Laman Webantu   KM2A1: 2737 File Size: 9.5 Kb *



TJ: Tan Sri Vincent Tan Memperlekehkan Kerajaan
By Marhain Tua

8/9/2000 9:19 am Fri

MGG76

Tan Sri Vincent Tan Memperlekehkan Kerajaan (MGG: Tan Sri Vincent Tan c##ks A Snook At The Government)



Menteri de facto Kehakiman, Dato Rais Yatim, telah mempersoalkan keputusan mahkamah yang menganugerahkan gantirugi yang tinggi nilainya ke atas tuntutan malu. Dia telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang meluluskan RM10 juta kepada Tan Sri Vincent Tan, Ketua Kumpulan Berjaya, dan juga Big Mac. Pendapat Rais ini disuarakannya ketika jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia berjumpa denganya pada 4 September 00 yang lalu. Dia telah menyindir Ketua Hakim Negara (yang lebih terkenal dengan panggilan Big Chief Injustice di kalangan masyarakat peguam), Tun Eusoff Chin. Tentunya orang ini masih lagi berehat setelah dikejutkan oleh Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua, yang telah berjaya mencelanya kerana sikapnya yang korup, berbelah-pihak, tolol, dan berperangai biadab di mahkamah baru-baru ini. Sebenarnya banyak yang boleh diperkatakan dalam hal ini. Tetapi, apabila kerajaan membuat pendirian bahawa mahkamah tidak lagi boleh diharapkan untuk menentukan harga gantirugi kes tuntutan malu dan pertimbangan mengenai pekara menghina mahkamah , tentu sekali kerajaan mahu melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah itu. Ini mencetusakan satu suasana di antara seorang menteri yang disindir sebagai bertanggungjawab ke atas meja dan kerusi di kementeriannya dengan rakan-rakan percutian pengawal peribadi dan peguam Tan Sri Vincent Tan itu.


Kesannya, tokoh koperat yang digelar "international businessman of unquestioned repute" (IBOUR) ataupun yang disanjung dengan nama penuhnya "Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri vincent Tan Chee Yioun" (YBTSDSVTCY) membuat keputusan betapa si 'Big Chief Injustice' itu sedang memerlukan bantuannya. Ini membuatkanya memmperlekehkan kerajaan yang selama ini telah memanjakannya. Dia bertindak itu sehari selepas Dato Rais Yatim menyatakan keraguannya itu. Tentunya Vincent Tan bertujuan mencari keuntungan daripada tindakannya itu. Dia telah mengarahkan peguamnya Tetuan Adam Bachek & Associates, untuk membuat tuntutan laksana lagak Shylock (dalam Hikayat Shakespear - The merchant of Venice) menuntut RM2,000,000 yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan. Inilah keputusan mahkamah tinggi yang telah ditulis (sebahagian ataupun sepenuhnya) oleh peguamnya ketika bercuti dengan Big Chief Injustice. Kemudian daripada itu mereka telah bersemuka pula dalam mahkamah rayuan dalam hal yang sama.


Tun Eusoff pernah bertegas untuk membacakan keputusan pengadilan selepas para peguam saya merayu dan membantah agar beliau menarik dirinya daripada mendengar dan menghakimi kes rayuan saya itu. Inilah kes yang menyebabkan adanya tiga bentuk pengadilan yang berbeza. Malahan Eusoff Chin pernah memberikan pengakuannya kepada majlis peguam beberapa bulan kemudiannya dan dua tahun sebelum seorang badut menulis penghukuman itu bagi pihaknya. Nampak sangat bagaimana Vincent Tan cuba memerah duit seolah-olah dia sedang bermain permainan 'MONOPOLY'.


Vincent Tan seolah-olah tidak pernah sedar betapa UMNO amat bencikannya. Cara dia bergerak licin dengan menggunakan hubungan baik dengan pemimpin kerajaan telah membolehkannya meraih banyak projek pengswastaan kerajaan. Dia menerima banyak imbohan yang diluar hukum perniagaan yang biasa, seperti ribuan ekar tanah yang baik-baik daripada beberapa kerajaan negeri di atas dulang emas. Semua pemberian itu telah disalahgunakannya. Hanya lesen perjudian yang masih diuruskannya dengan baik.


Vincent Tan telah dianugerahkan konsessi Indah Water Konsortium yang tidak dapat diuruskannya dengan jaya. . Dengan menjual konsessi itu dia telah meraih RM1.2 bilion. Kini, kerajaan sudah pun memilik-negarakan projek tersebut. Projek monorel yang bernilai berbilion ringgit pun gagal juga. Sedangkan pada tahap awal dia diberikan grant permulaan sebanyak RM300 juta dan disusuli oleh beberapa grant lagi untuk menentukan projek itu siap dan terlaksana untuk kegunaan Commonwealth Games 1998. Hari ini, apa yang mampu ditunjukkannya ialah tiang-tiang konkrit yang separuh tercacak di atas bumi tanpa ada struktur yang menyambungkannya. Jadilah tiang itu sebagai tempat menggantung papan iklan yang mempamerkan sebuah syarikat telefon kepunyaannya yang hidup segan mati tak mahu.

Vincent Tan telah diberikan keizinan membina satu bandar linear pertama di dunia di pinggir Sungai Kelang. Ini pun satu projek yang bernilai berbilion ringgit. Tetapi kini dia tidak pun mahu bercerita akan hal itu lagi. Dia pernah dikurniakan lebih kurang 30 hektar tanah persisiran pantai di Pulau Redang, di Trengganu dengan harga RM1,000 per hektar. Untuk menjualnya kerajaan Wan Mokhtar terpaksa memindahkan para nelayan yang menetap di situ dulu. Kini, para nelayan itu terpaksa menuruni bukit kalau mahu pergi kerja ke laut. Penjualan tanah itu masih menjadi isu penyiasatan dalaman di Trengganu sekarang ini.


Vincent Tan berpendirian, bahawa sebagai seorang peniaga dia harus diberi ruang untuk memperlekehkan pengadilan. Kegilaannya terhadap seorang wartawan malaysia Mr. Ganesh Sahathevan telah melibatkan mahkamah industri di Kuala Lumpur dan jua beberapa mahkamah di Sydney, Australia. Demikian juga halnya dengan tuntutannya terhadap saya yang melibatkan gantirugi berjuta nilainya, semata-mata kerana dia mahu menutup mulut saya. Dia telah berusaha menukarkan hukum undang-undang. Dia cuba mengenakan Mr. Sahathevan di New South Wales, tetapi pihak berkuasa di Australia telah mengambil sikap yang bertegas untuk campur tangan. Dia telah menuntut malu dan gantirugi di mahkamah Taipei untuk mendapatkan balik jutaan ringgit wang sogokan yang telah dilaburkannya utnuk mendapatkan lesen perjudian.

Ramai orang UMNO yang menyindirnya dengan jolokan 'The Ultimate Bumiputra'. Nampaknya jolokan itu amat tepat sekali. UMNO mahu tahu bagaimana Vincent Tan memperolehi semua konsessi yang lumayan itu. Bagaimana dia terus mampu meraihnya selepas satu konsessi yang diberikan padanya gagal dan bagaimana dia terus dimanjakan setiap kali dia kecundang.


Saya berpendapat, inilah sebabnya Vincent Tan selalu berusaha menutup mulut setiap individu yang mahu memperlekehkannya. Dia fikir, hubungan baiknya dengan perdana menteri dan juga menteri kewangan Tun Daim Zainuddin akan terus berkekalan. Dia mahu masyarakat peniaga di Malaysia bersyukur kerana dia mampu mengawal mahkamah Malaysia. Dia telah menang kes terhadap saya dan diberikan RM2,000,000 tanpa perlu menyediakan bukti ataupun sebarang saksi, dan dengan cara menyuruh peguamnya menulis keputusan mahkamah dan apa juga yang diperlukan oleh mahkamah itu. Dia fikir dia sudah pun berjaya. Kini, Menteri Kehakiman sudah muncul untuk menukar peraturan gelanggang itu sekali lagi. Sudah pasti ulat akan mula bergeliat lagi. Temasuklah jenis yang gemuk seperti M.G.G. Pillai ataupun jenis yang keras kepala seperti Ganesh Shathevan. Tetapi, bolehkah seorang penjual insuran yang akhirnya menjadi seorang peniaga bertaraf antarabangsa faham akan benda itu semua?




Diterjemahkan oleh -MT-
6 September,2000