Laman Webantu   KM2A1: 2707 File Size: 13.1 Kb *



TJ: Mustahak: Kejadian Di Melaka Bukan Berbentuk Perkauman/Keagamaan
By Marhain Tua

4/9/2000 10:54 pm Mon

MGG69

Mustahak: Kejadian Di Melaka Bukan Berbentuk Perkauman Ataupun Keagamaan (MGG: Melaka Incidents Not Racial or Religious)


Seorang pendidik terkenal telah mengirimkan emel sebagai reaksi kepada tulisan saya 'Apa Yang Berlaku di Melaka...' nampaknya ada sesuatu yang terselindung dalam kejadian itu. Kalaulah insiden itu hanya merupakan keranggian satu kumpulan anak-anak muda, saya percaya adalah penting pihak yang berkuasa maju ke hadapan dengan pantas untuk menyelesaikannya. Sikap membisu yang ditunjukkan kini hanya akan menyemarakkan persepsi umum bahawa insiden itu adalah lebih daripada satu 'pertunjukan rusuhan'. Saya akan menulis lagi akan hal ini di kesempatan yang memungkin.

MGG Pillai
3 September 00


..



Kepada: MGG Pillai




Sdr. MGG



Seperti anda, saya juga terperanjat apabila membaca kenyataan YB Betty Chew. Saya telah menghubungi beberapa kawan dan sejak itu mengambil pendirian berbeza sekali denan pihak tuan. Saya telah menghubungi MP Kota Melaka dan Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock, yang telah mengeluarkan satu kenyataan malam tadi dan ada dikepilkan bersama ini. Saya juga telah berbincang dengan YB Kerk yang mengsahkan perkara ini:


1. Rusuhan jalanan memang berlaku tahun yang lalu, cuma tidak ada sebarang pencerobohan kepada tempat/pondok tokong ketika itu

2. Sewajarnya, tidak sesiapa di Melaka yang berfikir bahawa insiden ini akan merupakan pembuka kepada satu lagi kejadian yang menyerupai Mei 13,

3. Ramai perwakilan akhbar di Melaka yang berkeyakinan bahawa kejadian hanya menyangkuti vandalisma anak-anak muda dan keganasan sahaja.

4. Ada dua kejadian yang berasingan: satu pergaduhan jalanan di Dataran Mahkota Parade dan satu rusuhan jalanan. Pergaduhan jalanan melibatkan 200 anak muda Melayu yang menyerang satu kumpulan muda Melayu yang berpadan juga kekuatannya. Pihak polis menafikan sebarang pergaduhan besar kerana hospital tidak pun menerima sebarang pesakit atau merawat si sakit yang muncul hasil pergaduhan tersebut. Pergaduhan jalanan memang pernah berlaku tahun yang lalu di waktu yang serupa. Jumlah yang terlibat hanya sekitar 40-50 orang. Ketika itu mereka tidak pun melakukan keganasan dengan merompak kedai. Walaupun ada penduduk setempat yang bertengkar dengan mereka, penduduk empatan itu tidak pula diserang. Ini bererti, keganasan jalanan memang merisaukan kita, tetapi implikasinya itu yang mungkin berbeza.

Saya tidak mahu mencela apa yang anda dan juga Betty telah tulis. Memandangkan adanya provokasi yang disengajakan oleh segelintir pemimpin UMNO, adalah penting kalu kita berwaspada selalu.. Tetapi, saya yakin saudara berdua akan bersetuju adalah sama pentingnya kalau kejadian yang berlaku tidak disalahtafsir kerana ia akan mencetuskan satu kesan yang kita memang sebenarnya cuba elakkan. Dengan hal yang demikian, saya harap saudara dapat mengedarkan kandungan kenyataan Kerk dan penjelasannya dengan meluas secepat mungkin.






Kenyataan Akhbar oleh Pengerusi DAP Melaka dan MP Kota Melaka, Kerk Kim Hock di Melaka pada Sabtu 2.9.00


Rusuhan jalanan: Tindakan polis diperlukan segera untuk tenteramkan keyakinan awam.



Semalam saya telah bertemu dengan Timbalan OCPD Supt Razali Mohd Shariff (Melaka Tengah) dan telah menyampaikan kepadanya kebimbangan orang awam akan kelakuan satu kumpulan sekitar 50 anak muda yang berkeliaran di beberapa jalanraya di bandar Melaka di pagi hari 1 September.

Saya juga telah mengingatkannya akan kejadian rusuhan seperti itu yang berlaku tahun lalu selepas sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan. Tetapi, keadaan semakin buruk tahun ini kerana adanya kerosakan kepada hartabenda awam. Perbuatan vandalisma berlaku pada kereta, pondok telefon, pasu bunga, malahan satu lampu di hadapan Tokong cheng Hoon Teng telah dipecahkan dan beberapa pondok beribadat yagn terleak di hadapan rumah di sepanjang jalan java telah menjadi sasaran perangai vandalisma itu.


Saya juga telah menyampaikan pendapat orang awam betapa perbuatan vandalisma seperti itu boleh menjadi satu silap faham yang serius dan mungkin mengancam keharmonian perkauman dan negara ini.

Walaupun polis telah menjelaskan bahawa insiden di kedai Cerminmata Tai Wah di Jalan Munshi Abdullah adalah satu kejadian pencurian, pergaduhan jalanan yang melibatkan antara 300 hingga 400 anak muda di Dataran Mahkota Parade telah mencetuskan keadaan kelam kabut bahawasanya orang yang sama juga terlibat dalam rusuhan jalanan itu.

Saya telah menemubual beberapa orang penduduk yang mengsahkan bahawa mereka telah menyaksikan satu kumpulan anak muda sekitar 50-60 orang yang terlibat dengan rusuhan itu. Ramai yang percaya bahawa rusuhan itu adalah terbit daripada sikap berbuat nakal dan kecoh seperti yang berlaku di tahun yang lalu. Mereka amat risau kesannya itu nanti akan mencetuskan salah faham perkauman.


Saya rakamkan penghargaan kepada Supt Razali kerana bertindak cepat dalam melayan kerisauan orang awam dan komplen mereka dengan melawat Java Lane semalam untuk memahami kerosakan sebenar yang berlaku dan memberikan keyakinan kepada penduduk bahawanya rusuhan itu bukannya sesuatu yang dirancang ataupun mempunyai sebarang motif yang menjejaskan perkauman. Ketika membuat lawatan itu, kami telah menerima aduan seorang peniaga betapa beliau telah membuat panggilan telefon kepada pihak polis sebaik sahaja kumpulan nakal itu menghampiri rumah mereka, tetapi panggilan merka itu tidak dijawab oleh polis.


Pihak polis tleah memberi jaminan untuk melakukan penyiasatan dan mengumumkan dakwaan kenapa polis tidak menyahut panggilan awam. Ada pihak awam yang mengadu akan kelecehan pihak polis dan kerana itu membolehkan kumpulan 50-60 orang itu mampu pergi merusuh di tempat lain pula.


Pihak polis memanglah patut melakukan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi kerana ramai ahli masyarakat percaya kalaulah tindakan pencegahan dilakukan oleh pihak polis dengan berkesan tidak mungkin kumpulan 50-60 anak muda itu dapat terus mengamuk tanpa sesiapa di kalangan mereka yang ditangkap.


Adalah penting, pihak polis bukan sahaja harus melakukan penyiasatan rapi, malahan mereka mesti menentukan pihak yang bertanggungjawab ditangkap dan dihadapkan ke pengadilan secepat mungkin. Dengan demikian keyakinan awam dapat dipulihkan.


Pihak polis juga diminta memberi penerangan apakah tindakan yang berkesan yang perlu dilaksanakan untuk menentukan kejadian yang serupa tidak berulang lagi.

-Kerk Kim Hock-




Rencana Asal:

A prominent Malaysian academic sent me this e-mail concerning my piece on the Malacca incident. It does appear that there was more to the incident than meets the eye. If it was nothing more than youthful exuberance, it was even more important that the authorities should have come forward -- and promptly -- to address the question. Instead, the absolute silence just fanned the general perception that it was more than that. I shall address this in a future piece as soon as possible.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

====

Dear MGG

Like you, I was very alarmed when I first received the statement by YB Betty Chew. I contacted many people and have since come to a rather different conclusion from yours. In particular, I have been in contact with the Kota Melaka MP and DAP Secretary General, Kerk Kim Hock, whose statement last night is appended below. I have also since checked with YB Kerk, who confirms the following:

1 the street rampage also happened last year, except there was no desecration of religious altars then

2 apparently, nobody in Melaka really thought this was the beginning of another May 13 incident.

3. many members of the press in Melaka believe it merely involved youthful vandalism and violence.

4. there were two separate incidents-- a street brawl at the Mahkota Parade Square and the street rampage.The street brawl involved about 200 Malay youths attacking another group of young Malays of comparable size. The Police deny that there was a really big fight because the hospital did not admit any out or in-patients as a consequence of the fight. As for the street rampage, a similar incident also happened last year at the same time; this year, the number of youths involved was about 40-50, but. They do not seem to have looted the shops they passed. Although some residents quarelled with them, the residents were not attacked. Needless to say, such youthful violence should be a cause for concern, but the implications are rather different.

I am not casting any aspersions on what you and Betty have written. In view of the deliberate and desperate provocations by some UMNO leaders, it is crucial that we are vigilant and your concerns reflect concern. However, I am sure you will both agree that it is equally important that we are careful to ensure that incidents are not misinterpreted as this may well generate precisely what we are trying to avoid. Hence, I hope that you will circulate Kerk's statement and clarifications as widely and as quickly as possible.





Press Statement by DAP Melaka State Chairman and MP for Kota Melaka, Kerk Kim Hock in Melaka on Saturday, 2.9.2000.


Street rampage: Swift police action needed to restore public confidence.


Yesterday I had met the Melaka Tengah District Assistant OCPD Supt Razali Mohd Sahriff to convey to him the people's concern over the rampage by a group of about 50 youths in several streets of Melaka town in the early morning of 1st September

I had also conveyed to the police that such rampage which had also occurred last year after the Merdeka Day celebrations was worse this year not only because of the extent of damage caused to public and private properties like vandalism caused to car mirrors, public telephone, flower vases, but also because one lamp in front of Cheng Hoon Teng temple was broken and several religious altars placed outside houses along Java Lane became targets of such irresponsible vandalism.

I had also expressed the people's views that such mischief and vandalism by the revelers could lead to a serious misunderstanding which threaten racial harmony in the country.

Although the police had clarified that the incident at the Tai Wah spectacles shop at Jalan Munshi Abdullah was an isolated burglary case, the street brawl involving 300 to 400 youths at Mahkota Parade Square had also led to confusion that these few hundreds were involved in the street rampage.

I had interviewed many residents who confirmed that they had seen a group of about 50 to 60 youths involved in the rampage. Many had said that they believed the rampage was again a case of the revelers' mischief and violence similar to what happened last year but were worried about the consequences of any racial misunderstanding which could arise out of such irresponsible rampage.

I must commend Supt Razali for his swift response to the public worries and complaints by making a personal visit to Java Lane yesterday to understand the actual damage caused and to assure the people that the rampage was not an organised attack or motivated by racial motive. In the visit, we had also received complaint from a trader who complained that despite phone call being made to the police immediately when the revelers were in front of her house, no police had come to the scene.

The police has assured that investigations will be made into public allegations that the police did not respond immediately to reports made through phone calls. Some public have complained due to the slow or no actions on the part of the police , these 50 to 60 revellers could move on to other parts of the town and carried out more vandalism.

The police must certainly do more to convince the public of their efficiency as many people found it difficult to believe that despite the fact that the police had carried out preventive and precautionary measures as claimed to prevent revelers from going overboard, a group of 50 to 60 youths could still go on their rampage in a few streets without any single individual being caught.

It is therefore important that the police must not only carry out a thorough investigation, they must also ensure that those irresponsible are brought to face the laws soonest possible so as to restore the public confidence in the efficiency of the police.

The police must also explain to the public what are the effective measures to be taken to prevent similar incidents from reoccurring.

KERK KIM HOCK