Laman Webantu   KM2A1: 2781 File Size: 6.9 Kb *



Nasib Baik Dia Tak Tau SIapa Amin Sapiro? HaHaHa..!!
By Amin Sapiro

15/9/2000 12:50 am Fri

NASIB BAIK DIA TAK TAU SIAPA AMIN SAPIRO?HAHAHA..!!


SEMASA saya membalik-balik buku catatan harian penghujungan tahun 80-an, saya terbalik kepada muka surat yang mencatat pandangan seorang teman. Katanya - jika Dr. Mahathir bercakap kununnya [Adalah lebih baik membantu 10 orang usahawan menjadi jutawan hingga berjaya, dari menggunakan wang untuk membantu semua orang tetapi gagal, lebih baik membantu yang 10 orang itu?.]. Ini Mahathir pernah cakap dan Mahathir telah buat.

Kami berbincang dan berdebat sesama sendiri di coffee house semasa satu Perhimpunan UMNO. Hangat juga. Tujuan kami bukan bertelagah atau menegakkan benang basah. Jauh sekali untuk mencemuh Dr. Mahathir dan UMNO/BN yang sedang melonjak setinggi awan.

Bukan taraf kami untuk menyanggah Dr. Mahathir, maupun sengaja mencari marah puak UMNO yang 100% menganggap beliau sebagai ?mahaguru politik, jaguh penggerak ekonomi dan penjana sosial Melayu Baru? (kununnya). Itu cerita 12 tahun dulu!!

Kawan saya itu berkata - Dr. Mahathir adalah bersih dari sebarang tomahan rasuah. Beliau bersusah payah mengisi Kemerdekaan bangsa. Beliau mendirikan konsep penerapan nilai-nilai Islam dalam semua bidang dan institiusi pentadbiran awam. Jadi, tidak wajar kita sebagai rakyat sengaja mencari kelemahan mana-mana pihak dan individu dalam kerajaan dan parti. Itu fitnah namanya!!

Saya tunduk. Malu juga kerana membayangkan sikap tidak 100% pecaya kepada hujjahnya. Saya hanya sempat memberi beliau satu senario ?drama bikin-bikian? sebagai ?thinking aloud? kepada beliau. Kata saya:

???Fikirlah. Jika ada seorang yang berulang 10 kali buat appointment dengan Perdana Menteri, tetapi gagal. Dan kebetulan hari itu beliau berjaya bertemu dan menyampaikan hajat untuk mendapat sokongan sebuah tender RM50 juta dari Dr. Mahathir. Bila Dr. Mahathir tanya berapa untung, sipemohon kata: RM8. juta saja. Dengan itu beliau adalah bakal jutawan; setelah mendapat sokongan.

Semasa beliau berjalan terhencot-hencot dengan seluar dan kemeja berkedut serta rambut kusut, menuju pintu keluar dari bilek Dr. Mahathir; tidakkah Mahathir terfikir beliau begitu bangang menolong seorang Melayu ?pengemis? menjadi seorang jutawan berpendapatan RM8 juta dalam tempoh 8 bulan? Padahal gaji beliau hanya RM30 sebulan. Cuba bandingkan?

Adakah Dr. Mahathir akan berkata - tak apa! Itu tanggungjawab saya sebagai Prime Minister? Bagaimana kalau dalam tempoh 10 tahun dan beliau memberi sokongan puluhan orang Melayu, tidakkah Dr. Mahathir terfikir bahawa beliau pun ada Mirzan, Mukhriz dan Mukhzaini juga?

Apakah Mahathir sanggup melihat orang lain kayaraya tetapi anak-anak dan diri beliau sendiri papa kedana; semata-mata kerana mau digelar ?statesmen??

Begitu juga, jika Daim dan Lim Goh Tong, Vincent Tan, Francis Yeo, Ling Leong Sik & sons, Samy Vellu, Rafidah, Mohd Taib, Rahim Thamby Chik - Md. Isa ?pendek? jadi hartawan-cum-jutawan secara rasuah; Mahathir akan tutup mata dan berkata ?kerana Allah?? Beliau ta akan melakukan sama?

Saya sengeh. Menduga beliau. Saya sambung lagi, saya kata, ?Hanya Nabi saja yang seluhur itu hati nuraninya. Memang benar, Nabi Musa a.s. meninggalkan kemewahan dan pangkat yang diberi oleh Firaun. Nabi Muhammad saw. meninggalkan kota Makkah, menolak segala kemewahan yang disogokkan oleh jahiliyah Makkah dan berhijrah ke Madinah. Sehelai sepinggang. Saya tak fikir Dr, Mahathir bertaraf seseorang sehebat Nabi-nabi. Tentu disudut kecil dalam lipatan hatinya tersembunyi satu perasaan ?tertentu? (pada waktu itu saya tak mau cakap - tak ada bukti jadi fitnah pula)??

Beliau menjawab pantas, ?Tak nampak tak boleh nak kata. Tapi dengar cakap PM sendiri tadi, kita boleh andaikan bahawa beliau tidak begitu?, katanya.

Saya mengangguk. Dalam hati saya masih ada rasa tidak mau mempercayai seseorang manusia tidak akan diduga oleh syaitan. Jika tidak masakan Allah swt menurutnkan ayat ?A?uzubillah hi minasyaitan irajimmm??.

Waktu itu kami terdiam. Kami bersalaman. Saya tunggu beliau. Tahun depan itu beliau tidak lagi menjadi perwakilan. Rupanya beliau telah kena khianat oleh puak yang menganiaya beliau. Saya sengaja datang ke PWTC sebagai pemerhati biasa.

Sebulan dulu saya menerima satu surat pendek dari beliau. Kadungannya pendek saja. Katanya:

??.Saya akan menunaikan umrah. Saya minta maaf kepada saudara. Kita pernah bersalah-salahan cakap di PWTC lebih 10 tahun lalu. Hari ini terbukti saudara adalah dipihak yang betul. Saya sudah lebih 2 tahun meninggal UMNO. Hati saya lega. Adakah saudara masih menerajui UMNO??

Saya senyum sendirian. Saya jawap:

??..Secara kebetulan saya adalah betul. Tetapi pada waktu itu sdr. juga adalah betul. Tapi hari ini doa rakyat mencari kebenaran dimakbulkan Allah swt. Sdr. Anwar melihat lebih jauh dari kita. UMNO dibawah pentadbiran Mahathir tidak konsisten. PAS tidak pernah berubah perjuangan mereka. Hidup-mati menegakkan kebenaran. Malangnya kita dalam UMNO sentiasa menafikan kebenaran. UMNO dan pemimpinnya adalah orang-orang taksub tidak mahu berfikir. Insyaallah, kekuatan sdr. akan mengembalikan generasi kita hari ini berjuang mengisi kemerdekaan. Kita wajib merdekakan diri kita semula?..?

Terfikir juga saya - nasib baik beliau tidak tahu sebenarnya yang menjawab surat beliau itu ialah ?Amin Sapiro?.

Hihihihihih?..!! Kerja GILA jadi ahli UMNO?.KAH! KAH! KAH!!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)