Laman Webantu   KM2A1: 2689 File Size: 4.7 Kb *



TJ : Surat Dr Anees kpd Penaja Lariba
By Mat Teropong

2/9/2000 5:42 am Sat

Terjemahan Surat Dr. Munawar A. Anees kepada Penaja Hadiah Lariba:

Oleh: Mat Teropong.



Saya harap saudara kini sudah pun mengetahui akan sebab musabab yang mencetuskan kemarahan awam terhadap Mahathir bin Iskandar, Perdana Menteri Malaysia.

The Islamic Soceitey of North America, (ISNA) yang merupakan salah satu organisasi terbesar pertubuhan Islam, telah menarik balik jemputan kepada Mahathir untuk memberikan ucapannya di persidangan tahunan persatuan itu di Chicago, bulan hadapan. Tindakan ISNA itu telah diberikan sokongan yang meluas sebagai gambaran betapa masyarakat Islam dunia tidak akan membiarkan sesiapa yang mencabul hak penganut Islam yang lain dan diwaktu yang sama cuba berkhutbah kepada mereka atas tajuk perpaduan Islam. Sikap lidah bercabang dan gelagat menyerang dunia tidak lagi merupakan satu cara berpolitik kedaerahan tetapi merupakan satu isu yang menjadi perhatian Muslim sejagat.

Apa juga yang menyentuh pandangan dan juga pendengaran saudara mengenai buruk laku Mahathir adalah berupakan cerita yang memang diada-adakan. Tidak ada sesiapa pun yang pernah berutusan kepada saudara sambil membantah cadangan penganugerahan kepada Mahathir oleh pihak tuan pernah merasakan keaiban dan kesiksaan daripada jentera pengazab yang diamalkan oleh Mahathir sambil berselindung di sebalik topeng demokrasi. Perkara ini tidak semestinya melunturkan kejituan isi warkah mereka itu.

Namun demikian, melalui warkah ini, saya ingin menarik perhatian saudara kepada nasib yang sedang melanda seorang insan dan keluarganya terutama sekali mereka yang telah dikenal pasti oleh Mahathir dalam rencana konspirasinya untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Insan itu ialah yang ikhlas dan yang menandatangani warkah ini.

Dengan hormatnya saya sertakan salinan beberapa tulisan yang pernah saya tulis selepas didera secara aibnya selama 126 hari secara paksa di bawah arahan Mahathir. Saya tidak berupaya untuk menulis lebih lanjut lagi kerana kedaifan diri yang disebabkan deraan yang dilakukan ke atas saya oelah para pendera dulu. Sehingga kini saya terus diserang kehilangan upaya berfikir, mengingau, mudah melatah dan mudah hilang konsentrasi.


Saya harap saudara akan meluangkan masa membaca kisah benar mengikut pengalaman diri saya akan segala salah laku mahathir dan para pengamal operasi jembalangannya. Saya amat berharap, setidak-tidaknya penulisan ini akan mencuit sedikit sifat keinsanan di hati saudara sperti yang pernah dirasai oleh ribuan pembaca artikel itu di seluruh dunia.


Saya masih ingat bagaimana saya menerima hampir tiga puluh surat daripada anak-anak muda yang masih menuntut di sebuah sekolah di Kanada. Meereka menangis setelah membaca artikel itu dan berjanji untuk menegakkan hak keinsanan manusia.

Saya sedar betapa hadiah Penganugerahan Lariba pernah dianugerahkan kepada beberapa karyawan Islam yang sungguh berjaya. Professor Khurshid Ahmad, pernah merupakan guru dan seorang sahabat saya. Sekurang-kurangnya dua lagi penerima hadiah itu: Sheikh Saleh Abdullah Kamel dan Professor Najatullah Siddiqui memang merupakan insan yang saya kenal dan pernah hubungi secara profesional.


Setelah mengetahui akan keganasan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim, Sukma Darmawan, Nallakaruppan, saya dan keluarga saya sendiri, apakah saudara masih yakin bahawa Mahathir layak diterima menganggotai kumpulan penerima peranugerahan yang sungguh mulia itu. Namun, saya seperti juga sebilangan besar manusia beragama Islam dan juga manusia lain di dunia ini yang menghormati kebebasan dan maruah keinsanan, tidak fikir Mahathir layak menerima anugerah yang telah pihak tuan janjikan itu.



Dengan Ingatan Mesra,

Wassalam,


Dr. Munawar A. Anees
Bekas Banduan - Malayasia (Amnesty International) Bekas Penulis di Penjara Malaysia (Pen International)





Catatan: Cuba perhatikan dan teliti kenyataan beberapa akhbar dan media perdana; mereka menyiarkan berita songsang betapa Mahathir adalah penerima anugerah ini yang pertama dan jolong kalinya, sedangkan sudah ramai orang lain yang pernah menerima hadiah ini. Berapakah ganjaran yang dibayar oleh si malaun ini (ataupun agensi kerajaan Malaysia) untuk mendapatkan hadiah ini? Apakah dengan penerimaan anugerah ini rakyat negara ini akan berpaling arah dan mula menyanjungi dan menyayanginya kembali?.