Laman Webantu   KM2A1: 2746 File Size: 4.8 Kb *



TJ: Bagaimana Royalti Menjadi Pembayaran Istimewa?
By Marhain Tua

9/9/2000 8:35 pm Sat

MGG77


Bagaimana Royalti Menjadi Pembayaran Istimewa? (MGG Fwd: How Did Royalties Become 'Special payments' ?)


Perbuatan mengalihkan pembayaran royalti Petronas daripada Kerajaan Negeri Terengganu untuk membolehkan kerajaan pusat menyalurkan dana itu secara terus kepada Terengganu tentunya menjadi satu perkara yang merunsingkan.


Kerajaan Persekutuan mesti berterus terang dalam hal ini. Adakah pembayaran Petronas itu merupakan satu royalti mengikut Petroleum Development Act 1975 (Akta Pembangunan Petroleum 1975), yang bukan sahaja berkaitan dengan Terengganu malahan juga dengan Sabah dan Sarawak? Apakah benar yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, ia berupa satu "pembayaran istimewa" kepada Terengganu kerana keadaannya sebagai negeri termiskin di satu masa dulu ?

Kini dia berkata bahawa Terengganu mesti diberi layanan berbeza dengan Sabah dan Sarawak kerana minyak yang digerudi di Terengganu itu datang daripada satu lokasi yang di luar perairan negeri itu. Apakah ini bererti segala telaga minyak itu berada di perairan antarabangsa?


Pada 29 Jun, 2000 Ketua Ekskutif Petronas telah menyatakan betapa Petronas akan terus membuat pembayaran 5% royalti minyak dan gas kepada Terengganu berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 1975 itu dan membuat aksiran bahawa royalti untuk Terengganu pada tahun ini mungkin mencecah RM810 juta.


Bagaimanakah pembayaran royalti yang dibuat selama 20 tahun yang lalu di bawah satu perjanjian yang berasaskan Akta Parlimen boleh bertukar rupa menjadi 'Bayaran istimewa' yang diluluskan berasaskan ihsan?


Dengan mengengkari perjanjian ini, apakah bentuk isyarat yang kita hantar kepada rakyat Malaysia, masyarakat dagang, dan pelabur asing? Apakah perjanjian di Malaysia ini sesuatu yang bermutu ataupun adakah berkemungkinan diputarbalik mengikut nafsu nafsi pemimpin politik?


Tindakan menukar royalti menjadi pembayaran istimewa adalah satu balasan dendam yang mencerminkan penderaan terhadap rakyat Terengganu yang telah menghumbankan pentabiran negeri Barisan Nasional dalam pemilu November yang lalu. Kami gusar akan adanya satu trend dalam bentuk memperlekehkan prinsip dan amalan yang lalu yang menyangkuti perjanjian, malahan juga hukum undang-undang.


Bangkitlah Malaysia !



Diterjemahkan oleh -MT-




Rencana Asal:

Subject: Aliran: How did Royalties become "Special Payments"?

Aliran Media Statement

http://www.malaysia.net/aliran/

How did Royalties become "Special Payments"?

The decision to divert Petronas' royalty payments away from the Terengganu state government so that the federal government can channel the money directly to Terengganu is source for much concern.

The government must come clean. Is the Petronas payment a royalty in accordance with the Petroleum Development Act 1975, which applies not only to Terengganu but Sabah and Sarawak as well? Or is it, as Dr Mahathir claims, a "special payment" to Terengganu as the poorest state in the past?

Now he says that Terengganu is to be treated differently from Sabah and Sarawak because the oil wells offshore from Terengganu are located outside the state's territorial waters. Is he implying that those oil wells are located in international waters?

On 29 June 2000, the Petronas CEO said the firm would continue paying 5 per cent oil royalty on offshore oil and gas to Terengganu based on its agreement in 1975 and estimated that the royalty for Terengganu this year would amount to RM810 million.

How is it possible to pay royalties for 20-odd years under an agreement based on an Act of Parliament only to find that suddenly they are to be considered as "special payments" granted on compassionate grounds?

By reneging on this agreement, what kind of signal are we sending to Malaysians, the business community, and foreign investors? Are agreements in Malaysia binding or are they subject to the whims of political leaders?

The move to change the royalties to "special payments" is vindictive and smacks of victimisation after the people of Terengganu voted out the Barisan Nasional state administration in last November's general election. We fear that there appears to be pattern to this sheer disregard of past principles and practices, binding agreements and even the rule of law.

Wake up, Malaysia!

Executive Committee

7 September 2000