Laman Webantu   KM2A1: 2684 File Size: 6.0 Kb *



Perkongsian Maklumat Dari Penulis Intelek - Bunga Peremping
By Amin Sapiro

1/9/2000 7:12 am Fri

PERKONGSIAN MAKLUMAT DARI PENULIS INTELEK ?Bunga Peremping?


Tidak ramai diantara kita mengetahui titik sejarah negeri sendiri jika kita tidak bertukar-tukar maklumat di alam siber ini.

Saya amat tertarik dengan perincian oleh penulis ?bunga peremping? yang sekaligus memberi urutan sejarah yang mungkin telah dilupai - malah begitu sulit ditafsir oleh muda-mudi masa kini.

Penulisan selembut dan seindah ini, memberi kita gambaran paling jelas bagaimana sejarah yang ?sengaja disembunyikan? beliau dedahkan hingga mengangkat pelupuk mata.

Sila baca dan lakukan tafsiran. Nescaya kita akan lebih kuat iltizam untuk mereformasikan tanahair dan minda kita yang sekian lama TERJAJAH!

Salam saya kepada srikandi ?bunga peremping? yang telah bermurah hati meluangkan masa dan keprihatinan untuk berkongsi maklumat yang bermanfaat besar sesama rakan siber yang lain. Diharap jangan putus-putus menulis. Kami sentiasa menghargai khidmat sebaik ini dari anda.

(Berjenaka: Selain dari seorang intelek yang pintar dalam penulisan, ?bunga peremping? adalah doyan masakan tradisional Melayu yang boleh mengekcurkan air liur!! Haha..!!)

Tkasih.

aminsapiro

``````````````````````````````````

bunga peremping
SAMBAL NYIOR BERCABANG DUA...ANGKARA BERUK MAHARAJA TUA!

Wak Amin...

Pahang pada dasarnya memanglah kaya, kekayaan yang paling ketara ialah khazanah rimbanya yang menghijau..kalau tidak, masakan bunga peremping boleh hidup subur mengharum sanggul serikandi, kini dihujung REMOS Pak Amin tu he he he.

Dari cerita sahih yang saya dengar...{jangan ditanya dari mana datangnya ceritan itu} Negeri Pahang adalah negeri yang termakan sumpah dan seolah-olah tidak diberkati....

1. Wan Ahmad dan keturunannya iaitu Sultan yang memerintah sekarang telah tidak menepati sumpah {menggunakan Al Quran} yang dibuat dengan Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Bahaman, semasa mereka berada di Pulau Tawar dahulu...dibawah sebatang pokok nyior. Sumpah ini dibuat sebelum Pahlawan2 itu melarikan diri ke Siam mengikut Sungai Tembeling. Wan Ahmad telah di rasuah dengan Candu oleh Orang Putih ketika itu. Di sebabkan itu Tok Gajah dan keluarganya telah menjadi buruan Orang Putih.

Yang anehnya, pokok nyior itu tumbuhnya bercabang dua, kemungkinan tanda sumpah telah dilanggar! {tidak tau apakah masih ada lagi pokok nyior itu, yang pastinya muara Sungai Salan tidak terus mengalir ke Sungai Pahang... itu juga mempunyi sejarahnya}

2. Sejarah Pahang menyaksikan perebutan kuasa diantara dua bersaudara...Wan Mutahir {abang} dan Wan Ahmad {adik}. Wan Ahmad kalah dan telah lari ke T'ngnu, tetapi Tok Gajah {namanya kalau tak silap..Rasul} dan anak-anaknya Mat Kilau, Awang Berduri, Mat Lela {ada lagi.. tidak ingat dah} menantunya Datok Bahaman yang telah menewaskan Wan Mutahir..telah menjemput Wan Ahmad kembali ke Pahang. Tok Gajah dilantik sebagai Imam Perang Rasul dan jawatannya sebagai 'Orang Besar Seorang' Negeri Pahang. Tetapi apabila sultannya sudah ketagih candu segala mala petaka pun berlaku.....

Bila diingatkan peristiwa di atas..keturunan adik iaitu Wan Ahmad, yang memerintah maka tentunya pemerintahannya mungkin tidak diberkati..kerana yang berhak memerintah adalah abangnya...Wan Mutahir. Mungkin inilah sebabnya Sultan2 di negeri Pahang....ganjil perilakunya..ada yang gila berjoget sampai ke Ulu Tembeling pun perempuan joget diangkut sama dan ada pula yang gila berjudi. Tetapi yang dominannya ialah...mereka ini semuanya gila ' BETINA'.

Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita bahawa pemerintah yang bergelar raja tidak pernah membela Pahlawan2nya...so, apa lagi yang hendak diharapkan kepada raja kita terutamanya dalam keadaan sekarang?

Pepuak Ameno di Pahang masih lagi dengan stigma..bahawa orang Melayu masih lagi tidur..masih bodoh dan boleh ditipu. Kalau boleh mereka mau orang Pahang selamanya begitu. Itu sebab Pahang kelihatan lesu dan mundur, hanya yang majunya TUBUH ISTERI MEREKA, TERUTAMA MISS COLGATE, DISALUT EMAS TEMPAUWAN DAN INTAN BERLIAN, PERKAHWINAN ANAK KHALIL YAAKUB SEPERTI PERSIAPAN PERKAHWINAN PUTERI KAYANGAN. LIHAT SAJA PELAMINNYA SEPERTI "MAHAL RANTAI DARI BERUK".

Jadi sudah tiba masanya, Pahang diperintah oleh Barisan Alternatif, untuk mengelakkan sumpahan terus berlaku...untuk memberhentikan penyelewengan Ameno Baru{a}..dan paling penting untuk melihat orang Melayu Pahang hidup terbela dan maju. Kalau Ameno terus diberi kuasa alangkah malangnya orang Pahang, alamat hidup mereka seperti 'sepuluh jung berlabuh anjing bercawat ekor juga'

Hai Pak Amin.....

Nasi kerabu membiru warna,
Sambal nyior bercabang dua,
Pahang musnah papa kedana,
Angkara beruk2 maharaja tua.

Hm.....good luck.

bunga peremping
{pengharum sanggul serikandi}