Laman Webantu   KM2A1: 2678 File Size: 2.1 Kb *



Bukan Naga Tasik Cini, Buaya Tasik Paya Bungor!
By Hj. Mohammad Nor

31/8/2000 4:07 pm Thu


Syabas tv3! Anda telah berjaya memaparkan serba sedikit kepincangan pemimpin-pemimpin
Negeri Pahang yang Berjiwa Rakyat. "Hai betul ke berjiwa rakyat?"

"Ape tak nye, koi hantar rakyat pergi Phuket, dah tu koi ambil duit rakyat, dan koi simpan atas siling rumah koi masa jadi MB dulu." Tahniahlah Lil, dari rakyat untuk rakyat juga. Tapi kau makan isi, rakyat makan tulang. Nasib lah.

Negeri Pahang ini...harap ke besar saja, kalau nak jahanam dah lama jahanam. Dari sekecil-kecil pegawai kerajaan yang berjawatan peon sampailah kepada rajanya, semuanya tersemat dihati sanubari nak sapu apa yang ada dalam negeri. Si Mat Sah tu, pelakun handalan, sentiasa tak cukup duit, nampaknya habislah hutan simpan diambilnya dan dijual kepada Tengku Wong. Peh tu pergi berjudi, kalau kalah judi tu ....jangan pulak bang...bang ...bang kat bini lagi, nanti tinggal nama plak sultanah pakistan tu. Dosa besau tu!

Khalil ni pun sekor, boleh jadi pelakun hebat juga. Pernah juga dengar dia melakonkan babak menangis dengan pelakon handalan Mat Sah semasa mengenangkan pemergian Si Afzan itu. Pandailah kau berdua sorok rahsia daripada pengetahuan rakyat jelata. Tuhan ada, dan dia nampak apa yang kau orang buat.

Bercakap tentang sorok ini, hebat betul Si Khalil ni menyorok duit berguni-guni atas siling rumah kediaman MB dulu itu. Ha....itu semualah tuhan nak tunjuk! Tapi kau kisah apa kan, buat muka slumber sajalah! Mahathir suka kat kau pun sebab duit saja, buat salah tu memang dah banyak, jadi kau di ambil Mahathir tu sebab duit kau saja. Dah tu kau tak boleh kata apa-apa, sebab kau banyak buat salah. Jadilah kau macam lembu dicucuk hidung!

Ingat nak sambung pasal Denan Brutal, tapi tunggu dulu, sebab koi dengar TMB punya kes hubungan seks tu lebih sensasi lagi. Apa lah nak jadi Pahang ini. Kalau tak duit, mesti betina punya pasai!

Sini dulu!