Laman Webantu   KM2A1: 2792 File Size: 5.9 Kb *



TJ: Politik Pembayaran Royalti
By Marhain Tua

16/9/2000 9:26 am Sat

MGG 79

Politik Pembayaran Royalti

Terjemahan (MGG: The Politics of Royalty Payments)

Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan ilmu semantik (Dalam Kamus UMNO, Ilmu Semantik bererti ;'bercakap dengan lidah bercabang, lebih panjang daripada lidah biawak - penterjemah) dalam memberikan penjelasan kenapa royalti Petronas kepada Terengganu itu bukannya satu royalti. Ia adalah pembayaran ihsan kerana negeri itu adalah yang termiskin di Semenanjung. Tafsiran itu telah menjadi satu rahsia sejak lebih daripada suku abad lagi, dan didedahkan hanya apabila PAS berjaya memenangi pemilu November yang berlalu. Sejak itu Kuala Lumpur membuat pendirian untuk mengongkosi projek yang hanya direstuinya. Tidak kiralah amas Petronas masih memperakui istilah 'royalti' itu. Pengagehan dana memang tugas Kuala Lumpur, tentunya kerajaan pusat itu mahu bermain politik mengenainya. Cuma mainan itu terhad kepada Terengganu dan tidak kepada Sabah dan Sarawak, yang menerima royalti kerana minyak yang digerudi di perairan mereka. Mainan politik semacam ini akan mencetuskan satu contoh yang merbahaya. Nampaknya bantuan pusat kepada kerajaan negeri akan bergantung kepada siapa yang sedang berkuasa di negeri itu; mereka yang dikuasai oleh pembangkang berkemungkinan menerima layanan yang buruk. Walaupun perkara ini dinafikan, kemungkinannya terus berlaku tidak boleh diketepikan, terutama sekali kalau pihak pembangakang menguasai Sarawak dan Sabah.


Kenapakah Kuala Lumpur bertindak untuk meregangkan hubungan baik di antara pusat dengan kerajaan negeri, terutama sekali apabila ia membabitkan kerajaan daripada parti pembangkang? Defisit akaun semasa negara sedang berkecamuk, sedangakan tidak ada ruang untuk menjimatkan belanja lagi. Macam manakah penjimatan dapat dilakukan kalau hampir dua puluh lima peratus pendapatan negara terpaksa diperuntukan untuk membayar hutang, sedangkan hampir 60% perlu dibayar kepada kos tetap seperti gaji dan sebagainya. Tentunya RM satu bilion yang patut dihantar kepada Terengganu merupakan sumber yang baik untuk melegakan bebanan kerajaan pusat. Tetapi, kelegaan itu tidak muncul juga kerana sikap mencetuskan perbalahan dengan kerajaan negeri hingga mengakibatkan munculnya persoalan yang mempertikaikan keikhlasan terhadap kerajaan negeri itu. Ceria lama pun diungkit semula. Kalaulah Terengganu bertegas dengan pendiriannya, kerajaan pusat akan berhadapan dengan satu masalah yang sungguh melekit.


Paa dasarnya, Kuala Lumpur tidak boleh menidakkan hak royalti itu kepada Terengganu, ataupun cuba mengolah satu cara baru untuk membuat pembayaran itu. Sepatutnya Kuala Lumpur mendedahkan perjanjian yang ditandatangani oleh Petronas dan Terengganu dan memberikan penjelasan kenapa ia membuat pendirian dalam berbelanja sakan di Terengganu ketika Barisan Nasional berkuasa di negeri itu. Kerajaan pusat harus membuat penjelasan kenapa ia membazirkan begitu banyak wang di Terengganu sedangkan di waktu yang sama ia meraih banyak keuntungan daripada negeri itu. Malahan boleh dipertikaikan juga betapa cara perbelanjaan itu dihamburkan di Terengganu dulu sebenarnya bertujuan untuk terus membuatkan negeri itu terus menjadi sebuah negeri yang mengemis.


Impak kerakusan kerajaan pusat itu boleh dirasakan kini. Ia menjadi satu ingatan lantang kepada semua negeri yang lain, agar rakyat negeri itu tidak memilih parti pembangkang untuk menerajui pentadbiran negeri. Pembayaran royalti ataupun apa juga nama lain yang digunakan, hanya merupakan hanya sebahagian kecil masalah yang menggunung besarnya, yang masih tersuruk lagi. Hubungan pusat dan negeri memang semakin renggang kini, kerana masih banyak lagi negeri yang berkemungkinan melakukan sikap ini. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku dalam pemilu yang mendatang ataupun sekali lagi selepas itu. Kemungkinan berlakunya semua itu memang semakin nyata, apatah lagi kalau ada sikap melanggar aturan perlembagaan dan perjanjian yang menjadi asas hidup berukun itu. Pentadbiran kerajaan sekarang ini adalah berbentuk kerajaan campuran kecuali Kelantan dan Terengganu. Kemungkinan negeri lain memihak kepada pembangkang. Apabila berlaku tentunya perhubungan yang baik itu terjalin di kalangan yang bercampur dan tidak lagi terikat disebabkan perlembagaan.


Kerajaan pusat memang amat curiga kalau ada kerajaan negeri yang mampu bebas dari segi kewangannya, kerana ini mungkin menggugat semangat berpersekutuan. Lantas, kerajaan negeri itu mestilah sentiasa mengemis. Apatah lagi kalau kerajaan negeri itu sebuah kerajaan yang dikuasai pembangkang. Inilah asas pendirian Kuala Lumpur dalam mengungkitkan isu pembayaran royalti itu. Terengganu menjadi mangsa kerana Kuala Lumpur amat curiga bagaimanakah Terengganu akan membelanjakan pembayaran royalti yang hampir bernilai RM Satu Bilion itu. Keraguan Kuala Lumpur itu bukan sahaja merenggangkan hubungan baik di antara Terengganu dengannya malahan ia sudah mencurigakan semua kerajaan negeri yang lainnya. Perkara ini bukanhya niat Kuala Lumpur yang asal. Tetapi, kalau perkara ini terus membuak, nampaknuya kaedah pentadbiran China yang mengamalkan pentadbiran 'Satu negara, dua sistem' mungkin mendapat tempat untuk diamalkan di negara ini. .



Diterjemahkan oleh -MT-
15 September, 2000