Laman Webantu   KM2A1: 2763 File Size: 4.8 Kb *



Jika Tidak DiPecah Ruyung Masakan Dapat Sagunya..!!
By Amin Sapiro

12/9/2000 10:10 pm Tue



JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MASAKAN DAPAT SAGUNYA..!!


SELAMA 450 tahun negara ini dijajah, cuma 43 tahun
baru dimerdekakan. Lebih 1000 tahun bumi bertuah ini
bergelarkan Semenjung Emas. Negara inilah yang menjadi
jembatan menghubungi kepulauan Nusantara. Hingga
Bahasa Melayu menjadi lingua franca. Alangkah
bersyukurnya orang Melayu dengan anugerah Tuhannya..!

Lebih 300 juta umat manusia yang berkongsi budaya yang
sama. Walaupun berbeda agama, dari segi perasaan dan
jiwa, adat resam dan budaya; mereka adalah rakyat
rantau Timor Asia. Mereka pernah mengalami detik-detik
sejarah yang hampir sama. Mereka dijajah, dihina,
diperendah-rendahkan dan dimomokkan. Diperlakukan
umpama haiwan.

Setelah nenek-moyang kita meMERDEKAkan cucu-cicitnya,
mereka berhak menentukan haluan masadepan. Kita berhak
menuntut nikmat Kemerdekaan. Itu HAK kita. Kita punya.
Kita wajib menentukannya. Segala yang di muka bumi, di
perut bumi dan di angkasaraya adalah hak kita. Kita
berhak mempertahankan segala.

Tetapi ditengah-tengah kita berusaha dan berjuang
mengisi Kemerdekaan, timbul pula unsur-unsur yang
mengkhianati Kemerdekaan kita. Puak ini memakai topeng
?puaka?, bercakap dengan lidah bercabang dua-tiga.
Mencari kelemahan dan menduga kekuatan rakyat jelata.

Orang Melayu sudah mulai dijajah semula. Minda mereka
diperdungukan, budaya mereka dikotorkan, agama mereka
disekularkan, masjid dan surau mereka dipastikan
menurut peraturan mereka. Kita tidak lagi bebas
menentukan sesuatu mengikut apa yang diwariskan.


Diperbuatlah oleh mereka pelbagai undang-undang,
peraturan dan tatacara. Dikumpulkan puak-puak mereka.
Bersekongkollah mereka!! Mana yang membantah-menentang
dihumbankan ke dalam penjara. Mereka diseksa dan
?LEBAMKAN MATA?! Seolah-olah kita kembali semula ke
zaman penjajah Portugis dan Belanda..!!

Dirangka oleh mereka yang berkepentingan pelbagai
AGENDA. Dilakunkan pelbagai SANDIWARA.
Digembar-gemburkan FITNAH dan ANGKARA. Dirancang dan
laksanakan TOHMAH dan ADU-DOMBA. Dipaksa rakyat
menurut kata dan budibicara mereka saja. Kita nak
jadikan apa?


Tujuan mereka hanya esa - untuk terus berkuasa:
memeras keringat rakyat yang baru saja Merdeka; DEMI
kepentingan kelompok mereka. Dipaksa rakyat supaya
menyerah. KALAH!

Sumber kekayaan rakyat dikaut, dikongsi dan
difaraitkan sesama mereka. Rakyat DIPAKSA menerima
serpihan dari sisa-sisa lebihan mereka. Andaian yang
paling tepat: Puak ini membeli pemimpin sebangsa dan
seagama dengan kita dengan emas yang digali dari bumi
kita. Itulah jenis Ketua yang dipilih oleh UMNO untuk
kita!

?Penjajah Baru? ini berbeda ragam sepak-terajang dan
caranya. Kalau di gelanggang dipaksa kita mengikut
peraturannya. Jika kita menang dipinda pula peraturan
permainannya. Tidakkah mereka memang jenis puak yang
tidak sanggup menerima kekalahan? Tidakkah itu
menandakan mereka dari golongan yang lemah?

Dibinalah pelbagai tugu peringatan, dan suruhnya kita
BERBANGGA. Dibukanya pintu masuk orang luar berkongsi
kekayaan, puak mereka saja yang membolot semua.

Berucap, berretorikalah ketua mereka. Di tangan kiri
kita diletakkan Perlembagaan Negara. Ditangan kanan
kita ialah tanahair kita. Disuruhnya kita menutup
mata. Apabila kita membuka mata semula baru kita sedar
- Perlembagaan Negara sudah dipinda, dan tanahair kita
mereka yang empunya.


Itulah dia pemimpin puak UMNO! Kita nak dijadikan apa?
Tunggul buruk saja kah? Seperti Pak Kadok, menang
sorak kampung tergadai? Sampai bila?

Tanya diri anda: WAJARKAH kelompok ini dibiarkan
MENAKLUKI tanahair, bangsa dan mensekularkan agama
kita?

NAH..!! Sudah tiba masanya kita berfikir dan
seiya-sekata bagi memperjuangkan Kemerdekaan kita yang
tercemar. Jika Indonesia ada Soeharto, Filipina ada
Marcos; mereka berjuang dan berjaya membuang mereka;
masakan kita yang ada keturunan laknat bangsat yang
pernah menjadi ?Ultra? pengkhinat ?Bapak Kemerdekaan?
kita - nak biarkan berMAHARAJALEMA? Sampai bila?

Pepatah nenek moyang kita:

Jika tak dipecah ruyung masakan dapat sagunya,
Tepuklah dada tanyalah selera,
Burung terbang dipipiskan lada,
Gerakkan anggota kocakkan minda,
Jangan dinanti esok yang tak kunjung tiba!
Jika kita yakin Tuhan itu ada,
Bukti dalam diri:
Perjuangkan KEMERDEKAAN ini semula!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)