Laman Webantu   KM2A1: 2824 File Size: 11.3 Kb *



Hikayat Singapura Moden Bab 5
By Marhain Tua

20/9/2000 7:14 pm Wed

[Nota Editor: Sila Rujuk tulisan terdahulu mengenai siri penulisan ini - Penubuhan Kerajaan Yang Bersih ]

Hikayat Singapura Moden Bab 5

BERKENALAN DENGAN SUHARTO
(How Lee Got To Know Suharto)

Pada Mei 1973, satu persiapan rapi telah dilaksanakan untuk saya membuat lawatan rasmi ke Indonesia. Demikianlah catatan yang dibuat oleh K.C.(Duta Singapura ke Indonesia), setelah mengamati sentimen beberapa jeneral tentera Indonesia. Beliau melaporkan betapa adanya "satu hambatan emosi yagn serius ke arah jalianan satu persahabatan yang tulen".

Sebarang usaha untuk menjalin persahabatan yang tulen dengan Presiden Suharto mesti mengambil-kira episod hukuman gantung terhadap dua orang komando Indonesia pada tahun 1968 dulu. Mereka telah dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah Singapura kerana terbabit meledakkan satu bom di Orchard Road pada 1964. Nampaknya episod ini perlu ditutup dengan satu urusan diplomatik untuk memuaskan "kepercayaan budaya Jawa dalam menyenangi roh si mati."


Pihak Indonesia telah membuat cadangan agar saya melakukan satu lawatan ke kubur dua komando itu dan menaburkan bunga-bungaan di pusara mereka. Urusan itu adalah satu sampingan kepada upacara meletakkan kalongan bunga di Pusara Perwira Kalibata di mana beberapa jeneral yang terkorban dalam rampasan kuasa 1965 telah disemadikan. K.C berpendapat bahawa inilah kuncinya yang dapat memperbaikki perhubungan , lagipun jeneral Indonesia memang amat mengharapkannya. Saya pun bersetuju dengan cadangan itu.

Ketibaan saya paa Mei 25, 1973 saya telah disambut oleh perbarisan penuh angakan bersenjata Indonesia beserta ledakan tembakan meriam sebanyak 19 das. Ini menandakan bermulanya satu muka surat baru dalam sejarah hubungan diplomatik kami.

Saya telah berbincang dengan Suharto secara 'empat-mata'. Inilah istilah yang digemarinya. Hanya kami berdua yang berbincang tanpa adanya penterjemah ataupun pencatat suasana. Kami bebas berbicara. Pengetahuan saya dalam Bahasa Melayu memang memadai untuk suasana itu. Walaupun saya tidak bercakap secara bergaya dalam Bahasa Indonesia, saya faham perbualannya dan berupaya juga membuatkan beliau faham apa yang saya katakan padanya.

Kami berbual lebih satu jam lamanya. Suharto menyatakan keyakinannya betapa dia mahu memimpin Indonesia maju ke depan selepas terkuntang-kanting selama 20 tahun. Dia menghormati kesediaan Singpura membantunya dan mengiktiraf kualiti kepimpinan Singapura.

Suharto meyakinkan saya betapa dia berkemungkinan melayan kami dengan baik dan mesra berasaskan kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam dua buah negara.

Bagia pihak saya, secara berhemah telah saya nyatakan betapa pembabitan kita dalam gagasan ASEAN adalah berdasarkan hak dan bukan disebabkan kesengsaraan. Kami tidak akan berdolak-dalik dalam hal yang fundemantal seperti laluan bebas di Selat Melaka.

Hubungan kerjasama ekonomi mstilah berasaskan satu sikap quid pro quo yang bertemakan serbasama; bukannya seperti perhubungan yang dijalinkan oleh pemimpin Indonesia dengan kumpulan 'cukong' di kalangan masyarakat Cina. Kumpulan 'compradores' ini terpaksa berkelakuan muncikari ataupun barua terhadap penaung mereka sambil mengharapkan francais dan lesen niaga yang boleh menjadikan mereka kaya raya.

Saya pernah memberi penekanan apakah kami mampu sama-mempercayai akan harapan jangka panjang kami. Dia telah menjlaskan betapa Indonesia tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap Singapura ataupun Malaysia, melainkan wilayah yang satu ketika dulu telah dijajah oleh Dutch East Indies (syarikat Belanda).

Suharto sudah memutuskan untk memberi penekanan terhadap pembangunan Indonesia dan bukan terhadap beradu untung di luar negara. Yang amat penting sekali, Suharto memang tidak percaya kumpulan komunis, terutama sekali komunis Cina yang telah menyebabkan tercetusnya banyak masalah di Indonesia. Saya telah menjawab betapa golongan komunis Cina memang telah mencuba menghancurkan kita melalui proksi mereka, Parti Komunis Malaya. Inilah yang membuatkan saya bertegas agar mereka tidak berjaya. Saya tidak mahu pengaruh China menjalar ke seluruh Asia Tenggara.

Inilah yang mnarik minat Suharto. Dia meyakini keikhlasan saya. Saya melihatnya sebagai seorang insan yang sentiasa berwaspada, yang banyak berfikir dan memang merupakan amat berbeza dengan Sukarno. Dia bukan calang-calang pemimpin. Dia tidak perlu mempamerkan kepintaran berpidato, untuk memukau orang ramai; ataupun barisan medal di dadanya, walaupun dia mempunyai semua itu.

Suharto telah menyerlahkan satu wajah yang sederhana yang mudah bermesra, tetapi amat jelas merupakan seorang yang tegas yang tidak menyenangi pembangkangan terhadap apa yang mahu dilaksanakannya. Saya mudah mesra dengannya dan yakin dengan persahabatan kami.

Satu tahun kemudiannya, pada bulan Ogos 1974, Suharto telah membalas lawatan rasmi saya itu. Saya telah membalas kehangatan sambutan yang diberikannya di lapangan terbang Jakarta dulu dengan sambutan hormat daripada tembakan meriam sebanyak 21 das. Di telah disambut oleh satu perbarisan tentera seramai 400 anggota.

Puncak lawatan itu ialah menandatangani satu perjanjian mengenai sempadan maritim kedua buah negara. Sekali lagi kami melakukan perbincangan secara tertutup dan secara empat mata. Dia telah berbual dengan saya tanpa sebarang nota. Dia begitu bersungguh dengan perbualan kami itu sehinggakan dua gangguan disebabkan hidangan teh dan kek nampak sangat telah merimaskan dirinya.

Suharto telah bertanyakan pendapat saya mengenai peperangan Vietnam. Saya telah menjawab dengan mengulang suasana pessimis yang semakin ketara sejak setahun sebelumnya. Presiden Nixon telah pun meletakkan jawatannya dan walaupun Presiden Gerald Ford berusaha melakukan sesuatu untuk membantu Vietnam dan Kamodia, semuanya dipotong sebanyak setengah oleh Kongress. Saya menyatakan keraguan akan kekalnya regim yang ada ketika itu.

Suharto nampak bersedih mendengarkan taksiran buruk saya itu. Memang saya amat takut akan bergoncangnya Thailand sebaik sahaja Vietnam dan Kambodia menjadi negara komunis. Sudah tentu keadaan ini akan mencetuskan banyak masalah di Malaysia dan Singapura. Terdapat 75% rakyat Singapura yang berupa kaum Cina, tapi kami adalah sebahagian Tenggara Asia. Saya tidak akan memberi ruang kepada China ataupun Russia untuk menunggang kami.

Suharto nampak yakin dengan penerangan saya itu. Keesokan harinya Suharto telah berucap kepada sekitara 1,000 rakyat Indonesia yang menemuinya di kedutaan Indonesia di Singapura. Ucapan yang dilapurkan oleh akhbar itu telah menyebut betapa kerajaan Indonesia memerlukan bantuan kepakaran teknikal dan pelabuan modal daripada negara luar, termasuk daripada Singapura.

Deengan mengisytiharkan bahawa Singpaura diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka yang diperlukan untuk membantu membangunkan Indonesia, Suharto telah memberi isyarat betapa wujudnya satu perubahan besar yang baru terhadap Singpura.

Tidak ada sesiapa yang menyangka akan berlakunya krisis rupiah. Apabila Bank Negara Thailand memberhentikan usaha menahan kejatuhan nilai bjhat pada 2 Julai 1997, kesan sibaran 'contagion' telah menular menyeluruhi semua matawang negara di rantau ini sehingga mencetuskan satu susana panik di kalangan pengurus dana. Inilah yang membuatkan mereka melepaskan pegangan saham dan matawang.


Usaha pemulihan awal yang telah diuruskan oleh IMF (dengan sokongan padu oleh bank pusat Singapura dan Jepun) telah terkandas apabila Suharto membawamasuk semula 14 projek infrastruktur besar yang telah dimansuhkan sebelum itu dan dipersetujui bersama oleh IMF.

Di antara projek itu termasuklah pembikinan janakuasa yang dimonopoli oleh anak perempuan sulung Suharto bernama Siti Hardiyanti Rukmana(Tutut). Antara salah satu daripada 16 bank yang dipaksa tutup, terdapat satu bank yang dipunyai oleh anak Suharto. Beliau telah mengizinkan bank itu dibuka semula dengan nama lain. Masyarakat niaga Indonesia membantah dengan menjual rupiah di pasaran.


Masalah Suharto menjadi lebih tertekan disebabkan pembabitan anak-anaknya dalam semua bidang kontrak dan monopoli kerajaan. IMF telah mendesak semuanya itu dibubarkan termasuklah satu monopoli pengedaran cengkih dan kereta nasional yang diusahakan oleh Tommy (anak bongsu), stesen janakuasa oleh Tutut, dan beberapa lesen perbankan yang diberiakan kepada anak lelakinya yang lain. Ini hanya contohnya sahaja.

Suharato tidak faham kenapa IMF mahu campurtangan dalam masalah dalaman negaranya.

Pada hakikatnya semua monopli dan konsesessi itu sudah menjadi isu hangat di kalangan pengurus dana. Di waktu yang sama pegawai tinggi pentadbiran Suharto sudah nampak betapa krisis kewangan itu adalah wadah yang terbaik untuk merobohkan amalan jijik yang telah mereputkan ekonomi negara dan mencetuskan ketidakpuasan rakyatnya.

Perang dingin yang menyelubungi dunia sudah pun berlalu. Pentadbiran Clinton semakin lantang mahukan demokrasi terus diamalkan sambil menghapuskan korupsi dan pencabulan hak asasi manusia. Clinton pernah bercakap betapa Amerika tidak seharusnya terus memanjakan Suharto.

Dua bulan kemudiannya, bulan Mach 1998, mantan timbalan presiden Amerika, Walter Mondale telah membawa perutusan khas Clinton kepada Suharto. Selepas itu beliau singgah di Singapura untuk berjumpa dengan perdana menteri Goh Chok Tong dan juga saya.

Selepas berbual mengenai Suharto, Mondale telah bertanyakan pendapat saya. "Anda kenal Marcos. Apakah beliau seorang hero ataupun sebaliknya? Bagaimana pendapat anda mengenai Suharto berbanding Marcos? Aadakah Suharto seorang patriot ataupun 'crook'?

Saya telah memberikan jawapan; Marcos mungkin bermula sebagai seroang hero tetapi berakhir sebagai seorang 'crook' (bajingan). Ini amat berbeza dengan Suharto. Hero Suharto bukannya presiden Amerika seperti Washington, Jefferson ataupun Madison. Hero beliau adalah sultan di Solo yang terletak di Jawa Tengah.

Isteri Suharto merupakan ahli keluarga istana Solo. Sebagai seorang presiden Indonesia beliau merupakan seorang sultan bertaraf mega kepada sebuah negara mega. Suharto berkepercayaan bahawa anak-anaknya layak dilayan laksana putra dan puteri di istana Solo. Dia tidak pernah merasa berdosa memberikan keistimewaan kepada anak-anaknya kerana memikirkan itu adalah haknya sebagai seorang mega-sultan. Dia mengangap dirinya sebagai seorang patriot. Saya tidak akan menganggap Suharto sebagai seorang penyangak.



>>>>>>>>>>>>>Dirterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<