Laman Webantu   KM2A1: 2809 File Size: 5.4 Kb *



Pelik SIkit - Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus..!!
By Amin Sapiro

18/9/2000 8:45 pm Mon

Amin Sapiro (takut jerung)

PELIK SIKIT - KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS..!!

SEBAGAI rakyat, kita tidak akan menolak saranan kerajaan yang bercadang mewujudkan kelab-kelab Rukun Negara di sekolah dan memberi keutamaan kepada persatuan yang ahlinya terdiri pelbagai kaum akan mempercepatkan penyatuan sebuah bangsa Malaysia.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik mengulas positif cadangan TPM Abdullah Ahmad Badawi tersebut. Memang tepat dan tidak harus disangkal jika itu tujuannya. Sesungguhnya itu adalah cadangan yang baik.

Dikatakan baik kerana sudah kita lihat bagaimana seorang Perdana Menteri menggulung ucapan ulangtahun Kemerdekaan negara dengan tuduhan paling memalukan rakyat. Dr. Mahathir menuduh ada pihak seperti komunis - satu tuduhan yang amat jijik.

Rukun Negara menyebut dengan jelas tentang ?kepatuhan terhadap undang-undang? dan ?keluhuran budi?. Sekaligus dalam kepala kita mengingati peristiwa bagaimana Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri meletakkan dirinya ?mengatasi undang-undang?. Luhurkah budi beliau dengan menghukum dulu sebelum membicarakan orang yang dituduh. Ah?..SANDIWARA lah!

Perhatikan ini: Saman mahkamah telah disampaikan berulangkali kepada beliau untuk menjadi saksi dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar. Tetapi beliau memilih untuk memaksa hakim terbabit berhujah supaya Mahathir tidak diheret ke mahkamah.

Mahathir berselindung disebalik kuasa. Adakah beliau seorang yang mematuhi undang-undang rakyat? Tidak Mahathir memperseda udang-udang? Rakyat nampak gejala ugut-paksa dan pemakaian undang-undang mengikut si Perdana Menteri ini saja.

Dengan itu bermakna orang paling wajib menganggotai ?Kelab Rukun Negara? itu ialah Dr. Mahathir sendiri.

Sepatah kata Dr. Ling Leong Sik, ?bermula dari kepala, ikan itu akan membusuk satu badan?. Dari apa yang dilihat rakyat ialah, yang tidak patuh undang-undang adalah ?kepala ikan? yang sedang membusuk ini. Tepatlah sekarang, seluruh pemimpin dan kakitangan awam yang dipertanggungajawabkan melaksanakan undang-undang dalam regim Mahathir sudah mengalami ?busuk satu badan?.

Memang tidak dipertikaikan bahawa cadangan itu merupakan langkah terbaik untuk membina sebuah bangsa yang mampu bekerjasama, dinamis dan berkesan untuk kemajuan negara.

Tetapi rakyat sudah jauh lebih maklum, segala rasuah dan penyelewengan yang berlaku secara berleluasa kini bukan dilakukan oleh nelayan pantai, penoreh getah, pesawah atau pekerja ladang. Orang politiklah yang paling hebat ?berasak-asak? melakukan ?nepotisma, kronisma dan korupsi?, penyelewengan, pecah amanah dan membelakangi undang-undang.

Dengan itu nampak jelas sekarang, cadangan yang baik itu tepat sekali seperti peribahasa Melayu iaitu ?BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS?.

Anak-anak rakyat di sekolah dan majoriti ibubapa mereka adalah rakyat biasa yang patuh unang-undang. Tetapi dalam hidup seharian, mereka berhadapan dengan sebuah regim yang melalukan penyelewengan.

Bermakna rakyat hidup dalam perkeliling dan persekitaran yang terus tercemar. Bagaimana jika mereka boleh hidup tenteram dan aman sekiranya mereka hidup dalam pencemaran yang merosakkan minda mereka? Mereka hidup dalam bau ?kepala ikan busuk?..?? (Kerja bangang?.!!)

Rakyat tidak menyangkal kebaikan saranan ini. Sebaliknya ia harus disokong oleh semua pihak. Tetapi yang paling penting ialah pemimpin politik kerajaan yang mentadbir negara ini lebih wajib memperlajari dan mengahayati semangat yang terkandung didalamnya.

Berasaskan pelbagai karenah busuk dan kelakuan maksiat yang menjadi amalan biasa pemimpin politk yang berjawatan kerajaan, yang kesemua mereka cukup cenderung meruntuhkan norma, budaya dan hayatan agama yang dianuti rakyat; adalah lebih perlu pemimpin politik UMNO sendiri belajar dan menghayati dari perkara pertama Rukun Islam dan Fardhu Ain - seterusnya Rukun Negara!!

Bagaimana kalau tubuhkan Kelab Rukun Negara untuk pemimpin UMNO/BN berjawatan kerajaan yang dikendalikan khas oleh Pembangkang? Dengan itu pemimpin dalam regim Mahathir (termasuk Mahathir sendiri) akan dilatih menghayati konsep ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman??..!! Kan? Kan? Kan? Hehehe?.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)