Laman Webantu   KM2A1: 2759 File Size: 2.1 Kb *



Jika Mahathir Terus Benkeng...
By Amin Sapiro

12/9/2000 7:25 am Tue


JIKA MAHATHIR TERUS BENGKENG.. TEMUKAN ?BUKU DENGAN RUAS?


  1. Jika Mahathir menuntut justifikasi perancangan Kerajaan PAS Terengganu mengenai pengagihan wang Royalti RM42I juta bulan Februari sebagai syarat royalti minyak kepada Terengganu; rakyat (orang Melayu) berhak menuntut supaya Mahathir hadir di hadapan satu Suruhanjaya Penyiasat Di Raja bersabit penggunaan 95% wang hasil PETRONAS (Semenanjung, dan Malaysia Timur) sejak beliau mengambilalih jawatan PM.

  2. Jika didapati ada salahguna dan pecah amanah (CBT), Mahathir hendaklah dituntut hadir di mahkamah untuk menjawab senarai soalan-soalan panjang.

  3. Rakyat harus bangkit dan pembangkang wajib mengambil tindakan untuk mengemukakan saman resmi (atas nama rakyat Malaysia). Gerakkan semua jentera parti dan NGO untuk mendakwa Mahathir sebagai orang yg bertanggungjawab!!

  4. Pembangkang (PAS) wajib mendedahkan butir-butir lengkap penyelewengan Kerajaan UMNO/BN di Terengganu (sebelum PAS mengambilalih) yang telah diselidik dari dokumen yang ditemui.

  5. Bumi ini hak rakyat. Mahathir tidak ada hak menentukan dirinya sebagai pengagih dan peminda sebarang ketetapan yang menjadi undang-undang, peraturan dan amalan sekiranya perbuatan itu bertujuan mengkhianati rakyat dan negara!!



NEGARA INI TANGGUNGJAWAB KITA (ULANG: NEGARA INI TANGGUNGJAWAB KITA)!!

Heret Mahathir hingga ke mahkamah antarabangsa di Den Hague!!

Pertimbangkan usul ini secara serius.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)