Laman Webantu   KM2A1: 2825 File Size: 8.5 Kb *



B1: Sketsa 'Pelancung Darul Iman'
By Wartawan Pencen

20/9/2000 7:27 pm Wed

SKETSA PELANCUNG DARUL IMAN:

Sejak Anwar dibuang dari UMNO, tiada peristiwa yang lebih menggemparkan pemimpin umno selain dari gugurnya kerajaan negeri Terengganu ke tangan pembangkang. Dua "ulamak" nya tersungkur rebah bila rakyat sudah bosan dan terus menggunakan pena yang berada di tangan. untuk menghukum petualang-petualang umno

PAS melantik Ustaz Abdul Hadi menerajui kerajaan baru Darul Iman. Sebaik sahaja kemenangan diumumkan, semua rakyat, baik penyokong mahupun pembangkang terbebas dari tol di atas jalan.

Pemimpin PAS ini pernah muncul di Majalah Asia week sebelum ini. Beliau memang terkenal dengan pidato dan ucapannya yang berapi-api. Kaset ucapan beliau masih tersimpan oleh saya walaupun sudah berbelas tahun lamanya disimpan semasa saya berada di rantauan.

Ia terlalu mahal untuk dibuang begitu sahaja kerana acuan yang terkandung di dalamnya sudah menjiwai diri saya yang telah tua ini. Malah tangan inilah yang pernah memasak sedikit lauk-pauk buat mengalas perut MB dan rakan2 sewaktu kami dikunjungi beliau beberapa tahun yang lalu. Mungkin beliau masih mengingati wajah saya walaupun masa berlalu dengan amat pantasnya....


NEGERI YANG INDAH

Negeri yang amat panjang ukuran pantainya ini memang kaya dengan pelbagai hasil laut dan bumi, sehingga minyaknya dapat menolong negara di saat getirnya kejatuhan ekonomi. Bahkan pendapatan negara terbesar adalah kerana sumber petroliam.

Ikan-ikan dan penyu yang mendiami lautannya menjadi sumber rezeki rakyat marhaen yang kebanyakkannya nelayan dan petani. Kecantikkan pantai dan pulau semulajadinya pula menjadi tarikan pelancung seluruh negeri sehinggakan ia menjadi satu industri yang menarik minat para kroni. Malah pelancung asing juga tidak ketinggalan mahu menyelam dasar lautnya yang amat indah dengan pelbagai hiasan semualjadi.

Kita membayangkan sebagai tuan kepada negeri yang mempunyai pelbagai hasil mahsul yang hebat ini, ia sewajarnya menjadi antara negeri yang terkaya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dengan purata royalti yang RM6 juta sebulan pun, ia masih mundur jauh kebelakang.

Statistik: Terengganu adalah negeri kedua tertinggi miskin di Malaysia (17.3%)


PULAU YANG MEMULAU

Namun begitu kemasyhuran beberapa pulau dinegeri itu tercemar bila penduduk asalnya mula dipindahkan demi nafsu seorang rakan menteri. Sedikit dan berdikit pulau-pulau itu dikomersilkan sehingga akhirnya habis semua isi dikaut dan ditelan, dan rakyat cuma layak mengemis meratah tulang. Berapa keratkah agaknya antara mereka yang dapat menjadi jutawan? Atau tersisih hina melihat tanah yang dikaut sesuka hati dan bendang yang menghilang?

Saya membaca statistik negara:


  • Tahun 1957: Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar.
  • Tahun 1991: Akta Pengambilan Tanah dipinda
  • Tahun 1995: Tanah Rizab Melayu tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%


Cuba anda bilang berapa banyak pulau dinegara ini - anda akan terpulau kerana banyak pemiliknya asalnya sudah tiada hak lagi. Ia sudah terjual..... menerima nasib seperti Langkawi.


BUDAYA YANG TERJAJAH

Rimba dan hutan tempat mencari rezeki itu pula banyak yang sudah menjadi lapang. Ia kini menjadi padang untuk kayu memukul bola mencari lubang. Maka bertukarlah kerja anak2 muda di pulau itu, mengejar bola putih yang hilang sewaktu siang atau mengangkut berbotol-botol beer untuk ditonggang disebelah malam. Silap-silap kayu golf itu hinggap ke badan!


Untuk si jelita, upah mengurut atau di'urut' menjadi ganja yang sukar dipisahkan dari budaya kerja. Dengan upah yang lumayan, sudah tentu hanya iman yang dapat menahan segala cubaan.

Jika dulu rezeki rakyat bergantung kepada ikan dan tanam-tanaman, kini mereka menjadi hamba moden kepada manusia yang berhati setan.


PELACURAN YANG PARAH

Statistik:

Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di Malaysia. Jangan terkejut jika ramai wanita melayu terlibat, baik dara atau janda yang berhias rupa, - malah tubuh wanita melayu adalah antara yang paling mahal angkara giurnya (wanted list of bodies?). Anda jangan lupa kes pelacur atasan (first class) di Hotel Merlin dan secebis warkah Hakim Aidid. Kes Tok Uban tempoh hari itu pun anda sudah terperanjat - tetapi ada yang lebih teruk lagi sampai beranak pinak. Seperti biasa mereka senyap ... lagipun surat beranak "anytime" mereka boleh "beli". Kekorupan Jabatan Pendaftaran Negara (terutamanya di Sabah/Sarawak) sudah menjadi2 - sebab itulah kes Tok Uban menggunakan khidmat di sini.


GEJALA YANG MENGIKIS

Syarikat2 besar yang beroperasi pula dinaungi oleh pembesar-pembesar Melayu untuk menconteng arang. Mereka menjadi boss di syarikat2 ini dengan gaji yang teramat lumayan. Sebut sahaja syarikat judi arak, nombor ekor, kelab dangdut, urut, GRO/call girl, dll pasti ada orang melayu yang terlibat, baik secara terus atau pun cuma mengurus.

Tektik ini dijalankan secara halus tanpa disedari. Pekerja2 Islam sengaja diambil untuk membiasakan mereka bergaul dengan budaya yang haram. Mula2 mereka menyediakan botol, lama2 mereka yang membotol. Mula2 mereka berjabat tangan, akhirnya mereka menyerah badan.

Nota: Sebab itulah dalam islam kita dilarang terlibat dalam sebarang proses yang melibatkan arak ini - baik menghidang, menyewa premis, mengurus akaun, malah meminjamkan wang kepada rakan yg mahu membeli arak pun tak boleh (rujuk Ustaz Shamsuri, kaset Terbang dalam Bilik)

Demikianlah nasib orang tempatan, bila kroni datang bertandang......

Yang untung tentulah syarikat yang bernama "Berjaya" kepunyaan sahabat diktator tua itu dan kroni2 keparat yang sewaktu dengannya.


KENANGAN MENJADI IGAUAN

Kalau ingatan saya tajam, pernah diberitakan dahulu beberapa bot yang membawa pelancung2 ke pulau2 itu karam di tengah lautan. Pelancung asing tidak ketinggalan maut dan lemas sehingga menggegarkan industri perlancungan. Muatan berlebihan dikatakan punca ditimpa malang.

Maka bermulalah siri2 syarat dan peraturan yang akhirnya membuatkan peniaga bot kecil tersisih dan dipinggirkan. Hilang sudah satu mata pencarian usahawan kerdil di laut dalam. Manakala pengusaha baru(a)nya pula tersenyum girang bila tambang bot meloncat naik serta merta....


SEPETANG DI DUNGUN

Saya "memandu" ke Dungun untuk menemui teman lama saya di sana. Oleh kerana beliau seorang guru yang mengajar sejarah, pelbagai kisah menarik menjadi cerita antara kami, di antaranya:

Gejala fitnah dan murtad yang menjadi-jadi akibat perebutan kuasa dan wang, lebih-lebih apabila ekonomi menjunam. ANtara lain kami berbincang:


  1. Tindakan memfitnah oleh Pateh Karma Wijaya menyebabkan Hang Tuah dihukum bunuh.
  2. Hitler mengarah Gestapo mencipta fitnah moral Menteri Perang, Field-Marshal von Blomberg (fitnah bininya pelacur), dan Pegawai Memerintah Tentera iaitu Kolonel-General von Fritsch (fitnah homoseks).
  3. Stalin membunuh Marshal Tukhachevsky


Selepas "meneguk segelas air" saya terkenang pula satu kisah mutu air yang menjadi bualan rakyat di sini satu ketika dulu.

Pada tahun 1998, 10,000 pengguna mendapati air di Dungun yang dibekalkan berasa masin. Tahun ini jugalah air disimpan untuk Sukom KL98, sehingga satu KL meragam angkaranya. Saya masih belum lupa ada penghuni flat yang terpaksa mengangkat berbaldi2 air di tingkat bawah naik ke atas. Jika mereka tahu air itu sudah disalurkan ke Sukom, tentu mereka menyumpah muntah ke semua gambar pak menteri. Penjual pampers tergelak ketawa waktu ini kerana jualan (sales) yang meningkat.

Statistik:

Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan.


MENCARI TEMAN DI RANTAU ABANG

Rantau Abang adalah satu tempat yang menarik minat pelbagai pelancung. Industri penyu menjadi salah satu sumber rezeki rakyat marhaen di sini.

(Mungkin Bersambung...)