Laman Webantu   KM2A1: 2723 File Size: 7.0 Kb *



Beribadat kpd Allah swt pun Mesti DiBiayai Jugakah ?Aduh..!!
By Amin Sapiro

6/9/2000 7:29 pm Wed

Amin Sapiro (rasa mau menangis pagi ini)

BERIBADAT KEPADA ALLAH swt. PUN MESTI DIBIAYAI JUGAKAH ? Aduh…!!

Saya selalu mengingatkan diri saya, sebagai seorang Islam saya harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan – bermula dari mencari rezki hinggalah menanti hari mati, justeru menyiapkan diri dengan ibadat untuk kehidupan di akhirat kelak.

Seseorang yang beragama Islam, tak kira ia miskin, kaya, hina atau mulia – jangan fikir perihal ibadat dan ketaqwaan kalian kepada Allah swt harus diperbantui oleh sesiapa. Itu adalah urusan anda dengan Tuhan anda.

Seorang yang mengakui dirinya penganut dan pengamal yang fardhu dalam Islam bernama ABDUL HALIM IBRAHIM, Johor Bahru, Johor merungut di Utusan Malaysia kerana kesal dipaksa membayar deposit RM30 kerana meminjam sehelai sejadah sewaktu menginap di hotel 5 bintang – di Hotel Resort, Genting Highlands.

Sebenarnya, sebagai seorang Islam, beliau tidak harus merungut begitu. Kerana Hotel Resort, Genting Highlands lebih dikenali sebagai PUSAT PERJUDIAN ANTARABANGSA yang diiktiraf oleh regim Mahathir dan dipromosikan ke seantero dunia. Masakan anda tidak tau!! Penginap disana lebih sibuk berjudi dari beribadat kepada Tuhan.

Jadi, anda harus sudah tau begitu kenapa anda bermati-matian menyalahkan pihak hotel tersebut kerana mengenakan syarat yang lazim bagi mereka? Kenapa anda tidak terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan membawa sehelai sejadah jika anda tau akan menunaikan solat bila tiba waktu dimana-mana juga?

Cuba budayakan dalam diri anda untuk mengendong sehelai sejadah dan sebuah kopiah PUTIH sebagai persiapan bersolat? Membawa mudharat kah?

Jika anda boleh mengisi beberapa bag penuh sarat dengan kain baju yang indah-indah dan cantik-cantik, masakan anda tidak boleh menyelitkan sehelai sejadah dan sebuah kopiah didalamnya! Bukan berat sampai satu ton pun, kan?

Dalam Islam, sebaik-baiknya eloklah orang perseorang mengerjakan ibadat tanpa ditolongi oleh sesiapa. Itu baru ikhlas ibadat kita namanya.

Dengan itu sdr. ABDUL HALIM IBRAHIM diharap jangan terlalu bermanja-manja dalam mengerjakan ibadat kepada Allah swt – kerana ibadat anda adalah untuk diri anda, mengapa harus merungut kerana dipaksa membayar deposit RM30.

Cuba taksir mengapa anda harus membayar RM200 sehari kerana menginap di Hotel itu, walhal anda hanya menumpang dalam bilik untuk tidur semalaman dan menggunakan air untuk mandi-manda dan mengunakan lamput tak sampai kosnya RM3 saja?

Anda tidak membawa pulang semua peralatan itu, kecuali kenangan manis dan rasa hebat kerana pernah tinggal di hotel 5 bintang Hotel Resort, Genting Highlands….!! Kenapa anda tidak komplen?

Allah swt menganugerahkan Islam sebagai agama yang paling mudah bagi penganutnya mengerjakan sebarang ibadat yang dituntutNya. Yang mempersulit pekerjaan ibdat itu hanya orang yang mengaku menganutnya tetapi memberi 1001 alasan untuk tidak mengerjakan dengan ikhlas penuh persiapan.

Yang paling jelek ialah mereka yang banyak komplen dan meletakkan pelbagai syarat untuk beribadat. Orang jenis ini adalah kategori orang yang selalu memikirkan kesenangan hidup di dunia saja – segala-galanya mesti disiapsediakan oleh orang lain (pembantu rumah).

Inilah budaya yang paling lazim hasil dari tanggapan yang digarapkan ke dalam diri orang Islam hasil dari didikan yang membudaya setelah sekian lama orang Islam di negara ini terlalu mengagungkan “kepalsuan” hdup bermewah-mewah.

Jangan banyak karenah dalam soal beribadat kepada Allah swt. KERANA Allah swt tidak banyak karenah mengurniakan anda segala kesejateraan, kemewahan dan rezki yang melimpah-ruah walaupun anda adalah orang yang acapkali melupakan Tuhannya apabila kelabaan datang mencurah-curah kepangkuan anda!!

Nak komplen kepada siapa?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)

------------------------------

Tetamu hotel kena bayar RM30 meminjam sejadah Saudara Pengarang,

PADA 29 Ogos 2000, saya dan isteri mendaftar masuk di Hotel Resort, Genting Highlands, setelah membayar sepenuhnya harga bagi pakej Genting 2000 di Pejabat Jualan Johor Bahru. Saya menjelaskan deposit RM200 sebaik sahaja mendaftar, satu prosidur biasa yang perlu dilakukan oleh mana-mana tetamu.

Setiba di bilik penginapan, saya menghubungi House-keeping untuk meminjam sejadah bagi kemudahan saya dan isteri menunaikan solat. Seorang kakitangan Melayu memaklumkan kepada saya tetamu perlu membayar deposit sebanyak RM30 untuk meminjam sejadah.

Alangkah terperanjatnya dan kesalnya saya kerana inilah pertama kali bayaran deposit dikenakan bagi meminjam sejadah. Saya telah menginap di banyak hotel (termasuk yang lima bintang), yang kesemuanya memberi kemudahan pinjaman sejadah bagi tetamu menunaikan solat. ………………..

ABDUL HALIM IBRAHIM, Johor Bahru, Johor.