Laman Webantu   KM2A1: 2776 File Size: 3.3 Kb *



Setan2 Menguasai Akhlak Mahathir dan Umno/BNnya
By Amin Sapiro

14/9/2000 10:04 am Thu

SETAN-SETAN MENGUASAI AKHLAK MAHATHIR dan UMNO/BNNYA..!


MEMANG sukar Mahathir dan UMNO/BN mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu. Makin sulit. Makin banyak Mahathir bercakap, makin ramai orang menganggap beliau ?BERSANDIWARA?. Nak salahkan siapa? Memang Mahathir banyak pelakun utama. Pelakun ?air mata?, siapa?

Kita merasa, kebelakangan ini Mahathir dan UMNO (khusuanya) memang dalam keadaan paling tertekan. Sekaligus BN sendiri bagai ?anjing-anjing liar tak bertuan?. Maka menyalaklah mereka ke hulu, mengokong ke hilir. Sampai masa, terjelir lidah - curi makanan yang jadi milik orang!

Royalti Minyak Terengganu sebenarnya tidak seharusnya jadi isu. Hak Keistimewaan Melayu juga bukan satu lagi persoalan. Apa yang rakyat mahu sekarang ialah ?KEADILAN?.

Tetapi Mahathir lebih cenderung menegakkan KEZALIMAN. Kalau zaman Firaun, bolehlah kita bersabar. Tetapi setelah lebih 1,400 tahun Islam tertegak hingga menjadi budaya kehidupan manusia, Mahathir masih begitu ghairah diberi gelaran ?MahaFIRAUN? kepada dirinya. Bukankah itu bermakna orang Melayu Islam sedang ditunda 5,000 tahun ke belakang; sedangkan dunia sudah jauh bertamaddun?

Kita bersimpati dengan langkah-langkah kepimpinan PAS/BA mempertahankan hak rakyat. Begitu banyak fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin mereka. Tapi, bila kita bandingkan kehidupan pemimpin PAS/BA yang serba serderhana, maka rasa malu pula kita dengan sebuah Mahligai tersergam dan Global Express untuk Presiden UMNO.

Lebih malu lagi kita: 2 juta rakyat masih tinggal ditahap kemiskinan - sebagai setenggan peneroka bandar dan nelayan pantai. Pun, masih dibebankan dengan hutang RM200 billion sebagai balasan sokongan mereka kepada regim Mahathir dan UMNO/BN.

Bertanya kita, inikah dia yang dikatakan Mahathir dan UMNO/BN yang kununnya memperjuangkan Pembangunan untuk rakyat? Patutkah lagi mereka masuk campur dalam urusan dalaman sebuah negeri yang begitu susah payah di merdekakan rakyat dari UMNO/BN (parti berprinsip PENJAJAHAN)?

Padanlah wang Royalti hak rakyat Terengganu ditakrifkan sebagai ?wang Ehsan?. Rupa-rupanya ringgit rakyat dijadi sumber mengisi tembolok Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sekongkol politiknya.

Sebenarnya, merekalah perompak, penyeleweng, pengemis paling hina, tidak amanah dalam sejarah negara ini Merdeka!! Memang mereka berkerabat dengan SETAN-IBLIS yang direjam!!

Nauzubillahhhhh?.!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)