Laman Webantu   KM2A1: 2812 File Size: 9.8 Kb *



TJ: B3 Penubuhan Kerajaan Yang Bersih
By Marhain Tua

19/9/2000 6:11 pm Tue

Fokus Khas;


Kerajaan Yang Bersih:

Bahagian III


Kes yang besar-besar menjadi bahan utama akhbar. Beberapa menteri telah ditangkap kerana rasuah. Ada satu kes setiap satu dekad sejak 1960-an hingga 1980-an. Tan Kia Gan adalah Menteri Pembangunan Negara sehingga dia kalah pada pemilu 1963. Kami memang berkawan rapat sejak awalan 1950-an lagi. Ketika itu beliau merupakan seorang pemimpin dalam persatuan jurutera Malayan Airways dan saya pula menjadi penasihat undang-undang kepada kesatuan itu. Kami telah melantiknya menjadi seorang pengarah Lembaga Pengarah Malayan Airways. Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada Ogos 1966, Tan telah membangkang cadangan untuk membeli sebuah pesawat Boeing. Beberapa hari kemudiannya, seorang insan bernama Mr. Lim telah menghubungi First National City Bank, yang merupakan Bank urusan Boeing. Lim cuba menwarkan khidmatnya dalam pembelian itu. Lim merupakan rakan niaga Tan Kia Gan. Pihak bank memang sedar akan pendirian kerajaan dalam aspek rasuah, dan telah melapurkan perkara itu. Lim enggan membabitkan Tan Kia Gan, kerana itu dia tidak dapat didakwa. Tetapi saya yakin bahawa Tan memang terlibat.

Walaupun situasi itu memeritkan, saya terpaksa mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa sebagai seorang ahli lembaga pengarah Malayan Airways, Tan telah gagal melaksanakan tugasnya dengan telus. Saya telah memecatnya daripada semua jawatan. Menteri Lim Kim San telah memberitahu saya kemudiannya bagaimana Tan telah merasa begitu hiba kerana telah disisihkan oleh masyarakat. Memang saya pun merasa sedih dalam hal itu tetapi saya tidak mempunyai jalan lain.

Wee Toon Boon adalah seorang menteri dalam negeri bagi kementerian alam sekitar. Pada 1975 dia telah melancong ke Indonesia bersama ahli keluarganya dengan menggunakan tiket yang dihadiahkan oleh seorang pemaju perumahan yang pernah direkomenkannya kepada pegawai perkhidmatan awam. Malahan beliau telah menerima hadiah satu banglo yang bernilai S$500,000. Di samping itu beliau telah mendapat kemudahan dua overdraf atas nama bapanya yang diberikan jaminan oleh pemaju itu. Overdraf bernilai S$300,000 adalah bertujuan untuk digunakan untuk spekulasi pembelian saham. Wee merupakan seorang pemimpin kesatuan sekerja yang tidak pro-komunis sejak 1950-an. Memang amat pedih bersemuka dengannya dan mendengar segala alasan betapa beliau tidak bersalah. Dia telah didakwa dan didapati bersalah dan dihukum penjara selama empat tahun dan enam bulan. Dia telah membuat rayuan. Hukuman tidak berubah tetapi tempohnya telah dikurangkan selama 18 bulan.


Pada Disember 1979, kami dilanda satu musibah. Phey Yew Kok, ketika itu menjadi presiden NTUC dan merupakan seorang MP parti PAP, telah dikenakan empat tuduhan pecah amanah berjumlah S$83,000. Dia juga menerima dua tuduhan di bawah Akta Kesatuan Sekerja kerana melaburkan wang union berjumlah S$18,000 dalam perniagaan sebuah supermarket tanpa mendapatkan keizinan menteri yang berkenaan. Seperti yang kerap berlaku dalam kes semacam itu, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Devan Nair yang ketika itu menjadi setiausaha agong kesatuan NTUC memang rapat dengan Phey dan yakin Phey tidak bersalah. Dia telah meminta CPIB menimbangkan kes itu semula dengan berkata seorang insan yang tidak bersalah sedang dipunahkan oleh sebab tuduhan palsu. Saya tidak setuju dengan permintaan itu. Setelah menyemak kes itu semula saya pun membenarkan CPIB meneruskan siasatan mereka. Devan Nair memang terlalu yakin bahawa Phey tidak bersalah dan tidak mahu kehilangan seorang pembantu yang pintar dalam pergerakan kesatuan sekerja. Pada satu hari Sabtu dia telah membincangkan perkara itu dengan penuh perasaan. Saya pun menelefon pengarah CPIB di hadapannya dan meminta beliau mendedahkan segala bukti yang ada di tanganya itu kepada Nair sebaik sahaja kami selesai makan. Setelah melihatkan barang bukti, Nair tidak pun menghubungi saya. Phey telah bertindak melanggar ikat jamin itu , akibatnya dua orang yang mengikat jamin terpaksa kerugian $50,000 apabila dia tidak muncul semula. Kali terakhir yang kami denganr mengenainya menyebut yang beliau berada di Thailand sebagai orang buruan. Di sana dia terus menjadi mangsa kepada peras-ugut pihak kastam dan imigresen.


Kejatuhan yang paling dramatik telah mengenai The Chang Wan yang satu ketika dulu pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara. Pada November 1986, salah seorang rakan lamanya telah mengaku setelah disoal oleh CPIB betapa beliau telah membayar Teh sebanyak dua kali. Setiap kali pembayaran dibuat jumlahnya ialah S$400,000. Satu pembayaran bertujuan membolehkan satu syarikat pembangunan mengekalkan hak milik sebahagian kawasan tanah yang telah dicadang untuk diambil alih oleh kerajaan. Satu pembayaran lagi ialah untuk membantu seorang pemaju tanah dalam usahanya membeli tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan.

Sogokan wang itu berlaku di antara 1981 hingga 1982. Dia telah menafikan kes itu dan telah cuba berunding dengan penolong pengarah kanan CPIB agar kes itu ditutup sahaja. Setiausaha kabinet telah melaporkan hal ini kepada saya dan menyatakan betapa Teh telah meminta izin untuk berjumpa dengan saya. Saya memberi jawapan bahawa saya tidak dapat berjumpa dengannya selagi penyiasatan belum selesai. Satu minggu kemudian, pada pagi 15 disember, 1986 pegawai keselamatan saya telah membuat laporan betapa Teh telah mati dan meninggalkan satu surat untuk saya.


Perdana Menteri,

Saya berasa sungguh kecewa dan sedih sejak dua minggu yang berlalu. Saya bertanggungjawab keatas kejadian yagn sungguh malang dan berasa saya patut menerima tanggungjawab itu. Sebargi serong manusia timur, saya rasa adalah memang patut kalau saya menerima balasan kepada kesilapan besar yang pernah saya lakukan itu.

Yang mengikut perintah,
The Cheang Wan


Saya telah membuat kunjungan ke rumah Teh yang diletakkan di atas katilnya dan berjumpa dengan balu beliau. Dia telah menyatakan betapa Teh telah berkhidmat degnan kerajaan sepanjang hayatnya dan mahu mengekalkan harga dirinya. Dia telah meminta kalau siasatan koroner boleh diketepikan. Perkara in hanya mungkin kalau dia dapat satu surat daripada seorang doktor yang mengesahkan bahawa beliau mati kerana perkara biasa. Kerana tidak boleh dielakkan, satu siastan koroner diadakan juga. Hasil sisatan menunjukkan beliau telah membunuh diri dengan memakan sodium amytal secara berlebihan. Pihak pembangkang telah mengungkit kisah ini di parlimen dan mahukan satu suruhanjaya sisatan. Saya memang mudah bersetuju dengan permintaan ini. Impaknya ia mendedahkan banyak lagi perkara yang menyakitkan balu dan anak perempuan si mati itu. Tidak berapa lama kemudian mereka telah keluar daripada Singapura dan tidak pernah kembali semula kerana menanggung malu ayng amat dahsyat.


Kami berjaya mewujudkan satu suasana di mana umum memandang korupsi di kalangan mereka yang berkuasa sebagai satu ancaman kepada masyarakat. Teh telah memilih membunuh dirinya daripada menghadapi keaiban dan suasana dicemuh oleh masyarakatnya. Saya tidak faham kenapa dia sanggup menerima S$800,000. Dia adalah seorang arkitek yang berwibawa dan berbakat dan mampu mengumpul ratusan juta dengan cara yang halal.


Memang mudah memulakan sesuatu dengan satu standard etika yang tinggi, iltizam yang kuat dan keazaman untuk menghapuskan korupsi itu. Tetapi, adalah amat sukar untuk mengekalkan usaha murni itu melainkan para pemimpin mempunyai dayatahan yang kuat dan bersungguh-sungguh memerangi semua penceroboh tanpa sebarang pengecualian. Pegawai CPIB mesti diberikan sokongan tanpa berdolak-dalih untuk menguatkuasakan undang-undang.


Dalam satu usaha penyenaraiannya pada 1997 Institte of Management Development telah menerbitkan hasil kajian dalam satu terbitan berjodol World Competitivness Yearbook. Dalam buku itu nisbah bernilai sepuluh (10) telah digunakan untuk menilai negara yang kurang terdapat amalan korupsi. Singapura telah diisitiharkan sebagai negara yang paling kurang amalan korupsinya di seluruh Asia dengan nisbah 9.18. Ini telah disusuli oleh Hongkong, Jepun dan Taiwan. Transparency International (yang berpusat di Berlin) telah memilih Singapura menduduki tempat ke 7 dalam satu senarai yang merangkumi seluruh dunia pada tahun 198.


Kiraan persen (peratusan), wang sogok, baksheesh, slush, tumbuk rusuk ataupun apa juga namanya adalah satu cara hidup di Asia. Manusia menerimanya sebagai sebahagian budaya hidup mereka. Para menteri dan pegawai tinggi tidak mampu hidup berlagak sakan setara dengan jawatan yang mereka pegang. Lagi tinggi jawatan itu, semakin besarlah rumah kediaman mereka dan semakin ramai jumlah isteri, gundik ataupun dayang-dayang yang perlu dihiasi dengan intan permata yang setanding dengan pangkat yang dipegang oleh jejaka mereka. Rakyat Singapura yang berdagang dengan negara yang mengamalkan cara hidup begini terpaksa berwaspada agar mereka tidak mengimpot sama amalan tersebut.




Dipetik daripada The Star 18 September, muka surat 8.

>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<