Laman Webantu   KM2A1: 2775 File Size: 5.2 Kb *



TJ: Penculikan di Pulau Pandanan
By Marhain Tua

14/9/2000 9:56 am Thu

MGG 78 Terjemahan


Penculikan di Pulau Pandanan
(MGG: As You Sow, So Shall You Reap)



Perundingan untuk menyelesaikan masalah penculikan di Sipadan pernah terganggu beberapa ketika sehinggalah beberapa juta US Dollar terpaksa di bayar sebagi ganjaran wang tebusan. Walupun banyak penapian akan hal ini, proses perundingan yang menelan masa empat bulan itu telah membabitkan wang yang banyak. Beberapa negara Eropah mahukan rakyat mereka dibebaskan tanpa sebarang kemushkilan dan mereka memang sudah bersedia membayar wang tebusan untuk tujuan itu. Inilah pendapat para diplomat negara berkanan yang bertugas di Kuala Lumpur. Malaysia telah menghantar seorang timbalan menteri bersama seorang bekas ketua menteri Sabah yang disertai oleh beberapa insan yang lain. Tugas mereka ialah untuk memnentukan pembayaran wang tebusan itu. Secara rasminya, tentulah tidak ada sesiapa yang mahu membayar wang tebusan itu. Situasi ini berubah apabila Libya muncul ketika perundingan itu menghadapi jalan buntu, lantas membuat tawaran menyediakan wang tebusan yang diperlukan. Inilah yang melegakan semua pihak.


Tidak sampai pun satu hari selepas tebusan terakhir dibebaskan, para lanun itu bertindak ganas lagi. Kali ini mereka telah melarikan tiga orang rakyat Malaysia daripada Pulau Pandanan, yang terletak di pesisiran pantai Semporna. Sebelas orang yang lain berjaya melarikan diri ke dalam hutan. Lautan yang terbentang luas di situ memang jarang sekali diawasi. Lanun memang mudah berleluasa, tanpa pengawasan pihak yang berkuasa.


Para penculik kumpulan Abu Sayyaf memang bijak mengawal keadaan. Mereka sanggup bersabar sehingga sebuah negara Eropah yang mula-mula sekali beralah dan bersetuju membuat bayaran wang tebusan. Ini merupakan satu langkah awalan yang berbahaya. Kini, Manila dan Kuala Lumpur mengakui bahawa penculikan itu adalah bermotifkan kewangan. Jurucakap filipina Ronaldo Zamora berkata; "Lagi banyak anda bayar wang tebusan, akan lebih banyak lagi penculikan yang akan anda tangani."

Timbalan Perdana Menteri malaysia, Abdullah Badawi pun berkata bahawa pencuikan itu adalah bermotifkan kewangan. Persekitaran laut Sabah, terutama sekali di kawasan perairan Semporna memang merupakan tempat lanun berkumpul. Mereka mampu melakukan operasi gelap secara menyerang dan melarikan diri dengan pantas tanpa tentangan hebat daripada pihak polis dan tentera. Kehadiran hampir setengah juta pendatang Filipino yang majoritinya beragama Islam di Sabah, daripada kepulauan Mindano memang merupakan satu ancaman keselamatan yang seolah-olah dipandang sepi sahaja oleh pihak berwajib. Penculikan di Sipadan dulu dikatakan sebagai satu pertunjukan kekuatan di mana ada sumber di Sabah yang mengatakan, telah membabitkan governor Mindanao Mr. Nur Misuari dan beberapa ahli politik Malaysia. Nampaknya usaha itu tidak berbaloi.



Penculikan yang terbaru tentunya lebih serius dan berbahaya. Nampak sangat betapa masalah keselamatan tidak lagi diselesaikan. Mungkinkah penculikan kali ini merupakan satu tindak balas kerana tindakan kerajaan Sabah yang cuba mengekang kegiatan para lanun itu dan juga ahli keluarga mereka daripada terus bermustautin di Sabah? Ada sumber yang megnatakan bahawa penculikan di Sipadan dulu adalah satu 'tunjuk kuat' oleh Mindanao sebagai membalas tindakan kerajaan Malaysia menghalau pendatang tanpa izin di Sabah. Kerajaan Filipina berpendapat bahawa ada rahsia yang terselindung daripada penculikan itu. Ada rumusan rasmi yang menunjukkan pembabitan seorang panglima tentera yang sudah pun bersara dalam penculikan di Sipadan itu. Kalau berlaku lagi beberapa penculikan seperti ini, kita bolehlah melupakan kawasan yang terbabit sebagai berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan.


Keselamatan di tempat yang berkenaan hanya akan terjamin kalau ada pembabitan daripada tiga negara yang terbabit - Malaysia, Indonesia dan Filipina - bersama-sama melakukan rondaan di perairan itu. Ini bukannya satu kerja yang mudah kerana Indonesia dan malaysia memang sudah lama bersengketa dalam hal hak milik kawaan itu sehingga membabitkan Mahkamah Dunia untuk menentukan siapa yang sebenarnya berhak ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Litigan. Hubungan di antara Filipina dan Malaysia pula kerap terjejas disebabkan tuntutan Manila ke atas Sabah.

Manila kini mengetahui (bukan lagi satu andaian ketika MGG Pillai menulisnya) bahawa tiga rakyatnya yang diculik itu berada di Jolo. Kawasan itu pun dikepung oleh pihak Filipina. Ini bererti Kuala Lumpur terjerat dalam satu lagi situasi penculikan di mana pembayaran wang tebusan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi ketika hubungan dua negara masih dingin lagi.




Diterjemahkan oleh -MT-
12 September, 2000