Laman Webantu   KM2A1: 2700 File Size: 18.6 Kb *



TJ: Cubaaan Mahathir Mengkucar-kacirkan Negara
By Marhain Tua

4/9/2000 8:48 am Mon

MGG67

Cubaaan Mahathir Mengkucar-kacirkan Negara

Terjemahan Rencana:
(Xenophobic Mahathir Attempts to Confuse)

Oleh: Kim Guek



Ucapan menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan yang dilakukan oleh Mahathir Mohammad adalah satu usaha untuk menakutkan dan mengkucar-kacirkan minda rakyat Malaysia agar terus menyokong kepimpinannya yang semakin bersifat kesewelan dan penuh dengan cakap-cakap mengarut. Nampak sangat dia sudah semakin takut dan benci kepada orang asing dan mahukan rakyat terus setia dan terus bersetuju dengan retorik yang semakin menggila. Semakin terserlah betapa seorang pemimpin yang hampir tersungkur sedang menggerapai-gerapai apa juga yang ada untuk terus berkuasa. Jika tidak, bagaimanakah seseorang itu dapat menjelaskan kosongnya cakap mengarut beliau itu apabila menceritakan kedahsyatan ancaman luar yang sedang melanda negara ini?


Mahathir memang cuba mencetuskan satu suasana dharurat dengan menggambarkan negara ini sedang menghadapi serangan kumpulan pelampau daripada kaum Cina (dalam bentuk kumpulan Shuqui), pengganas (Al-Ma'unah), fitnah daripada laman web internet (kumpulan pro reformasi) dan penjajahan daripada luar negera (negara maju). Gambarannya mengenai kemungkinan tercetusnya bencana itu sudah semestinya disusuli pula oleh saranannya betapa semua itu dapat diselesaikan seandainya rakyat bersatu di bawah kepimpinannya.


Rakyat Malaysia mungkin sudah biasa dengan cakap-cakap kosong jenis ini yang tersembul daripada mulut Mahathir. Tetapi apabila cakap-cakap yang menjijikkan ini diucapkan sebagai Ucapan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara, mesej yang mahu disampaikannya itu tentu membawa implikasi yang sungguh serius dan bakal mencetuskan bahaya kepada negara ini.


Satu perkara yang mesti kita fikirkan ialah Mahathir sedang menanggung beban krisis politik yang paling serius dalam seluruh kerjaya politiknya. Hukuman terbaru yang dikenakan ke atas Anwar merupakan pukulan penyudah yang menhenyaknya daripada mercu kegemilangan politik; daripada kacamata, hati dan minda keseluruhan masyarakat Melayu, kecuali hanya segelintir daripada mereka yang masih bergantung kepada tepi kainnya untuk mendapatkan habuan kebendaan. Kejatuhannya itu memang dipandang oleh dunia luar dengan penuh minat. Kerana itu dia dicemoh dan dikritik secara ganasnya oleh pemimpin dan juga media massa di keseluruhan negara yang yang mengamalkan demokrasi. Malahan di gelanggangnya sendiri di mana pemimpin Asean tidak digalakkan membuat komen yang menyanggah perjanjian Asean Protokol, media tempatan di negara itu tidak pernah mahu berlembut dalam memperlekehkan Mahathir kerana hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar. Mereka menuduhnya kerana menyalahgunakan institusi demoktarik Malaysia dalam kerja-kerja pengaiban itu.


Seorang pemimpin yang 'muka-tebal' seperti yang pernah diakuinya sendiri, mungkin tidak akan mudah tersungkur disebabkan kehilangan maruah dan kredibiliti. Tetapi, dia pasti tidak dapat betahan lama dalam dunia politik apabila bangsanya sendiri yang merupakan tulangbelakang kuasa politiknya itu, mula meminggirkannya. Mahathir lebih mengetahui daripada orang lain betapa ketahanan kuasa politiknya itu amat bergantung kepada sokongan orang Melayu yang dapat dipertahankannya.


Akan tetapi, apakah caranya untuk mendapatkan balik sokongan orang Melayu itu? Ada cara yang terhormat dan ada juga cara yang tidak terhormat dalam hal ini. Sesiapa yang mengenal perwatakan Mahathir, tentu akan mengenepikan cara yang terhormat itu yang memerlukan seseorang itu bertaubat dan berubah sikap.

Namun, apabila kita lihat akan kemungkinan yang tidak mulia itu satu cara yang mudah untuk Mahathir ialah dengan menghamburkan beberapa habuan yang berlebihan untuk mendapatkan sokongan. Ganjarannya ialah berbentuk wangtunai, pinjaman, kontrak yang lumayan, projek pengswastaan, pangkat dan kedudukan dalam jawatan tinggi baik di jabatan kerajaan ataupun korporat dan sebagainya. Malangnya kebanyakan kemudahan ini sudah hampir pupus kerana telah digunakan. Dengan hal yang demikian apakah pilihan yang ada pada Mahathir selain daripada mencetuskan beberapa isu yang mampu menarik minat orang Melayu menganggotai UMNO? Adakah isu yang lebih menarik daripada kisah hak keistimewaan orang Melayu yang ditentang dengan pantasnya oleh kumpulan pelampau kaum Cina, dan isu kemungkinan negara dijajah oleh orang asing?



UMNO telah sengaja mencetuskan isu "mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu" untuk melencongkan perhatian daripada kesan negatif yang tercetus disebabkan hukuman ke atas Anwar. Ini dibuktikan oleh peristiwa berikut:


1. Pada 14 Ogos, enam (6) hari selepas Anwar dihukum, Utusan Melayu yang dikuasai oleh UMNO telah menerbitkan satu pojok berbunyi "Hapuskan Hak Keistimewaan Melayu". Berita yang diterbitkan menyatakan betapa David Chua, Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Majlis Ekonomi Nasional II (MAPEN II) telah menyarankan agar hak keistimewaan orang Melayu itu dihapuskan. Isi saranan itu telah diterbitkan dalam majallah Far Eastern Economic Review (FEER) bertarikh 10 Ogos. Berita ini telah menggegarkan kepimpinan UMNO yang dengan lantangnya menyanggah dan memberi amaran kepada sesiapa yang sanggup pertikaikan hak itu. Yang perlu dinyatakan di sini ialah majalah FEER yang bertarikh 10 Ogos itu telah mula dijual di Malaysia pada 7 Ogos. Kalaulah wawancara Chua itu merupakan sesuatu yang jijik dan melanggar kesucian hak keistimewaan Melayu, kenapakah Utusan Malaysia membazirkan satu minggu sebelum membuat keputusan untuk mengsensasikan isu tersebut? Apakah kerana ketika itu kesan bahang bencana yang tercetus disebabkan hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar itu telah dirasai, makanya difikirkan wawancara Chua itu adalah satu alat pelencong yang munasabah untuk digunakan?


2. Kontroversi yang dicetuskan oleh Chua itu tidak pun bertahan lama. Ia telah didapati sebagai satu isu yang tidak penting. Dalam wawancaranya dengan FEER itu, Chua yang merupakan seorang pengikut setia parti yang memerintah, hanya mendedahkan satu fakta yang memang sedia ada: bahawasanya MAPAEN II sedang membuat pertimbangan melonggarkan kepentingan Melayu dan kemudahan kuota dengan tujuan memangkinkan persaingan orang melayu dalam ruang lingkup kemungkinann berlakunya proses liberalisasi dalam aktibiti dagang serantau dan sejagat. Chua tidak pernah memberi sebarang kiasan bahawa hak keistimewaan orang Melayu, seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, akan dipinda ataupun dicabar. Tidak pun ada sebarang bayangan bahawa MAPEN II yang dianggotai secara dominannya oleh kumpulan ningrat masyarakat Melayu itu akan memikirkan perubahan serupa itu.


3. Dengan terbantutnya kontroversi yang membabitkan Chua itu, UMNO telah berjaya dengan pantasnya menggapai satu daleh baru dalam usaha untuk memanjang dan mempercepatkan isu "pertikaian hak keistimewaan Melayu" itu. Kali ini, Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya (Suqui) yang bernaung di bawah MCA menjadi sasarannya. Suqui telah mengadakan satu mesyuarat tertutup untuk menyambut ulangtahun pertamanya pada 16 Ogos dan tidak ada pun jemputan kepada wartawan akhbar ke majlis itu. Dua (2) hari kemudiannya pada 18 Ogos, Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Timbalan Presiden Pemuda dengan dianggotai oleh lebih satu ratus pengikutnya, telah mengadakan satu demonstrasi ganas dengan kelakuan biadab yang lengkap dengan sepandok yang bertuliskan perkataan menghasut, di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Inilah dewan perpaduan masyarakat Cina di mana kumpulan Pemuda UMNO itu telah mengkasari wartawan dan mengugut untuk membakar bangunan itu, sebelum menyerahkan satu memorandum bantahan. Ketika itu Suqui sedang mengadakan satu mesyuarat di dalam bangunan itu. Suqui telah mempelawa Pemuda UMNO untuk berdialog, tetapi telah ditolak dengan kesatnya.


4. Satu perkara penting yang perlu diberi pertimbangan dalam kontroversi terbaru membabitkan Suqui ini ialah 17 jenis rayuan yang dikemukakan oleh pertubuhan ini SATU TAHUN yang lalu, telah diterima oleh Barisan Nasional yang memerintah dan diberikan lapuran yang meluas dalam akhbar. Ada beberapa pemimpin BN yang membuat kenyataan betapa rayuan itu adalah berbentuk "Prinsip Universal, yang bertujuan untuk kebaikan semua kaum." Jadi, kenapakah rayuan yang sama itu tiba-tiba menjadi sesuatu yang begitu mencabar yang mencetuskan keganasan dan kini dikutuk oleh pemimpin parti pemerintah yang sama ? Kenapa pula diadakan tunjuk perasaan di waktu ini?

5. Tujuh belas rayuan oleh kumpulan Suqui adalah merupakan satu dokumen yang diserahkan kepada semua parti politik satu tahun yang lalu, sebelum diadakan Pilihanraya Umum Negara. Pada dasarnya, dokumen itu adalah satu dasar yang menyangkuti pemerintahan yang baik, berasaskan hukum-hukam prinsip demokrasi sejagat yang diterima pakai, yang diubahsuai untuk menyenangi suasana politik yang unik di negara ini. Selain daripada menjelaskan nilai-nilai murni pentadbiran negara, dokumen itu juga cuba mengemukakan pembetulan kepada beberapa kelemahan yang serius dalam pentadbiran negara, termasuk penghapusan/pemindaan kepada banyak hukum perundangan yang melanggari hak asasi manusia, pembasmian korupsi yang berleluasa dan kronisma serta mewujudkan semula kebebasan institusi yang demokratik seperti penghakiman, Chamber Hakim Negara, suruhanjaya pilihanraya, badan pencegah rasuah dan lain lain lagi.


6. Dokumen ini mungkin tidak disenangi oleh segelintir orang Melayu kerana penekanan terhadap isu perbezaan kaum dalam pentadbiran negara. UMNO bertegas bahawa ia merupakan pencabulan hak keistimewaan Melayu, sedangkan Suqui bertegas betapa ia tidak pernah mencabar hak keistimewaan itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pihak pembangkang berpendapat bahawa kepimpinan Barisan Nasional telah menyalahgunakan Dasar Tindakan (Affirmative Action Policy) untuk memperkayakan para kroninya sambil meminggirkan golongan miskin Melayu, dan dengan itu membantah kempen UMNO sekarang ini dalam menaikkan semangat Melayu terhadap orang Cina.



7. Daripada sudut sejarah, memang tidak disangkal betapa Mahathir telah menyalahgunakan kuasanya untuk merobek 'Affirmative Policy' itu dalam memperkayakan para kroninya dengan korupsi yang berlebihan, seperti yang telah dilakukan oleh Suharto di Indonesia, walaupun mengikut skala yang lebih kecil. Pendekatan yang betul untuk menyelesaikan kontroversi yang ada ialah dengan membentuk satu badan yang dianggotai oleh semua pertubuhan politik untuk membuat kajian menyeluruh tentang penglaksanaan yang telah lampau dengan tujuan untuk melenyapkan salah laku itu, salahguna kuasa dan kelemahan yang ada dengan tujuan memperbaikki kaedah penglaksanaanya agar seluruh masyarakat Melayu dan Bumiputra dapat faedah darinya. Dengan cara itu, segala bentuk kesulitan yang membabitkan golongan bukan-bumiputra dapat diperkecilkan. Penekanan yang saksama hendaklah dipertimbangkan kepada semua komponen dasar ini yang telah diabaikan agar kemiskinan dapat dihapuskan tanpa mengambil kira perkauman. Oleh kerana dasar ini adalah satu usaha sementara untuk menaikkan status sosial dan ekonomi golongan bumiputra, satu jadual yang padu hendaklah dirangka untuk mengurangkan skala dasar ini agar bumiputra diberikan galakan mencapai sasaran mereka sambil pembentukan satu masyarakat yang egalitarian dapat dicapai.


8. Cara UMNO mencetuskan kemarahan orang Melayu dengan mencetuskan isu yang tidak berasas menjadi terserlah dengan kekecohannya mengenai hak keisitmewaan orang Melayu itu adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak diingini.

Yang PERTAMA, Rayuan Suqiu adalah satu isu yang lama dan kumpulan itu tidak pun mengambil sebarang langkah untuk membesar-besarkan sebarang isu perkauman apabila Utusan Malaysia secara tiba-tiba telah menerbitkan pojok itu dengan diikuti oleh susulan Pemuda UMNO dengan pantasnya.

KEDUA, adalah satu hakikat berpolitik di negara ini bahawa Bumiputra mempunyai kuasa politik yang mutlak yang tidak boleh dipertikaikan. Tidak ada orang yang waras fikirannnya mampu memikirkan bahawa hak keistimewaan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara itu boleh disentuh tanpa persetujuan golongan Bumiputra. Orang Cina memahami hal itu, begitu juga orang Melayu. Kenapakah pula muncul panik dan tidak keruan?

KETIGA, Rayuan Suqui adalah rayuan semata-mata, bukan tuntutan. Terpulanglah kepada parti politik termasuk parti yang memerintah untuk menerimanya ataupun menolaknya secara menyeluruh ataupun secara sebahagiannya. Tidak ada ugutan ataupun ultimatum, tentunya tidak ada cabaran, apatah lagi yang menyangkuti pindaan kepada perlembagaan.

KEEMPAT, Ketika dicabar oleh konfrontasi yang kasar, Suqui telah betindak sewajarnya dengan mempelawa Pemuda UMNO untuk berdialog. Kenapakah Pemuda UMNO menolak tawaran itu bulat-bulat kalau ia berpendirian benar dalam hal ini? Adakah kerana merasa bersalah dalam mencetuskan perbalahan ini?



MENGENAI Al-MA'UNAH



Usaha mencetuskan Al Ma'unah oleh Mahathir merupakan satu tabir asap yang dilakukan oleh Mahathir untuk meninggikan perasaan tidak selamat di kalangan rakyat Malaysia sambil mencetuskan satu kapalsuan dalam kemantapan ucapannya di mana dia telah menyerang Suqui dan Al-Ma'unah sebagai kumpulan pelampau Cina dan Melayu. Al-Ma'unah adalah merupakan satu gejala masyarakat yang boleh muncul di mana jua. Ia merupakan satu keadaan di mana satu kumpulan kecil manusia yang telah menyimpang dalam usahanya yang dikatakan mencuba mencapai matalamat mereka melalui kekerasan. Ia tidak merupakan satu ancaman keselamatan ataupun politik kepada negara ini. Mungkin apa yang lebih patut difikirkan oleh rakyat negara ini ialah keadaan keselamatan di kem tentera yang semakin longgar.



PENJAJAH ASING


Sudah ratusan kali Mahathir membuat pendakwaan, laksana seekor kakaktua, betapa kuasa luar amat mencemburui kejayaan kita dan sentiasa berusaha untuk menjajah tanpa mampu menamakan siapakah kuasa itu. Kita beranggapan tentulah dia maksudkan negara yang maju. Kalau orang asing itu sungguh merbahaya kenapakah beliau dan juga para menterinya melakukan lawatan kepada negara itu dan melakukan rayuan laksana peminta sedekah agar orang luar yang berbahaya itu datang melabur ke negara ini?


Walaupun Mahathir amat kerap berlagak sombong di hadapan perhimpunan rakyat di negara ini, betapa negara ini telah maju dengan usaha sendiri dan tanpa bantuan orang asing, apakah beliau mampu bercakap kepada hadirin luar negara dan berlagak kepada mereka dengan mengatakan bahawa pembangunan ekonomi Malaysia yang sungguh menakjubkan itu bukannya disebabkan pelaburang orang asing?


Dalam perkara ini dan secara ironisnya, kia memberikah kehormatan secara bertempat. Kita hormati usaha kepimpinan Mahathir yang berwawasan dalam membuka pintu pasaran Malaysia kepada orang luar di akhir dekad yang lalu. Dasar terbuka Malaysia yang telah lebih menonjol telah mempercepatkan proses industrialisasi dan perdagangan antarabangsa. Inilah yang membawa kekayaan dan kemajuan yang belum pernah dirasai sebelum itu.


Adalah satu tragedi apabla ego Mahatir telah terjejas oleh krisis Kewangan Asian yang terbaru. Dia tidak pernah pulih selepas itu. Dia menjadi terlalu angkuh untuk mengakui krisis yang melanda Malaysia terutama sekali keusahawanan Bumiputra, adalah disebabkan kelemahan struktur seperti kelemahan perancangan ekonomi, perbankan yang tidak berdisiplin, dan perkembangan yang menggila; semua ini dalam satu suasana yang dipaliti kejijikan korupsi dan kronisma. Selain daripada menelan ubat yang pahit seperti Korea Selatan, pada misalannya, Mahathir telah menghentam orang asing dengan penuh geram, dan memendam rasa. Cemohannya yang bertambah terhadap keterbukaan pasaran amat berbeza dengan negara jiran seperti Singapura, yang akhirnya mempercepatkan jadual asal untuk membebaskan perbankan dan industri telekomunikasi kepada orang luar. Mahathir terlupa segala ini sedangkan itulah dasar keterbukaan yang telah melonjakkan namanya ke mercu kejayaan dan pengiktirafan di masa yang silam.


PENUTUP


Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, Ucapan Hari Merdeka yang diluahkan oleh Mahathir akan menyebabkan kesan yang serius di negara ini. Kalau rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu termakan dengan penipuan Mahathir, negara ini akan terjunam ke jurang penghinaan.

Ketika itu, orang Melayu mungkin beralih kesetiaan politik mereka, bukan berasaskan prinsip pengadilan, demokrasi dan pentadbiran yang telus; tetapi berasaskan syak wasangka perkauman dan pecah-belah. Inilah yang akan melemahkan Barisan Alternatif, melemahkan kemajuan politik yang telah diusahakan dengan jayanya oleh banyak pihak.


Kalau rakyat Malaysia pada amnya percaya kepada doktrin Mahathir yang menyalahkan anasir luar dan kemandirian yang songsang, akhirnya kita semua akan menghadapi satu masa depan ekonomi yang kelam.


Mujurlah juga, orang Melayu yang menganggotai Barisan Alternatif tidak berapa berminat menyahut seruan UMNO, dan ini akan merupakan satu titik tolak dalam sejarah politik negara di mana orang Melayu lebih berminat kepada pemerintahan yang telus daripada perkara pertelingkahan ras. Proses transformasi ini banyak berterima kasih kepada kepimpinan Anwar, yang telah mempamirkan kewibawaannya dalam mengharungi halangan yang getir sehingga memberikan peransang dan keberanian kepada para penyokongnya. Kalau orang Melayu telah berjaya mempertahankan diri terhadap kempen benci membenci yang berbau perkauman itu, Anwar tentu sekali dapat merasakan bahawa kesengsaraan yang ditanggungginya kini tidak merupakan sesuatu yang sia-sia.



Diterjemahkan oleh -MT-
3 September, 00.