Laman Webantu   KM2A1: 2754 File Size: 10.2 Kb *



B2: Akhbar Melayu Menjana Wadah Penjajah
By Amin Sapiro

10/9/2000 11:19 pm Sun


AKHBAR MELAYU MENJANA WADAH PENJAJAH - MEMBUNUH KEMERDEKAAN BANGSA!
Bah. 2


Politik Mahathir Meruntuhkan UMNO/BN

Kerajaan PAS dan seluruh rakyat Terengganu tidak akan menerima sebarang bentuk pembayaran melainkan wang tunai.

Bertitik tolak dari kemenangan rakyat Terengganu dan dunia yang mengktirafnya sebagai kemenangan mereka yang sah dalam pilihanraya ke 10; dengan itu adalah sah dari segi undang-undang dan selari dengan amalan demokrasi yang diperakukan dalam Perlembagaan Negara BAHAWA mereka berhak memilikki hak-hak yang datang bersekali dengan kemenangan mereka itu.

Hakikat itu tidak boleh dipertikaikan. Jika ia dipertikaikan bermakna mereka sedang dizalimi dan demokrasi sedang terancam dengan dahsyat sekali. Itu harus diterima - bukan tohmah atau fitnah!

Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan PAS sebagai mewakili rakyat Terengganu, dan segala hal yang bersangkutan dengannya tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya atau dijadikan isu politik ?balas dendam? oleh mana-mana pihak, khususnya regim Mahathir kalah teruk November lalu. Tuntutan itu bukan saja sah dan halal, malah mempertikaikannya adalah suatu pememecahan undang dan pengsahan oleh Parlimen negara ini.

Sebarang pindaan yang dilakukan adalah berupa ?peras-ugut? berbau politik oleh pihak Mahathir dan UMNO/BN keatas sebuah negeri didalam Malaysia dan sekumpulan rakyat yang berdaulat dibawah Perlembagaan.

Rakyat Mulai Syak dan Waham

Rakyat sudah mula bertanya mengapa masalah yang dibangkitkan oleh Mahathir hanya ditimbulkan sekarang. Alasan yang kununnya Kerajaan Pusat regim Mahathir (yang telah kecundang itu) mahu memastikan pembayaran kepada negeri itu harus terjamin ketelusannya adalah satu alasan bikin-bikinan saja. Sebaliknya ia lebih berbentuk ?peras-ugut? politik paling kejam, zalim dan samasekali tidak demokratik.

Sejak lebih 20 tahun regim ini menggunakan alasan pemberian royalti itu bertujuan pembangunan, Terengganu sudah diterima rakyat. Walaupun rakyat Terengganu tahu selama tempoh 25 tahu lalu wang royalti itu dijadikan sumber rasuah dan penyelewengan yang keterlaluan, maka sebab itu rakyat Terengganu bangkit dan berjaya menghumban regim UMNO/BN di negeri itu dan menggantikannya dengan Kerajaan PAS/BA secara total.

Kini, setelah Terangganu diperintah oleh PAS/BA dengan niat memberi pembelaan yang hak terhadap rakyat Terengganu, baru regim Mahathir bangsat terkial-kial mencari sebab yang bukan-bukan. Tetapi rakyat negeri itu sudah nampak, sebenarnya regim keparat itu sengaja memerangi rakyat Terengganu - melebihi taktik sekutu penjajah yang menjadi dasar tunjang regim Mahathir ini.

Bermakna, Mahathir sengaja mau cari pasal dan sekaligus mencari maut untuk UMNO/BN, bukan saja di Terengganu tetapi juga di seluruh negeri Semenanjung hingga melimpah ke Sabah dan Sarawak.

Pencabulan Hak Rakyat oleh Mahathir & UMNO/BN

Iltizam rakyat untuk memusnahkan kekuasaan Mahathir, regimnya dan UMNO/BN sudah sampai ketahap paling kritikal. Bacaan rakyat amat mudah, jika Mahathir, regimnya dan UMNO/BN masih diberi kuasa dan amanah, seluruh institiusi dalam negara ini akan hapus tidak berdaulat lagi.

Seperti yang di lihat, sumber ekonomi, kehidupan rakyat akan terus diletakkan dalam keadaan dan kerangka politik yang amat goyah dengan perpaduan kaum akan termusnah - sementara Mahathir, regimnya dan UMNO/BN akan memerentah negara ini seperti-mana sebuah regim Komunis yang menghakkan harta rakyat difaraitkan sesama Kroni mereka. Ini amat bahaya dan sangat-sangat membahayakan!

Rakyat mungkin mentafsirkan kemarahan rakyat Terengganu sebagai main-main. Kerajaan PAS Terengganu menghormati hak rakyat Terengganu dan memenuhi manifesto parti sebagai hak legal mereka yang sah.

Kerajaan PAS Terengganu mengiktiraf hak rakyat di sisi undang-undang. Mereka wajib menguruskan sendiri seluruh pentadbiran negeri dan sumber wang negeri itu. Hakikat ini adalah selari dengan semangat Perlembagaan yang mengiktiraf demokrasi dan pilihan kerajaan yang ditentukan rakyat melalui pilihan popular.

Melakukan perobahan mendadak itu adalah suatu pencabulan hak yang serius oleh sebuah Kerajaan Pusat. Ia ditakrifkan sebagai sabotaj paling aib yang hampir sama seperti penjajahan oleh segerombolan kuasa asing terhadap rakyat yang merdeka dan berdaulat.

Malangnya, Mahathir dengan tindakan diluar undang yang terpakai telah mengubah pinda sesuatu itu mengikut suka hati beliau.

Piagam rakyat yang diwarisi dalam Perlembagaan yang berdaulat telah dipelekeh beliau dengan melakukan pelbagai salahguna kuasa paling tidak demokratik dan karenah busuk berbentuk ?politik peribadi? . Ini menyebabkan rakyat sudah mulai bangkit membantah, menentang dan memusnahkan kedaulatan parti beliau (UMNO/BN).

Suatu Kebanggaan Rakyat Yang Anih

Selama tempoh 2 tahun ini memang jelas Mahathir, regimnya dan UMNO/BN sudah tidak ada lagi harapan untuk memempengaruhi minda rakyat. Dengan karenah busuk Mahathir mengetuai sebuah kerajaan ?kirang-kirung? seperti ini, harapan semua kaum terhadap gabungan parti BN sudah sekaligus luntur habis berkecai.

Rakyat sudah semakin tahu dan sekarang menganalojikan bahawa Mahathir sudah sama seperti seekor ular yang menelan tuannya.

Jika segelintir pemimpin UMNO/BN atasan yang telah diugut dan dikorup telah secara tersilap besar memberi beliau kuasa ?mutlak? dan berakhir dengan anak-anak dan koni-proksi mereka boleh membolot kekayaan dan berkuasa dari tangan rakyat; maka pemimpin peringkat bawahan yang aktif sudah mulai berbondong berpaling tadah. Itu riaksi spontan hasil dari dorongan naluri bawah-sadar yang lazim bagi manusia.

Adalah suatu yang sangat anih yang sedang berlaku dalam poliitk rakyat sekarang. Jika dulu menjadi ahli UMNO/BN adalah suatu kebanggaan, tetapi sekarang gejala ?Bekas ahli UMNO? adalah perkara biasa yang menjadi suatu kemegahan ahli-ahli UMNO yang berpaling tadah meninggalkan parti itu.

Mereka tidak mau lagi menghadiri perkumpulan anjuran UMNO atau bekerja untuk mencampuri sebarang kegiatan untuk meningkatkan pengaruh UMNO/BN. Itu adalah jalan ?cari mati? parti itu!

Keadaan itu sudah ampuh berlaku di desa-desa dan di dalam masyarakat pendalaman. Di kota, pelajar-pelajar sudah hilang keyakinan, kakitangan awam segala bidang dan perjawatan sudah tidak menghayati UMNO/BN yang tidak nampak memperjuangkan apa-apa untuk rakyat banyak. UMNO/BN sudah lumpuh dan kewibawaan parti itu sudah mulai hakis sejak 2 tahun lalu. Ucapan Mahathir dalam sambutan ulangtahun Kemerdekaan pada Ogos 31, 2000 baru lalu sekaligus menjadikan Mahathir seorang pemimpin paling bangsat modal politik. Kaum Cina secara diam-diam telah berpaling tadah dari MCA dan sekarang menyebelahi Pembangkang (tanpa mengira parti).

Melayu Beragama Islam Komunis?

Makin jelas dan ketara sekarang bahawasanya Mahathir, regimnya dan gabungan Barisan Nasional yang dijuarai UMNO sebagai parti tunjang BN telah tersingkir dari minda rakyat.

Kaum Cina merasa cukup tersinggung dengan cop ?Komunis? yang dilabel oleh Mahathir. Orang Melayu merasa diri mereka dianak-tirikan oleh seorang pemimpin yang tidak punya adab sopan hingga agama Islam diperlekeh dan diperhina seburuk najis.

Ternyata juga berakhirlah hayat dan umur sebuah parti politik yang diterajui oleh dalang-dalang yang licik ?bersandiwara? dalam sebuah negara yang punya rakyat yang berpendidikan dan rasional dalam hal memilih pemimpin dan parti politik yang sesuai dengan hasrat dan masa depan generasi mereka.

Malangnya akhbar-akhbar Melayu tidak langsung membela status bangsa yang ditohmah dan diperbodohkan oleh sekelompok pemimpin UMNO diperbudak-bangangkan oleh seorang ?penjenayah rakyat? seperti Mahathir ini.

Apa yang Mahathir, regimnya dan UMNO/BN sudah, sedang dan akan lakukan hingga rakyat bersungguh-sungguh mahu menukar kerajaan secara total? Kita harus meneliti halus-halus setiap karenah dan agenda Mahathir sebagai daya untuk menguatkan hujung jari merobah Kerajaan pada tahun 2004 akan datang. Soalannya apa dia?

Apakah UMNO/BN akan menjadi ?Relics of The Past? atau ?Relics of PAS? akan kita lihat kemudian. Perhatikan.

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)