Laman Webantu   KM2A1: 2733 File Size: 5.5 Kb *



Ohhhooooohooohoooo MELAKA
By Mat Teropong

7/9/2000 10:52 pm Thu

Ohhhooooohooohoooo MELAKA




Nampaknya ada bermacam cara untuk melapurkan berita kepada rakyat di negara ini. Contoh terbaik boleh diteliti daripada laporan berita yang tersiar pada September mengenai negeri Melaka.. Berita ini adalah mengenai jawapan ketua Menteri Melaka ketika ditanya akan laporan Ketua Audit negara berhubung kelemahan yang dikesan dalam pengurusan belanjawan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri.


Yang muncul di Utusan Malaysia bertarikh 4/9/2000 dan di mukasurat 11:


KM Akui Kelemahan Pengurusan Kewangan:


"Beliau (Ali Rustam) mengakui memang terdapat kelemahan dalam penguruan perbelanjaan tersebut tetapi tindakan telah dan akan diambil untuk mengatasinya seperti mengadakan kursus dan latihan kepada pegawai terbabit.

'Oleh itu orang ramai tak perlu risau. Jida ada kelemahan, kita akan ambil tindakan,' katanya.


Beliau mengatakan demikian ketika diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara itu yang mendapati anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Melaka tidak mengikut peraturan semasa membeli pelbagai barangan, termasuk perabut mewah dan barangan peribadi pada tahun 1997 dan 1998. Ia membabitkan pembelian barangan berjumlah RM639,423 tanpa melalui proses tender manakala barangan berjumlah RM96,774 pula tidak melalui sebut harga dalam tempoh tersebut.


Ketua Menteri berkata, kelemahan dalam pengurusan perbelanjaan berlaku kerana terdapat pegawai yang tidak memahami peraturan atau tatacara kewangan termasuk pembelian melalui proses tender atau sebut harga. Mengenai harga barangan yang dibeli melebehi harga pasaraan, Ketua Menteri berkata, ia terjadi kerana kelewatan pembayaran oleh Kerajaan.

'Bil barangan yang dibeli oleh kerajaan selalunya naik antara 10 hingga 20 peratus kerana kerajaan bayar lambat, dua atau tiga bulan dan kadang-kadang sampai enam bulan. Jika kos menunggu itu telah diambil kira (oleh pembekal). Jika tidak ada orang yang hendak membekalkan barangan kepada kerajaan," katanya.


Apakah Yang Dibeli ????


Yayasan Melaka adalah sebuah yayasan untuk membasmi kemiskinan. Matlamat utama yayasan ialah memberikan biasiswa kepada anak-anak kelahiran Melaka yang miskin. Tetapi, bagaimanakah yayasan ini boleh membazirkan hingga RM639,423 tanpa melalui proses tender. RM96,744 pula tidak melalui sebut harga. Utusan Melayu tidak pun mencatatkan barangan yang terbabit. Kita perlu menengok apa yang ditulis oleh David Rajah dalam The Star mukasurat 8 bertarikh September 4, 2000.


Terjemahan sebahagian laporan itu:


"....Yayasan telah membeli sekeping pintu berharga RM25,000, tikar dan tandas berharga RM11,000. 'Designer briefcases' (Beg bimbit berjenama) berharga RM38,750.

" Yayasan juga ada membeli tanpa sebutharga: 600 helai talileher sutera berharga RM58,000 dan 500 pengepit talileher, cufflinks, 'key-chains, dan 'gold plated brass designer boxes' ( kotak yang bersadur emas) berharga RM87,500."



Makdatuk......inilah kerja orang kerajaan di Yayasan Melaka ya.....?


Sekarang kita mahu tahu, bila pula BPR Melaka akan bertindak, mengambil contoh barangan yang dibeli itu dan pamerkan kepada orang kampung di Melaka yang ternanti-nanti biasiswa untuk menghantar anak mereka ke Universiti. Ramai penduduk Melaka yang berkhidmat dalam angkatan tentera dan polis. Malah ramai di kalangan mereka ini yang menyokong UMNO sampai mati.


Tentu kini, mereka ingin tahu siapakah Ketua Menteri yang buat kerja lahabau itu semua? Takkanlah pegawai kerajaan di yayasan Melaka berani berbelanja sakan untuk membeli talileher yagn berharga RM97 setiap satu? Kalau boleh kita mahu tahu siapakah yang menandatangani cek bagi setiap pembelian itu?




Mat Teropong