Laman Webantu   KM2A1: 2740 File Size: 14.3 Kb *



Re: Pantau Memantau dan Ketuanan Melayu
By Wartawaan Pencen

8/9/2000 10:45 pm Fri

Rencana KTLBELB kali ini mengutarakan beberapa pandangan yang menarik.

Intisari KTLBELB:


  1. Kabar pemantauan oleh pihak yang berkuasa terhadap reformasi di alam siber
  2. Sejarah Orang Melayu - masih dibelenggu Jepun pun masih mencuri dengar radio
  3. Konfrontasi Bintang Tiga selepas era Jepun mencengkam orang melayu
  4. British menggunakan talibarut dengan mengimpot orang luar
  5. Kelembutan, kemesraan dan toleransi semulajadi orang melayu memudahkan pihak2 tertentu melaksanakan agenda mereka melalui beberapa helah dan rancangan.
  6. Bukti - UMNO sudah menerima dan memuja orang luar yang kemelayuannya dan keislamannya meragukan!!
  7. Sejarah kegemilangan tamadun melayu dipersiakan.
  8. Madah2 yang dicipta untuk membudayakan toleransi membabi buta
  9. Bahana dan kerosakkan bila budaya korup menjangkiti masyarakat
  10. Asas Ugama orang Melayu disongsangkan dari atas (adat sembah beraja)
  11. Akibat lewa - Orang Melayu sudah hilang bumi Singapura
  12. UMNO menggunakan Raja untuk menindas bangsa dan mengsongsang ugama
  13. Pingat diberi kepada yang tidak sepatutnya.
  14. Penghargaan kpd perajurit amat mendukacitakan berbanding jasa/derita mereka
  15. PM didampingi oleh orang yang tiada jasa kepada negara melainkan menambahkan beban hutang negara dan masalah2 kronik.
  16. Perbuatan pemimpin UMNO bercanggah dengan perjuangan kerana mementingkan fulus (duit) semata2.
  17. Kebangkitan pejuang2 siber sukarela - mengapa?
  18. Petronas "mengemis" akibat diktator tua.
  19. Isu Royalti minyak - bisa membakar tuannya



Berikut adalah sedikit tambahan untuk meligatkan putaran jejarum fikiran.


Pantau Memantau

Jika berita ini benar - ia menggambarkan segala usaha kita yang tidak seberapa ini sudah menampakkan kesannya. Ia bermakna laman web mendapat sambutan dan mempunyai satu KUASA TARIKAN. Ia dihasilkan oleh penulis2 yang ramai antara nya kita tidak mengenali paras rupa mereka - hanya irama tulisan nya sahaja yang dapat dicam ketulinannya.

GANDINGAN PW (pengendali laman web) dan PENULIS2 siber yang hanya mengenali satu sama lain melalui alamat email sahaja berjaya mengisi lapar dan dahaga bukan seorang dua pembaca di malaysia, tetapi berjuta-juta pembaca dan pengunjung diseluruh dunia. Saban hari maklumat disalur tanpa sebarang upah melainkan harapan agar tuhan meredhai perjuangan ini.

Penulis2 baru jangan fikir sebaris ayat keluhan di laman seperti FGR itu membuang masa dan sia2. Sebenarnya itu baru garis pertama dan mula2. Setiap perjuangan tentu ada garis permulaannya - maka FGR memainkan peranan yang penting untuk melahirkan penulis2 yang berani dan berkaliber. Apabila anda mula menulis, anda sudah pun berjaya melangkah setapak kehadapan. Orang yg melangkah adalah orang yang sudah ada daya (FORCE) juang dalam dirinya. Dia sanggup menanggung risiko dengan apa yang ditulisnya. Ini sebenarnya adalah salah satu aspek reformasi dalam dirinya.

Lama2 anda jugalah yang akan mengikuti jejak2 Amin Sapiro dan penulis2 lain. Mereka berasal usul dari laman2 seperti FGR itu juga. Mula2 sebaris - kini dah berbaris2 - malah berjilid2 pun ada! Mereka bermula dari laman2 seperti FGR juga.

Penulisan2 anda - walau pun sebaris - tetap bermakna. Ada sesuatu dalam diri anda yang memang hidup dan betul2 bernyawa. Ia tidak sanggup berdiam diri menyaksikan penyelewengan dan penindasan sesama manusia. Luahan kata, walau sebaris cuma, adalah babak2 kecil sebuah perahu untuk meredah lautan yang penuh dengan gelora ragam manusia. Laman2 sprt FGR adalah umpama satu demo maya (virtual) di alam siber. Pelbagai lapisan masyarakat mengunjunginya - pelbagai corak kekata diluahkan mengikut perspektif kehidupan. Laman web seperti FGR dikunjungi kerana di sana ada sesuatu yang hidup dan bernyawa yang tidak menentu ketika.

Sebaris ayat yang ditulis itu adalah satu cetusan insan yang mempunyai perasaan. Ia dilayangkan dari keyboard untuk melepaskan sesuatu yang jauh terpendam. Ini berlaku kerana penampilan dijalanraya "demo jalanan" sudah sukar untuk dianjurkan kerana undang2 hari ini tidak mengizinkan sedemikian. Ditambah pula dengan pantauan anjing2 yang tidak henti2 mahu menerkam, refromasi kini menjadi bara yang sukar dikesan bila ia bertapak di alam yang tiada sempadan.


Cetusan ringkas di FGR bermakna rakyat bukan lagi seekor tikus bernama UMNO yang takut menjelma kerana bimbang tindakbalas bernama dendam. Tikus UMNO hanya menjelma bila ada sebungkus nasi percuma atau ada sesuatu menanti di bawah meja. Tentu kita tidak lupa mereka pernah bergaduh sakan bila yang ditunggu tak kunjung2 tiba, baik yang berupa kertas, mahu pun yang bernyawa. Ada yang mati dipenggal bomoh di pinggir hutan, serta ada yg dikelar dan maut dihotel lima bintang. Ia berlaku kerana mengejar nama - sedangkan manusia itu hanya ada satu nama sahaja sebenarnya - HAMBA ALLAH sahaja.

Kehadiran penulis siberlah yg membuat laman2 web hidup dan bernyawa, Penulisan2 kita yang tak seberapa ini rupa2 nya telah berjaya memukau ramai manusia - sehingga seorang diktator tua yang mengakui dirinya "tebal muka" sendiri sudah membebel mengenainya. Kita sudah sampai ke satu tahap bernama BERJAYA.

Dalam perjuangan ini - ada banyak lagi tahap kejayaan yang menanti didepan - ia penuh dengan liku2 dan jurang yang memungkinkan kita kecundang jika tertekan kekunci (key) yang sumbang.

Berita "Kedai barangan seks di Mekah" baru2 ini di laman harakah cukup bahaya - tapi kita bersyukur kerana ia dapat diperbetulkan sebelum bahtera laman harakah "tenggelam" angkara karenahnya. Ini adalah antara senjata baru yang dilayangkan untuk membenamkan perjuangan reformasi di alam siber. Kita perlu sentiasa berwaspada.

Bisanya laman web dan penulis2 nya cukup membimbangkan diktator tua. Ditambah pula dengan kemerosotan jualan akhbar perdana - kita perlu bertanya kemana perginya pembaca2 akhbar selama ini?

"Telekom Malaysia has 4.5 million fixed line customers and 19 percent of a competitive cellular market estimated at 3.5 million subscribers. The company's ISP, TMNet says it has approximately 700,000 subscribers - around 67 percent market share - in September making it one of the largest Asian ISPs. " - (Newsbytes 7th Sept 2000)

Jika anda mempunyai mesin kira-kira, saya pasti akan akan dapat mencongak berapa ramaikah pengguna yang sudah memiliki talian ke alam siber. Ia cukup membimbangkan diktator tua..... maka bebelannya itu adalah tanda pantauan itu mungkin sudah lama bermula tetapi tidak membuahkan hasilnya yang dicita.


Tata Susila Orang Melayu

Bab ini sudahpun dihuraikan dengan panjang lebar oleh sdr MT. Berdasarkan bab yang terdahulu, bolehlah dikatakan bahawa orang Melayu kekal mewarisi budaya ketaatan melulu kerana pihak yang menjadi "simbol berkuasanya orang melayu" atau ketuanan Melayu, yang telah dikuasai oleh orang2 tertentu.

Pihak British telah mencetuskan pelbagai sengketa dengan sengaja - ia bertujuan untuk melemahkan raja dan seterusnya memaksa raja menerima penasihat British. Ketaatan dan budaya menyembah raja dengan pelbagai olahan kata2 yang tidak masuk aqal sengaja diriwayatkan sehingga ke kaca TV sebagai satu publisiti untuk menyuburkan budaya songsang sehinggalah ke hari ini. Para sasterawan melayu pula mencipta pelbagai peribahasa yang songsang kerana habuannya bukan satu dua kupang, tetapi kempunan gelaran "diraja" yang diidam-idamkan. Maka lahirlah ungkapan "Pembesar" dan "Yang Berhormat" - sedangkan besar atau hormatnya sesorang bukan diukur dari jawatannya - kerana yang "Besar" itu sebenarnya adalah tugas dan tanggungjawab sahaja - bukannya status.

Ketuanan Berukar Tangan

Kini telah British pergi, UMNO telah mengisi ruang sebagai pengganti dan mula berlagak sakan sebagai pejuang ketuanan Melayu sehingga perhimpunan agung mereka dipancarkan terus menerus dari satu dewan yang penuh dengan manusia yang pemahaman islamnya masih meragukan lagi. Jika perkara yang mudah seperti tudung masih gagal diselami dan dipatuhi apakah kita boleh menyakini mereka ini akan dapat membimbing masyarakat melayu yang sudah lama bermandi seloka dan madah memuji tanpa henti. Atau semakin bercelaru bangsa kita cuba dibasahi oleh pidato2 nya yang berapi2 tetapi ekor bergelumang dengan tahi?



Siapa Yang Menjadi Tuan?

Setiap kali UMNO bersidang ada saja sesuatu yang dibincangkan - tetapi riuh dan rendahnya berakhir dengan satu misi untuk terus meranap dan memusnahkan ketuanan melayu yang asalnya. Tanah2 orang melayu diambil dengan rakusnya atas nama pembangunan dan wawasan, tetapi rupa2nya merekalah yang mendapat habuan lumayan sehingga dapat membawa berkilo2 wang melepasi sempadan. Bukankah kita sudah serik mendengar pemimpin2 UMNO yang asyik menyeberang tambak untuk menagih sesuatu yang cair seperti wang di sana yang disimpan? Atau satu badan yang benyawa yang menunggu untuk dijamah oleh nafsu yang tidak mengenal erti bosan?

Ketuanan Melayu rupa2nya telah bertukar tangan. Pemimpin UMNO sebenarnya sudah menjadi tuan sehingga rakyat terpaksa akur dengan setiap tuntutan mereka. Satu persatu pegangan orang Melayu dirobak robekkan, dan hak mereka dipermain-mainkan. Kini perjanjian royalti minyak pula menjadi sasaran.

Apabila pemimpin UMNO tidak dapat menggantikan pemimpin nombor satu mereka angkara satu "nasihat" serta penangguhan sesi perjumpaan nampak jelaslah ketuanan itu sebenarnya sudah beralih kepada diktator tua yang sudah hilang ciri2 kemanusiannya. Dia telah menepis dan memecat semua yang dapat menggugat kekuasaannya satu persatu dengan menggunakan orang2 tertentu yang boleh dibeli. Kini hakim, pendakwaraya, dan polis menjadi hambanya yang taat dan setia. Mereka boleh bercuti, dab berpeluk2 diluar negara dengan bangga, atau melebamkan rakyat dipenjara tanpa sesiapa pun dapat menghukum mereka. Kes Rahim Nor menjadi formula untuk mereka bermaharaja lela menjadi tuan yang tidak diundang dinegara tercinta.

Kini maruah orang Melayu pula cuba dimalukan dengan menghukum seorang manusia tanpa perlu menulis satu tarikh dan satu haribulan. Ia dilakukan oleh satu karya fantasi epik khayalan yang dilakarkan untuk menghimpit sebarang perjuangan untuk menyahkan kroniputra tersayang diktator berasal usul tongkang. Dia tidak memperdulikan pegangan ugama orang melayu kerana media songsangnya sentiasa bersedia untuk memainkan peranan untuk memutar belitkan sebarang fakta dan kenyataan. Dia membalun RM 2 billion harta rakyat untuk menyelamatkan anak tersayang, tetapi merungut memanjang bila hasil royalti minyak diagihkan kepada rakyat Terengganu yang ternyata lebih memerlukan bantuan.

Kepimpinan sebenarnya hanyalah satu amanah dan beban tanggung jawab, tetapi sasterawan dan media upahan telah mengolahnya menjadi satu penghormatan. Gelaran berjela2 dari istana menjadi "lesen" untuk menakutkan sesiapa yang cuba mencabar ketuanan dan kerakusan kuasa. Akibatnya rakyat menjadi takut kepada pemimpin - laksana "di mana bumi dipijak di sanalah langit dijunjung" sehingga disuruh bersyukur dan memuji muja dengan gelaran pelbagai kekata wira.

Siapa Bermain Dendam?

Kita perlu bertanya siapakah sebenarnya yang bermain dendam dan siapakah yang memulakan kempen benci yang sering dilaung-laungkan. Mohd Ali Rustam melaksanakan program yang memihak kepada sebahagian penyokong kerajaan manakala Daim Zainuddin sudah memutuskan pemberian kontrak hanya akan diberi kepada pihak yang menyokong kerajaan. Tetapi Kerajaan Terengganu mengagihkan pelepasan cukai dan bantuan tanpa mengira fahaman politik sejak kemenangan berdetik.

Jangan Mahathir cuba berlagak sakan - kerana orang melayu, walau bagaimana diam sekalipun, tidak akan rela kekayaan negara di kering kontangkan untuk membina pelagai mercu tanda yang rakyat marhaen tidak layak mendudukinya.... Malah rakyat sendiri yang terpaksa membayar pelbagai "tambang" dan karenah untuk melihat dan merasai mengawan tingginya menara yang telah mengkayakan suku sakat kroni manja. Hiasan dalamannya sahaja dah berjuta2 - itupun dibolot juga oleh anak-beranak diktator tua yang sering mendabik dada "pandai berniaga" walaupun rangkaian kapalnya asyik kosong memanjang membelah lautan tanpa muatannya. Kini kapal laut dan "kapal darat" proton pula terpaksa dibela oleh Petronas kononnya kerana "amat viable" kepada negara yang berwawasan. Petronas yang sama "dipaksa" membeli tanah kuda supaya Ananda dan si manja mendapat habuan berjuta2 sambil tertawa tanpa perlu menyinsing baju dan seluar meredah sawah berpacat dan onak belukar.

Mahathir terus Menoda

Kini jelaslah siapakah yang sebenarnya menjadi tuan di negara yang tercinta ini. Siapakah yang mendapat belaian dan siapakah yang dinafikan bantuan dan kekayaan. Mahathir sudah menodai ugama orang Melayu dengan memenjarakan Anwar dengan bukti yang tidak berpijak baik di alam nyata, mahupun di sudut syariah yang mesti dipegang oleh orang melayu berpegang kepada Islam sebagai ugama. Kini Mahathir cuba pula menodai satu perjanjian yang menguntungkan rakyat melata.

Cukuplah rakyat Terengganu sengsara akibat skandal Perwaja - dan hutang tinggalan kerajaan BN di sana - mengapakah Mahathir masih sayangkan rangkaian kroniputra yang sudah terbukti tiada kepandaian dan teruk kejujurannya? Bukankah kerajaan Terengganu itulah pilihan dan harapan rakyat setelah bertahun2 di tindas dan dinafikan kekayaan. Tidak cukupkah Lubuk Mandi yang kaya dengan emas itu diambil sewenang2 - kini hasil dari minyak pula ingin ditahan.

Jika Kerajaan Terengganu memberi ruang kepada pencari minyak dari luar negara saya pasti ramai gergasi minyak dunia berebut2 untuk datang - dan tawaran mereka tentu boleh menandingi royalti berlipat ganda. Hak siapakah bumi ini jika bukan hak kerajaan yang dipilih oleh rakyat jua? Rakyat Terengganu lebih berhak mendapat kekayaan mengapa pula mereka dinafikan?.


Ikhlas dari Wartawan Pencen