Laman Webantu   KM2A1: 2828 File Size: 7.6 Kb *



Pendedahan A/Musa - Taktik Murahan Meraih Simpati Tanpa Kesan
By Amin Sapiro

21/9/2000 12:56 am Thu

Amin Sapiro (di kuburan UMNO membaca talqin)


PENDEDAHAN ANNUAR MUSA - TAKTIK MURAHAN MERAIH SIMPATI TANPA KESAN


JIKA orang itu bernama ?ANWAR? dan ia sekarang sedang dipaksa kurung dalam penjara oleh sebuah regim yang cukup takut dan malu kepada karisma beliau - ramai orang akan bertepuk tangan dan melonjak sambil melaungkan ?Hidup Pejuang Rakyat?.

Tetapi, di Utusan Malaysia hari ini [20 Sept. 200000, kita terbaca sebuah nama yang seiras bunyinya tetapi berbeda ejaannya [?ANNUAR?]. Sekaligus orang bertanya, ?Apa lagi SANDIWARA Mahathir dengan budak-budak ?bangsawan?nya??.

Ini adalah riaksi rakyat dan kesan sebenar dari sebuah ?SANDIWARA MEGA? yang tema dan plotnya cukup mudah dimengerti rakyat yang terdidik dan matang berfikir. Asasnya, orang sudah tidak percaya lagi kepada Mahathir, UMNO dan barua-baruanya..!!

Apa yang ditulis oleh Annuar Musa memang banyak yang benar. Sekali baca ia harus dijadikan sebuah rencana layak dimuatkan di mana-mana Laman pro-Reformasi.

Tetapi orang Melayu Islam mempunyai satu pegangan yang kuat iaitu: Walaupun iblis itu melafaz dan membisikan Firman Allah swt. sekalipun ke telinga kita, kerana ia adalah iblis yang direjam; jangan dipedulikan. Kerana diakhir-akhir nanti, iblis itu akan meneruskan agendanya untuk menipu dan menyesatkan semua manusia?!!

Pegangan itu sukar dan sulit untuk diketepikan. Lebih-lebih lagi jika ia seorang 'bapak iblis' yang pernah bermuka-muka sejak tahun 1965; tetapi pada 2 September 1998 terbokti ia menyesatkan semua orang - secara terang-terang!!

Selama lebih 30 tahun, ?bapak iblis? itu telah merasuk segala sudut dan ceruk hidup, minda dan budaya hingga menular ke dalam agama orang Melayu Islam dan rakyat di negara ini hingga ramai yang terperdaya oleh kepintarannya bersandiwara - tetapi akhirnya, perancangan amat licin itu tersemu juga!

?Bapak Iblis? menternak banyak ?anjing-anjing? di kandangnya. Anjing-anjing ternakannya dianjar menyalak, menggigit dan membaham. Salah se ekor darinya, pernah membaham Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mata beliau lebam dan tubuh beliau calar-balar meninggal kesan parut yang sangat dalam.

Rakyat dan dunia tidak akan melupakan peritiwa itu. Hari ini - 20 September 2000, genap dua tahun penuh Anwar dipenjerakan oleh ?Bapak? segala ?Iblis? dan ?Tuan? dari segala ?Bapak Anjing? peliharaan tuannya - Mahathir Mohamad.

Sementara itu, ?Tuan Bapak Anjing? (merangkap ?Bapak Iblis?) bersenang-senang berfoya-foya keliling alam ini menghasut minda manusia supaya memperakukan ?dusta?nya sebagai ?kebenaran?.

Setelah penat berkelintau keliling dunia, maka baliklah ia ke sarang dengan menunggang ?burak? bikinan Amerika - sebuah jet berjenama Global Express. Akan bersemayamlah ia semula disebuah Mahligai kencana yang dibina dengan airmata dan keringat makhluk yang dianiayanya.

Tengok!! Betapa hebatnya jika iblis mendapat kemulian? Ia tidak akan peduli dengan nasib buruk ratusan ribu mangsa yang ditipu dan dibohonginya, asalkan hidupnya sebagai ?raja Iblis? terus diagung-agungkan oleh juak-juaknya.

Disinilah terbitnya syak dan wasangka umat manusia - Walaupun rencana Annuar itu bagai 'menendang bola ke goal sendiri', tetapi parti Pembangkang, reformis, para penyokong pembangkang dan simpatis dalam UMNO tidak semudah itu ?dibeli?. Mereka sudah terlalu matang berfikir.

Annuar tidak akan menulis bersifat mengecam orang yang membenarkan beliau sekongkol melakukan apa yang disebut-huraikannya dalam rencana terpanjang itu.

Jika selantang itu beliau bercakap, dan akhbar arus perdana pula menyiarkan tanpa menyunting sepatah kata juapun, maka makin ramai orang syak bahawa memang ada ?udang disebalik batu?.

Apatahlagi, sebagai kebiasan jua, jika Annuar tidak mendapat kelulusan pihak atasan UMNO - khusunya Mahathir dan MKT, tempoh 24 jam beliau akan sebilik dengan Anwar yang sedang menunggu!!

Sudah dua tahun diperhatikan, banyak tulisan orang-orang UMNO yang lebih ?lembut? dari pendedahan Annuar tersebut, tetapi mereka yang melakukannya telah ?diterajang? oleh Mahathir keluar parti sebagai ganjaran kerana mengkritik beliau dan partinya. MKT sendiri yang dikenali sebagai ?kakak tua? cuma mengangguk saja.

Soalnya, apakah sebab yang menjadi Annuar Musa begitu berani lancang mulut? Adakah beliau menanti mata pedang untuk ?dihukum pancung?..?

Jawapnya mudah. MKT UMNO dengan persetujuan Mahathir telah menukar strategi untuk meraih simpati orang ramai yang sudah meninggalkan ?Ajaran Sesat? yang dianjurkan mereka.

Jika diibaratkan Mahathir ?bapak berhala?, maka Annuar hanya ?padri-padri kecil? yang diberi mandat mengajak orang supaya menyembah ?berhala besar? yang tidak dimuliakan lagi.

Memang suatu lumrah alam, jika sebuah berhala itu tidak dimuliakan lagi, maka kuasanya akan hilang. Satu masa nanti ?berhala tua? itu akan dihumbankan orang. Dengan itu, semua ?imam dan padri-padri? yang selama ini mengumpan manusia dengan ?khutbah? dan ?sermon? nya akan hilang kewibawaan mereka dan tidak akan diperendahkan.

Jika Annuar cuba mengambiil sempena hari ini (20 September) untuk membayangkan sesunggunhnya UMNO insaf dengan keburukan dan dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap ANWAR dan rakyat selama ini - sepatah kata rakyat, mereka mengucapkan ?Terima kasih sajalah, UMNO sudah tidak wujud lagi dalam minda orang Melayu..!?

Sebenarnya, pada hari UMNO sudah tidak ada nostalgia bagi orang Melayu. UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang memenuhi aspirasi yang mewakili orang Melayu.

UMNO adalah sebuah parti baru berusia 13 tahun, dan hala tuju parti ini sudah jauh menyimpang - lebih bertujuan sebagai paspot untuk pemimpinnya menipu, membohongi, mencari kekayaan peribadi disamping meruntuhkan hak dan akhlak orang Melayu dan warisan budaya dan kekuatan agama Islam sebagai peradaban!

UMNO sudah ditelan oleh zaman!! UMNO sudah di ?talqinkan??!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)