Laman Webantu   KM2A1: 2822 File Size: 20.2 Kb *



SPLP B2: Diam Karat Yang Melarat
By Wartawan Pencen

20/9/2000 5:55 pm Wed

Nota Penulis:

Penulisan ini pada awalnya dirangkai pada rencana "sketsa pelancung darul iman" - tetapi diceraikan kerana banyak fakta yang dirasakan tidak bersesuaian dengan sketsa tersebut.


Siri SPLP: Sorong Papan Tarik Papan

BAB 2: DIAM KARAT YANG MELARAT


KEMAMAN: DISITULAH TERSERGAM SEBUAH KILANG

Saya sengaja berhenti lama sebaik sahaja tiba di Kemaman. Inilah tujuan penting saya ke negeri Darul Iman ini.

Tercapai juga hasrat saya untuk melawat sebuah kilang yang amat terkenal dengan gelagat pengurusannya yang tempang berpanjangan. Tentu ada pelbagai misteri yang menyebabkan ia sentiasa dirundung malang.

Yang menarik - ini adalah antara projek kesayangan diktator tua sehingga pelbagai agensi "dipaksa" menderma untuk menghidupkannya bila ia sakit meronta-ronta. Maka diutuslah seorang "pakar" yang terpilih bukan sembarangan (handpicked by PM) untuk membaiki kilang yang asyik rugi dan bernyawa-nyawa ikan ini.

Nama orang pilihan diktator tua itu ialah Tan Sri Eric Chia Eng Hock. Beliau sebelumnya menjadi pelesit di UMW. Kebetulan VK Lingkam menjadi anak buah beliau pada masa itu.


PELAN AWAL PERWAJA SUDAH TEMPANG

Kegagalan Perwaja untuk membuahkan keuntungan sebenarnya bermula dari awal penubuhannya lagi. Projek ini juga adalah salah satu wawasan sewel si Perdana Menteri yang terlalu banyak idea gila - bezanya cuma ungkapan wawasan tidak digunakan pada ketika itu. Perwaja adalah antara misi awal negara untuk menjadi negara Industri Berat.... malangnya ia menjadi industri yang memberatkan beban hutang negara pula.

Seperti Projek Putrajaya, Perwaja juga dibuat berdasarkan satu dua kertas kerja. Sudah tentu ada pihak tertentu dibayar untuk melakukan semua kajian yang mendalam (feasibility study) yang akhirnya perlu dibayar dalam bentuk consultancy fees (yuran perunding). Selain itu ia juga melibatkan satu jabatan yang berkhidmat dipejabat Perdana Menteri - iaitu Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Malangnya disini jugalah pernah hidup seekor jembalang yang bernama Abul Hasan yang saudara2 sekalian sudah arif apa yang telah ia lakukan selama ia berada disitu! Pendedahan Datuk Shapei tempoh hari hanyalah satu laci yang dijumpai, tetapi ada banyak lagi laci yang tersembunyi. Perwaja juga adalah salah satu dari laci yang menyakitkan hati diktator tua itu jika anda cuba membukanya. Nanti sesuatu terkena atas kepala!! Lihatlah nasib Anwar - saya pasti semua kakitangan EPU sedar betapa murkanya diktator tua jika anda cuba menjamahnya!!


(Laman Free Malaysia)


    The biggest flaw was in the experimental "direct reduction" steel-making process, sold to Malaysia by Nippon Steel. The process had never been fully tested on a full industrial scale and proved inadequate for making commercial-grade billets. By April 1987, Nippon Steel essentially admitted to having sold untested and faulty technology and reimbursed Perwaja RM500 million in compensation. But by that time, the yen's value against the ringgit was skyrocketing, making Perwaja's remaining yen-denominated debt costs balloon well beyond Nippon Steel's reimbursement.

    TJ:
    Kecacatan terbesar dalam kilang ini ialah teknik baru experimen "direct-reduction" dalam pembuatan keluli yang dijual olej Nippon Steel kpd M'sia. Proses ini belum pernah teruji sepenuhnya dalam industri yang bersaiz besar. Ia tidak menepati mutu komersil jonkong besi. Pada April 1987, Nippon Steel akhirnya mengakui ia telah menjual teknologi yang tidak teruji dan tempang, lalu ia mebayar gantirugi sejumlah RM5000 juta. Sewaktu itu nilai yen mencanak langit, maka jumlah tersebut tidak memadai untuk melepaskan Perwaja dari kerugian.



(Lim Kit Siang 22/5/96)


    "..the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed had publicly stated that he was personally supervising Perwaja under Eric Chia?s tenure and was getting a monthly report from the management. If this is the case, how could the Prime Minister?s Department allow Perwaja?s losses to explode from RM1 billion before Eric Chia?s takeover to RM2.9 billion at the end of last year, as well as recording RM6.9 billion in liabilities?"

    TJ:
    "..Perdana Menteri, Dr M, seringkali membuat kenyataan umum bahawa beliau secara peribadi mengawasi Perwaja di bawah pengurusan Eric Chia dan mendapat LAPURAN BULANAN dari pengurusannya. Jika ini benar, mengapakah JPM mebiarkan Perwaja rugi menggila dari RM 1 billion sebelum Eric Chia kepada RM 2.9 billion campur RM 6.9 billion liabiliti pada hujung tahun lepas"



Dengan berbekal surat perkenan dan sokongan dari diktator tua, Eric Chia mampu mendapatkan pelbagai "derma" lagi oleh kerajaan, sehingga EPF sendiri tidak ketinggalan menjadi penghulur derma yang "setia".


DIARI DIBUKA:

Seorang penulis perlu membawa diari bila terlalu banyak fakta yang perlu dicatat untuk mendapatkan sedikit gambaran serta mengelakkan sebarang kecelaruan.

(Lim Kit Siang 29/3/96)

    ... I gave as example the RM130 million EPF loan which had earlier been given to Perwaja, and the even bigger amount which is to be committed from EPF funds for the RM15 billion Bakun hydroelectric dam project.

    The Asian Wall Street Journal today reported that EPF would be giving a new RM600 million loan to Perwaja to enable the ?scandal-scarred? Malaysian steelmaker to repay its outstanding debts.

    Is this the reason why Wong See Wah has refused to answer my supplementary question yesterday on the amount of EPF loans to Perwaja?

    TJ:
    ... Saya telah memberi contoh pinjaman KWSP RM130 juta yang telah diberikan kepada Perwaja, malah contoh jumlah yang lebih besar yang yang di sanggup dipinjamkan oleh KWSP kepada projek empangan Bakun yang berharga RM15 bilion.

    Hari ini ASWJ melapurkan bahawa KWSP akan memberi pinjaman baru berjumlah RM 600 juta kepada Perwaja untuk membolehkan syarikat yang sudah "berparut dengan skandal" itu membayar hutang2 nya yang tertunggak.

    Apakah ini sebabnya kenapa Wong See Wah enggan menjawab soalan tambahan saya semalam tentang jumlah yang KWSP pinjamkan kpd Perwaja?



Saya memandang diari saya lagi:


  • Eric Chia pernah "membunuh" orang semasa pergi berburu Lihat Profile Eric - FM

  • Eric Chia berhenti dua bulan sebelum Lapuran Skandal Perwaja.

  • Syarikat2 yg menjadi kontraktor Perwaja adalah rakan rapat Eric Chia

  • Peguam yang menyiasat kes Perwaja adalah VK Lingam, juga rakan Eric Chia. Kos guaman 12 juta
  • Eric Chia asyik memberi komen "Saya mendapat mandat/kepercayaan terus dari PM" bila tindak-tanduk beliau dipersoalkan.
  • Hmmmm Anwar dipecat September 1998.


Eric Bersara pada : March 1996.


KRONOLOGI MERANAP WANG:

1982: Mula (Perwaja Terengganu)
1998: Hutang: 5.08 bilion (Mac)
1989: Rugi: RM 1.6 bilion

Ia ditolong (dengan duit kita lerr) dan tukar nama (sebab malunya... dan nak tutup cerite...) pada tahun 1990.

1990: Suntikan RM250 juta
1990: Eric Chia jadi chief
1990: Tukar nama (Perwaja Steel Sdn Bhd)

BERITA YANG TERLAPUR

Entah mengapa kerajaan cuba berbohong kepada rakyat dengan menyiarkan berita-berita yang palsu seolah-olah Perwaja sudah pun dapat bernafas dengan baik dan jitu.


    "During the first few years of Eric Chia's stewardship, the country was repeatedly told about the 'miraculous turn-around' of Perwaja Steel, that it had started making profits and would even be publicly listed."

    TJ: Dalam beberapa tahun pertama operasi Perwaja di bawah pengurusan Eric Chia, negara kerapkali diberitahu bahawa Perwaja Steel telah "kembali pulih dengan ajaib", mula untung, malah akan disenaraikan di bursa saham pula.



Tembelang itu pecah juga pada tahun 1995, kerana terlalu banyak wang yang terpaksa disuntik kesana, sehingga menjadi kesukaran untuk menutup cerita. Maka juruaudit dari Price Waterhouse dihantar.


LAPURAN PIHAK AUDIT YANG MEMERANJATKAN

Eric Chia meletak jawatan dua bulan sebelum lapuran ini dibentang.


Jumlah Rugi tercatat: RM 2.985 bilion (akhir 95) ^

  • - operational losses RM607 million (20 per cent)
  • - net financial cost RM1,416 billion (47 per cent)
      [ service interest on loans RM562 million taken by Perwaja Trengganu, foreign exchange losses RM910 million (31 per cent) Yen fluctuation other losses RM52 million (2 per cent). ]


Jumlah Hutang: RM 6.939 bilion (akhir 95)

Bangkrap: May 1996

(Lapuran Price Waterhouse pada 28 May 1996)

Nov 95: Usul lantik Suruhanjaya di Raja ditolak

Dec 1997: Siasatan BPR diberitakan hampir selesai

Mac 1998: BPR melapur kepada AG... tapi senyap hingga sekarang


INTIMNYA MEREKA BERPELUKKAN

Saya membaca diari lagi:

(MGG 16/6/00)


    Dato' Lingam could not be as close to the chief justice as he did become unless egged on, and introduced by, some one behind the scenes. He was not even an established lawyer, in practice for less than seven years, he did not pass the Bar until his late thirties, to have attracted the attention of judges. He is close to Tan Sri Eric Chia, the man who in rescuing the debt-ridden Perwaja Steel sunk it deeper into debt. In the official investigation into the Perwaja scandal, this junior lawyer collected more than RM10 million in legal fees.

    TJ: Datok Lingam tidak mungkin boleh intim rapat dengan Hakim Negara jika tidak di tembungkan atau di perkenalkan oleh seseorang yang berada di balik tabir. Dia bukanlah seorang peguam yang hebat - khidmatnya pula mencecah kurang 7 tahun. Dia juga tidak lulus ujian Undang2 sehinggalah pada penghujung umur tigapuluhannya. Faktor2 ini tidak memungkinkan dia menjadi seorang yang menarik perhatian hakim2.

    Dia amat intim dengan Eric Chia, orang yang semasa "menolong" Perwaja Steel yang asyik berhutang itu berakhir dengan semakin bertambah lagi hutang..

    Semasa penyiasatan rasmi Skandal Perwaja, peguam mentah ini memungut hasil lebih RM10 juta dalam bentuk yuran guaman.



Nota: Lapuran Price Waterhouse mengenai Perwaja telah mencatatkan satu pembayaran berjumlah RM 12 Juta kepada VK Lingam.


KRONIPUTRA YANG SALING BERKENALAN

Hmmm.... VK Lingam adalah kenalan rapat Eric Chia. Eric Chia adalah boss Lingam semasa berkerja di UMW. Yang menarik Lingam menyewa dibangunan kepunyaan Vincent Tan.

Dan dia juga dilantik menjadi peguam penyiasat skandal Perwaja. Bagaimana pula dengan berita minggu ini dimana Eric Chia berjaya mendapatkan semua dokumen untuk mengesahkan dirinya tidak bersalah dalam masa yang begitu singkat. Agaknya Eric Chia mengambil idea dari Lingam untuk menyiasat sendiri untuk membuktikan dirinya tidak bersalah? Jika Anwar dapat dijadikan bersalah oleh mahkamah kartun hari ini, tidak mustahi Eric Chua menjadi tidak bersalah.


Saya membelek2 lagi diari. Lim Kit Siang berulang2 kali meminta speaker Parlimen Tun Zahir Mohamad Ismail dan Ong Tee Kiat untuk membangkitkan kes ini tetapi semuanya ditolak mentah... Inilah kelakuan dan sikap speaker yang sengaja mahu menyembunyikan satu jenayah yang amat korup Sikap seperti ini hanya akan merosakkan imej dan fungsi parlimen yang sewajarnya.

Saya menggeleng kepala membaca lagi kenyataan Lim yang seterusnya.

(Lim Kit Siang 25/7/99)


    Malaysians must be surprised to read of the statement by the ACA deputy director-general (operations) Datuk Ahmad Said Hamdan who said yesterday that its Perwaja investigations were almost complete, when only a month ago, the ACA director-general, Datuk Ahmad Zaki Husin was talking about the ACA taking another 10 to 20 years to complete the Perwaja investigations.

    Although there were "unusual transactions or payments" which involved foreigners, like the RM76.4 million allegedly paid to a fictitious company in Hong Kong, there were also "usual transactions or payments" which were fully transacted in the country. One of them is the RM93 million disbursed for the Perwaja staff housing scheme in Kemaman and Gurun - working out to an average total cost of a unit of the single storey terrace house at RM121,000 in Kemaman and RM113,000 in Gurun - which were excessively exorbitant costs!

    TJ: Rakyat Malaysia mestilah terkejut bla membaca kenyataan penolong pengarah BPR (operasi), Datuk Ahmad Said Hamdan yg mengatakan semalam (24/7/99) bahawa penyiasatan Perwaja sudah hampir selesai. Wal hal, sebulan lepas pengarah BPR, Datuk Ahmad Zali mengatakan BPR sanggup menyiasat sehingga 10 ke 20 tahun.

    Walaupun terdapat "transaksi atau bayaran yang luarbiasa " yang melibatkan orang asing, seperti RM 76.4* juta yang dibayar kepada sebuah syarikat yang tidak ujud di Hong Kong ada juga "transaksi atau bayaran yang luarbiasa" yang direkod di negara ini. Salah satu darinya ialah projek RM93 juta untuk skim perumahan kakitangan perwaja di Kemaman dan Gurun - bila dikira, ia menggambarkan harga purata sebiji rumah teres setingkat adalah RM121,000 di Kemaman dan RM 113,000 di Gurun - ini adalah harga yang tidak menasabah tingginya!




*Nota:

Pembayaran RM76.4 juta kepada NKK Corporation menerusi sebuah syarikat yang tidak wujud, iaitu Frilsham Enterprise Inc.

SEWELNYA MERANCANG DUA KILANG YANG BERJAUHAN

Seorang Penulis yang menggunakan nama 'Waterfowl' di laman Mahazalim Asal (Laman ini sudah hilang tetapi masih saya simpan di PC usang saya kerana rencana awal-awalnya banyak yang berharga :) ) mendedahkan


    "Terdapat beberapa contoh di mana Mahathir rasa yang beliau telah menggunakan kuasa yang ada secara 'adil'.

    Contoh jelas : beliau telah mengarahkan Perwaja dalam tahun 1991/92 untuk membina kilang cawangan di Gurun , Kedah, negeri asal beliau.

    Pada pandangan Mahathir, beliau telah mendatangkan pekerjaan kepada penduduk di situ. Maka bagus untuk penyokongnya.

    Tetapi dengan membina cawangan Perwaja jauh dari kilang 'ibu'nya iaitu Kemaman, ianya bermakna mereka terpaksa mengangkut bertan-tan bahan besi dari Kemaman ke KL dan naik ke Kedah melalui lebuhraya.

    Pengangkutan sia-sia ini (lebihkurang RM 100 satu tan) akhirnya menyebabkan kerugian bagi Perwaja. Pada keseluruhannya rakyat menanggung beban kerana 'pelaburan' mereka (melalui Kementerian Kewangan dan kemudian Khazanah Nasional) tidak mendatangkan keuntungan.




LAPURAN UTUSAN KONSUMER

Berikut pula secebis lapuran dari satu majalah Utusan Konsumer April 1996:


    Perwaja's alleged management irregularities

    1. Payment of US$27.1 million to a mysterious company in Hong Kong.

    2. Misuse of US$196 million loan.

    3. Purchase of parts not used by the company and of questionable quality.

    4. Contract to pay a local company almost RM200,000 a month for gardening, cleaning and vehicle maintenance.

    5. Awarding construction contracts worth RM529 million to Man Shoon Group of companies, controlled by a long time associate of Eric Chia without asking for competitive bids or referring the deals to Perwaja's tender committee.

    6. Contract to pay Tomen, a Japanese firm, commission at the rate of US$3 per metric ton of ore purchased when the typical commission internationally was about US$0.75 per ton.

    7. Engaging a Singaporean commodity trading firm to market Perwaja's direct-reduced products at a shipment price of US$112 per ton at a time when the quoted market price was US$150 per ton.




    TJ:

    Beberapa Petikan Kepincangan Perwaja


    1. Bayaran US$27 juta kepada satu syarikat misteri di Hong Kong

    2. Salah guna US$196 juta pinjaman

    3. Pembelian alatganti yang tidak perlu untuk syarikat serta tidak bermutu

    4. Kontrak yang dibayar kepada satu syarikat tempatan bernilai hampir RM200,000 sebulan untuk senitaman, mencuci dan penyelenggaraan kenderaan.

    5. Memberi kontrak pembinaan berjumlah RM529 juta kepada kumpulan syarikat Man Shoon Group, yang dipegang oleh rakan lama Eric Chia tanpa perlu tawaran sebutharga atau merujuk kepada j/kuasa tender Perwaja.)

    6. Kontrak untuk membayar Tomen, satu syarikat Jepun, komisyen pada kadar US$3 se tan metrik bijih yang dibeli sedangkan harga komisyen pasaran antarabangsa cuma kira2 US$75 se tan.)

    7. Menggunakan khidmat satu syarikat komoditi di SIngapura untuk memasarkan barangan direct-reduced pada kadar pengangkutan US$112 se tan sedangkan harga pasaran ketika itu ialah US$150 se tan.




ERIC CHIA DAN BUKTI BARU(A) NYA HIDUP SEMULA

Saya membaca lagi satu komen terbaharu yang menarik dalam

Siri Mahathir@Mahafiraun Pemusnah Bangsa malaysia - Part 6 oleh penulis yang menggunakan nama Rakyat Yang diJajah Oleh UMNO 12/9/00

Sila rujuk Laman Tranung Kite.


[quote]


  1. Kenapa pula Eric Chia yang kena cari dokumen di Chile, Brazil, Jerman dan Itali?. apa kerja BPR dah lima tahun tak dapat dokumen? tapi Eric Chia cari 5 bulan je? ..bangang kot BPR ni?.?? Orang yang kena tuduh pulak yang cari dokumen?.. adalah masa nak tukar isi kandungan dokumen?. kan pandai namanya tu?.???.

  2. Ada ke logik dek akal? orang salah akan memberikan dokumen yang membabitkan kesalahanya kepada BPR?. tapi ERIC CHIA dan MAHATHIR kata perkara ni releven dan logik kerana dokumen tu dah diubah-suai untuk menyalahkan orang lain?. kan Mahathir@Mahafiraun dah kata selama dia jadi PM@?..****, dia dah buat silap kerana membenarkan PERWAJA berniaga jual besi?. so?. kan memang sudah sah kerugian RM 9 billion tu memang silap Mahathir@Mahafiraun?. tak kan UMNO@BN tak faham-faham lagi?kat mana kesilapanya?????

  3. Kalau macam ni?. kita boleh mintak pulak kat Mahkamah dan BPR?. supaya dokumen lesen terbang dikumpulkan dan dicari oleh " Pegawai JPJ dan Driving School" yang terlibat dalam kes ini?.. mungkin lebih cepat dari tindakan BPR?. pasal kes ni pun dah 5 tahun baru tahu?. itu pun lepas pejabat JPJ di Ipoh terbakar?????

    Kalau tak caya cuba tanya kat RAFIDAH / DAIM / Ali Abul Hassan / Eusof Chin / Tan Sri Lamin ? .. mereka ni pun nak cari dan serahkan dokumen pada BPR? biar BPR boleh dakwa Wan Azizah / Fadil Nor / Nik Aziz / Hj. Hadi dalam kes PERWAJA, CURI DUIT RAKYAT SAHAM KRONI , Royalti Minyak .

  4. Apa ke punya terbalik dunia sekarang daa?? Orang yang dituduh buat salah tolong cari dokumen pertuduhan dan serah kepada pihak berkuasa? .. apa ke dia orang ni makan gaji buta ke?.??? Tapi Mahathir@ Mahafiraun memang dah ajar mereka ni makan gaji buta? tu sebabnya mereka ni memang buta dengan tugas yang diamanahkan?..???.

[unquote]


Saya bersetuju dengan pendapat bernas ini. Malah BPR hari ini seolah2 memberi peluang kepada Eric Chia mencari "bukti" - sedangkan sepatutnya BPR lah yang sewajarnya berkerja dengan menahan Eric Chia terlebih dahulu.

Jika Eric Chia amat handal menyiasat dan mencari dokumen, mengapa BPR tidak menggaji sahaja Eric Chia supaya membongkar semua jenayah korup di Malaysia. Kebolehan "5 bulan" ini tentu amat berguna ...

Tapi logik kita mengatakan jika Eric Chia seorang pakar dan penyiasat yang bersih, sudah lama Perwaja masyhur kerana untung, sebaliknya Perwaja terkenal dengan rentung RM 9 billion. Semua syarikat yang berurusniaga dengan Perwaja adalah rakan Eric Chia belaka, maka dengan memberi banyak masa untuk Eric Chia bebas dapatlah dia menukar segala bukti yang ada. Jangan terkejut jika Datok Murad mungkin timbul semula angkara "hebatnya" Eric membongkar cerita...... Maka BPR pun kata "YA"!


(Mungkin Bersambung...)