Laman Webantu   KM2A1: 2726 File Size: 7.6 Kb *



Bukti Regim Mahathir Peras-Ugut Kerajaan PAS/BA Terengganu
By Amin Sapiro

6/9/2000 9:59 pm Wed

Amin Sapiro (hasil ziarahan Reformasi ke T'ganu)

BUKTI REGIM MAHATHIR PERAS-UGUT KERAJAAN PAS/BA TERENGGANU

DENGAN segala kebijaksanaan untuk mempastikan supaya kroni UMNO/BN yang sudah hilang punca untuk ?menyapu wang rakyat? melalui kontrak yang dikoskan beratus juta (sebagai komisyen), dilaporkan pula ?Kerajaan Persekutuan akan membayar wang ihsan kepada Terengganu melalui kaedah baru dikenali sebagai Program Pembiayaan Wang Ehsan yang tidak lagi disalur terus kepada kerajaan negeri Terengganu?.(Utusan Malaysia 6/9/2000).

Wang ihsan itu akan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan program pembangunan negeri berkenaan.

Bermakna bekas perasuah UMNO yang telah bungkas hangus dan terhumban oleh rakyat (dalam p/raya Nov. 1999) akan terus diberi makan besar untuk menyambung hidup mewah dengan bantuan agenda penyelewengan berunsur rasuah yang pernah diamal dan diiktiraf dengan ?cop halal? oleh regim Mahathir.

Kerja dan agenda kotor terbaru kerajaan Persekutuan ini akan memastikan 'Program itu akan memberi bekas wakil rakyat UMNO/BN Terengganu mendapat pembelaan terus daripada regim Mahatir. Akan dipastikan mereka akan terus diberi peluang seluas-luasnya untuk membaiki kehidupan masing-masing yang diketahui terjebak dalam hutang berpuluh juta (hampir muflis).

Regim Mahathir dengan segala daya upaya akan cuba melega dan berusaha menggembirakan bekas wakil rakyat UMNO yang sudah kesempitan di negeri Terengganu. Keputusan itu dibuat setelah regim Mahathir mengambil kira kepentingan UMNO/BN dan bekas wakil rakyat UMNO yang sekarang ?melepek? tak cukup wang untuk membayar hutang bank yang memburu mereka hingga ke liang kubur..!!

Bekas Wakil Rakyat UMNO/BN yang tersadai dalam pilihanraya 1999, sebenar tidak ada 'akauntabiliti' dalam merangka kerja pembangunan sewaktu UMNO/BN memerentah Terengganu dulu.

Dulu, Kerajaan Pusat tidak pernah memantau perbelanjaan wang ihsan oleh kerajaan BN Terengganu dan tidak pernah memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan. Kerana itu, rakyat Terengganu tidak yakin kepada ?prompak UMNO/BN? yang diketuai oleh ?ring leader?nya - Wan Mokhtar Ahmad dan sekutu seangkatan yang sewaktu dengannya.

Tetapi sekarang, kerajaan Pas Terengganu didapati boleh bekerjasama dalam menjamin kesejahteraan dalam membela nasib rakyat negeri Terengganu. Untuk ?mencekik? Kerajaan PAS yang berhasrat melaksanakan pembelaan keatas nasib rakyat, regim Mahathir cuba menggunakan pelbagai peraturan untuk mencegah kerajaan PAS dari melaksanakan projek rakyat.

Peraturan seumpama itu diharap akan menyebabkan berlaku pelbagai sekatan terhadap kelicinan perlaksanaan projek pembangunan. Dengan itu kerajaan PAS akan mudah dituduh sebagai tidak cekap dan tidak tahu mentadbir.

Taktik kotor regim Mahathir dimaklum rakyat. Projek-projek infrastruktur, sosial dan kebajikan yang dirancang dan wajar dilaksanakan secepat mungkin untuk menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu; berkemungkinan akan terlewat selesai, atau didapat dilaksanakan. Bermakna yang akan menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah disebabkan karenah Mahathir & UMNO/BN.

Antara projek rakyat yang akan dijalankan melibatkan pembinaan jalan-jalan luar bandar dan kampung, bekalan air dan elektrik, perumahan kos rendah untuk para nelayan dan rakyat miskin, pinjaman untuk pembelian bot-bot nelayan dan peralatan penangkapan ikan, pemberian pinjaman biasiswa dan bantuan persekolahan.

Kerajaan PAS Terengganu mentakrifkan mereka sebagai golongan rakyat yang sangat memerlukan bantuan. Tetapi, regim Mahathir akan menggunakan kuasa untuk menyekat bantuan kepada mereka melalui peraturan yang bukan-bukan.

Isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mula hangat dibincangkan kerajaan Pas Terengganu. Terengganu berhak menerima sebanyak RM810 juta daripada Kerajaan Pusat pada tahun ini. Ini menimbulkan rasa cemburu dan sakit hati di kalangan yang berkuasa diperingkat Persekutuan (khusunya Mahathir yang bermusuh ketat dengan parti Islam PAS).

Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan semasa negeri itu diperintah Barisan Nasional. Ini menyebabkan Mahathir sendiri merasa bahawa kerajaan PAS/BA Terengganu yang berkuasa akan terus berkuasa kerana wang itu akan meresap dimanfaati rakyat. Ini akan menambah sokongan rakyat kepada kerajaan PAS.

Apa yang berlaku dulu (semasa UMNO/BN menerajui pemerentahan Terengganu), regim Mahathir melalui Petronas telah mengagihkan pemberian ihsan kepada Terengganu sejak tahun 1978 lagi. (tanpa sebarang kacau-bilau, syarat dan soal-jawab).

Tetapi sejak PAS memerentah Terengganu, Dr. Mahathir secara tiba-tiba tersentak macam orang nazak kembali sedar. Beliau memutarbelit lidah dengan berkata kununnya Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974 membuat keputusan agar Terengganu diberi wang ihsan memandangkan kedudukannya sebagai negeri termiskin ketika itu. Padahal antara Kerajaan Terengganu-PETRONAS ada perjanjian bertulis yang sah!! (Lidah paria.. dia fikir negeri ini sebagaian dari Krala kah?)

Bila PAS memerentah (tempoh 8 bulan), tiba-tiba saja Mahathir memperakukan negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan program-program pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Tapi hutang anak-anaknya dipaksa PETRONAS yang bayar?!!

Apa yang nampak oleh rakyat, yang kayaraya ialah puak UMNO/BN yang sekongkol merompak wang rakyat, mengsonglap melalui pelbagai pembaziran hingga rakyat miskin di kampung dan di desa adalah puak pemimpin UMNO. Itu sebab 100% rakyat menolak UMNO/BN.

Berakhirlah dengan 28 kerusi UMNO/BN tonggang terbalik kepada PAS dan tinggal 4 saja untuk UMNO. Kata orang Terengganu..?Supaya jangan kempunan?.!!?

Kalau beginilah tahap kedengkian hati regim ?keparat? Mahathir laknatullah ini, tunggu sajalah 2004 - bukan saja Terengganu DISAPU BERSIH oleh PAS/BA, lebih teruk lagi seluruh MALAYSIA..!!

Khianatlah lagi..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)