Laman Webantu   KM2A1: 2801 File Size: 2.9 Kb *



Buat cendiakawan yang bertanya
By web aNtu

17/9/2000 8:52 pm Sun

Sebelum itu sdri Dahlia diminta menghubungi PW webantu untuk diberitahu cara2 memasukkan rencana supaya tidak tertendang. Password untuk nama ini sudah tertelan, jadi sudah sukar untuk Dahlia menggunakannya lagi sekiranya tidak diberitahu kekata kuncinya.

YANG BERTANYA

Tulisan ini juga saya tujukan kepada cendiakawan yang menanyakan persoalan tadi yang serupa. Tidak dinafikan ada orang yang menganggap kehadiran penulis siber sebagai sia-sia dan membuang masa serta wang tanpa kesan yang kelihatan. Tetapi ada beberapa fakta yang patut dibaca supaya kita dapat menggambarkan sejauh mana kesan2 penulisan itu berjaya menukar keadaan dan minda si pembaca.

YANG TERLAPUR

Lapuran Newbytes yang lalu mengatakan TMnet kini menguasai 67% pasaran talian hubungan melalui internet. Penggunanya pula dilapurkan mencecah angka 700,000 banyaknya. Selain itu sudah timbul pelbagai rungutan seperti masalah kekurangan talian serta lambatnya melayar ruang angkasa siber. Apakah yang terserlah disebalik masalah ini? Bukankah ia bermakna ada sesuatu di sana yang membuatkan manusia bersusah payah datang mencarinya. Malah mereka sanggup komplen lantaran perlahannya sistem yang ada. Apakah hiburan yang mereka cari atau permata yang berharga RM20 juta yang dihadiahkan kepada sesiapa yang dapat menangkapnya?

BILA PENULIS MEMBUKA DIARI

Saya terpaksa menyepi membuahkan fikiran buat sehari dua ini kerana sedang mengarang, disamping mencari idea untuk melakar hujah yang bakal mendatang. Sejak akhir-akhir ini saya menukar sedikit strategi dan penampilan penulisan. Ini bermakna komen pendek dari saya mungkin akan berkurang kerana saya kini mengatur hujah menjadi karangan.

Sebenarnya kita tidak tahu kemanakah tulisan-tulisan itu berakhir selepas ia dilepaskan. Adakah ia sekadar mengisi ruang hiburan minda atau hanya menjadi lukisan yang rakyat tidak dapat membaca isi dan mesejnya. Atau apakah ia disebar meluas sehingga melepasi benua dan sempadan negara?

DIMANAKAH BERITA

Jawapannya sudah ada jika cendiakawan itu membaca berita di dalam berita. Sejak merdeka Mahathir sudah semakin tidak terlupa untuk mengucap satu kekata yang disematkan bersama "barisan kuasa" yang digeruninya. Buat pertama kalinya internet diucapkan sebaris dalam perutusan merdeka yang ramai rakyat mendengarnya - terutamanya rakyat yang masih cetek minda kesedarannya.

Maka usah dirisau kemana perginya tulisan kita yang tidak seberapa. Bila mulut diktator tua asyik menyebutnya bukankah itu bermakna tulisan-tulisan siber itu sudah mengena sasarannya?