Laman Webantu   KM2A1: 2783 File Size: 8.4 Kb *



Jika Enggang Pulang Ke Sarang??!!
By Amin Sapiro

15/9/2000 5:59 pm Fri

Amin Sapiro (Gurau2 sinis sikit)

JIKA ENGGANG PULANG KE SARANG??!!


KITA makin dibebani oleh pelbagai karenah pemimpin yang menerajui negara. Kita tidak tau sejauh mana kepentingan dan hak-hak kita sudah terjejas dan ?dikebas? oleh mereka. Sumber maklumat kita sebagai rakyat terlalu terhad.

Sejak dulu kita cuma membaca akhbar-akhbar arus perdana. Paling lanjut, kita cuma mendapat berita dari Berita Perdana TV Malaysia. Tetapi, kita cuma dapat melihat muka Dr. Mahathir dan beberapa orang ?mala'un? upahan beliau bercakap. Mereka nampak canggih, pakai ?smart?, cakap bahasa yang hebat, ada falsafah yang sukar kita faham. Tapi sebenarnya, mereka itu adalah ?tukang jilat?. KEPARAT!

Hampir kesemua mereka telah mengatur soalan yang baik-baik dan memberi penerangan yang sedap didengar. Sebagai orang diluar gelanggang, kita tidak ada cara lain untuk mengetahui sejauh mana kita sudah ditipu dan dibohongi. Kita tidak tau menteri mana yang rakus makan suap, rogol gadis bawah umor, selewengkan duit rakyat, dan merancang mengsonglap hak-hak rakyat.

Wan Moktar jadikan rakyat Terengganu sampai jatuh bangsat - kita tak tau. Mahathir bina Mahligai RM200 juta dan belia Global Experess RM200 juta; kita bebal!! Bila dia kata Mahligainya cuma RM17 juta, kita orait!! Bila dia kata Soros jahat sebab dia Yahudi - kita telan bulat-bulat.

Bila Ghafar kena saman muflis, kita kata ?Kesian?. Bekas TPM, dah tua tak ada harta?. Padahal orang politik UMNO/BN sedang main ?silap mata?.

Mahathir pulak lagi hebat. Bila dia terdesak dia MENANGIS. Depan kamera TV tunjukkan betul-betul dia tersedu-sedan. WANITA UMNO, sepu airmata dengan lengan baju. Habis celak dan gincu merah terpalit sampai ke pipi. Itu semua ?SANDIWARA? pemimpin UMNO. Kita terpesona!!

Kesimpulannya, para pemimpin UMNO/BN yang berhadapan dengan segala kebebasan berbohong, menyebabkan kita sebagai rakyat cuma ikut telunjuk. Bila tiba pilihanraya, rakyat dipujuk dirasuah dengan ?sleeper Jepun? dan suruh pangkah UMNO. Pembangkang kita ketepikan.

Jika Pembangkang bercakap, kita kata: "Memang itu dasar Pembangkang, cari pasal dan cari marah orang".

Jika kita tanya, siapa cakap? Semua orang beri jawapan yang sama: "Dr. Mahathir cakap..!!"

Kerana itulah, selama 20 tahun Mahathir jadi PM & Presiden UMNO; kita jadi bebal. Sebagai penyokong UMNO, kita sungguh-sungguh dungu (termasuk Amin Sapiro juga dulu? hehee. Kena ngaku).

Kakitangan awam, polis, tentera pun sama. Mereka tak tau ?apake-benda?. Minda mereka sudah kena ?perkosa?.

Jadi, tahap pemikiran kita hampir-hampir sama. Kakitangan awam yang berpangkat terpaksa ?angkat boss-boss? mereka. Jika banyak cakap, akan turun pangkat. Mau ke?

Petani - jika lawan tak dapat subsidi baja. Buruh kasar pula - kena buang kerja. Penyewa rumah pangsa kena hukum keluar. Setenggan akan dihalau macam kucing kurap. Habis bagaimana?

Majoriti rakyat hanya sebagai penonton, sedangkan pembangunan berlalu dihadapan mata. Seorang usahawan kecil yang baru cuba berniaga warong akan dikenakan pelbagai syarat. Tiap-tiap satu syarat dikenakan ?tambahan?. Yang ?tambahan? itu tidak disebut korupsi, tetapi ?wang sagu hati?.

Lagi besar bisnis, lagi besar ?sagu hati? nya. Kalau tak percaya boleh tanya orang warong bandaraya. Wakil Rakyat sekian nilai sagu-hatinya. UMNO Cawangan, Bahagian? sekian..sekian ?angpow?nya.

Kita tak boleh laporkan kepada BPR. Selalunya kita yang melaporkan kena lokap. Inilah yang berlaku kepada Ezam. Bila tuduh Rafidah, Mahathir, Najib, dll rasuah; BPR bukan saman mereka yang terlibat, tetapi Ezam pulak yang kena tangkap.

Bila peguambela tanya mengapa? Nanti hakim sendiri akan kata, "You're making my life difficult"!!?. Bermakna, kalau tengok perkara yang tak senonoh, kalau pelaku itu dari puak UMNO/BN, rakyat mesti diam.

Seperkara lagi, jika kita sanggup pergi ke mahkamah dan cabar pihak tertentu, SB Bkt. Aman akan lokap kita dulu. Maka ?torture? pun bermula. Rakyat yang melaporkan akan ditelanjangkan. Tak kena gaya, beliau akan dipaksa menandatangani satu kenyataan menarik balik tuduhan. Akhirnya, kita terjerat - yang korup terlepas.

Kita nak marah kepada siapa? Siapa yang bersalah? Jawapannya semua orang tahu, iaitu yang bersalah adalah kita, pengundi dan pemilih UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir suka, Dolah Bedawi suka. Selagi rakyat bangang dan pecaya dengan akhbar arus perdana - mata kita akan terus buta dan minda kita akan terus tertutup. Tak nampak apa-apa. Meraba-raba!!

Itu sebab Mahathir dah siang-siang arah pakar-pakar pemantau internet pantau semua LamanWeb. Cari penulis yang buka ?pekong? mereka. Tuduh mereka tabur fitnah. Kenakan ISA. Katakan mereka lawan kerajaan

Kalau ada akhbar dan majalah seperti HARAKAH, DETIK, AL-WASILAH, EKSKLUSIF - hapuskan permit KDN mereka. Tak boleh lagi edar.

Kalau parti politik nak buat ceramah, kelak FRU berlori-lori datang arah jangan pakai loud-speaker. Kalau orang berhimpit macam sardin dalam Dewan, itu bukan masalah UMNO. Itu polis punya salah.

Kalau UMNO nak buat ceramah - mereka ada stadium Bkt. Jalil. Polis jaga! Walaupun dibuat gunakan wang rakyat, tapi penggunaan terhad kepada UMNO/BN ?bangsat? saja. Ini bukan fitnah, boleh tanya pemimpin KeADILan.

Contohnya, Pembangkang hanya boleh adakan ceramah di Markaz PAS Tmn Melewar. Kalau 10,000 yang hadir, mesti masuk Dewan. Kira-kira memang tak larat. Tetapi bila dengar Ezam, Azmin, Mahfuz, akan bercakap - orang tak kesah banyak; HADIR MESTI HADIR.

Apatah lagi, Sup ekor di simpang tiga memang memikat. (shhhh? saya Dahlia yang cakap. Rekemen. Bila saya gi sana, try satu.. 3 mangkok? sonyaaapppp? Rasa nak ulang gi KL? Hehehe!!).

Paling busuk perangai UMNO, ulamak terkenal ditegah tak boleh ceramah. Dalam ?senarai hitam? ada hampir 30 orang. Yang dibolehkan hanya ?ulamak UMNO? saja. Itu termasuklah Astora Jabat dan Kassim Ahmad. Yang lain seolah-olah dianggap penyebar ?Ajaran Sesat?.

Kita nak tanya sekarang, jika rasuah Rafidah, Mahathir, Daim, dan geng-geng haprak UMNO itu dihalalkan oleh ulamak UMNO, siapa sebenarkan pengembang ?Ajaran Sesat??

Gitulah ?Jika Enggang pulang kesarang, ia HANYA akan pulang setelah perutnya KENYANG!!?. Nampaknya pemimpin UMNO/BN masih belum kenyang. Selagi Mahathir tak tiup ?wistle?, sampai kiamatlah nampaknya?!

Bila rakyat nak tiup ?wistle? bagi UMNO ?stop?..?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)