Laman Webantu   KM2A1: 2815 File Size: 9.4 Kb *



B1: KTLBELB 29 Sepintas Lalu
By Wartawan Pencen

19/9/2000 9:19 pm Tue

Saya memikirkan lebih baik saya melepaskan terus beberapa pandangan saya sebagai pengalas siri KTLBELB yang diminati ramai ini kerana khuatir idea-idea tersebut tenggelam kerana terlalu lambat menyusul rencana nya yang asal.

Sebenarnya ada satu sketsa yang sedang berputar2 di kepala saya, tetapi saya masih mencari lagi "tempat" dan destinasi untuk diteropong kerana KTLBELB kali ini, antara lain, berkisar di sekitar satu jenayah yang dilakukan terhadap satu negeri di pantai timur. Untuk itu saya perlu menjadi "pelancung" ke ufuk negeri itu yang terkenal dengan hasil lautnya, baik yang bernyawa seperti ikan dan penyu mahupun yang berharga seperti petroliam dan emas. Sudah tentu, di mana ada kekayaan, disitulah bertapaknya tangan-tangan rakus yang mengambil kesempatan sambil bersembunyi disebalik tabir bernama "ehsan" dan "pembangunan". Kelincahan pencuri2 dinegeri ini menyembunyikan harta memang menyukarkan, jika tidak sudah lama mereka dapat dicam. Bagi seorang wartawan pencen, mengorek kisah2 sebegini tentunya lebih sukar daripada mencari minyak di dasar laut yang penuh dengan petroliam itu.


Sementara sketsa itu berlepas, saya lakarkan beberapa pandangan yang tidak seberapa sebagai alas KTLBELB 29 itu.


KTLBELB 29 SEPINTAS LALU

Penulisan KTLBELB Bab 29 berkisar mengenai isu semasa yang begitu hangat masa kini, iaitu royalti minyak. Pencetus isu ini tidak lain tidak bukan adalah PM sendiri. Penulis kemudiannya mengulas ucapan terkini Mahathir di hari merdeka dan menyanggah tuduhan kesat Mahathir. Ini diikuti dengan beberapa analisa isu amanat Hj Hadi dan tragedi Memali yang cuba dipalitkan kpd PAS tetapi penulis membongkar mengapa isu ini diketengahkan dan siapakah dalang punca kesengsaraan balu Memali. Seterusnya siri2 pembohongan dan keborosan Mahathir diceritakan satu persatu disamping peranan Vincent Tan yg mendapat layanan terlalu istimewa serta bagaimana orang2 ternama dapat dipeluk olehnya. Kemudian gejala rasuah dan dalang dalam dilakar diikuti dengan isu penamatan khidmat Tajuddin Ali dan beberapa rencah isu terkini serta reaksi yang bakal berkocak dihari nanti.


ANGKARA SIAPAKAH SEMUA INI?

Seperti biasa saya tidak berhajat untuk menambah komen setiap satu intisari lakaran dalam siri KTLBELB kali ini, kerana rencana asalnya sudah cukup lengkap dan padat dengan isi. Jadi kemanakah tulisan saya kali ini?

Manusia itu selalunya dipegang kepada ikrar kata dan janji. Tetapi ada yang mengengkarinya setelah mandat diberi. Hampir kesemua malang yang menimpa rakyat yang diceritakan bertubi2 oleh -MT- adalah disebabkan oleh seorang perdana menteri yang sudah hilang ciri2 kemanusian dalam dirinya, atau lebih tepat jika kita katakan angkara "seorang pemimpin hipokrit yang sudah pupus tarikh-gunanya" sebagaimana yang disebut oleh -MT-.

JANJI YANG DISANDAR JANJI YANG DIENGKAR

Janji menjanji adalah menjadi lumrah manusia yang dihidup di alam yang penuh dengan gelora ini. Ia ditabur sebagai pengemas sesuatu yang bakal dilaksanakan sebagai "bukti kata" betapa bersedianya ia untuk melaksanakan sesuatu. Tentu kita masih belum lupa seorang wakilumno batu talam yang sanggup menyerahkan kepalanya kerana percaya sangatnya beliau kepada janji seorang bomoh berilmu hitam. Akhirnya nyawa bercerai badan meninggalkan satu episod yang sedih berpanjangan.

Mahathir mengambil Anwar 17 tahun yang dahulu pun bersandarkan janji, tetapi dimungkiri pula dengan pelancaran siri2 karya. Memandangkan karisma Anwar bukan sembarangan, satu perancangan yang amat teliti diperlukan untuk memisahkan Anwar. Maka disitulah bermula beberapa episod kepura-puraan. Malangnya Anwar termakan episod ini dan terjerat kerana tidak terlintas dihatinya betapa "bapa" ini sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan kekayaan.

Kita sendiri terpaksa mengakui nasib malang yang menimpa Anwar disebabkan satu kepercayaan kepada kepura-puraan dan lakunan yang mengambil masa bertahun lamanya. Dengan terlepasnya satu karya yang diilhamkan oleh sekumpulan manusia berhati setan, seluruh negara dilanda gelombang. Tuduhan jijik itu dicanang sebegitu hebat walaupun mahkamah belum sempat mencapai keputusan. Mahathir pula terang2 mendahului mahkamah dalam kenyataannya baik di dalam negara mahupun diluar sana. Maka kita perlu bertanya inikah watak seorang yang beriman atau telatah seorang perancang?

Kecacatan skrip itu terbongkar ditengah2 perbicaraan tetapi ia dapat diteruskan kerana hakimnya memang sudah pun berada di dalam tangan. Akhirnya Anwar terhukum disabit satu kesalahan yang jijik walaupun bagi ramai rakyat yang waras ia amat meragukan. Fatwa Syaikh Taha tempoh hari semakin menampakkan betapa pandangan Islam dibelakangkan oleh pemimpin negara kita ini. Pemimpin negara kita ini jugalah yang mendabik dada melaungkan slogan nilai-nilai Islam tetapi yang pasti itu hanyalah satu janji yang kosong juga akhirnya.

Dengan tersumbatnya Anwar ke penjara, terbukti sudah siapakah yang memang berpegang kepada janji dan siapa yang memungkirinya dikemudian hari. Jika Anwar pentingkan dirinya sendiri lebih baik dia berundur dengan penuh senyap tanpa perlu diserang, dilebam, ditelanjangkan dan diaib sedemikian rupa, tetapi janji dan perjuangan beliau sejak dibangku universiti itu bukannya satu barangan yang boleh dibeli dengan mudah laksana satu komoditi. Maka Anwar menepati janjinya semasa ia mengucapkan salam perpisahan meninggalkan ABIM kerana tidak "sabar" mahu melaksanakan satu pembaharuan. Episod perpisahan ini memang amat menyedihkan kerana ramai pihak bercadang untuk "meminang" tetapi semangat Anwar yang membara itu dapat dibaca dan seterusnya dipergunakan oleh Mahathir untuk mempamirkan betapa "Islam"nya UMNO dari PAS. Apabila Anwar tercampak keluar, sudah tentu satu soalan yang menjadi tanda tanya.


"SIAPAKAH YANG BERPURA-PURA?".

Setiap pihak tentu mempunyai jawapan yang berbeza - walaupun demikian ia akan berakhir dengan cerita yang sama jua. Mahathir masih dan tetap berkuasa, baik sebelum mahupun sesudah Anwar. Mahathir untung besar bila Anwar memasukki UMNO kerana Anwar dapat dijadikannya satu "iklan Islam" untuk melawan bukan sahaja PAS, malah pencabar anak raja di dalam UMNO. Begitulah liciknya Mahathir .... kerana dia sanggup berpura-pura bertahun-tahun lamanya, malah pernah mengisyaratkan beberapa kali bahawa Anwar adalah penggantinya.

Jika kita membaca al Quran - tentu kita akan terjumpa beberapa golongan yang menentang Islam. Yang menarik, ada satu golongan yang akan diletakkan ke dalam api neraka disebelah yang bawah sekali. Golongan ini dinamakan golongan munafiq. Antara sifat golongan ini ialah berdusta, memungkiri janji, khianat bila diberi amanah, serta melampaui batas.

Orang UMNO akan menganggap Presiden mereka sebagai seorang yang mulia. Malah orang PAS sendiri pun mungkin akan merasakan pemimpin mereka mulia juga. Kita tidak mahu mempersoalkan pandangan dan perasaan mereka. Itu adalah hak seseorang yang mempunyai perasaan dan pandangan. Namun demikian "pingat" itu tidak boleh dijadikan satu "paspot" atau "lesen" untuk mengukur betapa jujurnya seseorang. Ketaatan itu ada batas dan ada sempadan. Sebab itulah makmum boleh menegur imam bila berlaku kesalahan mengikut kaedah yang tertentu. Kaset "Terbang Bilik" oleh Ustaz Shamsuri ada menceritakan satu kisah yang menarik mengenai seorang sahabat Nabi (saw) yang dilantik oleh baginda sebagai ketua dalam satu peperangan kecil.

Ringkasan ceritanya begini:

Setibanya di satu tempat, sahabat tersebut mengarahkan agar semua tentera muslim mengumpulkan kayu dan membakar. Kemudian semua disuruh terjun kedalam api itu. Maka terjadilah pelbagai pertukaran kata-kata. Ia berakhir dengan tidak ada seorang pun masuk kedalam api itu sehinggalah api itu padam. Bila mereka pulang, maka bertanyalah sahabat2 kpd Nabi (saw) : Bagaimana mereka hendak mengikut ketua yg baginda lantik ini jika dia menyuruh masuk dalam api? Maka Nabi (saw) menjawab: Ketaatan itu hanya apabila ketua itu mengikut Allah dan RasulNya.

Mengikut Ustaz Shamsuri - kisah ini penting kerana walaupun sahabat itu dilantik sendiri oleh Nabi (saw) menjadi ketua, tidak bermakna semua kata2nya boleh diikut sembarangan. Ada batas dan ada sempadan.



ROYALTI ADALAH JANJI

Royalti yang seharusnya dibayar oleh Petronas kpd kerajaan Negeri Terengganu bukan sembarangan janji yang boleh dipermainkan sesuka hati. Ini adalah kerana ia melibatkan sejumlah wang TUNAI yang tidak kurang banyaknya untuk dimanfaatkannya kepada negeri yang mempunyai hasil bumi ini. Hasil petroliam yang lumayan ini sewajarnya di hadiahkan sedikit kepada tuannya dan rakyatnya, kerana tanpanya Petronas tidak layak untuk mengorek dan menggerudi. Lagipun tanpa bumi Terengganu, apakah Petronas sanggup membina satu bandar yang siap dengan segala loji dan menara H lagi ditengah2 laut tanpa perlu berpijak sedikitpun dibumi kering Terengganu ini?

(Bersambung..)