Laman Webantu   KM2A1: 2710 File Size: 8.6 Kb *



TJ: Bila Perdana Menteri Terbang Malam
By Marhain Tua

5/9/2000 12:02 am Tue

MGG70

Terjemahan Rencana:

(MGG: The Prime Minister Leaves in Stealth For The United States) MGG ID 2696


Bila Perdana Menteri Terbang Malam


Perdana Menteri tidak mengerjakan solat jumaat pada 1 September 00 seperti yang dicatatkan oleh pejabatnya. Dia tidak mampu melakukannya. Dia terpaksa terbang malam sebelumnya untuk menghadiri satu perundingan penting dengan sebuah konglomerat Amerika di Amerika Syarikat. Lapuran berita TV semalam (2 September) menunjukkan PM berbincang secara tidak formal dengan Motorola Inc. Di Chicago. Dia cuba menyorokkan berita pertemuan ini dengan memberi ucapan kepada satu pertubuhan Islam, tetapi para penyokong Insan yang Mesti Dimusnahkan Denang Apa Cara Jua, telah menghalangnya. Satu jemputan daripada sebuah pertubuhan Islam telah ditarik balik dan satu pemberian hadiah daripada sebuah pertubuhan lain mungkin berlangsung dengan iringan kebisingan para penunjuk perasaan. Itu sebabnya beliau terpaksa berlepas dengan senyap-senyap. Tidak syak lagi, media rasmi kerajaan akan melaporkan lawatan PM itu sebagai satu lawatan yang berjaya, tetapi masih banyak isu yang besar masih terbengkalai. Ia mencuit persoalan fundemantal mengenai masadepan pelaburan di negara ini. Banyak syarikat asing yang tiba ke sini merundingkan pelepasan cukai dan insentif pelaburan yang lebih lumayan daripada yang dibenarkan selama ini.


Pertemuan penting dengan Motorola itu adalah merupakan susulan kepada perbincangan di belakang tabir setelah Motorola bertindak untuk menarik pelaburan mereka dan memindahkan operasi syarikat ke Vietnam. Di waktu yang sama pegawai Malaysia mahukan Motorola terus kekal di Malaysia. Apabila Malaysia terdesak, ia memberikan ruang yang luas untuk mendesak insentif yang baru. Oleh kerana pegawai utama Motorola tidak punyai masa untuk datang ke Malaysia menandatangni perjanjian baru, Perdana Menteri Malaysia terpaksa diterbangkan di malam hari sebagai gantinya. Akhirnya sebuah syarikat yang telah habis mengikis segala insentif daripada iklim pelaburan Malaysia, kini disogokkan dengan insentif baru lagi agar terus melabur di sini.


Malaysia memang pernah mengalami kerugian yang berpadan apabila Ford dan General Motor secara terpaksa (selepas menubuhkan kilang mereka di sini) mengalihkan pelaburan meeka ke Filipina dan Thailand. Memanglah, pegawai Malaysia menafikannya. Tetapi pegawai Ford pernah berada di Kuala Lumpur di awal tahun ini untuk berunding mendapatkan sebahagian ekuiti Proton. Perundingan dengan General Motor gagal kerana ada pegawai malaysia yang bertegas mahukan seorang anak menantu dijadikan rakan kongsi tempatan bagi syarikat Amerika itu. Apabila Ford enggan, ia mengejutkan para pegawai Malaysia. Kedua-dua syarikat besat itu seperti juga banyak syarikat asing yang lain, sebagai memenuhi dasar globalisasi dan untuk memperkokohkan kedudukan mereka di rantau ini memang mencari kemudahan cukai yang rendah serta mengelakkan tekanan 'protectionist'. Inilah yang memerangkap Malaysia.


Filipina dan Thailand telah memperteguhkan infrastrukturnya untuk menarik nikmat perundangan Asian Free Trade Area Rules. Thailand sedang runsing kini, kerana Malaysia mahu melengahkan lagi matlamat 2002 itu untuk mengurangkan tarif sebanyak 35% yang dikenakan ke atas kenderaan bermotor. Tindakan Motorola untuk berpindah ke Vietnam lengkap dengan segala kepincangan yang ada, menunjukkan kemampuan Hanoi untuk memujuk pelabur asing. Hanoi tidak mempunyai infrastruktur tetapi mempunyai kepintaran yang diperlukan. Malaysia, sebaliknya mempunyai infrastruktur yang diperlukan tetapi masih ketiadaan kepintaran itu. Satu ketika dulu laungan pengiklanan betapa Malaysia mempunyai tenaga buruh yang pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah satu pembohongan dan pegawai yang ada pun tidak pandai melakukannya. Malahan projek Multimedia Super Corridor, yang amat galak pengiklanannya; kepentingannya sudah terselah berpihak kepada spekulasi hartanah dan tidak kepada kecemerlangan sebagai Lurah Silikon Asean. Kita semakin ketahui bagaimana harga tanah sudah semakin tinggi harganya dan tidak pula diberitahu berapa negara sudah berpindah daripada tempat lain untuk melabur di sini.


Memang Malaysia sudah terlalu lama seronok sendirian. Keangkohan para pegawai rasmi kerajaan, sikap serba-tahu, sindrom memperlekehkan orang lain, pentadbiran otoratik yang tidak mudah bertolak ansur dan kepercayaan bahawa sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah negara sebagai ubat yang paling mujarrab, sudah pun meperonyokkan negara yang sungguh terkenal satu masa dulu kepada sebuah negara pengemis. Inilah bahananya apabila tidak ada satu pasukan pembangkang yang kuat. Segala dasar yang telah diatur tidak didahului oleh perbincangan yang sepatutnya. Pandangan kumpulan yang minoriti telah memperteguhkan fokus golongan yang majoriti. Dominasi suni Islam maenjadi ketara kerana pengekanganan terhadap getaran minoriti Shia yang ada. Masyarakat Melayu yang berfikiran mereka mempunyai hak ketuanan Melayu semakin berpecah belah dan semakin ramai yang meminggirkan diri mereka.


Kerajaan Malaysia sedang menghadap zaman mencelaru dan sekarang baru sedar walaupun sudah berkuasa lebih dari 40 tahun, kuasa dan pengaruh seorang insan yang masih terpenjara di Sungai Buluh maasih lagi dirasakan. Setiap tindakan yang perllu dilaksanakan oleh kerajaan terpaksa mengambil kira apa pula tindakan para pengikutnya. Oleh kerana cabaran kepada kerajaan ini muncul di tahap penghujung dominasi otokrat yagn berdekad lamanya, kerajaan menjadi serba-salah bagaimana untuk bertindak. Setiap kali ada kuda yang meloncat keluar kandangnya setiap kali itu pula kerajaan terpaksa mengunci pintu kandang itu. Inilah tekanan yagn dihadapi oleh kerajaan kini. Apabila ia dirangkumkan dengan tindakan yang melulu, ia menjadikan kerajaan semakin terperangkap.


Inilah sebabnya Perdana Menteri tidak mampu menangani keadaan yang semakin kelamkabut jadinya. Pelabur asing yang mempunyai ancangan meluaskan pelaburan mereka tentu sekali mendesak diberi keistimewaan seperti yang telah diperoleh oleh Motorola. Jika tidak mereka akan pindah ke negara yang memberi tawaran yang lebih lumayan. Satu ketika dulu Malaysia memang sesuai untuk pelaburan, tetapi tidak lagi kini. Vietnam kini menjadi pilihan kerana mereka mempunyai kepintarannya. Vietnam kini menjadi pilihan bagi perencanaan komputer; kerana murah, bagus dan pantas. Semua ini berlaku selepas Amerika Syarikat menghancurkan infrastruktur negara itu ke zaman silam dalam satu usaha yang gagal untuk menjajah negara itu. Thailand semakin menjadi pilihan kepada pelabur asing kerana kesulitan mendirikan bangunan dan kilang tidak serumit mana baik dari segi politiknya atau pun birokratnya berbanding apa yang berlaku di malaysia. Lagipun tenaga pekerjanya adalah satu bonus tambahan.


Sudah menjadi kenyataan kini, Malaysia selepas satu zaman pembangunan yang menakjubkan kini menjadi terhenti daripada terus berkembang disebabkan kelecehan yang timbul daripada perkembangan itu dan juga disebabkan keangkuhan yang muncul darinya.


Sejarah pembangunan negara kita, terutama sekali yang menyangkuti zaman kekuasaan mahathir penuh dihiasi oleh bangkai-bangkai sogososhas, pengswastaan, kemusnahan kepada sistem perbankan, institusi kerajaan, projek mega yang tidak mampu memberi pulangan kepada pelaburan dan yang akan terus mencekik dana bantuan perbendaharaan negara. Sekarang bersedialah membayar segala bahana itu.




Diterjemahkan oleh -MT-



Komen Penterjemah:


Kalau seorang wira dunia sanggup menerima hadiah seketul plastik yang diukir indah dengan tinta emas daripada sebuah pertubuhan picisan yang berlindungkan kata-kata 'Bismillah..........rahim' apakah lagi yang boleh kita harapkan daripada insan sewel ini untuk terus berkhidmat memperkayakan warisan bangsa? Inilah musibah yang terpaksa kita tanggung kerana sanggup bekerja keras dan akhirnya membayar cukai untuk dibazirkan oleh satu pentadbiran yang sungguh korup tanpa ada tandingannya di dunia ini. -MT-