Laman Webantu   KM2A1: 2817 File Size: 11.2 Kb *



Orang Melayu Akan Jadi Masyarakat Terpinggir Selagi Umno/BN Memerintah
By Amin Sapiro

20/9/2000 1:51 am Wed

Amin Sapiro (bosan dgn slogan...)

ORANG MELAYU AKAN JADI MASYARAKAT TERPINGGIR SELAGI UMNO/BN MEMERENTAH!!


KITA harus akui bahawa rata-rata orang Melayu masih tercicir di bidang keusahawanan dan peniagaan. Padahal dalam Islam di sunahkan Nabi bahawa sembilan per sepuluh rezki adalah dari perniagaan dan keusahawanan.

Kita pernah juga mendegar orang berkata kununnya Nabi junjungan kita berkata: Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Samada betul tidak, kita gunakan hukum akal bahawa Marco Polo dari Genoa berjalan kaki naik unta ke negara Timur yang terkenal dengan tamaddun mereka yang harum aroma hingga ke Negara Tengah.

Kita lihat perkembangan budaya mengembangkan empayar bermula dari Andalusia. Kerana itu, Islam telah menuju ke sana dan menjadikan ia pusat mengembangkan Islam bagi rantau Eropah yang luas di utara.

Kita bertanya, mengapakah Islam kuat dan digeruni oleh king Richard yang berhati Singa itu? Adakah kerana Islam itu semata-mata satu ugama yang cuma mengajar manusia untuk mengenal Tuhan saja? Apakah punca cemburu bangsa dunia kepada Islam?

Ramai cendekiawan berpendapat bahawa Islam dicemburui kerana sejarah Islam berkait rapat dengan "way of life" dan mencakup seluruh kehidupan manusia. Sebut saja apa yang diperlukan dalam peradaban hidup manusia - dalam Al-Quran terhimpun Firman-firman Allah swt. Dihurai dan diperjelas dengan hadis-hadis Nabi junjungan serta akhak perbuatan Baginda.

Jelasnya, dalam Islam juga, terdiri atas asas-asas ekonomi dan keusahawan bagi semua insan. Islam di Madinah telah memecah benteng kekuatan ?pasar? yang berkurun dikuasai Yahudi. Tidakkah itu bukti nyata bahawa Islam (sekiranya dihayati benar-benar) adalah agama yang cukup kuat hubungannya dengan ekonomi dan seluruh peradaban dan kehidupan manusia mencari kebahagian, bukan saja ukhrawi tetapi juga duniawi?

Walaupun Nabi bukan seorang kayaraya setaraf Bill Gates atau mereka yang ternama dalam "Fortune Magazine", tetapi harus diteliti bahawa orang-orang itu adalah hidup dan berusaha, berniaga dan berinteraksi selari (pada dasarnya) dengan apa yang digariskan oleh Islam. Mereka berkayakinan kepada diri sendiri dan tidak mudah patah hati.

Pengusaha Cina yang hebat-hebat hari ini adalah kelompok yang bercawat datang ke alam perniagaan di serata dunia. Tanya Lim Goh Tong dan Lim Boon Chin dan mereka yang sewaktu dengannya. Mereka tidak bawak emas perak ke sini untuk memulakan perniagaan. Mereka berseluar gendut berpesak labuh, mengayuh basikal buruk menjual dan membeli serta berinteraksi dengan kaum tempatan.

Bagaimana mereka boleh kayaraya?

Saya tidak tau menjawab dan memberi formula "ajaib". Cuma dapat melihat dengan "terkulat-kulat" macam cicak makan kapur. Seperti setengah saudara juga.

Tetapi saya nampak sekarang, mereka memulakan sesuatu dengan berdikit-dikit dan penuh sabar - tetapi berwawasan. Mereka melihat jauh ke hadapan. Sudah itu mereka ?safe-guard? kepentingan mereka dan ?keep the cards close to their chests?.

Maka sekongkollah mereka sesama sendiri. Mereka wujudkan pola ?penjual? dan pola ?pembeli?. Mereka menjadi kelompok penentu harga dan jumlah yang harus dijual-beli. Pemimpin UMNO sendiri tidak mampu mencari ?break-thru? bagi mengatasi masalah ini!! Apakah guna kuasa yang diamanahkan orang Melayu kepada mereka? (kita akan lihat bagaimana ia disalahgunakan).

Malang tak sudah, orang Melayu menjadi komuniti ?pembeli?. Dan amalan ini makin berkembang membudaya dalam lubuk hati majoriti orang Melayu. Hinggakan didendangakan:


Buai laju-laju
samapai balik sana
Apa dalam baju
sekuntum bunga Cina!!



Lirik lagu itu didedangkan waktu anak-anak dalam buayan lagi. Dan turun-temurunkan lagu itu kekal dan diabadikan. Minda anak terasuh kekal memperakukan orang lain lebih superior dari bangsa sendiri!!

Nampaknya orang Melayu lupa untuk mendendangkan ?sekuntum Bunga Raya? sebagai ganti ?sekuntum BungaCina? itu. Padahal dihalaman rumah masing-masing sepenuh taman dihiasi dengan Bunga Raya!! Akhirnya hilanglah budaya sayang hak sendiri dan berlumba-lumba menggantikan dengan budaya orang lain.

Dasar Ekonomi Baru cuba mengorak strategi untuk merubah sistem berfikir orang Melayu dalam berhadapan dengan isu dan praktis keusahawanan dan perniagaan. Malangnya orang Melayu akhirnya dijual ?murahan? oleh bangsa sendiri.

Bangkitlah konsep Penswastaan dan Pengkorporatan. Dipilih-pilih mereka yang harus diberi peluang dan jaminan sepaya selari dengan dasar ?Nepotisma, Kronisma dan Proksi?. Dicelah-celah itu, terbitlah unsur Rasuah dan Penyelewengan. Ia dibendung hebat oleh orang-orang politik yang berkuasa besar.

Tak cukup dengan itu, diwujudkan pula ?perkongsian? dengan orang tertentu yang menjaga kepentingan mereka. Orang ini diberi jawatan dalam kerajaan dan diberi upah lumayan supaya menjaga kepentingan mereka (walaupun sudah pencen). Maka terbitlah senarai ?ex-civil servants? yang ditunjuk oleh pak menteri-menteri yang melupakan amanah rakyat.

Kakitangan awam bawahan banyak yang terperangkap dengan pelbagai arahan untuk memberi ruang kepada orang politik yang berkepentingan. Mereka akan diberi gelaran Datuk dan Tan Sri. Mereka ini bebaskan menjalankan urusan ?orang atasan?.

Maka terbukti, Abul Hassan naik pangkat jadi Gubenur Bank Negara walaupun Datuk Shafie Yahya pernah menemukan RM100 ribu wang kontan dalam laci meja beliau.

Adakah wang itu dari nelayan pantai, pesawah penanam padi, pencari rotan di hutan, atau pengait kelapa sawit? Adakah Dr. Mahathir memaki hamun Datuk Shafie Yahya kerana melakukan kesalahan jawatan?

Jawapan yang mudah masih ditunggu. Kerana, Dr. Mahathir tidak berani menghadapi kenyataan sebenar. Beliau berdalih seribu helah. Jika beliau diheret ke mahkamah, dirinya pasti akan didapati bersalah. Dengan itu, seluruh sistem dan konsep dasar ?Nepotisma, Kronisma dan Proksi? amalan Rasuah dan Penyelewengan akan terburai.

Jika penghakiman keatas Mahathir diasaskan kepada undang-undang yang sah, bukan setakat Mahathir yang bakal penghuni sebuah bilik kecil di Sg. Buluh, tetapi tak cukup jari membilang jumlah mereka yang terlibat.

Kerana hukuman begitu tidak terjadi, maka nelayan pantai, pesawah penanam padi, pencari rotan di hutan, atau pengait kelapa sawit tidak berupaya merubah nasib. Mereka dibiarkan ?kais pagi makan pagi?. Hidup setakat mencari nafkah untuk zohor hingga ke malam.

Mereka yang berpendidikan dan berkeinginan merubah nasib terpaksa menerapkan konsep ?Kronisma? kepada ?inner-circle? politik. Jika untung orang politik yang kaut, jika rugi sendiri tanggung. Akhirnya mereka beriaga umpama "berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap".

Berbanding dengan Ting Pheik Khing, Vincent Tan, Francis Yeo, atau Mirzan dan sekogkolnya; Mahathir dan Daim akan melakukan pelbagai ?bail-out? kerugian mereka. Berapa jumlah perniagaan yang harus dibahagi-bahagi dan lebih wajar dikendalikan oleh IKS/SMI Melayu tetapi dikaut oleh mereka?

Jika Mahathir, UMNO dan pemimpin mereka betul-betul mahu merobah nasib orang Melayu yang sekian lama dikecewakan di bidang ekonomi dan keusahawan; mereka tidak menyekat Royalti minyak yang hak bagi rakyat Terengganu.

Adalah satu PEMBHONGAN paling besar jika Mahathir memberi alasan kununnya rakyat Terengganu sudah melampaui garis kemiskinan atas usaha UMNO/BN semasa memerentah.

Apa yang sebenarnya berlaku rakyat Terengganu makin papa kedana kerana hak mereka dihisap oleh penjenayah rasuah dari golongan yang mengamalkan dasar ?Nepotisma, Kronisma dan Proksi?, dicelah-celah itu terbitlah unsur Rasuah dan Penyelewengan.

Mugkin mata Mahathir dan pemimpin UMNO sudah buta, telinga mereka sudah tuli dan hati mereka sudah tertutup - dipenuhi dengan dengki, khianat, dendam, fitnah dan adu-domba!!

Kalau begitu, akan terus terpuruklah hidup orang Melayu. Kian pudarlah keinginan untuk merubah nasib menjadi komuniti ?Usahawan dan Perniaga?. Harapan itu akan jadi impian dan angan-angan Mat Jenin saja.

Bagai pepatah Melayu, orang Melayu akan terus jadi ?Pak Kaduk?. UMNO akan memberi mereka kemenangan, orang Melayu akan akan disuruh bersorak berbangga. Mahathir akan menunjukkan sebuah Mahligai di Putera Jaya, sebuah KLCC dengan menara tertinggi di dunia, atau banglo perumahan mewah diseluruh negara.

TETAPI, kita disembunyikan dari maklumat berapa jumlah setenggan peneroka bandar, ratusan ribu hektar reserve tanah simpanan Melayu yang tergadi, jumlah hutang orang Melayu sebagai pinjaman untuk mendidik anak. Jka dilihat betul-betul?..kampung sendiri pun sudah tergadai..!! Mungkin sikit hari lagi, orang harus balik semula ke hutan mencari rotan dan manau!!

?HIDUP UMNO..!!? Hahahha??!! (lawak aje ...Editor)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)