Laman Webantu   KM2A1: 2836 File Size: 12.9 Kb *



Mahathir Main 'Wayang' Lagi - Annuar Musa 'Tukang Tarik Tirai' Umno ..
By Amin Sapiro

22/9/2000 1:15 am Fri


Amin Sapiro (bosan dgn konsep re-engineering)

MAHATHIR MAIN ?WAYANG? LAGI - ANNUAR MUSA ?TUKANG TARIK TIRAI? UMNO BARU(A) NYA!!


CUBA anda langgar pantang hari ini. Walaupun anda loya tekak membaca Utusan Malaysia, untuk kepastian anda baca naskhah bertarikh 20 Sept. 2000. Pasti anda terbaca sebuah nama yang seiras bunyinya tetapi berbeda ejaannya, iaitu: ?ANNUAR Musa?, bukan ?ANWAR Ibrahim?.

Kesimpulannya, pasti anda akan rumuskan bahawa Annuar Musa betul-betul budak mentah politik. Dia disuruh membebel panjang. Hampir habis satu laman akhbar selembar penuh. Mata kita yang membacanya pun naik lenguh.

Cuma satu: Isu yang dibangkitkan akan dapat mempastikan apa dia ?UMNO? dan apa prioritinya. Kita dapat sejuahmana UMNO itu tidak lagi releven kepada politik semasa. UMNO sudah hilang daya!!

Ramai yang termuntah, ?Yueeeekkkk? aku baca pun naik cemuih?. Dalam loghat Kedah, seorang anak mudah berkata, ?Cakap bulihlah, tapi pi mai pi mai tang tu jugak?..!!?.

Dan berakhirlah sesama mereka dengan gelak ketawa. Mereka jadikan tulisan Annuar Musa semacam sumber ?gurau senda?.

Ada yang nakal, bertanya, ?Apa lagi SANDIWARA terbaru Mahathir dengan budak-budak ?bangsawan?nya??.

Yang bijak sikit bercanda, ?Apa lagi - itu nak ?turning-over? kita laaaa.. Depa memang pakar. Sapa tak kenai, takkan hangpa tak tao? Mahadiaq mamak tongkang nuuuu.. dalam kepala dia ?putaq alam? saja. Haghi ni cakap lagu ni, esuk dia dok buat lein pulak. Bila dia kena corner, dia patah belakang - kata, ? saya tak kata, hangpa pi tanyalah Nuar Musa. Kot-kot dia pikiaq dia Prime Minister???.

Menjawab seorang lagi, ?Anak Kelin? tu memang suka main ?ulaq?. Kalu tak belit oghang, bukanlah dia Mahadiq namanya. Lapan belaih tahun dok jadi Presiden UMNO, sampai ke laaa dia dok mendongkoi - nak jadi ghaja pulak dah. Apa..!! Dia ingat dia waghih-waghih sultan Krala ka? Hahahha? peghasan kotttt?.!!?.

Ini adalah riaksi spontan rakyat dan kesan sebenar dari sebuah lagi ?SANDIWARA MEGA? Mahathir yang terbaru. Tema dan plotnya cukup mudah dimengerti rakyat. Masih Mahathir tidak faham bahawa rakyat generasi hari sudah terdidik dan matang berfikir.

Generasi sekarang sudah berani. Mereka tidak semudah itu diugut-paksa lagi. Kita nampak Ezam, Azmin dan Mahfuz dan teman-teman seperjuangan mereka berkesanggupan tinggi. Rata-rata sekeliling negara mereka menghuraikan isu perjuangan mereka - REFORMASI.

Mereka berdiri di rostrum dihadapan puluhan ribu rakyat marhain yang peka mendengar huraian mereka tentang isu-isu semasa. Mereka berjuang bagi ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?.

Mereka bukan bercakap mengenai politik saja. Sebaliknya mereka menghuraikan sejauh-manakah hak asasi rakyat sudah dihapushakiskan oleh sebuah regim yang dibina oleh tangan segelintir pemimpin UMNO sendiri.

Mereka tegak dengan nada suara yang tegas serba ikhlas bercerita mengenai rasuah dan penyelewengan yang sedang merosakkan fabrik budaya politik, ekonomi, kemasyarakatan, undang-undang, pentadbiran, agama , moral dan akhlak rakyat hasil kebebalan para pemimpin UMNO/BN hari ini.

Mereka mejelaskan bagaimana Mahathir berwenang-wenang memutarbelitkan tafsiran undang-undang, mengamalkan ?politik balas dendam?, mencekik khazanah negara untuk kepentingan diri beliau dan kroni, melakukan pelbagai penyelewengan terang-terang.

Mahathir dan pemimpin UMNO yang telah dibaruakannnya sekongkol berbangga kerana membunuh demokrasi. Bukti yang jelas dapat dilihat - melibatkan dua juta orang Melayu Islam - rakyat Terengganu dan Kelantan dengan menyekat hak mereka mendapat royalti minyak dan geran kontan.

Mahathir mensengajakan perkara ini, kununnya kerana orang Melayu tidak ?bersyukur? kepada beliau dan UMNO!!

Apakah Mahathir menganggap dirinya semacam FIRAUN yang berhasarat memaksa umat manusia mengakui dirinya ?tuhan?..? Seoalah-olah ia boleh menghidup dan mematikan makhluk bernyawa? Tidak Mahathir sudah munafiq?

Asasnya berpunca dari orang-orang UMNO dan segelintir pemimpin mereka sudah terlalu tebal dengan kebebalan dan ketaksuban mereka kepada Mahathir. Hingga, mereka sanggup menyerahkan hak mereka sebagai manusia bernyawa, insan yang ditakrifkan sebagai khalifah di bumi Allah ini kepada seorang manusia untuk menentukan nasib mereka.

Maka terbentuklah oleh pemimpin UMNO ini sebuah ?patung berhala? yang mereka sembah sebilang hari. Ada yang sanggup mencium tangan Mahathir. Ada yang menundukan kepada merafakkan sembah. Banyak yang terangguk-angguk bagai ?kakak tua?, terpegun khayal apabila si ?patung berhala? itu meletakkan hukum-hakamnya.

Mereka kecut isi perut untuk membantah!! Seolah-olah mereka hidup dalam zaman Jahiliyah yang membawa maksud ?Membantah bererti hilang punca rezki - mati?..!!

Dimanakah aqidah mereka? Sudah hilangkah keyakinan diri mereka - tidak percaya lagi kepada diri sendiri selain dari Mahathir, UMNO dan barua-baruanya..!!

Pernah diimbaskan bahawa apa yang ditulis oleh Annuar Musa memang banyak yang benar. Sekali baca ia harus dijadikan sebuah rencana layak dimuatkan di mana-mana Laman pro-Reformasi.

Apakah Annuar Musa fikir orang Melayu semua bangang? Tidakkah UMNO sepuak ini terfikir bahawa Mahathir sudah nampak sengaja bermuka-muka sejak tahun 1965. Dan pada 2 September 1998 terbokti beliau mempamirkan warna asalnya secara terang-terang!!

Selama lebih 30 tahun Dr. Mahathir telah merasuk segala sudut dan ceruk hidup, minda dan budaya hingga menular ke dalam agama orang Melayu Islam dan rakyat di negara ini. Memang ramai yang terperdaya oleh kepintarannya bersandiwara. Tetapi akhirnya, perancangan Mahathir yang selicin itu tersemu juga!

Analoginya, Mahathir bagai penternak ?anjing-anjing? di sebuah kandang besar bergelar UMNO. Anjing-anjing ternakan itu dianjar menyalak, menggigit dan membaham. Upahnya cuma se ketul tulang tidak berdaging.


Rakyat dan dunia tidak akan melupakan peritiwa ini. Salah seekor darinya telah membaham Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bila rakyat membantah, Mahathir melepaskan semua anjing-anjing se kanang ini. Maka dibahamlah rakyat. Mereka digigit.


Sementara itu, merayaulah ?Tuan Bapak Anjing? keliling dunia, menghasut minda manusia sejagat supaya memperakukan ?dusta?nya sebagai ?kebenaran?. Kununnya itulah ?Demokrasi?.

Maka bermulalah satu sejarah paling buruk lagi aib pernah dilakukan oleh seorang pemimpin rakyat di negara ini.

Mahathir tidak peduli terhadap nasib buruk ratusan ribu mangsa yang ditipu dan dibohonginya, yang merengkok di pondok-pondok buruk. Beliau hanya mementingkan hidupnya sekeluarga dengan kroni sekongkolnya saja. Mereka terus hidup senang lenang, saling agung-mengagungi bermulia diri oleh juak-juaknya.

Walaupun rencana Annuar itu bagai mengkesali perbuatan kelompok UMNO yang terlanjur mengkhianati rakyat; dan seakan-akan mau ?rujuk? semula kepada aspirasi Kemerdekaan nenek-moyang kita - namun Annuar adalah salah seekor dari ?jerung-jerung? yang masih timbul tenggelam dalam takungan air najis UMNO/BN.

Apakah Annuar masih bebal bahawa parti Pembangkang, reformis, para penyokong pembangkang dan simpatis dalam UMNO tidak semudah itu ?dibeli?. Mereka sudah terlalu matang berfikir. Orang sudah hilang kepercayaan kepada UMNO/BN..!!

Rakyat sudah tahu, Annuar menulis selantang itu setelah mendapat kelulusan pihak atasan UMNO - khusunya Mahathir dan MKT.

Orang sudah lama tahu Mahathir Muhamad terpaksa menukar strategi dari pola ?berkeras? kepada pola ?berlembut?. Kununya sebagai meraih simpati orang ramai yang sudah tidak menyokong UMNO lagi.

Orang Melayu sudah pintar berpolitik. Kebusukan agenda Mahathir dalam isu Royalti minyak Terengganu, cabaran Mahathir di Sabah terhadap kepimpinan mengenainya (ambil tindakan undang-undang).

Mahathir mewujudkan proses adu-domba dan hasutan terhadap sentimen perkauman ?Melayu-Cina?. Mahathir memandang hina kepada orang Melayu tanpa memberi pembelaan sewajarnya.

Mahathir bertanggungjawab menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru. Beliau pura-pura beragenda menegakkan hak keistimewaan orang Melayu (padahal menghapuskan).

Paling busuk: Mahathir memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan merancang menghapuskan perkataan ?Islam? dari sebarang pertubuhan Islam. Ratusan ribu orang Melayu dinafikan hak biasiswa pendidikan anak-anak orang Melayu (jadi pinjaman/hutang).

Sementara itu, Mahathir dan sekongkolnya membolot setiap peluang keusahawan dan perniagaan orang melalui penswastaan berlandaskan prinsip ?nepotisma dan kronisma?. Cuba teliti segala tindakan busuk Ali Rustam di Melaka,

Rakyat tidak akan melupakan kekejaman dan keaiban terhadap DS Anwar Ibrahim sekeluarga, pembunuhan rakyat Memali, penyeksaan terhadap Reformis, ancaman terhadap rakyat yang menyanggah!

Nah! Annuar Musa tidak berbicara mengenai isi-isu besar itu. Beliau lebih bercakap ?politik?. Siapa peduli samada UMNO akan terlongkop atau tidak. Samada UMNO hendak di reingineering atau jadi ?udang kering? pun tak ada siapa yang peduli.

Kesimpulan orang Melayu sudah pasti: Selagi UMNO/BN menerajui pemerentahan negara ini, akan berlaku senario saling tak tumpah pepatah Melayu: ?Kera di hutan disusui, Anak lapar dipangkuan dibiarkan mati?.

Orang Melayu tidak mahu bagai ?Ayam tambatan mati di kepuk padi?; kerana orang Melayu tidak mahu lagi ?Hilang maruah harga diri?.

Pada hari ini, UMNO dan pemimpin sudah nampak bukti menipu, membohongi, mencari kekayaan peribadi disamping meruntuhkan hak dan akhlak orang Melayu dan warisan budaya dan kekuatan agama Islam sebagai peradaban!

Jika Mahathir pernah menulis kepada Allahyarham Tunku satu masa dulu, katanya:

?I wish to convey what the people really think, that is that it is high time you resign as our Prime Minister and UMNO leader".

Soalan rakyat sekarang, ?Jika Mahathir sebiadap itu, bagaimana Mahathir hari ini? Bila lagi nak gulung tikar bantal..??

Menulis seorang cendekiawan, Raja Petra Kamarudin, kata beliau?

[Mahathir's plan flopped this second time around and now he must backtrack to save face. I suppose the old saying "you cannot fool ALL the people ALL the time" holds true after all].

Sesungguhnya, apa yang dihuraikan disini bukan fitnah. Annuar Musa sendiri mengakuinya!! SAH - UMNO/BN sudah cukup-cukup parah!! Alhamdulillahhhhhh?..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)