Laman Webantu   KM2A1: 2690 File Size: 19.0 Kb *



TJ: MGG - Merdeka dan Mengubah Sejarah
By Marhain Tua

2/9/2000 7:34 am Sat

MGG66


Merdeka Dan Mengubah Sejarah
(MGG: MERDEKA And The Rewriting of History)



Sebelum ulangtahun kemerdekan dirayakan, ada satu usaha untuk menulis kembali perjalanan sejarah negara yang didalangi oleh Perdana Menteri, dan yang sungguh menakutkan. Tiga nama insan yang pernah menjadi perdana menteri negara ini dan juga beberapa negarawan yang menyertai mereka tidak pun diberikan tempat yang sepatutnya. Kalau disebut pun hanya sekadar sambil lewa saja. Perkara yang lepas adalah satu sejarah, demikianlah yang diyakinkan kepada kita. Akan tetapi, sejarah itu adalah penting untuk masakini, sebagai satu pertalian untuk mengaitkan dengan mereka yang sedang memegang kuasa. Seorang manusia yang baru sahaja dikurniakan gelaran Tan Sri, sedangkan satu ketika dulu beliau hanya seorang kerani estet berumur belum pun dua puluh tahun, telah mengimbau sejarah silam akan perhubungannya dengan Perdana Menteri. Begitu juga dengan peranannya dalam mewujudkan National Land Finance Cooperative Berhad (NLFCB). Nama Tun Sambanthan telah disebutkannya, secara sambil lalu sahaja. Begitu juga nama Dato' K.K. Nair yang ketika itu merupakan satu 'icon' kepada MIC di Kedah. Betapa unggul pun K. K. Nair ini satu ketika dulu, tidak ramai yang datang menziarahinya ketika beliau terlantar kerana keuzuran. Bayangkanlah betapa ramai pula yang menziarahinya ketika dia mati beberapa tahun yang lalu?

Tetapi, Tan Sri Somasundaram telah berlagak untuk membuatkan kita percaya betapa sebagai seorang kerani ketika itu dia rapat dengan seorang doktor perubatan tempatan yang bernama Mahathir bin Mohamed. Kini, Somasundaram merupakan ketua NLFCB, dan bercakap tentang susahnya mendapatkan dana untuk membeli ladang estet pada satu ketika dulu. Sudah semestinya dia telah menyepikan maklumat mengenai RM6 juta ringgit pinjaman tanpa faedah yang telah disumbangkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Sambanthan untuk mewujudkan NLFCB itu. Dana sebanyak itu mungkin sudah bernilai lima puluh kali ganda sekarang ini. Tun Sambantahan ialah seorang pemilik tanah daripada kaum Chettiar. Beliau adalah seorang yang lemah lembut, pemalu dan kurang mesra dengan sesiapa yang baru ditemuinya sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani berjumpa dengannya. Kisah yang diceritakan oleh Somasundaram itu mempunyai sesuatu yang silap. Saya masih tidak tahu apakah pinjaman daripada Tunku itu pernah dipulangkan kembali.


Politik di zaman dulu adalah satu pergerakan yang bersikap tolak ansur. UMNO, MCA dan MIC kerap tolong menolong dan bertugas sebagai satu pasukan. Di setiap mesyuarat kabinet, Tunku kerap mengamalkan satu sikap bertanya khabar dengan Tun H.S. Lee kerana beliau merupakan menteri paling kanan MCA dalam kabinet itu dan memegang jawatan kewangan. Kemudian, Tun Sambanthan sebagai pemimpin MIC pula akan ditanya juga oleh Tunku. Apakah mereka mempunyai sebarang masalah terhadap sesuatu agenda yang akan dibentangkan. Jika jawapannya 'Ya', isu yang berkenaan akan diketepikan dulu sebelum dibahaskan untuk membolehkan Tunku mencari satu kaedah (modus vivendi) yang lebih sesuai pula. Presiden UMNO merupakan seorang ketua terunggul (primus inter pares) tetapi ketua yang lain masih mempunyai cara mereka bersuara. Akan tetapi, Tunku adalah seorang pemimpin yang pintar merancang. Kepintarannya memencilkan Dr. Lim Chong Eu , ketika itu presiden MCA dan kini bergelar Tun, apabila beliau mendesak kerusi tamabahan kepada masyarakat Cina sebelum pemilu 1959 dulu, telah dilakukan oleh Tunku itu dengan bijak sekali sehinggakan beberapa tahun kemudiannya Dr. Lim masih tidak percaya betapa dia pernah hidup di samping seorang yang berperwatakan Brutus. Sememangnya masyarakat wartawan Malaysia kerap terpesona dengan cara Tunku menimbulkan 'jawapan' yang mendahului setiap soalan yang sepatutnya dikemukakan oleh Dr. Lim dalam sidang akhbar. Berbeza dengan keadaan sekarang, Tunku ketika itu terpaksa menghadapi cabaran pihak pembangkang yang garang yang merupakan gabungan Front Sosialis dan juga Parti Rakyat Malaysia. Tata tertib peraturan parlimen memang dipatuhi dan Tunku memang amat gemar berbincang secara terbuka dengan masyarakat wartawan di bilik wartawan dan dengan pihak pembangkang di kawasan lapang di luar bangunan parlimen.

Keadaan berubah juga pada satu ketika apabila masyarakat Cina mula mendesak satu perubahan kepada apa yang pernah diselesaikan dan dipersetujui ketika kemerdekaan dicapai dulu. Ketika itu UMNO merasa marah kepada masyarakat Cina yang memberikan sokongan kepada Indonesia di zaman konfrontasi. Pada 1967 berlaku episod 'hartal' di Penang sebagai protes terhadap usaha mengenepikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Rasmi Negara. Protes itu merupakan satu awalan untuk menyingkirkan Tunku dan memampatkan kedudukan orang-orang Cina. Ada satu perarakan pengebumian seorang aktivis parti Buruh yang telah mati tertembak. Ketika itu Parti Perikatan baru sahaja mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihanraya. Inilah yang menjadi penyebab kepada tercetusnya rusuhan Mei 13. Versi rasmi kerajaan mengenai rusuhan itu telah dipertikaikan. Beberapa dokumen rasmi terutama sekali yang diedarkan oleh negara asing melalui lapuran diplomatik mereka menunjukkan pembabitan dan kollusi timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan juga pembabitan Dato Harun Idris dan juga Dr. Mahahtir Mohamad.

Rusuhan itu telah memberikan ruang untuk UMNO melakukan satu tindakan terhadap Perikatan, untuk menentukan ketuanan Melayu mendominasi penubuhan kerajaan persekutuan di masa hadapan.

Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan itu telah tidak ditentang oleh MCA ataupun MIC. Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin telah melepaskan jawatannya sebagai Meneri Kewangan ketika rusuhan memuncak. Tindakan inilah yang meminggirkan peranan MCA dan MIC dalam kerajaan, seterusnya. Tun Abdul Razak yang memang pintar dalam mainan politik, sepert bos lamanya itu, telah menyisihkan MCA secara berkesan. Pada mulanya dia telah menarik potfolio kewangan, perdaganan dan industri daripada MCA. Kemudiannya beliau telah menggalakkan agar berlaku perpecahan dalam parti itu denan melantik Dr. Lim Kheng Aik kedalam kabinet dengan harapan akan berlaku satu pergolakan di kalangan beberapa insan yang berminat melakukan reformasi dalam parti itu. Inilah yang menyebabkan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman membuat andaian betapa MCA ketika itu berada dalam satu keadaan bernyawa ikan sahaja.


Tun Razak memang mempunyai pandangan jauh akan wawasan orang Melayu seperti juga perdana meneri yang ada sekarang. Tanggapan ini memang tidak ada pada Tunku dan juga Tun Hussein Onn. Razak memang pintar dalam budaya adu-domba untuk membolehkan dia menerima apa yang diingininya dengan mudah. Tun Razak telah membawa kembali Dr. Mahathir (yang telah disingkirkan oleh Tunku) ke dalam kabinet selepas tercetusnya rusuhan Mei 1969 itu. Beliau telah berjaya menaikki tangga kegemilangan parti sejak itu dan menjadi timbalan perdana menteri hanya dua tahun selepas memenangi kerusi parlimen tahun 1974. (Mahahtir pertama kali menang kerusi parlimen pada tahun 1964, tetapi kalah pada 1969 di tangan Yusuf Rawa yang akhirnya menjadi presiden Pas dan meninggal dunia baru-baru ini. Kematian Tun Razak secara mengejut pada 1976 menaikan Dato Hussein Onn (kemudiannya Tun Hussein) menjadi Perdana Menteri. Dia tidak bertahan lama apabila diganti oleh Mahathir sebaik sahaja beliau bersara pada 1981.


Mahathir telah memberi penekanan kepada DEB dengan mengubah satu dasar meggalakkan kewujudan satu golongan besar usahawan Melayu. Dia lebih suka melahirkan segelintir bilionair dan dari sana mahukan mereka menaburkan faedah yang mereka perolehi itu kepada masyarakat Melayu. Rencana itu tidak pun berjaya. Sekarang sudah menjadi satu dasar rasmi untuk menyelamatkan segelintir bilionair itu dan segala kekayaaan dilorongkan kepda mereka. Cara ini bukannya menentukan pengagihan yang saksama tetapi menentukan hutang yang bertapuk lagi.


Pepecahan dalam UMNO pun muncul. Dengan tersisihnya Tengku Razaleigh Hamzah dan perginya dua bekas perdana menteri ke alam baqa, perasaan dan budaya hormat orang Melayu kepada sebuah parti politik yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara dan bangsa pun turut terhakis sama. Keadaan ekonomi Malaysia itu amat bergantung kepada kaedah hutang negara dibereskan, sedangkan perkara ini jarang sangat dibincangkan walaupun gambaran yang molek-molek kerap diserlahkan. Keaiban terhadap mantan timbalan perdana menteri telah mengaibkan UMNO dan akan berterusan begitu untuk diselesaikan sebelum sebarang ketenangan dapat dijanjikan.


Inilah gambaran politik negara ini yang menjijikkan dan yang dikuasai oleh UMNO. Parti lain seperti MCA, Gerakan (yang merupakan serpihan MCA) MIC dan juga beberapa parti bukan Melayu yang lain adalah tukang pukul canang sahaja. Perkara begini memang ada alasannya. Kalaulah UMNO tidak menggunakan kuasa ini untuk menundukkan rakan politiknya, para pemimpin itu akan terus mahu berpegang kepada jawatan mereka dan sekaligus terus mahukan kuasa itu tanpa melepaskannya. Inilah kesilapan parti bukan Melayu yang bergabung dalam Barisan Nasional itu. Setelah menyedari mereka tidak mampu menggugat kedudukan UMNO kini mereka lebih rela menjadi tukang enggeh sahaja. Peranan semacam inilah yang membuatkan masyarakat bukan Melayu itu menjadi terpinggir.

Kemarahan orang Cina memang bersebab dalam banyak hal. Kisah Bukit Cina di Melaka, peristiwa cadangan seorang usahawan Melayu yang mahu memusnahkan jirat Cina di Sungai Besi dan membina komplek niaga dan belibelah di situ. Begitu juga halnya dengan harapan perdana menteri mengenai kemungkinan seorang perdana menteri daripada kaum Cina; yang telah ditumpulkan oleh bantahan Pemuda UMNO terhadap ura-ura satu organisasi bukan kerajaan tajaan orang Cina yang mahukan perubahan dalam kaedah pengundian.


Dalam semua hal ini, MIC memainkan peranan kecil sangat, seolah-olah itulah peranan kecil yang patut dimainkan oleh satu parti yang kecil. Gelagat Tan Sri Somasundaram yang cuba menulis balik kisah sejarah silam adalah satu usaha yang cuba menonjolkan betapa beliau adalah seorang pemimpin unggul sejak 45 tahun yang lalu. Tidak ada sesiapa pun yang berfikiran seperti itu.




Diterjemahkan oleh -MT-
1.9.00




Rencana Asal:


[sangkancil] [MGG] Merdeka And The Rewriting Of History


What frightens one in the runup to National Day is the official, deliberate re-writing of history, in which only the Prime Minister takes pride of place. The three former prime ministers, and the giants who walked with them, barely mentioned and only in passing. The past is history, we are made to believe. But the past is important in the present, to seek tenuous links with those now in office. A newly created Tan Sri, an estate clerk at independence and barely in his twenties, talks confidently of his friendship with the Prime Minister, and of his own fanciful role in the creation of the National Land Finance Co-operative Berhad. Tun Sambanthan is mentioned, in passing, as of Dato' K.K. Nair, then an MIC icon in Kedah -- how many of these peodple who think he was a great man bothered to look him when he was ill and bedridden, and attended his funeral a few years ago? -- but Tan Sri Somasundaram would have us to believe he, as a clerk could rub shoulders with the local medical doctor, one Dr Mahathir bin Mohamed. He now heads the NLCFCB, and talks of the difficulties of raising funds and buying estates at a time. He, of course, conveniently ignores the M$6 million interest-free government loan the then Prime Minister, Tengku Abdul Rahman, extended to Tun Sambanthan to set up NLCFCB. (That would be worth about 50 times more today). Tun Sambanthan, a chettiar landowner, was himself a shy, quiet man so forbidding to those he meet him for the first time that none would dare approach him. Something clearly has gone wrong in the telling. I still do not know if that money was ever returned.

Politics in those days were a give-and-take in which UMNO, MCA and MIC helped each other, and worked as a team. The Tengku, routinely at cabinet meetings, would first ask Tun H.S. Lee, as the senior MCA cabinet minister -- he held the finance portfolio -- and Tun Sambanthan, as the MIC leader, what he thought of the matter under discussion: if either showed any reservation, it was set aside for further discussion to find a modus vivendi. The UMNO president was the primus inter pares (first amongst equals), but the others had their say. But the Tengku was also a master schemer: his masterful political isolation of Dr Lim Chong Eu, then MCA president and now a Tun, who demanded more seats for the Chinese community in the runup to the 1959 general elections was so seamlessly done that years later Dr Lim refused to believe he had a Brutus in his immediate circle; and for a while, the Malaysian press was agog with the Tunku replying first the questions Dr Lim was to raise at his daily press conference a few hours later! And the Tengku, unlike now, had to face a racuous opposition, then dominated by the Socialist Front, the two party coalition of which the Parti Rakyat Malaysia was one. But the forms of parliamentary procedure was kept, and the Tengku liked nothing better than have a yarn in the press room or with opposition leaders outside the House.

But it was this sticking to the forms, while the Chinese community began a rear-guard action to change the concords agreed to at independence, strengthened by UMNO anger at the significant Chinese community's sympathy and support for Indonesia during the Confrontation. The hartal in 1967 in Penang, to protest at the removal of English as an official language, set the pace to remove the Tengku and keep the Chinese in place. The Labour Party's funeral procession of a shot activist during the election campaign, and the Alliance's poor showing, led to the May 13 riots. The official version is challenged, as public documents, especially in those released in foreign countries of diplomatic reports of the moment, suggest the collusion of the then deputy prime minister, Tun Abdul Razak, and in which the two stalking horses for the Tengku was one Dr Mahathir and the former mentri besar of Selangor, Dato' Harun Idris. It provided UMNO to stage a coup against the Alliance, to ensure that Malay dominance would dictate the future Malaysian governments. The New Economic Policy, with its pro-Malay economic and political objectives, was pushed through, with neither the MCA nor MIC challenged; the MCA president, Tun Tan Siew Sin, resigned from the cabinet amidst the riots, and that marginalised ever since both MCA and MIC in future governments. Tun Razak, as sharp a political operator as the Tengku, effectively sidelined the MCA, first be removing from it the portfolios of finance and of commerce and industry, and then encouraging the split within it with the appointment of Dr Lim Kheng Yaik, now Dato' Seri and in the cabinet, then a leading figure in the reform-minded Chinese Unity Movement against the MCA leadership. The then deputy prime minister, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, described the MCA, rightly, as "neither dead nor alive".

Tun Razak had a worldview of Malay dominance, which the Prime Minister has but which neither the Tengku or Tun Hussein had. And he was adept at setting one off against the other, to have what he wanted on a plate. The expelled Dr Mahathir, after the May racial riots of 1969, was brought back into UMNO and moved up swiftly that he was deputy prime minister two years after re-entering Parliament in 1974. (He was first elected in 1964, but lost in 1969 to Yusof Rawa, who rose to be PAS prsident and died recently.) Tun Razak's sudden death in 1976 brought Dato' Hussein Onn, later Tun, as Prime Minister, but he was no more than a caretaker, and the Prime Minister succeeded him on his restirement in 1981. The impatient Prime Minister re-emphasised the NEP, reversing a practice of having a large group of Malay entrepreneurs of some would make it to billionaire status to an officially-encouraged plan to make a few billionaires, who he thought would, on their own, allow the benefits to trickle down to the other Malays. That did not work, and official policy now includes a massive effort to rescue these instant billionaires, with the wealth diverted to them ensuring not a fair distribution, but of massive debts. The split in UMNO emerged, with the old party loyalists like Tengku Razaleigh Hamzah and the two former living former prime minister, alas no more, also removed the ingrained Malay cultural respect for the political party which brought it the country's independence. The Malaysian economy is beholden to the resolution of this debt crisis, rarely talked about amidst the rosy picture of the economy we are given. The humiliation of the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, brought UMNO on to the firing line, one that continues and must be resolved before there can be any improvement.

It is this political machination, in which the MCA, the Gerakan (the MCA offshoot), MIC and other non-Malay parties in the expanded National Front are drumbeaters to UMNO rule. This could be justified, if UMNO did not use this power to browbeat its coalition partners, its leaders refusing to give up their leadership, and stay on in office for the benefits they make, ignoring the larger commitments to their respective committees. The fault for this must lie with the non-Malay parties, who having decided they could not challenge UMNO decided to be satraps instead. This subservient role ensures the marginalisation of the non-Malay community. Chinese anger is raised in diverse ways: the Bukit China affair in Malacca, a Malay business man's proposal to convert the Sungei Besi Cemetry into a huge shopping mall and business complex, the Prime Minister's alleged hope of a Chinese prime minister in the future neutralised by UMNO Youth protesting at a Chinese non-governmental organisation's electoral hopes. In all this, the MIC played a marginal role, marginalised political party of the already marginalised Indians. Tan Sri Somasundaram's own rewriting of history is a Walter Mitty exercise to convince himself that he was after all a leading figure in the past 45 years. No one else thinks so.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my