Laman Webantu   KM2A1: 2691 File Size: 11.2 Kb *



KTLBELB dan kiasan Highland Towers
By web aNtu

2/9/2000 12:18 pm Sat


Penulisan KTLBELB Bab 27 kali ini mengutarakan bibik2 kemerdekaan.


Berikut adalah beberapa pandangan yang diutarakan.

1- Semangat Kemerdekaan sudah luntur
2- Senario perayaan yg dulu2
3- Rakyat merasakan ada hari lain yg lebih bermakna dari hari merdeka ini.
4- Sambutan merdeka hambar/tercemar dihantui hukuman keatas DSAI
5- Siri2 iklan cuti diakbar - apa muslihatnya?
6- Sikap membikin nama dan keganjilan yg tak sudah2 - apa rahsianya?
7- Sejarah penjajahan luar - Jepun, Cina, British
8- Sejarah penjajahan dalam - penasihat raja, parti, diktator tua
9- Pengklasifikasi bangsa melayu - untuk memecahkan/kastakan mereka
10- 31/8/57 - raja dimartabat. wakil rakyat berfungsi, Tunku merancana
11- 13/5/69 - siapakah dalang dan penghasut tragedi ini?
12- Kuasa akhirnya berpusat kepada Mahathir dengan UMNO menyokong buta..
13- Siri2 akta dan pindaan hanya menguntungkan diktator tua
14- Sikap "tak apa" dan toleran bangsa melayu
15- Bangsa melayu cuba dikucar kacirkan melalui dakyah songsang
16- Sikap "mudah mengalah" bangsa Melayu
17- Bermulanya era membalon khazanah negara - hutan dinodai untuk balaknya
18- Orang Melayu sudah tertipu lagi celaru bila kuasa mensetankan manusia
19- Kenapa jenayah korup berleluasa, baik di JPJ mahupun di Bakun, Perwaja dll
20- Tangisan buaya diktator supaya rakyat berkorban (sokong) lagi?
21- Untuk siapa perayaan merdeka ini? Untuk yg menindas atau yg tertindas?
22- Mufti Johor disanggah oleh anak Diktator tua.
23- Rakyat merasa bersalah mengibar bendera... mereka memulaukannya sebagai
tanda dan isyarat agar Mahathir undur.


Umumnya pelbagai aspek telah dihuraikan dalam siri KTLBELB ini.

Komen tambahan:


Kemerdekaan adalah satu ungkapan yang menggambarkan satu senario
perubahan dari satu keadaan yang di jajah kepada keadaan yang lain yang
bebas tanpa cengkaman sebarang unsur - baik dari dalam, mahupun dari luar -
yang cuba mengawal kita supaya sentiasa akur kepada mereka atau yang cuba
merampas hak kita yang sebenarnya.


DEFINASI MERDEKA

Ringkasnya merdeka bermakna bebas daripada penjajahan.

Bebas bukan bermakna bebas untuk melakukan segala perkara, tetapi
bebas bermakna tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh kuasa yg tidak
sepatutnya - baik dari luar, mahupun dari dalam, baik yang nampak,
mahupun yang tersembunyi.

Penjajahan pula boleh ditafsirkan sebagai satu aksi kuasa yang tidak
sepatutnya yang telah mengikat seseorang individu supaya berada dalam
genggaman tangannya sehingga sukar terlepas. Ikatan dan cengkaman ini
bertujuan untuk memastikan penjajahan ini berkekalan dan rakyat terus
terpenjara. Maka undang2 dan akta2 diubah2 untuk memberi lampu hijau
kepada penjajah ini meneruskan agendanya.

MERDEKA DARI DALAM

Umumnya kita mengetahui telatah manusia ditentukan oleh dua kuasa yang
saling berebut di dalam dirinya. Telatah dan peribadi seseorang menggambarkan kuasa manakah yang telah bertapak dalam dirinya. Apabila manusia menjadi
jahat ia telah dijajah, tetapi apabila ia menjadi baik, ia telah bebas dan
merdeka. Ia menemui "Tuan" dirinya yang sebenar.... untuk berjalan ke jalan
yang lurus yg selalu dipohonya setiap kali menunaikan solat dalam dia tidak
menyedarinya.

Tuhan tidak membiarkan manusia ditewaskan oleh kuasa2 jahat ini. Dengan itu
Dia telah memberikan panduan yang secukupnya siap dengan contoh2, baik
yang masih bernyawa, mahupun yang telah lama meninggalkan kita. Kesan2 sejarah yang lampau sengaja dibiarkan untuk manusia mengambil iktibar yang sewajarnya.

Kita perlu bertanya - misalnya, kenapakah Piramid itu sampai kini tercegak di sana? Bukankah ia satu lambang atau tanda betapa kejam dan teruknya penganiayaan terhadap manusia? Begitu juga Taj Mahal - di mana arkitek yg membuatnya telah dicungkil mata mereka....


SEMANGAT YANG LUNTUR

Perubahan yang begitu ketara dalam sambutan kemerdekaan pada abad ini sebenarnya
menggambarkan ada sesuatu yang sudah tidak kena. Hanya sebelah pihak sahaja
yang kelihatan betul2 meriah merayakannya. Beliau merayakan kemerdekaan dengan
mahligai yang amat bergaya yang ratusan juta harganya. Maka kita tertanya2 -
siapakah sebenarnya sudah menjadi raja, kerana kenyataan Dato Shapei nampaknya
tidak bergerak kemana walaupun ia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa!


Siapakah yg amat istimewa - seorang pendatang dari India atau orang Asli yang
sudah dinyahkan dari kampung mereka dengan pampasan yang tidak seberapa. Apakah
orang Asli ini semakin bertambah baik hidup mereka, atau si kroniputra yang asyik menaiki kapalterbang ke sini dan kesana? Berapa ramaikah orang Asli yang
menjadi kaya raya atau jutawan segera? Tentu orang Asli ini tidak lupa
betapa indahnya mahligai si dewata dan betapa beratnya beg seorang pemimpin
umno diluar negara.

Bagaimanakah rakyat dapat menyelami rasa merdeka jika mereka sentiasa diganggu
dengan pancutan gas pemedih mata di jalanraya. Bagiamana pula dengan penderaan dan kesakitan yang masih belum hilang pada badan Tian Chua? Atau penafian guaman yang bebas kepada Dr Anees dan Sukma? Atau penahanan anggota al Maunah yang bertujuan untuk melahirkan spesis2 manusia yang mengaku saja semasa bicara?

Siapakah yang sebenarnya bebas dan merdeka. Sekiranya rakyat yang hanya berhimpun damai dikejar, disepak dan diterajang mengapa pula sekumpulan
pemuda umno dibiarkan memekik kata2 yang tiada budi bahasa tanpa sedikitpun
gangguan pihak berkuasa? Untuk siapakah pihak2 polis ini berkerja - untuk rakyatkah atau untuk sidia yang berada dimahligai yang amat mahal harganya di sana? Bukankah Pak Lah sendiri mengatakan sebarang bentuk perhimpunan tanpa permit adalah salah - apatah lagi perhimpunan yang siap dengan slogan yang
cuba mempurak-purandakan kedamaian negara?


PERAYAAN ATAU PERNIAGAAN MENCARI UNTUNG.

Pembakaran mercun yang tentu begitu besar harganya menunjukkan betapa ada
orang yang tersangat istimewa kerana rakyat sendiri tidak dibenarkan
memilikinya. Rakyat dihidangkan dengan hiburan yang langsung tidak dapat
menaikkan semangat patriotisma - sebaliknya ia mengkucar kacirkan lagi
arti merdeka yang sebenarnya. Rupa2nya perayaan ini menjadi satu lagi tapak
untuk golongan maksiat berniaga dan menjajah fikiran anak-muda. Hiburan jiwa
bukannya dari getaran alat2 bunyi, tetapi dari ketukkan ayat2 suci dan maknanya
bersekali yang dibaca untuk menginsafi diri untuk terus berbakti mencari
keredhaan ilahi. Sebab itu kita perlu bertanya, siapakah yang betul2 untung
dalam perayaan2 ini - anak2 muda kah atau penganjur dan penyanyinya? Siapakah
yang diingati ketika itu - perajuritkah atau yang melalak menjerit? Apakah
yang sebenarnya dikorbankah - wang yang berharga di dalam poket kah atau
keinsafan yang sudah dibunuh dan di siat-siatkan dengan irama yang amat
melalikan ? Berkorban apa saja Untukmu Malaysia atau untukmu Malay SIAL??


UCAPAN BIADAP KEMERDEKAAN

Ucapan Mahathir di hari kemerdekaan abad milenium ini nampaknya bukan satu
amanat seorang yang bergelar perdana menteri - tetapi ucapan seorang pendakwa yang cuba berlagak arif serba-serbi. Kalau ada seribu pinggan tersusun rapi dihadapan beliau, kesemuanya akan pecah dibaling oleh tongkatnya - demikianlah
satu gambaran betapa dia sanggup mencemarkan satu upacara untuk agenda politiknya yang amat busuk lagi merbahaya. Tentu kita belum lupa inilah orang yang berpura2 tapi kecut bila mahkamah melayar surat untuk bersekemuka.


Sekali lagi Mahathir cuba menyamakan laman2 perjuangan di internet sebagai laman fitnah tetapi sampai hari ini akbar2 beliau gagal menjawab semua hujah2 yang ditulis oleh penulis2 yg tidak bergaji ini. Mereka hanya pandai melabel pejuang reformasi diinternet dengan pelbagai label2 "musuh", "fitnah" dan "penghasut", sedangkan beliau sendirilah musuh, pemfitnah dan penghasut yang sebenarnya yang tidak tahu malu dan hanya pandai menuduh bertalu2.


Dengan melatahnya Mahathir mengenai laman web, sebenarnya perjuangan kita yang tak seberapa ini sudahpun terbukti berjaya menampakkan satu sinaran cahaya dihujung terowong yang amat panjang ini. Cahaya ini akan melantun dan mencerahi setiap sudut yang ditemuinya. Ia akan menemui cermin2 dan pembalik2 disepanjang terowong ini. Kita mempunyai hampir 800,000 pengguna internet, lebih kurang 20,000 daripadanya adalah pengunjung tetap reformasi. Dengan penduduk sebanyak 20 juta, sekiranya setiap seorang pengunjung menyebarkan maklumat kepada 500 orang, kita sudah dapat separuh dari penduduk Malaysia. Kita boleh mulakan mesej ini dipasaraya2, dipintu2 masjid, atau di dalam bas atau LRT. Apabila ini berlaku, Mahathir tidak akan dapat bertahan lama - dia akan kecundang kerana kuasa maklumat dan kesedaran adalah musuh nombor satunya yang paling utama dan yang paling digeruninya.


Bertahun2 beliau berpura2 membela orang Melayu dengan pelbagai slogan dan tipu daya - akhirnya berjuta2 rakyat sudah terpedaya. Kepercayaan orang melayu dan Islam dipermain2kan dan diperlekehkan sebegitu sahaja, tanpa ada seorang pun
wakil2 umno, bangun menegurnya. Mereka lebih takut kepada diktator tua dari azab Tuhan yang Maha Berkuasa.


Di saat rakyat bergolok bergadai dan berjimat untuk membela anak dan keluarga, satu sen pun tak kunjung tiba tetapi bila suku sakat beliau bangkrap - berbillion di tonggangnya selepas menerajang penjaga kunci wang negara, DSAI.
Habis semua diswastakannya - sampai duit kini sudah lebih berharga daripada nyawa. Saban hari ada saja rakyat memohon derma cacat anggota, di saat negara berbangga2 kaya dengan membina pelbagai mercu tanda. Rumah kediaman menteri2 diubah suai berjuta2, tetapi rakyat yang cacat terpaksa merayu2 hiba di akbar memohon dibela.


Apabila Highland Towers runtuh, pelbagai menteri berkunjung pula tetapi bila
rumah "haram" rakyat hangus dibakar dengan sengaja, hanya beberapa kerat menteri yang datang menjenguk muka - itupun kerana terpaksa. Apakah pelacur2 asing first class di Highland Towers itu lebih mulia dari rakyat miskin yang melata? Bukankah Highland Towers itu rumah "haram" juga?? (di bina tidak mengikut undang2) Malah lebih haram dari rumah setinggan, kerana aktiviti pelacuran disana melibatkan ramai orang kenamaan seperti Datuk2 dan Tan Sri2.

Sewajarnya puak2 umno sekalian sudah insaf dan kembali kepangkal jalan. Masakan
Highland Towers boleh tumbang oleh kuasa air, inikan pula manusia yang berperangai setan. Satu fatwa dan satu kenyataan Dato Shapei sudah cukup untuk menyahkan setan ini buat selama-lamanya..... kerana air itu akan sentiasa mengalir, baik dari atas, mahupun dari bawah (underground). Bukankah UMNO sekarang sudah condong - sampai masa ia akan tumbang dan bangkai2 nya remuk serta terputus2 dan sukar disambungkan lagi. Ia hanya layak menjadi makanan anjing liar sampai ketulang!

Ikhlas dari Wartawan Pencen