Laman Webantu   KM2A1: 2785 File Size: 2.4 Kb *



Royalti: Lagi Komen Tun Salleh Abbas
By Mind Prober

15/9/2000 6:23 pm Fri

Komen:

Mahathir telah melanggar dan menodai bukan satu perjanjian, tetapi dua perjanjian. Beliau juga telah menodai 3 Ordinan yang disebut dalam Perlembagaan Negara (sila lihat posting saya yang lepas).

Orang yang telah melakukan penindasan dan menodai perjanjian dan cuba memperlekehkan kerajaan pilihan dan yg dimandatkan rakyat adalah orang yang sudah tidak menghormati UNDANG-UNDANG itu sendiri.

Bukankah orang ini sewajarnya disebut sebagai PENJAJAH!!


Rencana ini adalah terjemahan dari akhbar the STAR Nation muka 16, 13/9/00 Saya terjemah yang perlu sahaja:

Tajuk: Two Pacts on Right to Receive 'Royalty' says Salleh.

Dua Perjanjian mengenai Hak untuk menerima 'Royalti" kata Salleh.

Pesuruhjaya Hosbah, Tun Mohammad Salleh Abbas memberitahu sidang DUN semalam bahawa terdapat 2 perjanjian yg menyentuh Hak kerajaan Negeri untuk menerima "royalti petroliam dari Petronas.

Pertama:

Perjanjian yang pertama ditanda tangani oleh MB, Tan Sri Wan Mokhtar, bagi pihak Keraj. Negeri dan Presiden Petronas, Tengku Razaleigh bagi pihak Petronas, pada March 1975.

Kedua

Perjanjian kedua ditanda tangani oleh bekas Presiden Petronas Tan Sri Abdullah Mohamed dan Wan Mokhtar pada September 1987, dimana ia mengandungi formula untuk mengira royalti petroliam pada kadar 5%, yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekkutuan.

Menurut Salleh, kedua-dua perjanjian itu mengesahkan lagi bahawa Terengganu layak dan berhak menerima Royalti dalam bentuk TUNAI.

Sementara itu, MB Abdul Hadi Awang menyatakan cara baru yang disarankan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu campur tangan dan penodaan (intervention) di dalam hal2 Kerajaan Negeri yg dipilih rakyat,

Kerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati mandat yg diberi oleh rakyat Terengganu semasa p/raya lepas.




HARAKAH

Dari Harakah Edisi Terbaharu, Muka 3, 17J/Akhir - 2 Rejab (16-30 Sep 2000), di bawah sudut RINGKAS: ada meyebut

"Dalam perjanjian yg disebutkan tentang cara menghitung 5% ialah mengikut harga FOB."