Laman Webantu   KM2A1: 2686 File Size: 10.5 Kb *



Mahathir, Umno, BN sedang menanti saat 'Kiamat'
By Amin Sapiro

1/9/2000 7:03 pm Fri

MAHATHIR, UMNO DAN BN SEDANG MENANTI SAAT-SAAT ?KIAMAT?

Bhg 1:

SATU masa dulu, Dr. Mahathir meletakkan imej dirinya dan UMNO/BN ke satu tahap pemimpin sebuah parti gabungan (coalition) yang berwibawa dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk. Pelawat dan pemimpin asing mengkagumi beliau (kunun). Mahathir akan bersyarah (lecture) kepada mereka bagaimana formula yang terbaik menangani perkara tersebut, dan bagaimana pula menyelesaikan masalah yang timbul.

Inti formula beliau ialah toleransi dan menyegarkan perasaan berbaik-baik sangka selain dari perkongsian kekayaan negara oleh semua kaum. Disebutkan juga bahawa akar tunjangnya ialah stabiliti politik melalui perkongsian kuasa sesama kaum dengan memberi rakyat peluang mengahayati demokrasi. Kerajaan wajar memperakui hak asasi rakyat.

Dalam sebuah akhbar Jelun Mahathir berkata, ?Seseorang pemimpin mesti menunjukkan contoh yang baik dan dihormati,? kata beliau.

?Leaders come and go?, kata beliau lagi. ?When the time comes, you just take your seat in the row..?sambungnya.

Waktu itu beliau tersenyum. TPM Datuk Seri Anwar yang duduk bersebelahan dengan beliau hanya memandang lurus, seakan-akan menyembunyikan perasaan ?kurang yakin? dengan apa yang dilafazkan oleh PM tua itu.

Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan menganggotai pelbagai parti meyakini kata-kata Dr. Mahathir itu semacam ?gospel truth?.

Waktu itu, rakyat tidak tahu apa yang tersembunyi di lubuk hati Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri mereka. Mereka memandang DS Anwar sebagai pemimpin harapan bakal pengganti yang paling layak dan terbaik, paling diterima untuk menerajui negara bagi mengahadapi era baru yang mencabar - melinium 21.

Itulah zaman paling hebat pernah dialami oleh negara ini. Selama 10 tahun Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan dan kemudiannya menjawat TPM, negara ini mengalami satu dekad yang membanggakan. Malaysia termasuk ke dalam kumpulan negara Asia bergelar - ?Asian Tiger?.

?Harimau Asia? ini mengaum dengan hebat! Dr. Mahathir menurunkan falsafahnya dalam ?Asian Values? - sebuah buku hasil tulisan beliau (kununnya). Mahathir seolah-olah memberi kursus terpendek untuk mendekati kaum Asia, khususnya rakyat Malaysia yang sedang menjana kesungguhan untuk mengambilalih tamaddun, pembangunan dan kemajuan Barat dalam dekad terdekat.

Mahathir memberi angka ?2020? sebagai tahun ?Wawasan?. Malaysia akan setaraf dengan mana-mana negara maju. Hebat! Memang hebat!

Tetapi, pada 2 September 1998, secara tiba-tiba Dr. Mahathir bertukar spesis menjadi ?Beruk Asia? dalam belantar ?Harimau Asia? yang terjerat oleh perangkap samar yang dipasang oleh George Soros. Mahathir kelihatan panik. Beliau menuduh anasir luar sedang berusaha menjajah negara ini. Semua orang dipersalahkan.

Selain dari Soros, Mahathir menyalahkan Yahudi, IMF, Bank Dunia, negara penggerak konsep Globalisasi seperti Amerika dan negara Eropah.

Beliau menyorot ke Jepun dengan tujuan meminta bantuan kewangan. Dengan licik, Jepun mengilas tangan kebelakang dengan berkata, ?No Money, kitorang pun tarak wang?! Ekonomi Jepun pun sudah jadi ?bubble-gum?..!?

Beliau beralih kepada musuh ciptaannya iaitu pengendali korporat dan bank tempatan. Mereka dipersalahkan kerana mencetuskan krisis pinjaman melebehi kemampuan. Beliau menyalahkan korporat (sebenarnya yang dipelihara beliau) kerana ?over-invest, over-spending..over..over..?!

Tetapi beliau lupa, sebenarnya Mahathir dan Daim adalah pencetus krisis segala! Mahathir adalah manusia paling tamakkan ?kuasa? dan Daim Zainuddin pula adalah ?lanun? paling rakuskan ?fulus?. Kombinasi kedua-dua orang bernaiwatu ganjil ini, maka terbitlah konsep ekonomi ?kueh lapis? dengan ?gula merah? yang sudah tawar dan ?kelapa parut? yang sudah basi.

Bagai fiil seseorang yang dirasuk jembalang, kedua-dua mereka mencari jalan selamat dengan membenamkan Anwar yang menentang segala perancangan regu Mahathir-Daim yang cuba meburukkan keadaan ekonomi yang merudum.

Umpama ?anjing-anjing? tersepit, kedua-dua mereka menyalak dan mengigit. Mereka mengambil jalan sengkat dengan cuba mententeram keadaan dengan menghindari segala maklumat mengenai perbuatan sumbang mereka. Maka dicanang-canangkanlah kepada rakyat dan dunia bahawa Anwar lah penyebab segala masalah yang timbul. (Cerita Soros tak timbul!)!



Bhg 2:

Mahathir mendabek dada dengan berkata takbur, ?Beri saya kuasa mutlak, krisis ini akan selesai dalam tempoh 100 hari?. Rakyat diberi ingat bahawa penentangan Anwar akan padam dalam tempoh seminggu dan keadaan akan kembali normal!!

Tetapi rakyat tidak sebodoh itu. Rakyat melihat dengan mata hati bukan setakat dua mata saja. Terbukti regu Mahathir-Daim adalah punca masalah (Mahathir-Daim is the real problem). Krisis ekonomi, politik dan sosial yang melanda adalah kesan yang diduga (expected effect) dari sikap keterlaluan dari perancangan Mahathir yang ?too fast too soon? selain dari masalah dalaman diri mereka yang tidak langsung peka ?mengawal nafsu?!

Mahathir terlalu tamak merangkul ?kuasa?. Sambil itu beliau beliau cemburu dengan kekayaan yang dimiliki dan diusahakan oleh orang lain. Maka berlakulah situasi yang paling jelek berkonsepkan ?Nepotisma dan Kronis?. Keadaan makin parah dengan sikap Mahathir terang-terang melakukan pelbagai ?Rasuah dan Pecah Amanah?.

Kerana keadaan makin meruncing, maka Mahathir tidak ada pilihan lalu melindungi perasuah yang dianggotai oleh hampir semua menteri-menteri Kabinet beliau, wakil rakyat dan Menteri Besar selalin dari para Korporat yang sekongkol.

Mungkin inilah yang dikatakan konsep ?Malaysia Incorporated? dalam kerangka ?Smart Partnerships?. Segala-galanya dilaksanakan secara ?Privatization? dan ?Corporatization?. (ketawa juga melihat dan memikirkannnya).

Bermulalah pelbagai teori yang muluk-muluk yang tidak pernah didengar orang. Dari ?Government has no business in business? akhirnya berubah menjadi ?The Prime Minister and the Finance Minister has to be in all businesses?.

Terdengarlah ejekan dari mulut rakyat dan bakal pelabur, ?To the Malaysian Prime Minister, Corruption is justified, as it is just like greese to a machine?. Makna mudahnya, tanpa Rasuah Proton Saga jadi karat!! Maka bergeraklah Proton Saga, Syarikat Perkapalan Mirzan, Renong, Indah Water Konsortium, BAKUN dan bermacam-macam korporat yang parah - sementara rakyat dibebani hutang ratusan bilion melalui ?bail-out?.

Rakyat terkulat-kulat bila melihat Mahathir melambai tangan dari bumbung Mahligainya sambil menggesek biola sumbangnya. Sementara rakyat mengesat lelehan airmata kerana terpaksa membanting tulang membayar pelbagai hutang yang tidak pernah mereka rancang.

Anwar dan ratusan rakyat dibelasah jika menentang dan membantah. Mahathir semakin keras. Alasan dan hujah beliau makin disanggah rakyat. Beliau berpaling kepada kuasa undang-undang yang terang-terang digunakan beliau tempat berlindung. Politik Anwar cuba dipancung! Beliau dipurukkan di penjara selama 15 tahun.

Pada 31 Ogos 2000, sudah terbayang satu peralihan strategi Mahathir yang sangat ketara. Beliau sudah mula main ?adu-domba?. Banyak yang bertanya, apakah Mahathir sedang merancang ?Ops Lalang Dua?? Penekanan yang dibuat sangat jelas. Mahathir umpama hilang akal. Beliau seakan-akan tidak percaya lagi kaum di negara ini bersahabat dan berjiran, hidup rukun damai.

Kalau ini satu lagi ?sandiwara?, cerita dan episod yang didalangi Mahathir ini amat bahaya. Seolah-olah Mahathir tidak mampu lagi membedakan antara pengikut fahaman komunis dengan yang bukan.

Selama hampir tiga-suku abad usia beliau sejak lahir ke dunia, 18 tahun menjadi PM & Presiden UMNO, sebahagian besar umur beliau kununnya berkecimpung dalam politik, malangnya hari ini - sikap beliau tidak ada beza dari orang buta kehilangan tongkat.

Soalan yang ditanya rakyat sekarang,?Apakah Mahathir akan terus beragenda untuk merangkul kuasa tanpa memikirkan bahawa apa yang bakal dilakukan beliau akan membawa malapetaka dan mudharat kepada negara dan rakyat??

Hari ini 1 September 2000. Rakyat tidak lagi berpesata. Minda mereka sudah reda dari leka. Terdengar suara rakyat berkata, ?Cukuplah Mahathir! Hentikanlah semua ?sandiwara? ini. Kepimpinan anda sudah tidak membawa berkat lagi!! Carilah untuk anda satu jalan lurus yang lebih selamat. Dunia politik anda bersama UMNO/BN sudah ditimpa ?KIAMAT?..!!?

Ya! Ya! Selagi pintu taubat masih terbuka, elokkan kalian berdoa banyak-banyak sementara menunggu tahun 2004 - satu tarikh keramat..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)