Laman Webantu   KM2A1: 2790 File Size: 3.8 Kb *



Fwd: Pengerusi TNB baru tunjuk belang
By Mind Broker

16/9/2000 3:51 am Sat

Komen:

Bukan pengerusi sebarang pengerusi,
Pengerusi berdiri di atas kerusi,
Baru masuk dah nak tunjuk gusi....
Nampaknya TNB akan "blackout" lagi

Kini ada dua blackout yg mungkin terjadi


  1. Ceramah ugama yg sudah tidak diberi pasti menggelapkan hati

  2. Mungkin pekerja2 TNB sengaja lambatkan operasi (hidupkan lampu) supaya JJ kena taram (kutuk lerr) di awal2 pagi. Kan dahsyat kalau pekerja buat macam ni??




Fwd: [sangkancil] Pengerusi TNB baru tunjuk belang


Saya adalah pekerja TNB/LLN dah telah berkhidmat lebih 20 tahun dan ketaatan saya kepada TNB amat tebal kerana peluang meningkatkan kerjaya yang luas yang disediakan dan telah saya perolehi serta rasa bertanggung-jawab untuk mempertahankan maruah TNB.

Dalam tempoh tersebut saya telah melalui beberapa orang Pengerusi (Eksekutif dan Bukan Eksekutif). Namun selama 4 tahun yang lalu dibawah naungan YBhg. Tan Sri Ahmad Tajudin Ali, saya berasa amat selesa atas daya kepimpinannya yang dinamik, berprinsip, telus, tegas, berkualiti dan yang paling penting amat prihatin terhadap pekerja.

Kini TNB 'diterajui' pula olih Dato' Dr. Jamaludin Jarjis - orang politik pertama menjadi Pengerusi TNB. Pada hari pengumuman beliau olih YB Datuk Amar Leo Moggie, saham TNB jatuh RM1.20. Kemudian Lembaga Pengarah yang mungkin panik cuba memujuk Tan Sri Dr. Tajuddin agar kembali semula. Tahniah Tan Sri kerana berpegang kepada prinsip dan sentiasa menjaga maruah serta tidak mudah dicucuk hidung.

Apa yang ingin saya maklumkan kepada saudara pengarang adalah tindak-tanduk Pengerusi (BUKAN EKSEKUTIF) baru ini. Sepanjang yang saya tahu, beliau hanya bertanggung-jawab kepada Lembaga Pengarah TNB saja dan TIDAK sewajarnya mencampuri urusan operasi apatah lagi memberi arahan terus kepada pegawai atau pengurus operasi. Satu keanihan yang tidak pernah dilakukan olih Pengerusi Bukan Eksekutif sebelum ini.

Sebaik saja dilantik menjadi Pengerusi, beliau sudah menujukan tembelangnya. Tahulah dia orang politik tapi janganlah melebihi sempadan. Beliau menemui pegawai-pegawai (BUKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH) secara berperingkat-peringkat dan memberi arahan berbau politik antaranya:


  1. Pensyarah Kuliah harian sebelum Zuhur di Balai Islam TNB hendaklah ditapis oleh Lembaga Pengarah/beliau sendiri. Nampaknya Dato' Ishak Baharom tak ada peluang laa datang lagi memberi kuliah Tauhid.

  2. Pegawai-pegawai TNB di Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah, Negeri malah Dewan Undangan Negeri.

  3. Pegawai-pegawai berkenaan juga tidak dibenarkan memberikan sebarang kerjasama kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.

  4. Beliau mengugut akan 'menembak' atau mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai yang rapat atau bergambar bersama pemimpin PAS negeri terutamanya YAB TG Haji Hadi Awang.

  5. Semua pegawai diminta memberi arahan kepada semua pekerja agar taat setia kepada TNB dan kerajaan BN sahaja selagi mereka bekerja dengan TNB. Tidak dibenar terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik termasuklah mendengar ceramah parti pembangkang.


Aduhai apalah malangnya TNB. Barulaa nak boleh angkat muka sikit dah macam nie pulak. Peristiwa 'black-out satu negara' empat tahun lalu baru aje sembuh, dah orang berpenyakit pulak datang.

TNB oh..... TNB apa nak jadi.....................

Pekerja TNB
(Akmal)