Laman Webantu   KM2A1: 2811 File Size: 6.3 Kb *



TJ: B2 Penubuhan Kerajaan Yang Bersih
By Marhain Tua

19/9/2000 4:16 pm Tue

Fokus Khas;


Kerajaan Yang Bersih:
Bahagian II



Bermula di hari pertama kami melaksanakan tugas rasmi pada Jun 1959, setiap satu dollar yang kami terima sebagai hasil negara direkodkan dalam akaun dengan betul. Kami juga menentukan setiap dolar itu akan mendatangkan faedah kepada setiap insan di akar umbi dengan nilainya tetap setara satu dolar tanpa ada sebahagian darinya yang disauk dalam perjalanan merapati sasarannya. Di tahap awal lagi kami telah memberikan perhatian untuk menangani masalah yang timbul daripada discretionary powers (kuasa yang bergantung kepada kebijaksanaan), untuk mengelakkan sebarang salahlaku disebabkan kuasa yang samar tercetus darinya . Sekaligus kami berupaya menentukan cara dan kaedah untuk mengikis masalah itu sehingga mampu menyingkirkan kemudahan pengamalnya.


Ada satu agensi khas yang dipertugaskan menghapuskan rasuah. Ia diberi nama 'Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB)' yang ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1952. Tujuannya untuk membenteras korupsi, terutama sekali di peringkat bawah dan juga pertengahan pasukan polis, di kalangan pemeriksa (meinyu) kesihatan penjaja, dan kumpulan bailif yang bertugas menyekat perilaku para setinggan di atas tanah kerajaan. Merinyu ini berupaya mengeluarkan saman ataupun berpaling ke arah lain untuk menerima imbohan yang berpadan.

Kami mengambil keputusan untuk memberikan perhatian terhadap kumpulan jerung di kalangan atasan dan mengarahkan CPIB untuk memberi fokus terhadap prioriti ini. Kumpulan ikan sepat pula ditangani dengan cara memudahkan lagi segala prosudur yang ada dan diperbaiki dengan cara menerbitkan panduan bertulis yang jelas. Tindakan ini termasuklah memansuhkan keperluan mengeluarkan permit dan kelulusan dalam pelbagai bidang. Sambil kami menghadapi masalah dalam menjatuhkan hukuman ketika pendakwaan, kami pun melakukan perubahan dalam perundangan secara bertahap.

Pada 1960, kami telah merombak undang-undang pencegahan rasuah dan telah memberi tafsiran yang lebih luas terhadap imbohan untk mengambil kira apa saja yang bernilai. Pindaan in telah memberikan kusa yang lebih luas kepda para penyiasat, termasuk penahanan dan pemeriksaan dan penyelidikan ke atas akaun bank, buku simpanan sesiapa yang disyakki itu termasuk isteri mereka, anak-anak dan agen mereka. Tiak lagi menjadi satu masalah untuk membuktikan bahawa insan yang menerima rasuah itu adalah dalam satu kedudukan untuk menerimanya. Penguatkuasa cukai pendapatan dimestikan memberi maklumat terhdap sesiapa yang disiasat. Undang-undang yang ada ketika itu tidak mengambil kira pembabitan seseorang yang bersubahat kerana ketiadaan bukti yang sah telah ditukarkan untuk membolehkan hakim menerima pengakuan seorang yang bersubahat.


Satu perubahan yang sungguh berkesan telah kami laksanakan pada 1960. Ini memberikan kemudahan kepad mahkamah untuk menerima sebarang bukti betapa seseroang yang dituduh itu telah hidup melebehi taraf keupayaannya ataupun mempunyai harta yang tidak dapat dipadan dengan kemampuan pendapatan bulanannya. Semua ini boleh dijadikan barang bukti bahawa yang tertuduh itu telah menerima ataupun memperolehi rasuah. Penekanan melaksanakan pembasmian rasuah ini dan kuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk setiap menteri dan pegawai, pengarah CPIB yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan satu reputasi yang sungguh berkesan untuk mendedahkan sesiapa sahaja petualang amanah rakyat itu.

Pada tahun 1963, kami keluarkan undang-undang yang memestikan (obligatory-Ed.) sesiapa sahaja yang diperlukan menjadi saksi kepada CPIB, menghadirkan dirinya untuk memberikan maklumat yang diperlukan. Pada 1989, denda maksimum kepada sesuatu jenis korupsi telah dinaikkan daripada S$10,000 kepada S$100,000. Memberikan maklumat palsu ataupun maklumat yang songsang kepada CPIB menjadi satu kesalahan yang melibatkan hukum penjara dan denda sehingga S$10,000. Mahakamah juga diberi kuasa merampas sebarang faedah yang terbit daripada korupsi.


Korupsi pernah merupakan satu tindakan yang dirancang secara besar-besaran di beberapa tempat tertentu. Pada 1971, CPIB berjaya menumpaskan satu sindiket yang membabitkan 250 anggota polis yang menerima bayaran di antara S$5 hingga $10 setiap bulan daripada tuanpunya lori yang mengcat warna khas di dinding lori mereka. Tuanpunya lori yang enggan membuat bayaran itu akan kerap diganggu dan diberikan saman .

Pegawai kastam menerima wang soggok sebagai imbohan untuk mempercepatkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang membawa barangan lari-cukai. Pegawai yang bertugas di Pusat Bekalan (jabatan perolehan kerajaan) membocorkan maklumat mengenai harga tender kerana mereka disogok. Pegawai di jabatan impot dan ekspot menerima wang sogok untuk mempercepatkan pengeluaran permit. Para kontraktor menyogok kerani kawasan tapak untuk memudahkan kerja menanam cerucuk. Pekerja awam yang mengangkut sampah di upah oleh pekedai dan para penghuni rumah perumahan untuk mengangkut sampah sarap mereka. Pengetua dan guru-guru sekolah di sekolah Cina menerima komisen daripada pembekal peralatan. Kebijaksanaan manusia memang tidak ada hadnya dalam menyalahgunakan kuasa dan kepintaran untuk kepentingan dirinya.


Memang tidak susah untuk membasmikan kumpulan haram itu. Tetapi, kisah penyelewengan yang berlaku secara sendirian adalah lebih sukar untuk dikesan. Apabila terserempak pun, selalunya ia terpaksa di abaikan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT-<<<<<<<<<<<<<<