Laman Webantu   KM2A1: 2742 File Size: 2.5 Kb *



Majlis Tahlil dan Solat Hajat dikediaman Kak Wan
By tv3

9/9/2000 6:12 am Sat


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Berikut adalah lapuran majlis tahlil dan solat hajat yang telah diadakan dikediaman bakal Perdana Menteri (insya Allah), dan Datin Seri Presiden keADILan. Program diserikan dengan satu tazkirah yang disampaikan oleh Uz Kamal.

Intipati tazkirah:

Antara lain, Uz kamal dengan penuh himah serta menarik, menerangkan kepada yang hadhir tentang sifat sifat Fir'aun.

Mula mulanya di bawa cerita Nabi Allah Musa, yang ketika "masih merah" lagi dihanyutkan didalam Sungei Nil oleh ibunya sendiri, kerana bimbang anaknya akan dibunuh oleh Fir'aun. Aliran air sungai membawa bayi kecil itu kehadapan istana Fir'aun, lalu ternampak akan dia oleh isteri Fir'aun, maka diambilnya bayi tersebut untuk dipelihara. SIFAT PERTAMA: dihadapan rumah Fir'aun, ADA AIR!

Apabila Allah mengwahyukan Nabi Musa (AS) untuk berdakwah kepada Fir'aun, dengan berat hati (takut), mahu tak mahu maka pergilah dia berjumpa Fir'aun. SIFAT KEDUA: orang ramai sangat takut kepada Fir'aun!

Maka bertemulah Nabi Musa (AS) dengan Fir'aun maka menyerulah dia akan si Fir'aun supaya beriman kepada Allah. Apakah jawapannya? "Bukankah kami yang membesarkan dan mendidik engkau semenjak kecil" (mafhum as-Syu'araa 26:18). SIFAT KETIGA: Fir'aun suka mengungkit ungkit!

Dan tambah Fir'aun lagi, "Dan engkau juga telah melakukan kesalahan dan engkau tahu. Sesungguhnya engkau dari gulungan kafir!" (mafhum as-Syu'araa 26:19) SIFAT KEEMPAT: Fir'aun suka cari kesalahan orang lain, dan mungkin telah membuka fail fail untuk dipergunakan. Dan SIFAT KELIMA: Kepada Fir'aun, orang lain semua salah/tak bersyukur (kafir/sesat). Hanya dia sahaja yang betul! Kalau Nabi Allah pun dia boleh brand "kafir", terlalu enteng bagi Fir'aun moden nak brand ulamak ulamak sebagai "sesat"!

Memadailah lima sifat yang diulaskan oleh Uz Kamal. Pastinya banyak lagi yang boleh diketengahkan, dari sifat sifat Fir'aun. Apa yang sah, watak Fir'aun memang ada disepanjang zaman, hanya "pelakonnya" yang berubah ubah. Hatta Muhammad RasulAllah (SAW) pernah menyebut "Fir'aun kalangan Arab!".

Jadi kami di tv3 tidak heranlah akan adanya Fir'aun zaman Musa (Hassan). Tetapi…..MAHA Fir'aun!? Adooohhhh….pasti LEBIH CANGGIH!

Sekian dari NONA!