Laman Webantu   KM2A1: 2829 File Size: 15.0 Kb *



Hikayat Singapura Moden: Bab 6-7
By Marhain Tua

20/9/2000 11:59 pm Wed

Hikayat Singapura Moden Bhg 6 & 7.

BERMESRA DENGAN DENG
(Getting Through To Deng)


Saya tidak boleh melupakan peristiwa bertemu Deng pada November 1974.. Beliau berumur 74 tahun ketika itu,. Dengan ketinggian tidak melebehi lima kaki, beliau mengenakan pakaian sut potongan Mao berwarna kelabu dan sedang menuruni anak tangga pesawat Boeing 707 di Lapangan Terbang Paya Lebar. Dia berjalan segak sambil memeriksa barisan penghormatan sebelum kami beredar untuk menuju Istana Villa yang merupakan istana untk para pelawat negara. Di sebelah petang kami bertemu untuk perbincangan rasmi di sabuah bilik.

Saya pernah ternampak mangkuk tadahan ludah disediakan dalam Dewan Utama Rakyat di Beijing. Kali itu saya telah menyediakan satu manguk yang berwarna biru dan putih yang dibikin daripada porselin, dan diletakkan berdekatan tempat duduk Deng. Saya pernah terbaca betapa beliau kerap menggunakan mangkuk seperti itu. Saya juga menyediakan satu tepak abuk-rokok khas untuk kegunaannya sendirian walaupun sudah ada ketika itu peraturan tidak merokok dalam bilik yang berhawa dingin. Inilah cara menghormati seorang pemimpin unggul dalam sejarah China. Saya telah mempastikan agar kipas eksos dalam bilek itu siap terpasang.

Deng telah menghabiskan dua setengah hari berikutnya untuk berbincang mengenai Soviet Union dan bahayanya kepada dunia. Semua negara dan juga rakyatnya yang tidak mengingini peperangan harus bersatu dalam satu barisan untuk mengganyang penghasut perang. Deng telah menyebut kata-kata Mao:

Kita harus bersatu untuk menangani 'wang ba dan' (yang bererti telur penyu tetapi diterjemahkan oleh penterjemahnya dengan perktaaan 'si haramjadah'.

Deng telah menceritakan kisah pergerakan Soviet di Eropah, Timur Tengah, Africa, Selatan Asia, dan akhirnya di Indochina. Soviet Union telah berjaya di Vietnam.

Untuk mendapatkan keamanan, Asean perlu bersatu dengan China dan menyingkirkan Soviet Union dan Cuba daripada Vietnam. Ada dua orang penterjemah yang menemani Deng. Mereka tidak pun membuat catatan yang menyeluruh; sekadar cakar ayam sahaja. Saya fikir mereka tentulah membincangkan perkara yang sama di Bangkok dan Kuala Lumpur dan sudah menghafalnya. Hari sudah menjangkau maghrib apabila kami siap berbincang. Saya bertanya pada nya apakah dia mahukan respon saya ataupun menyambung perbincangan itu keesokan hari, untuk membolehkannya bertukar pakaian dan untuk memberi peluang saya memikirkan perkara yang dibincangkan itu. Dia membuat pilihan untuk tidak membiarkan juadah santapan malam itu menjadi dingin.

Pada keesokan harinya saya telah membuat jawapan balas dalam setengah hari secara sendirian dan tanpa penterjemah. Negara kecil seperti Singapura hanya mampu mencatatkan trend dunia tanpa mempengaruhi kejadiannya. Kita terpaksa menganalisa setiap situasi itu daripada aspek rantau kita dan bukan dari aspek global.

China mahukan negara dalam ASEAN bersatu menyokongnya untuk meminggirkan 'Beruang Russia' sedangkan ada jiran kita yang mahu kita berasatu untuk meminggirkan 'Naga China'. Di Asia Tenggara tidak ada rakyat Russia seberanglaut yang memimpin pergerakan komunis yang disokong oleh kerajaan Soviet sepertimana yang berlaku kepada pergerakan Cina seberanglaut. Inilah pergerakan yang disokong kuat oleh Parti Komunis China dan kerajaannya sehinggakan mereka menjadi ancaman berbahaya kepada Thailand, Malaysia, Filipina dan juga secara bekurang di Indonesia.

China memang berusaha memikat hubungan baik dengan kumpulan cina seberanglaut berdasarkan titisan sejarah lama dan terlalu kerap memancing semangat patriotisma mereka untuk pulang ke China dan membantu Konsep Empat Modernisasi. Usaha terang-terangn China itu tentunya menjelekkan pemimpin negara yang terbabit.


Pemimpin Asean menganggap usaha China memancing sokongan itu sebagai satu tindakan subversif yang berbahaya. Usaha ini dilakukan melalui siaran radio khas yang diterbitkan di negeri China. Deng telah mendengar penjelasan saya dengan cermat kerana dia tidap pernah terlintas akan perkara ini. Bayangkan, China sebagai sebuah negara besar sanggup memperlekehkan kerajaan setempat untuk menyalurkan dakyah subversif kepada rakyatnya. Saya telah menyuarakan satu cadangan agar kita berbincang akan caranya untuk menyelesaikan masalah itu.

Saya telah menyarankan betapa tidak mungkin pemimpin Asean berupaya menunjukkan pesetujuan mereka kepada cadangan untuk bersatu menghadapi Soviet Russia dan Vietnam. Saya berdiam diri selepas itu.

Gerakgeri Deng telah menunjukkan betapa beliau terkejut juga dengan apa yang saya luahkan itu. Dia sedar betapa saya telah menyatakan sesuatu yang benar. Tiba-tiba dia bertanya:

"Apa yang anda mahu saya lakukan?" Saya terpegun.

Saya belum pernah berjumpa seorang pemimpin komunis yang bersedia menguah pendiriannya apabila diransang oleh satu kebenaran. Apatah lagi kalau menanyakan apa yang saya mahu dia lakukan. Saya telah menjangkakan dia akan menolak cadangan saya sepertimana yang pernah dilakukan oleh Hua Guofeng ketika saya bertemu beliau di Beijing pada 1976. Ketika itu saya telah mendesak beliau agar tidak bersikap berdolak-dalik dalam menyokong parti komunis Malaya yang membakar semangat revolusi di Singapura dan bukannya di Malaya.

Saya menjadi termangu apabila berdepan dengan seorang pemimpin revolusi yang sungguh berpengalaman itu. Apatah lagi untuk memberitahu dia akan caranya. Tetapi apabila dia sudah menanyakannya, saya pun menjawab:

"Hentikan sajalah siaran radio itu; hentikan laungan meminta bantuan itu. Adalah lebih baik kalau rakyat Cina di seberang-laut dibiarkan bersahaja tanpa China mengulangnya dan meminta sokongan mereka. Sikap cemburu rakyat pribumi sudah tentu masih kekal samada China mengungkit pertalian darah mereka itu.

Tetapi kalau China berterusan mengungkit pertalian darah ini, kekerapan aktibiti tersebut akan mencetuskan perasaan cemburu juga. China harus menghentikan siaran radio di bahagian selatan China yang dikendalikan Parti Komunis Malaya dan Indonesia. "


Deng adalah seorang pemimpin yang sungguh mengkagumkan yang pernah saya temui. Ketinggiannya hanya lima kaki sahaja, tetapi ia merupakan seorang gergasi di kalangan manusia. Ketika berusia 74 tahun dia telah disuakan kepada satu kebenaran yang pahit untuk ditanganinya, namun dia sudah bersedia untuk mengubah pendiriannya. Dua tahun kemudiannya setelah dilakukan beberapa perubahan kepada corak naungan terhadap dua parti komunis di Malaysia dan Thailand , siaran radio itu pun ditamatkan.



Beberapa minggu kemudiannya saya telah diunjukkan beberapa artikel mengenai Singapura yang disiarkan oleh People's Daily. Corak persembahannya telah bertukar. Singapura telah digambarkan sebagai sebuah bandaraya dalam taman yang perlu dicontohi kerana usaha kehijauannya, perumahannya dan tarikan pelancongannya. Tidak lagi kami dilabelkan sebagai "anjing peliharaan imperialis Amerika".


>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Bahagian 7:

Daripada Chiang Ching-kuo Kepada Lee Tenghui.

(Dipetik daripada 'Getting through to Deng')


Tekanan meminggirkan Taiwan telah membuat negara itu amat beria-ia mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Singapura sejak dulu lagi. Memang ketika itu kami tidak berapa minat bergantung harap sangat kepada Israel dalam latihan ketenteraan neggara. Taiwan telah menghantar seorang wakil kanannya untuk menemui Goh dan saya dalam satu perbincangan awal pada tahun 1967. Goh Keng Swee ketika itu memegang jawatan Menteri Pertahanan negara. Pada bulan Disember mereka telah menyediakan satu kertas cadangan penubuhan satu pasukan tentera udara. Kami memang berminat untuk menghantar pemandu pesawat udara dan juga pegawai tentera laut ke Taiwan, kerana Israel tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Apabila pengarah National Security Bureau ( Biro Keselamatan Negara) mencadangkan agar saya membuat lawatan ke Taiwan bertemu perdana menteri mereka Chiang Cing-kuo yang merupakan anak kepada Presiden Ciang Kai-shek pada Mei 1973, saya pun bersetuju.

Perdana Menteri Chiang dan isteinya yang berasal daripada Russia telah bertemu dengan saya dan isteri di lapangan terbang. Kami terus menuju ke Grand Hotel di mana beliau telah menemani kami menuju ke kamar khas. Keesokan harinya, kami menaikki pesawat udara jenis Boeing 707 untuk pergi ke sebuh lapangan udara . Di sana kami dihidangkan dengan satu demonstrasi kegiatan satu unit angkatan tentera udara. Kemudian kami beredar menuju Sun Moon Lake, sebuah taman tasik percutian. Kami berada di sana selama dua hari untuk bermesraan.

Saya merasa amat selesa dengan Chiang Ching-kuo. Asas perhubungan kami itu adalah berlandaskan sikap anti-komunis kami. Parti Komunis China merupakan musuh ketatnya sementara Parti Komunis Malaya yang mempunyai hubungan dengan parti di China itu adalah musuh ketat saya pula. Kami mempunyai satu sasaran perjuangan yang sama.


Chiang tidak mampu bercakap dengan lancar dalam Bahasa Inggeris . Pertuturan Mandarin beliau yang pekat kepada loghat Zhejiang memang amat suakr untuk difahami. Dia faham bahasa Inggeris yang saya tuturkan, dan dengan bantuan Mandarin yang saya tahu, kami mampu berinteraksi tanpa bantuan penterjemah. Perkara ini amat penting untuk melaksanakan satu asas semangat bekerjasama yang kemudian hari bertukar menjadi satu hubungan mesra.

Ada satu faktor yang sungguh berjaya membantu kami. Anak perempuan saya ketika itu merupakan seorang gadis yang sedang menuntut sebagai pelajar perubatan. Dia memang berpendidikan dalam Bahasa Mandarin dan amat lancar bertutur dalam bahasa itu. Perawakannya lantas mengaitkannya sebagai seorang China. Inilah yang banyak mempengaruhi persepsi Chiang dan isterinya terhadap kami bertiga. Inilah juga yang membantu menentukan asas perhubungan di antara Taiwan dan Singapura. Terjalinlah satu perhubungan persahabatan di antara Ching dan saya melalui dunia tulisan.

Pada pertengahan 1980-an, saya nampak keadaan kesihatan Chiang semakin menurun secara mendadak. Dia tidak lagi mampu menemani saya menjelajah Taiwan. Daripada perbualan kami saya sedar dia sedang ditekan oleh media Amerika dan juga Kongress agar memperkenalkan amalan demokrasi dalam sistem politik negara. Chiang telah memansuhkan undang-undang ketenteraan (matial law) dalam proses itu. Kemudian dia telah membenarkan peluang kepada pihak pembangkang untuk membabitkan diri dalam kegiatan pemilu untuk menganggota Dewan Yuan.


Tidak lama kemudian timbalan presiden Lee Teng-hi telah mengambil alih tampuk presiden. Pertama kali saya menemuinya beliau menjadi datuk bandar Taipei. Kemudian beliau menjadi gabenor Wilayah Taiwan. Kami kerap bermain golf bersama. Beliau memang cekap dan berkelayakan serta menghormati para pemimpin yang lebih kanan darinya terutama sekali pemimpin di tanah besar. Ketika itu dia merupakan seorang pemimpin yang mudah mesra, tinggi lampai dengan rambut yang beruban. Memakai gelas mata yang tebal dan sentiasa mengukir senyuman.


Saya pernah menyambut ketibaan Presiden Lee di Singapura pada 1989. Ini merupkan lawatan pertama seorang presiden Taiwan ke Asia Tenggara. Saya telah menyediakan segala tanda horamt yang perlu ditunjukkan kepada seorang pemimpin negara. Ketika itu kami memang tidak ada hubungan diplomatik yang rasmi dengan Taiwan. Kerana itu tahap penghormatan daripad segi protokol terpaksa dihadkan. Tidak ada bendera behias yang ditontonkan, tidak juga barisan kehormatan ataupun segala majlis diraja untuknya. Dalam semua kenyataan rasmi negara beliau dirujuk sebagai Presiden Lee "daripada Taiwan" dan bukannya "(di) Taiwan". Lawatan itu telah menaikakn wibawa politiknya di rantau ini.


Presiden Lee adalah seorang yang gemar membaca yang mempunyai daya mencerna maklumat yang dibaca. Dia telah menerima didikan di sebuah sekolah Jepun di Taiwan ketika pulau itu dijajah dan bergelar Formosa. Di zaman perang dulu, dia merupakan segelintir rakyat Taiwan yagn terpilih untuk menerima pendidikan di universiti Jepun. Dia telah dihantara belajar di Universiti Imperial Kobe, yang merupakan universti ke-dua terbaiknya selepas Tokyo Imperial University. Apabila perang tamat dia pulang ke Taiwan utnk menyudahkan pelajarannya di Taipei. Selepas itu dia pergi ke Amerika sebanyak dua kali. Lawatan yang kedua kalinya itu telah membawanya ke Cornell untuk mendapatkan ijazah PhD dalam jurusan ekonomi pertanian.

Dia pernah menyebutkan kepada saya secara bangganya betapa dia membaca empat jenis akhbar harian Jepun setiap hari. Dia juga menonton program NHK TV yang diterbitkan di Tokyo melalui satellit. Dalam memilih buku pun dia lebih gemar membaca terjemahan dalam bahasa Jepun, daripada membaca buku asal yang ditulis dalam Bahas Inggeris. Dia lebih mudah memahami is buku yang dibacanya itu. Walaupun dia amat cenderung kepada budaya dan sejarah Jepun, Presiden Lee tidak berapa hiraukan keadaan tanah besar (China) baik dari segi sejarahnya ataupun budayanya. Apatah lagi kepada pemimpin komunis yang ada ketika itu. Dia melihat mereka itu dari kacamata seorang elitis yang berpendidikan Jepun.


Saya mendapati Presiden Lee sebagai seorang yang yakin kepada dirinya dan banyak membaca dan mengetahui banyak perkara yang diminatinya. Tetapi apabila Taiwan dipinggirkan, dia merasa kurang faham kenapakah pemimpin dunia sanggup melakukan perkara itu dan tidak seperti yang dilakukan oleh pemimpin Jepun yang bersimpati dengan negaranya. Inilah yang membuatkan dia menganggap sokongan dan simpati Jepun itu sebagai sesuatu yang penting sekali.

Seorang kawannya pernah mengulas betapa latihan yang diterimanya telah mempengaruhi Presiden Lee mewarisi semangat 'bushido' yang merupakan semagat wira Jepun. Malahan dia telah berpendirian adalah tugasnya untuk memimpin rakyat Taiwan untuk merangkul semula tanah yang diimpikan itu. Mengikut kawannya itu lagi; Presiden Lee adalah seorang penganut agama Kristian yang setia malakukan ajaran Tuhan dengan segala upayanya dan dengan iringan semangat bushido itu.





>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT<<<<<<<<<<<<