Laman Webantu   KM2A1: 2786 File Size: 4.7 Kb *



Komen IP FGR - nonsense
By web aNtu

15/9/2000 6:49 pm Fri

Saya menerima emel yg membicarakan bahawa satu tulisan di laman mahazalimtwo

Saya kira lebih baik jika saya menjawab emel itu di forum ini untuk menerangkannya. Seperti biasa, ini komen saya yang tak seberapa untuk tidak mengeruhkan suasana:


Tajuk: IP 161.142.2.10 di FGR sudah dikesan

Mula2 saya ingin katakan penulisan di laman Mahazalimtwo itu bercampur betul dan tidak betul.

IP 161.142.2.10 adalah IP caching server. Server ini menjadi caching server untuk IP yang berada di dalam kawasannya.

161.142.2.10 ialah brf-cache-10.jaring.my. Ia adalah cache untuk ip network 161.142.2.1 hingga 161.142.2.255 malah mungkin lebih luas lagi. brf disini mungkin bermaksud brickfields network. Ip anda yg sebenar ialah HTTP_X_FORWARDED ip - dan ip ini mungkin tidak disimpan di discserver. Namun demikian, pihak jaring boleh mengenalpasti siapa yang posting di FGR jika pengguna tidak menggunakan proxy asing.

Tetapi resource yang diperlukan untuk melakukan pemantauan di FGR adalah besar dan melambatkan. Lagipun, setakat ini hanya Amin Sapiro sahaja yang kelihatan seperti mahu dipatahkan. (pendapat saya aje) Tetapi Wak pakai proxy dan boleh masuk juga - jadi di manakan kebenaran rencana di mahazalimtwo itu?

Kadang2 satu2 rencana yg baru dipost tidak nampak kerana kita melihat melalui caching servernya. Lagipun forum discserver menggunakan fail yg berakhir dengan .html (yang embedded Server Side Includes untuk iklan). Ditambah pula dengan ketiadaan header meta seperti Last Modified, maka caching server seperti Jaring mungkin tidak load forum itu fresh sepanjang masa. Selain itu setting browser kita biarlah betul - iaitu Edit Preference - Advanced, Cache, pilih Once Per Session. (Netscape)

Sekiranya PW FGR meletakkan header meta Last Modified pun - tak guna juga sebab ini melambatkan lagi sistem FGR itu kerana bila anda tekan butang forward/Backward browser anda, PC anda terpaksa contact discserver.

Sebenarnya PW FGR tidak ada pun menyekat sebarang posting dari proxy. Kenyataan di laman Mahazalimtwo adalah tidak benar.

Dulu (tapi dah setahun lebih rasanya) PW FGR ada buat cara java - tapi ini tak berkesan sangat kerana pengguna boleh disable java. Oleh itu tuduhan yg dibuat ke atas PW FGR adalah tidak berasas sama sekali. Soalnya - mengapa bercakap sambil menuduh?

Sambungan kita kadang2 terputus bukan sebab denial of service. Ia mungkin disebabkan gangguan talian bising. Cuba angkat talifon dan dengar bunyi nada. Jika ada bunyi tone atau wooooh itu tak serata itu bermakna line agak kotor sebab berkarat dek hujan di contact point, samada di hujung connector talifon kita, ataupun connector diluar dari rumah ke tiang talifon, yang mudah kena hujan. Lagipun technician telekom selalunya ikat wire ini pakai plier aje, tak ada solder. Dia balut dengan satu tape yg spesial supaya tahan karat/hujan atau tak telus air.

Selain itu ia mungkin putus sebab anda pakai modem yang kurang bagus, terutamanya win modem, kerana ia banyak bergantung kepada "horsepower" dan kesibukkan cpu anda (sharing). Sebab itulah ada modem mahal dan ada modem murah. Kalau banyak wang - belilah modem USRobotics (sekarang 3 Com punye).

Bab trojan itu sudah kita jelaskan dulu. Selain itu kalau PC pakai windows lama - pastikan ada port watcher kerana Netbios bug Window Nuke itu bahaya kerana PC boleh cram nanya. Sekarang ini dah ramai pakai port watcher seperti Zone Alarm, Conseal PC firewall, dll.

Soalnya sekarang adakah jaring dan tmnet ada memantau kita?

Saya tidak ingin menjawab soalan ini. Tetapi ingin saya jawab melalui kaedah yang lain:

Jika tmnet dan jaring betul2 nak memantau kita, sudah lama saya dan rakan2 semua masuk jel, melainkan jika orang yang memantau itu adalah orang kita juga (reformasi lerr) ataupun mereka banyak kerja lain yg lebih berguna (which makes more sense).

Lagipun RM20 juta bukannya sedikit - tetapi Md Awang Lah bukannya orang yg tak cerdik. Saya kenal Md Wang Lah cuma dia tak kenal saya. Ikan goreng masak tomato di kantin mimos kan sedap rasanya? Tentu anda di mimos boleh faham bila boleh membaca coretan saya!!

Lagipun..... kalau pengguna memboikot mereka, mereka terpaksa gulung tikar juga. Oleh itu bila berhujah, gunakan fakta dan jauhi fitnah. Anda akan dapat banyak member, termasuk member di mimos dan di tmnet. Bahkan.... banyak antara mereka gang kita juga!!


Sekian N Selamat Berjuang!!