keadaan semasa nampaknya tidak menyebelahinya. BSKL sedang merudum dengan segala pertanda yang keadaan akan terus meleset. Pertanda yang ada menunjukkan harapan negara (yang dicanang oleh si Mamak Tua) mengimpikan Indeks Komposit mencanak ke paras 1000 memang tidak kesampaian. Parasnya masih berlegar di tahap 700, cuma. Tan Sri Tajuddin tentu telah mencagarkan semua sahamnya di bank dengan nisbah gearing yang tinggi. Tentunya dia sedang dihantui oleh panggilan untuk menyelaraskan nilai saham yang terus merudum itu agar setara dengan hutangnya. Keadaan sedemikian membawa erti betapa MAS sedang membebani masalahnya terutama sekali dengan harga bahan-bakar yang semakin meluap. Saya diberitahu beliau memang menghadapi masalah untuk menanganinya lagi. Petronas mungkin dapat membantu, tetapi secara terhad kerana iklim pelaburan seperti ini akan meningkatkan pembabitannya dengan hubungan luar negara.

Tindakan MAS secara unilateral menaikkan harga tambang ke India telah dilihat sebagai satu usaha untuk menambahkan pendapatan bagi sektor penerbangan yang sungguh menguntungkan. Penumpang yang terbang di sektor ini memang tidak berupaya membantah, tidak seperti mereka yang terbang ke sektor yang kurang menguntungkan seperti pergi ke London. Tidak lama lagi konsep angkasa terbuka akan mencetuskan saingan yang sengit lagi dan memungkinkan harga yang lebih rendah. Tentunya keuntungan jangka pendek akan terhakis jua.

Tentu sekali kerajaan tidak mahu MAS tersungkur ke bumi kerana statusnya sebagai syarikat penerbangan nasional. Mana mungkin perkara ini dibiarkan dihadapi oleh seorang kroniputra, Tan Seri Tajuddin Ramli. Kerana itu kita nampak cara mengagihkan bebanannya itu untuk dikongsi bersama oleh orang seperti Ananda T.Krishan, walaupun insan seperti itu memang sukar dicari. Perkongsian beban seperti ini diberi takrif dengan panggilan 'national service' persis perkhidmatan awam yang khas. Perkongsian seperti ini memang sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada kumpulan kroni yang selama ini dimanjakan. Lagipun, kemampuan kerajaan untuk memanjakan itu memang ada hadnya. Hingga kini pun, agensi penyelamat seperti Danaharta dan Danamodal sudah pun sarat dibebani hutang lapuk syarikat-sayarikat kepunyaan para kroni itu, sehinggakan agensi penyelamat itu semakin tercungap juga.

Gelagat yang berlaku tidak pula merobah sikap kerajaan yang angkuh dan yang mendabik dada betapa pembangunan negara sudah semakin rancak. Inilah yang membuatkan kerajaan terperangkap dengan propaganda yang dicanangnya.

Ketika indeks BSKL berada di atas paras 1000 mata, kerajaan menggembar-gemburkan keadaan "kekuatan dan kemantapan" ekonomi negara. Kalau itulah kayu pengukur yang digunakan, bererti kedudukan indeks masakini mempamirkan keadaan ekonomi yang sungguh meleset. Yang pastinya kerajaan tidak pula berpendirian begitu. Pelabur asing yang merasa tertekan, kerana kerap ditohmah sebagai kumpulan yang mahu menghancurkan Malaysia, tentu sekali akan menarik keluar pelaburan mereka di kesempatan yang terluang dan melaburnya di negara lain yang lebih meyakinkan. Apbaila kita memikirkan semua ini, tentunya tidak penting lagi kalau Celcom menjadi sebahagian kepunyaan Maxis, ataupun apakah Ananda T. Krishnan sudah pun menyelamatkan Tan Sri Tajuddin. Yang lebih penting lagi, pengiklanan yang dikendalikan oleh Astro itu memang memberi isyarat betapa empayar Tajuddin Ramli sudah pun tergugat.



>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

The satellite TV operator, Astro, in the runup to its coverage the Sydney Olympic Games, ran advertising spots promoting not Maxis mobile phones, but its rival, Celcom. This is akin to the New Straits Times praising the Star for its unrivalled coverage, far better than the NST's. Astro and Maxis are in the business empire of Mr T. Ananda Krishnan, and Celcom Tan Sri Tajuddin Ramli's. I did not see Maxis mentioned in the advertisements I saw, nor any explanation for this remarkable touting of a rival. But there is more than meets the eye. Even if enquiries hit a blank. More than rationalisation must come in the mobile phone market. Too many companies fight to dominate a saturated market as costs go through the roof and consumer pressures force the cost of owning a mobile phone down. Since Maxis and Celcom are on a GSM band, it is an ideal fit. But they had until recently fought tooth and nail to edge the other out, bleeding both. If both had buried the hatchet and co-operate, the newspapers would have reported it soon enough. The Malaysian national air carrier, MAS, in Tan Sri Tajuddin's stable, is in worse shape than admitted. The higher fuel prices, which it had not hedged against, bleed it. Tan Sri Tajuddin must also be rescued.

So, Astro's touting of Celcom could well presage a shot-gun marriage between the two rivals. Tan Sri Tajuddin may not get much of a breather out of this, but he must act firmly to preserve what he can of his highly-geared (read indebted) business empire. With every indicator against him. The KLSE is in the doldrums, with the general outlook bearish, a far cry from official hope its index would be now in the early 1000, instead of just above 700 now. Since Tan Sri Tajuddin's shares are pledged to banks for the high gearing, he is strapped for the financial calls to hold on to his shares. However you look at it, MAS is in more trouble than he bargained for, with the fuel hike, I am told, almost unbearable. Petronas comes to its aid, but it cannot in foreign climes since its foreign links increase. The recent price spat with travellers to India, when MAS unilaterally increased fares, is seen as an attempt for additional revenue in a highly profitable sector whose passengers, mostly Indians, would not protest as loudly as when fares to less profitable routes as London are. But with the opening of the skies, and with competition, cheaper flights on other airlines are available, wiping out any short term gains.

The government cannot allow MAS, as its national air carrier, to go down the tube. Nor Tan Sri Tajuddin, a crony business man. So, it looks as if bits and pieces of his empire is flogged off, willingly or not, to those who can bear the burden. Mr Ananda Krishnan can, though not too many others. In any case, they have been pressganged for what is euphemistically known amongst business as "national service". The more successful business men amongst the cronies must, for the special favours levied them, rescue the cronies. After all, the government can do only so much. Even even specially-established rescue agencies like Danaharta and Danamodal already have more debt-laden crony companies and their bad loans on their books that they cannot do more. This when the government insists the country is poised for greater heights. But it is caught in its own propaganda. When the KLSE index was above 1000, it reflected "soundness and strength" of the Malaysian economy; by that yardstick, the current KLSE index should suggest the reverse. It does not, of course. The dastardly foreigner, out to destroy Malaysia and all it stands for, insists upon taking his money out once he is allowed to, and deposit it elsewhere where more orderly business conditions prevail. In the wider context, it does not matter if Celcom is part of Maxis, nor if indeed Mr Ananda Krishnan rescued Tan Sri Tajuddin. But the Astro advertisements does point to serious problems in Tajuddin_Ramli's empire.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my