Laman Webantu   KM2A1: 2768 File Size: 7.8 Kb *



Sandiwara Mahathir: Adaptasi Drama ?Alibaba Dgn 40 Penyamun?
By Amin Sapiro

13/9/2000 8:21 pm Wed


SANDIWARA MAHATHIR: ADAPTASI DRAMA ?ALI BABA DENGAN 40 ORANG PENYAMUN?

KADANGKALA kita dapat melihat bagaimana sukar dan sulitnya penyokong UMNO dan komponen BN terkial-kial berusaha keras menutup ?Sandiwara? dan Agenda Mahathir sepantas kilat. Walaupun begitu cermat mereka menyembunyikannya, tetapi masih boleh dilihat oleh rakyat banyak.

Seperti ?Bapak Penyamun? dalam cerita klasik Parsi: ?Ali Baba dengan 40 orang Pecuri?; walaupun Bapak Penyamun (Mahathir) itu sedang berseronok berkhayal-khayalan dalam sebuah pesta dirumah Ali Baba (BA), sementara 40 orang penyangaknya (Kabinet regim Mahathir merangkap MKT UMNO) terperangkap dalam ?tempayan? (menteri Mahathir dicekik jangan membantah), namun Mardiana (DS Wan Azizah) tahu bahawa Kepala Perompak (Mahathir) itu sedang bersandiwara (pura-pura berkawan baik dengan Ali Baba/BA)!!

Itu adalah persamaan cerita dan karektor yang terdapat dalam kedua-dua buah cerita tersebut. Kita tidak sangka bahawa persamaan kedua-dua cerita itu memang kena dan tepat ?tema dan plot?nya.

Makin menarik lagi bila si Apek (Ling Leong Sik) diberi ganjaran untuk menjahit bangkai Kasim Baba (BN) yang sudah berkecai dicincang oleh prompak [UMNO Baru(a)].

Sambil terhegeh-hegeh si Apek itu dipimpin berjalan, beliau berdendang meminta simpati - perhatikan liriknya ?.

[[Hai.. ya Siti, pelempuan banyak mude,
Wa manyak susah yalan tutup mata,
Harta wang linggit, gua tatak helan
Gua tutup mata, gua tak bulih yalan..neh!]]

?Nang bo tinang.. akhirnya UMNO BN jatuh terlentang..!!?. Ada pula antara mereka yang ?mati terkangkang?. Abu Hassan Omar mengikut jejak langkah Rahim TC, mahagurunya. Mungkin Shadian Kassim akan ikut sama. Terdengar khabar, Md Isa Samad pun sedang mengatur langkah.

Aziz Satar bilang?."Apa sudah jadi daaaaa".!!

Sudin jawab "COBAaaannnnn?.!!"

Ani Jamin menjerit?.

"Ini bukan ?cobaan?.. Ros dah dilarikan orang..!!".

Masih kita bertanya - mengapa P. Ramlee menyelitkan pergelutannya dengan bayang-bayang ?hantu Jepun?? Mungkinkah itu satu perlambangan bahawa Mahathir dan UMNO sentiasa dihantui oleh ?Anwar? yang sengaja diaib dan dipenjarakan oleh Bapak Perompak ?

Allahyarham Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee memang hebat. Kehebatan beliau membawa gelaran ?Tan Sri?. Kehebatan beliau memang tidak tercabar lagi. Anak-anak kecil pun berminat menonton gelagat beliau dilayar putih.

Gelaran ?Tan Sri? kepada P. Ramlee bukan macam ?Tan Sri? puak menteri dan MB-MB UMNO. P. Ramlee dianugerahkan gelaran kerana jasa-jasa beliau yang wajar dikenang sebagai budayawan.

Tetapi ?Tan Sri? pemimpin UMNO ada sikit lain macam!! Belum mati dah dianugerahkan gelaran. Akhirnya mereka menggunakan gelaran sebagai paspot untuk ?menyamun, merompak, merogol, simpan perempuan, rampas hak rakyat dan paling jijik mendapat tauliah jadi ?pengampu si mamak?.

Begitu juga hebatnya sdr. Ahmad Nazri Abdullah, bekas ketua pengarang Berita Harian. Dengan mengandaikan Mahathir Mohamad seperti ?raja? dari sebuah cerita dalam Aesop Fables - Nazri menceritakan bagaiman raja itu sanggup bertelanjang bulat di khalayak ramai, sanggup ditipu bontang oleh tukang jahit baju si ?baginda bangang?.

Diandaikan Mahathir yang memang suka orang disekelilingnya bersikap ?amfu sana amfu sini?, akhirnya politik dan ekonomi negara terlepas kepada ?anjing-anjing kurap? peliharaan Mahathir sendiri.

Sinis-sinis begini adalah permainan intelektuil yang sangat mendalam kesannya kepada minda rakyat yang berpendidikan. Rakyat sudah tidak dipengaruhi oleh akhbar arus perdana. Mereka lebih cenderung membaca versi internet dari Laman Pro-Reformasi. Sampai Mahathir sendiri hilang akal bagaimana hehatnya serangan penulis dan penganalisis politik semasa yang berpuluh-puluh jumlahnya.

Kita sudah lihat bagaimana Eric Cheah, Vincent tan, Ting Pheik Khing, Abdullah Ng, Francis Yeo, Lim Goh Tong, dll. menjadi begitu ?terkenal?. Mereka bukanlah antara orang-orang yang berpendidikan tinggi, namun mereka adalah antara ?penyangak? terhebat mencabar kebijaksanaan pemimpin UMNO.

Dikatakan mereka telah mencabar kebijaksanaan pemimpin UMNO bukanlah kerana kebijaksanaan mereka hebat sangat. Tetapi semata-mata kerana pemimpin UMNO adalah termaktub sebagai pemimpin Melayu yang cukup-cukup terserlah ?kebangangan dan kebebalan? mereka. Tepat sekali ditakrifkan sebagai melampaui batas-batas orang-orang yang berotak cerdik!

Kita nampak bagaimana dungunya Rais Yatim dan beberapa pemimpin lain yang cuma ?banyak cakap tapi tak tau bikin kerja?. Mereka cuma pandai bercakap, tapi adakah nampak kesan hasil usaha mereka? Tidakkah mereka menjual murahan nilai diri dan maruah mereka - habis lingkup sebaik saja mereka membuka mulut?

Kita tidak terkilan dengan sikap Ibrahim Ali - budak kurang akal itu. Mahathir cuma gunakan beliau sebagai ?penyapu buruk?. Bila sudah tidak berguna lagi kepada Mahathir, dia dicampakkan ke balik pintu.

Kita nampak prinsip pemilihan ?pemimpin? cara Mahathir adalah berkonsepkan ?penyapu buruk?. Beliau hanya akan memilih mereka yang bergunakan menyapu sampah sarap dan najis yang dilonggokkannya.

Perkembangan terakhir menunjukkan Mahathir sedang merancang meng?Habibie?kan Abdullah Ahmad Bedawi pula.


Diberitakan, Mahathir merancang akan menabur najisnya keliling Malaysia. Sekaligus, Pemimpin UMNO diberi tugas-tugas khas menjadi ?tukang sapu? dan ?tukang lap lantai?. Diperingkat Bahagian sudah dapat surat-surat edaran dari Khalil Yakob supaya mereka bersiap sedia jadi ?tukar jilat? punggung Mahathir laknat yang bakal didewa-dewakan.

Peruntukan sejumlah wang sedang diuruskan sebagai membeli sebungkus ?nasi? bagi rakyat yang dikerah bagi ?meramaikan? majlis ?Menyembah Berhala?. Ramai rakyat yang dirancang secara paksa supaya ?berdatang sembah?. Kununya, ?Berhala? itu wajib disembah dan dipuja. Kununnya juga, ?berhala? itu pembawa rezki yang wajib pula di?syukuri?.

Huh?.!! Memang UMNO sedang ?menjahiliyakkan? aqidah politik mereka. Tak taulah apa sudah jadi?!!

Kita yang diluar ini sedang memerhatikan bagaimana kelompok ini sedang keluh-kesah mencari pengaruh dan ?makmum?. ?Bapak Penyamun? (Mahathir) sungguh-sungguh takut ?tempayan? yang berisi ?pekasam busuk? (karenah pemimpinn UMNO) akan terbuka sumbatnya.

Hari ini pekasam itu cukup-cukup rentung baunya. Satu dunia sudah tahu, Mahathir memang persis ?Bapak Segala Penyamun?, dan ?40 orang penyangak? dalam Kabinet dan MKT UMNO sudah ?MAMPOS? disiram dengan minyak panas oleh Mardiana (DS Wan Azizah).

TG Hadi Awang sudah berkira-kira untuk membuka sumbat ?tempayan pekasan? Wan Mokhtar/UMNO-BN di Terengganu. Ezam dan Azmin sedang ?counter-check?, berapa lagi ?tempayan pekasam? yang harus dibuka sumbatnya. Mungkinkah termampu ?si Apek? menjahit ?bangkai? Kassim Baba yang sudah berkecai kerat seribu?

Inilah keadaan yang wajib di reformasikan. Hematnya rakyat sedang menunggu ketibaan tahun 2004?!!

Inilah proses rakyat yang beriltizam ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?..!! Masanya sudah beransur-ansur menjadi kenyataan!!

Allahu Akbar!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)