Laman Webantu   KM2A1: 2682 File Size: 9.0 Kb *



Wajarkah Rakyat Dibohongi Sebagai Sambutan Kemerdekaaan?
By Amin Sapiro

1/9/2000 5:15 am Fri

WAJARKAH RAKYAT MASIH DIBOHONGI SEBAGAI SAMBUTAN KEMERDEKAAN?


DI TRENGGANU, rakyat menyambut Kemerdekaan dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi. Sana sini sayup-sayup terdengar laungan azan menerawang angkasa memecah bening pagi sepi disetiap anjung masjid dan surau. Beduyun-duyunlah mereka yang menganut agama Allah mengerjakan yang wajib sebagai permulaan menjalani hidup hari ini - 31 Ogos, 2000.

Tarikh terbebasnya negara ini dari penjajahan memang secara rasmi diistiharkan pada tarikh itu. Tetapi kita tidak sedar bahawa rakyat sudah terjajah kembali oleh sekelompok pemimpin yang wujud setelah Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk ?UMNO Lama?.

Selama 18 tahun silam, secara beransur-ansur corak sistem Feudal kembali di padankan oleh beliau dengan kuasa Diktator dianugerahkan oleh puak UMNO.


Bermula dari tahun 1987/88, sah dengan resmi UMNO ?Lama? yang terbatal diganti dengan UMNO ?Baru(a). Bermulalah satu era baru penjajahan terhadap minda dan kebebasan hak rakyat seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Kemuncak ?PENJAJAHAN KALI KE-2? ini berlaku dengan sahih bila seorang insan yang mengetahui betapa jahat dan busuknya agenda ?Penjajah Bentuk Baru? yang didalangi oleh Mahathir Mohammad dan kelompok Konspirasinya.

Mahathir - sebagai seorang pembengis, kurang sopan, kasar tutur bahasa dan tidak berbudaya ketimuran - fiil beliau tidak jauh beda dari sikap ?barbarian? yang jahil ugama dan jahil tamaddun.

Mungkin anda akan menuduh penulis berbohong dan mengada-adakan fitnah! Tetapi anda akan lebih tahu jika berbicara secara berdepan dan berdebat dengan beliau secara terbuka. Lidah Mahathir ini tidak mengenal erti ?kebenaran, keadilan dan kesaksamaan?. Orang ini cuma pandai berpura-pura dan sebilangkali akan cuba mengalih pandangan dengan maksud ?memutihkan yang hitam dan menghitamkan yang putih?. Itu saja!

Mungkin inilah kesan dari sekian lama beliau ?tidur sebantal? dengan Yahudi. Akhirnya, orang ini lebih licik, lebih pendusta, lebih sidiq beragenda dalam menipu kawan dan musuhnya.

Kerana rakyat Melayu Islam tidak pernah kabur hati dalam mencari kebenaran, rakyat meyakini bahawa sesungguhnya Allah swt. telah mengurniakan hidayah dan petunjuk dengan membuka mata dan pintu hati - insaf dengan keburukan yang bakal dialami oleh generasi yag akan datang.

Walaupun tidak dipinta kesedaran itu datang melalui pengorbanan sebesar ini, tetapi Allah swt. adalah sebaik-baik perencana dalam menurunkan hidayahNya. Kesedaran kita cukup termetrai dalam sanubari.

Terlebamnya mata Anwar, dan terpuruknya beliau dipenjarakan oleh Mahathir Mohamad secara paksa telah membuka mata rakyat. Sekaligus, terbebaslah pula rakyat menuntut hak. Mahathir yang begitu angkuh dan takbur telah menjadi sekerdil manusia dalam penglihatan rakyat dan dunia!!

Mahathir dalam ucapan alu-aluan di malam sambutan ulangan Kemerdekaan tanahair (secara rumusan) berkata - ?Negara ini akan kembali dijajah sekiranya orang Melayu berpecah akibah terpengaruh anasir luar yang bertujuan memecah-belah?.

Bagai seorang dirasuk ?jembalang tanah?, dalam satu nafas yang lain; Mahathir menuduh dengan menyamakan kelompok satu kaum di negara ini sebagai tidak ?banyak berbeza dengan komunis yang hendak menghapuskan sama sekali hak istimewa Melayu?.

Sebagai menguatkan hujah dangkalnya lagi, Mahathir ini menyifatkan pendekatan yang diambil oleh kelompoh kaum itu disamakan dengan kumpulan Al-Ma'unah yang cuba menyakitkan hati orang tertentu, kununnya supaya perasaan perkauman dihidupkan semula.

Bermakna sekarang Mahathir ini begitu cepat terlupa dengan ?Sandiwara? yang pernah beliau mainkan pada tahun 1969. Tidakkah beliau tahu bahawa rakyat sendiri sudah tidak yakin dengan Fitnah, Adu-domba dan Konspirasi beliau?

CABARAN dari rakyat kepada Mahathir: Jika ?Suqiu? betul-betul bagai ?duri dalam daging? yang beliau samakan dengan KOMUNIS yang boleh merosakkan keharmonian kaum, MENGAPA tidak diambil tindakan undang-undang menangkap dan menghadapkan mereka ke mahkamah? MENGAPA beliau teragak-agak dan tangguh-tangguh lagi?

Kita nampak dengan mata kepala bagaimana nasib ?Tiga Abdul? dalam tahun 70-an. Mereka terus di ISA dan dipenjarakan. Ohhhhh?. kerana mereka orang Melayu? Begitu?

Pun, masih segar didalam ingatan rakyat bagaimana Datuk Seri Anwar semudah itu di LUCUTKAN dari semua jawatan kerajaan, ditangkap melampaui seorang ?komunis?, dibelasah umpama penjenayah tanpa belas kasihan, difitnah dan diaibkan umpama beliau tidak bermaruah, dihukum sewenang-wenang sebelum dibicarakan, dipurukkan kedalam penjara tanpa RAKYAT yang celik undang-undang memperakukan kesahihan petuduhan.

Mengapa Anwar dilakukan begitu? Kerana Anwar orang Melayu? Mahathir mesti jawab ini. Orang Melayu mahu jawapan Mahathir di mahkamah bukan di rostrum Perhimpunan UMNO atau di Forum luar negara!!

Mahathir tidak memandang sebelah mata kepada orang Melayu. Beliau kununnya mentakrifkan orang Melayu sebagai kaum yang ?DOCILE? (dayus). Mahathir menyangka bahawa orang Melayu mudah diperlemah. Maka itulah sebabnya Mahathir tidak putus-putus menumpukan tohmah dan kebencian beliau kepada orang Melayu yang disangkakannya bodoh, dungu, bebal, murahan, tidak ada kekuatan dan mudah dipecah-belahkan!!

Itu sebab Mahathir ghairah bersikap lancang, takbur dan celupar terhadap orang Melayu selama 18 tahun ini. Mahathir lupa bagaimana 13 Mei, 69 sebagai manifestasi orang Melayu hilang kesabaran. Apakah Mahathir mempunyai agenda yang sama. Apakata jika nasib Nawaz Sharif beralih kepada beliau?

Dalam tempoh dua tahun ini, Mahathir sudah nampak manifestasi penentangan orang Melayu Islam terhadap beliau dan UMNO Baru(a)nya makin meningkat dan berganda. Masihkah Mahathir dan puak sekongkol UMNO yang dibaruakan menganggap kesabaran orang Melayu ?infinity??

Pada hari ini - 31 Ogos, 2000; Mahathir nampak dirinya terpencil dan tersisih, dibenci dan dipandang jijik oleh rakyat dunia, ditakrif sebagai agent pengadu-domba dan pencetus rusuhan dan perbalahan kaum, penjenayah dan pengganas undang-undang - dan atas segala-galanya: beliau sudah mirip seorang ?Penyangak berfaham Komunis? dengan niat besar mensekularkan Islam.

Kian lama makin nampak, agenda Mahathir berkuasa adalah dengan mendiri dan mengekalkan sebuah regim Diktator yang pasti merencanakan proses pengekalan kuasa dengan mengkacaubilaukan kestabilan politik rakyat dan mengharu-birukan kesentosaan rakyat majmuk di negara ini. Mahathir sudah silap besar membaca hati nurani orang Melayu.

Hari ini, tidak ada siapa yang mengalu-alukan ucapan ulang tahun Kemerdekaan yang dilafazkan beliau. Mahathir Mohamad tidak dapat lari dari ?kezaliman? yang mendalangi KONSPIRASI melebihi ragam karenah sebuah regim KOMUNIS total! Dosa beliau tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat semua kaum.

Rakyat sudah MUAK-BOSAN dengan slogan yang memomokkan. Mahathir dan regim taghutnya mungkin terharap-harap mengekal kuasa lebih lama. Dari percakapan dan agenda ?Sandiwara? beliau yang sudah-sudah, Mahathir sanggup melangkah mayat orang Melayu dan kaum lain demi mencapai tujuan busuknya.

Ptuiiiiiii?..!! Mahathir hendak membohongi siapa? Bagi memudahkan Mahathir: Rakyat sudah bersedia membenamkan regim ini untuk sekali persetua, adanya!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)