Laman Webantu   KM2A1: 2702 File Size: 7.4 Kb *



TJ: Apa yang Terjadi pada 1 September di Melaka?
By Marhain Tua

4/9/2000 9:57 am Mon


MGG68

Apa yang Terjadi pada 1 September di Melaka?

Terjemahan Rencana:
(MGG: What happened in Malacca Town on 1 September?)

Dalam ucapan menyambut kemerdekaan, Perdana Meneri telah menyelar satu
kumpulan Cina (Suqui) yang dikatakannya cuba mengada-ngada dengan tuntutan
mereka lantas menganggap mereka seperti komunis. Inilah yang membuatkan
Pemuda UMNO dan kumpulan pelampau Melayu naik berang dengan semangat
anti-cina mereka. Ucapannya itu merupakan kemuncak kepada satu usaha yang
dimulakan satu bulan yang lalu di mana perpecahan Melayu-Cina itu menjadi
lebih terserlah sehinggakan ketua pemuda Hishamuddin Hussein sanggup
mengglakkan pemuda UMNO melakukan tunjuk perasaan di hadapan Dewan
Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur.


Lenyaplah saranan perdana menteri bahawa seorang Cina berkemungkinnan
menjadi perdana menteri di negara ini, nanti. Ia masih boleh menjadi
perdana menteri tetapi tidak boleh memegang jawatan teratas dalam
pentadbiran, pasukan polis, angkatan tentera ataupun di mana sahaja
melainkan sebagai satu lambang dan token semata-mata. Krisis yang memuncak
sekarang, bermula daripada 17 rayuan kumpulan Cina yang bergelar Suqui yang
memang diiktiraf oleh barisan nasional dan juga MCA sebelum pemilu November
1999 dulu. Kini pertubuhan tu disebut sebagai cenderong kepada fahaman
komunis. Pemuda UMNO telah memberikan amaran agar Perdana Menteri itu
diberikan penghormatan dari aspek nasionalisma.


Apa yang berlaku di Melaka ada 1 September merupakan sesuatu yang terpaksa
berlaku juga. Ia boleh berlaku di mana juga di Malaysia. Tugas-tugas rasmi
boleh dipisahkan dariapda tekanan politik, tetapi, tekanan politik itu
boleh membuatkan manusia memberontak. Inilah yang berlaku di Melaka. Wakil
ADUN Durian Daun, Ms. Betty Chew Gek Cheng, isteri kepada Lim Guan Eng dan
merupakan menantu kepada Lim Kit Siang, telah menulis menggunakan
perutusan DAP (Bungaraya):

"Pagi semalam 31.8.00 merupakan sambutan hari Kemerdekaan. Satu kumpulan
orang muda telah menyerang rumah kedai, memusnahkan skrin kereta,
menceroboh rumah ibadat dan memusnahkan tanglong kuil. Malahan pondok ibadat
rumah kediaman di Jalan Hang Jebat, Jalan Tukang Besi, Tokong Cheng Hoon
Teng di Jalan Tokong, Kampung Pantai, Kampung Hulu, Jalan Munshi Abdullah
dan Lorong Java. Penduduk di situ merasa takut dengan keadaaan sekumpulan
besar pemuda itu yang menggnas di kawasan itu selepas 1.20 pagi 31.8.00.


"Apa yang lebih menakutkan ialah pemuda itu bersenjatakan batang buluh
dengan sikap bersedia menyerang sesiapa yagn mahu mempertahankan rumah
mereka. Mujurlah tidak ada sesiapa yang tercedera melainkan seorang
jurugambar nanyang Siang Pau yang tercedera kerana berada di tempat dua
kumpulan pemuda yang bergaduh di kompleks belibelah di Mahkota Parade. "



Tidak ada sebarang laporan mengenai insiden itu. Laporan New Straits Times
pagi ini menyebut betapa Menteri Besar Dato Wira Mohd. Ali Rustam mahukan
satu laporan terperinci mengenai satu kejadian yang lain. Kejadian itu
adalah mengenai satu kumpulan berjumlah 300 pemuda yang bergaduh sesama
sendiri selepas tengah malam. Pemuda itu bersenjatakan kayu, rantai basikal
dan kabel brek. Ada di kalangan mereka yang melakukan kerosakan harta benda
dan menakutkan penghuni di situ. Dato Wira Ali rustam ada menyebut kisah
kesalahan juvana dan bukannya ketegangan perkauman yang menyebabkan
pergaduhan itu. Kabinet negeri pasti akan membincangkan perkara ini minggu
ini dan menentukan Melaka selamat kepada para pelancong. Mereka yang
melakukan kerosakan itu dan mereka yang terbabit akan dihukum.


"Saya mahu mengekang perbuatan yang tidak bersopan itu di kalangan pemuda
dan mencari samada ada dalang yang terbabit dalam mencetus pegaduhan
tersebut." Inilah caranya seorang ketua menteri menangani sesuatu krisis,
secara selamba sahaja dan inilah yang menakutkan sesuatu masyarakat yang
teraniaya - si ketua menteri hanya mampu berkata dia mahukan satu laporan
dulu!


Apa yang terjadi memang mempunyai satu unsur perkauman. Yang menyerang
datang dariapda satu kaum dan yan diserang pun daripada satu kaum lain pula.
Yang menyerang adalah pemuda Melayu dan yang diserang adalah orang Cina.

Apakah ini satu kebetulan? Apabila pemimpin politik terus mengapi-apikan
sesuatu isu terutama sekali UMNO dan pemimpin BN sejak satu bulan yang
lalu, tentunya ia akan mencetuskan sesuatu. Ancaman yan gdatang daripada
Pemuda UMNO ke atas apa yang dianggap sebagai ketegasan berpolitik kaum cina
tentunya memberi kesan kepada sikap orang Cina berpolitik. Inilah yang
pernah berlaku di masa yang lalu di mana mereka kerap mengalah. Tetapi
fenomena ini sudah berubah dan menampakkan kesannya. Peranan orang Cina
dalam menentukan kemenangan barisan nasional telah memberi ilham kepada MCA
betapa ia mampu membuat tuntutan daripada UMNO yang sudah semakin parah.
Itulah yang memberi ruang kepada perlantikan seorang Cina menjadi ketua
menteri di Penang. UMNO cuba melawan semula dan apa yang kita lihat
sekarang ialah kesinambungan kemarahan yang terpendam itu.


Yang peliknya MCA membisu sahaja dalam episod di Melaka itu. Ia tidak mampu
bersuara lagi kerana presidennya telah dikotak-katikkan. Dato Seri Ling
Liong Sik telah mencuba melepaskan jawatannya sebagai menteri pengangkutan
setelah disoal bertubi-tubi kali oleh partinya. Tetapi, dia terpaksa
menarik balik perletakan jawatan itu setelah diminta oleh presiden UMNO.
Mainan politik Barisan Nasional seperti yang dilihat daripada kejadian di
Melaka itu mesti diteliti.


Pergolakan politik tentunya meresap ke bawah untuk pengetahun lapisan
masyarakat. Kini, BN terpedaya dengan propaganda bikinan sendiri. Sambil
berlagak angkoh dengan sikap sama-ratanya, kini masyarakat Cina dituduh
sebagai berotak sempit dan berfahaman komunis. Itulah yang dikatakan oleh
Perdana Menteri sehinggakan kumpulan Melayu yang lain mahu mengujinya.
Sikap polis yang enggan menyahut panggilan telefon menunjukkan mereka sudah
lama tahu siapa
yang melakukan serangan itu. Adalah menjadi satu perkara
penting sekarang ini agar Ketua Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan rasmi
betap amereka tidak terbabit dalam kejadian di Melaka itu. Dia harus
mengutuk apa yang telah berlaku, datang ke Melaka untuk menemui mereka yang
telah dimangsakan dan memberikan jaminan kepada mereka. Tidak perlulah
timbalan perdana menteri melakukan hal seperti ini, seperti yang diminta
oleh Betty Chew. Itu hanya baik untuk pablisiti sahaja. Tidak juga perlunya,
seperti yang pernah ditulis dalam Bungaraya, untuk memanggil tentera PBB.


Apabila hubungan perkauman tidak ditangani dengan teliti, pergaduhan memang
mudah berlaku. Yang menakutkan dalam hal ini ialah akan berlakunya
perpecahan kaum. Sepatutnya MCA dan Gerakan turut mengutuk kejadian seperti
itu, tetapi mereka lebih selesa membisu sahaja. Mereka lebih selesa
mentafsir tragedi kaum Cina di Melaka itu dari kacamata politik semata-mata.


Diterjemahkan oleh
-MT-