Laman Webantu   KM2A1: 2826 File Size: 3.4 Kb *



Fwd FGR: Setinggan diBakar
By Kapal Berita

20/9/2000 8:38 pm Wed

Sebab Musabab di Bakor - oleh 'yang Masih Setinggan Kero'

Ini disebabkan orang melayu baru(a) yang suka hidup dan mengambil kesempatan.

Ramai tidak tahu bahawa pendatang indonesia membayar beribu-ribu wang kepada orang tertentu untuk membuat rumah yang berbatu-batu luasnya.

Mereka membayar polis dan orang Ameno, Orang Ameno sayang kepada mereka sebab dapat duit dan undi percuma. Polis - tak sah citer ler - tiap-tiap bulan datang periksa - "mana wang nye?"

Bila sorang dua tak bayor, maka mennggaru-garu lah kepalee. Orang melayu perangai biase lerrr... dendam dan mengamuk aje bila tak dapat bende....

Apo lagi -- bakor lerrrr.

Lepaih jadi abu baru lerr tunjuk muka.... huluq derma dia kate.....

Ciss.... celaka!!

Merujuk kepada rencana FGR:


Setinggan Tasek Utara JB oleh minah seram


pagi ni aku baca lagi sambungan peristiwa di Tasek Utara. Nak menitik air mata ni bila teringat cerita yang berlaku hampir 25th yang lalu. Masa tu aku baru masuk nak masuk sek. men. Aku ada juga ke Bukit Timbalan semasa kejadian tu berlaku. Aku tak begitu tahu apa yang sedang berlaku ketika itu tapi yang pastinya aku dapat melihat akan penderitaan para penduduk miskin yang terlibat bersama anak dan isteri ingin mendapatkan hak mereka sebagai penduduk.

Orang ramai dari pelbagai bangsa memberi derma semampu yang ada dan kehadiran rakyat Singapura (pelbagai bangsa) ketika itu amat mengharukan. Bapa aku sama2 hulurkan bantuan.

MB tak ada ketika itu.... tak seorang pun tahu kemana dia selepas kejadian meroboh setinggan di Tasek Utara. Keesokkan harinya yang aku tau penduduk digempur dan beberapa orang telah ditahan.

itu cerita 25th yang lalu. Ameno punya kerja. Masih lagi tak menjadi pengajaran hingga sekarang apabila penduduk setinggan melayu yang tinggal di kawasan keramat, Kerinchi, dan beberapa kawasan yang lain yang sudah digempur dan terbakar cara tiba2 tanpa mengetahui punca kebakarannya.

Kenapa mesti setinggan melayu sahaja yang kena? Ada gak setinggan bangsa lain kalau tak caya gi kat Klang lama menghala ke Puchong dan beberapa kaw yang aku rasa ada diantara kita tahu siapa penduduknya. Setinggan pendatang yang berleluasa mendirikan Banglo (pergilah ke belakang Zoo negara ) itu di KL aje macama mana dengan negeri lain.

Nak meneggakkan keadilan untuk melayu konon. Melayu susah depan mata tak nak bantu. Nak mandi darah konon. Mandi peluh bantu orang miskin melayu pun tak mampu. Dasar jerung kepala naga. tak habis2 menyusahkan melayu.


Ciss.... celaka!!