Laman Webantu   KM2A1: 2816 File Size: 7.3 Kb *



Regim Mahathir, Umno dan Barua(a)nya Menolak Perjuangan 'Islamisasi'
By Amin Sapiro

20/9/2000 2:37 am Wed

REGIM MAHATHIR, UMNO dan BARU(A)NYA MENOLAK PERJUANGAN ?ISLAMISASI??


KITA enggan terlajak cakap dalam topik yang amat sensitif ini. Kita tidak mahu bercakap sesuatu yang boleh mengkocakkan lagi suasana politik yang sudah cukup bergolak seperti sekarang ini.

Kita juga tidak mahu membantu Mahathir mengkucar-kacirkan lagi iklim politik, ekonomi, sosial, agama, budaya dan pentadbiran negara dan masyarakat yang sedang dialami kini.

Apa yang paling tidak diingini rakyat ialah: Mahathir Mohamad memang menanti kesempatan untuk mencari sebab bagi melanjutkan kuasa ?mutlak?nya sebagai seorang Diktator ?keparat? di negara permai ini! Kita tidak memberi ?orang ini? bergerak bebas sesuka hati!!

Tetapi, jika kita tidak bercakap dan sengaja melempar jauh-jauh persoalan yang melibatkan aqidah dan keagamaan kita dicemar-sekukarkan oleh ?hantu-raya? Mahathir, UMNO dan Baru(a) nya; kita merasa diri kita sangat berdosa. Seolah-olah kita merelakan maksiat dosa besar berlaku dihadapan mata. Pasti kita akan bertanya: Apakah bersih keislaman yang kita anut dalam dada?

Ramai yang terperanjat besar apabila pemimpin UMNO cuba menterbalikkan tafsiran konsep ?Negara Islam? sebagai ?ajaran sesat?. Apa yang paling menyinggung hati ialah apabila JAKIM sebagai pusat pengembangan Islam di negara ini memberi tafsiran yang bukan-bukan kepada rakyat mengenainya.

Kalau begini, kemanakah ?UMNO Mahathir? dan barua-baruanya mahu membawa orang Melayu Islam? Ke Neraka kah?

Sah sekarang UMNO dan Mahathir tidak layak disokong oleh orang Melayu Islam lagi. Mereka sahih tidak mewakili kepentingan orang Melayu beragama Islam lagi.

Terdengar beberapa tuduhan kununnya orang Melayu Islam berpecah kerana sebuah parti pembangkang memainkan isu Islam. Kerana itu, regim Mahathir Mohamad telah merancang pelbagai strategi bertindak untuk menghapuskan penggunaan perkataan Islam dari semua organisasi di negara ini.

Kita makin hairan dan menyoal: tidakkah para ulamak JAKIM prihatin dan sedar bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari sebarang amalan? Hingga, Allah swt. mensyariatkan - untuk melangkah kaki mencari rezki pun kita wajib memulakan dengan nawaitu ?kerana Allah?, kan? Apatahlagi jika kita mahu berpolitik, mentadbir masyarkat, dll - tidakkah kita harus melakukannya juga demi meluruskan nawaitu kedudukan kita sebagai orang yang diberi amanah?

Padan jugalah terlalu ramai pemimpin UMNO yang melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa besar. Ada yang melakukan maksiat ?merogol? anak gadis bawah umur, bermukah dengan adik ipar sementara kakaknya masih kekal sebagai isteri, simpan gadis Islam sebagai ?concubin? ala Geisha, dan macam-macam lagi. Malangnya, JAKIM diam saja - seolah-olah perkara itu adalah ?lazim? dan menjadi amalan biasa yang wajar diterima.

Kita tidak hairan kalau perkara itu berlaku di zaman Jahiliyah. Firaun sendiri menggalakkan pernikahan adik beradik. Dan agama Zorroaster membenarkan anak mengahwini ibu sendiri. Tetapi tidakkah terlintas dalam hati bahawasanya sudah jelas dalam Al-Quran dan Hadis-hadsi Qudsi bahawa maksiat seumpama itu memang wajib dicegah, dihukum dan dikutuk habis-habisan?

Mengapa JAKIM tidak mau angkat lidah dan menghukum mereka yang bersalah? Apakah ini konsep ?Negara Islam? ala JAKIM? Apakah itu konsep ?Islam Sederhana?? Maksudnya - boleh buat asalkan orang lain ?tak nampak?? Kalau nampak baru salah? Ya kah? Mana belajar? Kitab apa?

Padan jugalah segala rasuah dan penyelewengan, politik dendam kesumat, usaha melindungi pelaku maksiat dan pecah amanah makin menjadi arus dasar UMNO paling unggul dan terkini.

Kita tidak sangka JAKIM boleh tenggelam punca macam kumpulan/himpunan ?Ulamak Bodoh Bangkang ketetel? tak lulus ?Fadhu 'Ain?.

Apakah ulamak JAKIM cuma membicarakan ?Haid dan Nifas? saja? Walhal negara dan masyarakat Melayu Islam sedang di ?Kamal Attartuk? kan - mereka tidak peduli? Sahlah kalian ?ulamak BANGSAT kepala hotak?..!! Ulamak ?pro-maksiat?..!!

Orang Melayu Islam makin faham, perbicaraan Datuk Seri Anwar telah mencabar keteguhan Islam di Malaysia. Sekaligus mencabar ulamak yang berserban besar dan mengaku diri berilmu dan bergelar pewaris nabi. Tapi apa yang mereka lakukan?. Isk..isk..isk? (geleng kepada makmum dibelakang ini).

Malangnya mereka berjawatan kerajaan dan menduduki kerusi empuk di jabatan masing-masing. Seharusnya mereka mampu bertindak mengatakan yang benar dan salah. Tetapi kenapa mereka seperti ?anjing tenggelam di air deras?. Terkucam-kucam macam cicak makan kapur saja?

Seorang ?pak general? mengetuai jemaah solat di masjid bertaraf ibu segala masjid di negara ini. Dihadapan corong radio dan TV - beliau sanggup ?menjilat ludah? pemimpin yang terang-terang mengutuk Nabi. Khatib yang berdiri di mimbar itu dan mengaku diri ?panglima ulamak? - sebaliknya menjadi ?penjarah? menggunakan khutbah ?mengamfu sana, amfu sini?. Apakah Ijazah beliau dibeli dari ?Lorong Haji Taib? yang paling terkenal di Kuala Lumpur ini?

Jika itulah ?Negara Islam? yang diwadahkan JAKIM, SEHARUSNYA umat Islam berwaspada seraya meneliti perkembangan hujah dan huraian golongan yang ?menyesatkan? ini.

Mungkin sudah terbayang kepada kita siapa pengembang ?ajaran sesat? sebenar. Mereka berada disekeliling kita. Kita dapat cam dan pastikan identiti mereka. Mereka adalah penghuni Mahligai besar dan terbang dengan Global Experess. Itulah orang bertaraf ?ayatullah? mereka.

Juak-juak dan jongos baruanya terdiri dari orang yang meggunakan hukum akal bila bercakap mengenai Islam. Mereka berkereta besar bersupir, berumah banglo dan beristeri banyak, membiarkan orang melakukan zina dan maksiat, hanya menghukum ?kucing kurap? dan melepaskan ?buaya darat?.

Mereka akan bercakap di radio dan TV, berderet dengan serba macam hutang-piutang berbunga cara ?Nasrani dan Yahudi?, jadi ?kakaktua? bila ditengking-herdik oleh ?tuan punya bapak anjing?, dan atas segala-gala mereka ?kempitai? yang mensenaraikan ?ulamak? yang bercakap benar ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?.

Nampak kepada kita sekarang siapa yang sebenarnya memberi gambaran kepada kaum bukan Islam supaya menyalah tafsir/ertikan konsep sebuah ?Negara Islam?. Alangkah malang nasib kita bertuan ?tuan bapak anjing? dan kuncu-kuncunya..!!

Pepatah Melayu mengingatkan kita, ?Sepuluh jong masuk anjing-anjing ini akan bercawat juga ekornya?..!! Faham dah kita jenis ulamak yang membentuk masyarakat sebuah ?Negara Islam? yang di rangka JAKIM!!

Mereka adalah ?Ular Sawa gede?. BERWASPADA lah.. Jangan biarkan kita ditelannya bulat-bulat!!

Masihkah UMNO dan Barisan Najis ini dibiarkan mentadbirkan negara kita ini? Itulah soalan bagi orang-orang yang mahu berfikir!!

Allahu Akbar..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)