Laman Webantu   KM2A1: 2734 File Size: 10.5 Kb *



TJ: Bila Pencuri Menjadi Pengawal
By Marhain Tua

7/9/2000 10:54 pm Thu


Bila Pencuri Menjadi Pengawal
(MGG: Tenaga: Poacher Turns Gamekeeper)



Kerajaan telah melantik MP Barisan Nasional dan juga pengerusi Backbenchers Club BN, Dr. Jamaluddin Jarjis, sebagai Pengerusi baru TNB (Tenaga nasional Berhad) Lantikan yang dbuat pada 4 September,2000 adalah lantikan Pengurusi sahaja tanpa kuasa eksekutif dalam perlantikan itu. Seperti yang kelaziman dalam pentadbiran negara yagn mencelaru ini, tidak pun disebut apa jadinya kepada pengerusi ekskutif yang lama, Tan Sri Tajuddin Ali. Kesannya ialah penghukuman disaksikan oleh BSKL di mana harga saham TNB jatuh terperusuk sebanyak lapan persen menjadi RM11. Lembaga Pengarah TNB bersidang dua hari yang lalu untuk memberitahu dunia betapa tidak ada perubahan yang berlaku; Tan Sri Tajuddin Ali, tidak akan meninggalkan tugasnya di TNB, seperti yang dijangkan oleh seluruh dunia. Beliau akan terus menjadi ketua ekskutif dan juga presiden syarikat itu.


Akhbar The Star terbitan 6 September, 2000 ada melapurkan betapa Tajuddin akan terus bertugas seperti biasa. Cuma kini ada seorang ahli politik di belakang tengkuknya untuk meneliti sesuatu. Kalaulah ini tujuan sebenar perlantikan jamaluddin itu, kenapakah perlantikan dua jawatan itu tidak diumumkan pada satu masa yang sama? Kenapakah ada tanda-tanda betapa perlantikan semula Tajuddin itu sebagai satu perubahan fikiran? Kalau pun ada sesuatu yang perlu diperbetulkan, seperti yang dikatakan oleh The Star, kenapakah masalah itu tidak diperbetulkan sebelum pengumuman itu dilakukan?


Dr. Jamaluddin jarjis adalah seorang jurutera letrik kelulusan kedoktoran daraipada KcGills Universiti di Kanada. Beliau mengapalai satu syarikat perundingan tenaga, EPE, di mana syarikat ini mempunyai sebuah anak syarikat yang menjadi perunding kepada TNB. Ini bererti perlantikan beliau itu laksana menjadikan seorang pencuri taman haiwan dilantik menjadi pelindung mergastua di situ. TNB dan EPE Power memang terbabit di dalam projek Bakun Hydro, di Sarawak. Tentunya perlantikan Jamaluddin mempunyai muslihat mengenai projek itu juga.


Akan tetapi, Dr. jamaluddin bertegas bahawa kepentingannya dalam EPE adalah satu kepentingan yang berbentuk 'blind interest' seolah-olah satu kepentingan nostalgia semata-mata. Demikianlah amalan dalam sistem pemerintahan Bolehland, setiap ahli politik yang berniaga memberikan kuasa dan kepentingan niaganya kepada syarikat ataupun badan amanah. Yang selalu berlaku bukannya amanah sangat urusan yang dilakukan itu. Bayangkan apa akan jadi kalau TNB bersetuju untuk menimbangkan satu projek kepada EPE, sedangkan tuanpunya EPE kini sudah pun menjadi pengerusi TNB? Apakah yang akan dilakukannya? Duduk diam sahaja dan tidak membuat sebarang pengundian seperti yang dilakukan oleh Rafidah Aziz ketika kementeriannya memberikan kontrak yang lumayan kepada sebuah syarikat yang dikuasai oleh menantunya? Ataupun, terus mengundi berpihak kepada EPE kerana kepentingan yang ada itu sudah pun diamanahkan kepada pemegang amanah?


Samada Jamaluddin bekelayakan ataupun tidak, bukannya menjadi isu sekarang ini. Dia dilantik di situ sebagai seorang nomini yang diamanahkan oleh Barian Nasional. Inilah yang digusarkan sekarang. Setelah membiarkan TNB diuruskan secara profesional untuk memperbaikki daya saing dan dayamajunya, usaha menggantikan seorang ketua yang berjaya menunjukkan kewibawaannya berasaskan nafsu-nafsi politik seperti membawa masuk seorang ahli politik, sudah tentu menimbulkan syak dan wasangka terhadap tujuan sebenar perubahan itu.

Sudah tentu Dr. Jamaluddin merasakan betapa bertuahnya beliau, kini. Beliau merupakan JJ dalam abjad DZJJ, yang sama terlibat dalam pengswastaan sebuah syarikat urusselia pewasat terbang, AIROD. (Saya masih kurang pasti apa pula makna abjad DZ? Memang, abjad itu begitu lumrah tetapi, cuma tidak dapat memikirkan siapakah orang yang berkaitan dengan abjad itu)*. Kini, Jamaluddin diserahkan sebuah syarikat lagi di atas dulang emas. Tentu kita masih teringat cerita bagaimana kesilapan politik berkaitan sebuah syarikat utiliti yang dikuasai oleh kerajaan hampir memalukan banyak pihak kerana sikap memberikan ruang kepada anak-pinak dan para kroni mendapatkan habuan kontrak yang lumayan bukan disebabkan alasan politik tetapi kerana pihak kerajaan yang mahukannya.

Salah satu syarikat demikian di mana seorang 'putra' mempunyai kepentingan dalamnya, telah membuat keputusan untuk berurusan dalam bidang bekalan tenaga di sebuah negara luar. Pembabitan syarikat itu hampir mencetuskan satu rampasan kuasa di Zimbabwe. Kini, laksana sirih pulang ke gagang, pengerusi Backbencers' Club (BN) Parlimen Malaysia telah diberikan lantikan ke dalam TNB. Ramai analis dan orang awam tidak dapat mengesan jawapan yang logic dalam perlantikan itu. Tetapi, kalau difikirkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan, masakini, adakah logiknya?



Diterjemahkan oleh
-MT-




*Soalan Penterjemah:
Abjad DZ dalam JJDZ itu apa sebenarnya? Tolong beritahu dalam FGR......!!!




Rencana Asal:

The government appointed the National Front MP and chairman of the National Front backbencher's club, Dr Jamaluddin Jarjis, as Tenaga Nasional Berhad;s new non-executive chairman three days ago (04 September 00). As one has come to expect from this disaster-prone administration, it mentioned not then the fate of its outgoing executive chairman, Tan Sri Tajuddin Ali. The Kuala Lumpur Stock Exchange gave its verdict by depressing Tenaga Nasional Berhad, the country's main electricity utility, share prices by eight per cent to RM11. The Tenage board met two days ago to recoup and to tell the world nothing had changed; Tan Sri Tajuddin would not, as widely believed, leave but remain but as president and chief executive officer. He continues, the Star informed its readers yesterday (06 September 00), as before, on the same terms, to run Tenanga, but with a politician to look over his shoulder. If this indeed was the intention, why were not the two appointments made at the same time, instead of the appearance of the re-appointment viewed as an afterthought? If indeed there was some some kinks to be ironed out, as the Star sources say, why could not that be ironed out before the appointments? Since Dr Jamaluddin, with a doctorate in electrical engineering from McGills University in Canada, heads a power consultancy, EPE, which with its subsidiaries, are consultants to Tenange, his appointment is akin to a poacher turning gamekeeper. Since both Tenaga and EPE power is involved in the Bakun hydroelectric power project in Sarawak, the appointment also has a incestuous ring to it.

Dr Jamaluddin insists his interest in EPE would be in a blind interest -- that famous Bolehland institution of business men-politicians in sensitive official positions put their shareholdings and business interests into in which the trustee, not the trust, must be blind. Should the Tenage board decide on a project in which EPE is one of the parties, what would the non-executive chairman do? Stay in place but not vote, as the international trade and industry minister, Datin Rafidah Aziz did, when her ministry awarded a lucrative contract to a company controlled by her son-inlaw? Or vote for EPE, since a blind trustee runs that for him? Whether he is competent or not -- he is -- is not the issue. He is appointed as a trusted National Front nominee. It is this that rankles. After letting Tenage run professionally and competently at a time when political decisions reduced its competence and competitiveness, replacing its chiefs on political and other whims, bringing in a politician must throw doubts about official internetions towards Tenaga.

Especially one as lucky as Dr Jamaluddin. He is the JJ of DZJJ, to which Airod, the aircraft maintenance company, was privatised to. (I wonder who DZ is? It has a familiar ring but for the life of me I cannot make out who he could be.) Now he is given an additional company on a platter -- and political oversight of a government-controlled utility company almost brought to its knees by deliberate official measures to reduce its effectiveness by allowing cronies and courtiers to make lucratibe deals not for economic reasons but because the government wanted it that way. One such company, with a Sibling in tow, then decided it is an international energy supply company and nearly encouraged a coup d'etat in Zimbabwe. Now the chickens come home to roost. The chairman of the National Front backbenchers' club is brought in. But analysts and others cannot find the logic for that. But then much of what the government does these days defies logic.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my