Laman Webantu   KM2A1: 2832 File Size: 12.3 Kb *



TJ MGG Abu Sayyaf dan Pengkalan Kapal Selam
By Marhain Tua

21/9/2000 5:29 pm Thu

MGG80


Penculikan Abu Sayyaf dan Pengkalan Kapalselam di Sabah (MGG The Abu Sayaf Kidnap and Malaysia's submarine base in Sabah)


Kita telah diberitahu bagaimana kabinet Malaysia memberikan arahan kepada angkatan tentera untk melakukan rondaan di sepanjang pantai dan perairan Sabah. Anggota bersenjata hendaklah ditempatkan di pulau pelancongan agar para kumpulan Abu Sayyaf menggeletar dalam seluar mereka dan tidak menculik rakyat Malaysia lagi. Kenapakah Menteri Pertahanan, Dato Najib Tun Razak mengemukakan hal ehwal operasi keselamatan negara ke majlis mesyuarat kabinet? Bukankah pengembelingan angkatan bersenjata dilakukan bukan disebabkan kemahuan kabinet tetapi disebabkan keperluan menjamin keluhuran integriti negara? Kenapakah kelulusan kabinet diperlukan dalam perkara itu? Kenapakah kabinet tidak dibabitkan untuk keizinan menggembelingkan tenaga tentera ketika tercetusnya isu yang lebih besar pada bulan April yang lalu? Mampukan kabinet memberitahu kita bahawa di Pulau Sipadan yang berjiran dengan Pulau Litigan mempunya kompleks pelancungan yang diusahakan oleh anak seorang perdana menteri? Kalaulah dua pulau itu kepunyaan Malaysia kenapakah Kuala Lumpur dan juga Jakarta merujukkan masalah hak milik kepulauan itu kepada Mahkamah Antarabangsa di Den Hague ?

Kini, menteri pertahanan telah berkata bahawa nasib tiga rakyat Malaysia yang baru diculik itu (daripada Pulau Pandanan di Semporna, Sabah) terpaksa diserahkan kepada kebijaksanaan sesiapa yang telah menculik mereka dan kepada Tentera Udara Filipina yang sedang melakukan pengboman ke atas Pulau Jolo, di mana rakyat itu sedang disorokkan. Datuk Najib menganggap perkara ini sudah menjadi urusan dalaman Filipina di mana Malaysia tidak boleh campurtangan.

Ini bererti Malaysia pernah terbabit ketika ramai orang asing yang telah diculik di Pulau Sipadan, dulu. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimana pula kedudukan Malaysia dalam episod penculikan itu? Apakah tindakan diplomatik yang telah dilakukan utnuk menyelamatkan mangsa culik? Adakah menteri pertahanan itu menyatakan betapa kumpulan rakyat Malaysia yang diculik dulu telah diselamatkan dengan pembayaran sekurang-kurangnya satu juta ringgit bagi setiap orang yang dibebaskan, kerana orang asing pun telah diculik bersama mereka?

Apakah ini satu lagi sandiwara untuk membesarkan masalah keselamatan di Sabah di mana Malaysia merancang untuk membina pangkalan kepalselam di Teluk Sepangar? Apa yang diperlukan oleh angkatan tentera Malaysia bukannya tambahan kelengkapan perang ataupun alat permainan teknikal seperti pesawat terbang ataupun kapal selam. Yang lebih diperlukan ialah semangat professionalisma dan latihan yang lebih baik. Menukarkan askar menjadi pelakun dan pelakun menjadi askar seperti yang dilakukan dalam rompakan senjata di Grik tidak melahirkan satu angkatan tentera yang professional dan yang digeruni. Ketika Malaysia membuat ketetapan untuk membeli kapal selam, lima ahun yang lalu, ia telah mencetuskan satu perlumbaan bersenjata.

Singapaura telah membeli kapal selam daripada Sweden dan telah pun menggunakannya. Sebuah lagi akan siap tidak lama lagi. Sebelum kapalselam pertama tiba, dua orang anak kapal telah dihantar ke Sweden untuk menerima latihan dan ramai lagi yang akan dihantar ke sana.


Singapaura telah membuat pembelian itu berdasarkan rencana Malaysia untuk membeli kapalselam, juga. Seperti kelazimannya, Malaysia telah membuat rancangan pembelian tanpa sebarang rencana yang rapi. Tidak juga dengan menjawab persoalan apakah pembelian itu sungguh diperlukan.

Yang lebih meyakinkah ialah kemungkinan beberapa pihak yang akan merasa nikmat imbohan dalam pembelian itu dan sikap menunjuk-nunjuk betapa Malaysia mempunyai satu ketumbukan laut yang menakutkan. Kerana sebab yang penuh intrig, dasar operasi angkatan tentera Malaysia beranggapan apabila askarnya, baik di darat, di udara ataupun di lautan, digembelingkan; mereka dianggap akan mempamerkan sikap professionalisma ala Kumpulan al Maunah sedangkan kumpulan itu sudah mencetuskan satu ketakutan di kalangan golongan yang profesional.


Kini, muncul soalan lagi; apakah penculikan yang berlaku bulan April dulu dan diulangi lagi bulan ini merupakan satu agenda terbaru: bahawa ia merupakan satu tarikan perhatian nasional kepada keperluan membina pengkalan kapalselam di Teluk Sepanggar? Pihak kerajaan Malaysia telah menonjolkan satu minat yang luar biasa dalam episod penculikan itu sehingga ia mencetuskan satu kepercayaan di kalangan orang Sabah bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik episod itu. Masakan perlunya pembabitan timbalan menteri pendidikan (bukan pilihan rakyat) Dato Aziz Shamsuddin dan mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Yong Teck Lee, dan beberapa individu lain yang bertegas untuk membabitkan diri dalam perundingan yang dikatakan lebih awal lagi oleh Najib sebagai sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh Malaysia? Semua ini menunjukkan adanya pelbagai kumpulan yang terbabit dengan salah satu ataupun kedua-dua episod penculikan itu. Kita tidak menempatkan askar atau pun kelasi bersenjata untuk mengawal pulau terpencil yang sememangnya menjadi sarang lanun. Lautan Sulu itu bukannya serupa dengan Selat Melaka. Namun, timbalan perdana menteri, Dato Seri Abdullah Badawi yakin bahawa pasukan keselamatan yang melakukan rondaan itu mampu menangani para penculik yang melarikan diri mereka daripada medan perang. Sebenarnya, kalau seluruh angkatan tentera Malaysia dikirimkan ke tempat itu pun, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ini.


Gembar-gembur yang sengaja diada-adakan ini mungkin bertujuan untuk mendidik minda rakyat Malaysia bahawa angkatan tentera Malaysia tidak berupaya berkhidmat secara berkesan tanpa adanya pangkalan kapalselam di Sabah yang akan dibeli dan membabitkan ramai manusia yang mendapat komisen darinya untuk kemudahan mereka bersantai di Ougadougou. Berapakah agaknya kos yang terbabit? Ada yang mengatakan ia akan berjumlah RM2,000 juta. Spesifikasi teknikal telah diubah-suai untuk menyesuaikan pemasangan alatan canggih dan angka itu akan terus berubah selagi ada peralatan yang akan ditambah. Inilah sebabnya kabinet secara tiba-tiba bingkas dari khayalan untuk mengarahkan angkatan bersenjata Malaysia agar membuktikan khidmat yang kurang berkesan di perairan Sabah.


>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

MGG] The Abu Sayyaf Kidnap and Malaysia's submarine base in Sabah


The Malaysian cabinet, we are told, orders the armed forces to patrol the seas off the coast of Sabah, deploy troops in all resort islands, and have the Abu Sayyaf rebels shiver in their pants should it kidnap Malaysians ever again. Why did the defence minister, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, take a national security operational matter to the cabinet? Should not the armed forces be deployed not because the cabinet wants it to, but to safeguard the territorial integrity of the country? Does it require cabinet approval to do that? Why was not the cabinet -- if indeed it is this price-fixing body which should approve armed forces' movements -- then depoloyed in April when the larger crisis broke out? And would the cabinet tell us whether Sipadan Island, which with neighbouring Litigan, has resorts operated by the Prime Ministerial son? And if they are Malaysia's, why did Kuala Lumpur and Jakarta refer their contending claims to ownership of these two islands to the International Court of Justice at the Hague?

The defence minister now says the three Malaysians kidnapped from Pandanan resort in Semporna Island in Sabah is to be left to the mercy of whoever kidnapped them and the Philippines Air Force bombing on suspected rebel positions in Jolo Island, where they are believed to be. He now says it is Manila's internal matter and Malaysia would not matter. This suggests that Malaysia did interfere when the foreigners were among the hostages from Sipadan Island. So, what is what? What is Malaysia's position about the kidnap? What diplomatic measures has it taken to rescue the three hostages? Or is he telling us that the previous lot of Malaysians kidnapped were rescued, with at least US$1 million paid for each release, because foreign tourists were kidnapped with them?

Or is this yet another sandiwara in which security concerns in the Sabah seas are highlighted to force through Malaysia's plan for a submarine base at Sepanga Bay in Sabah? What the Malaysian armed forces need is not more weaponry or technical toys, like fighter aircraft and submarines, but more professionalism and better training. Turning the soldiers into actors, and allowing actors to hoodwink the soldiers, as in the Grik arms heist, does not make for a professional army others would not dare to tread on. When Malaysia decided five years to buy a submarine, it led to an arms race. Singapore bought a submarine, from Sweden, which it has commissioned, with another due to join the fleet soon. Before the first arrived, two crews were in Sweden for training, and further crews would be sent for the next.

The island republic pointed to Malaysia's purchases to justify its submarine purchases. Malaysia, as usual, went into submarine buying without thought or relevance, and the need for submarines affirmed not for its operational needs, but because this expensive bauble would spread the largesse around and make regional navies frightened of Malaysian fire power. For some strange reason, Malaysian armed forces operational policies assume that when its soldiers, airmen and sailors take to battle they would be as professional as the Al-Maunah lot were when they spread fear into the bowels of its professionalism.

So, the question arises if the kidnappings off the coast of Sabah in April and this month has yet another agenda: the return to national attention to the Sepanga Bay submarine base. The unusual interest the Malaysian government made in that kidnap, the widespread belief in Sabah that there was more than meets the eye over that kidnap, and the presence of the deputy minister of education, Dato' Aziz Shamsuddin, and the the former chief minister of Sabah, Tan Sri Yong Teck Lee, with sundry others, who insisted on interfering in the negotiations as Dato' Seri Najib now says Malaysia would not, all points to differing groups with a vested interest in either or both kidnappings. We do not have the soldiers or the sailors to guard the isolated islands in an area infested with pirates. The seas off Sabah is not the Straits of Malacca. But the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, is certain security forces guarding Sabah's east coast would "deal" with rebels fleeing the fighting. There is no way it could, not even if all of Malaysia's men in uniform, policy and armed forces, are sent there to deal with it.

Is this sudden interest then in the armed forces' well-touted but unproven capability an orchestrated smokescreen to tell the Malaysian public that the armed forces cannot operate effectively without a submarine base in Sabah and those involved in its purchase get commissions that would come in handy for their next holiday in Ougadougou. How much does this base cost? Figures of up to RM2,000 million is bandied about, the technical specifications changed to ensure the most modern equipment is installed, and the figures keeping changing as more irrelevant instrumentation is added. Which is why the cabinet rises from its stupor to order the armed forces to prove its ineffectiveness off the coast of Sabah.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my